Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...
Daripada artikel Bertungkus-lumus ke Beting Beras Basah
Daripada artikel Makam Syiah Kuala... dan makam Maharajalela Abdul Rahim...
Daripada artikel Masjid lama misteri, makam Sultan Abdul Malik dan kubur Birch
-------------------------
-------------------------
Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...
Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.
Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh
-------------------------
Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.
Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...
Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).
Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-
Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.
Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...
Selasa, Mei 13, 2008
"Mematikan diri" di makam Tok Selehor...
Isnin, Mei 12, 2008
Menyusuri jejak Raja-raja Jembal...
Adapun siang itu, saya telah menziarahi makam Raja Abdullah, suami kepada watak legenda Puteri Saadong. Untuk pengetahuan, mereka berdua adalah kerabat diraja Raja-raja Jembal...
Puteri Saadong adalah anak angkat Chik Siti Wan Kembang yang dikatakan raja terakhir daripada dinasti pemerintah Kelantan sebelum itu... Raja-raja Jembal dikatakan keturunan Raja Bersiong Kedah (ada yang kata anak angkat Raja Bersiong) sedangkan Chik Siti adalah dari keturunan Raja Chulan, dari satu pecahan nasab raja besar dunia, Raja Iskandar Zulkarnain!
Laluan pada malam itu di Kedai Lalat "memanggil" saya untuk menziarahinya keesokan hari... Dapatlah pergi ke tempat nama-nama besar dalam keturunan Raja-raja Jembal, bermula dengan makam Raja Loyor diikuti makam Raja Sakti seterusnya Raja Bahar.
Hari itu juga saya pergi lagi ke Bukit Marak lalu dapat melihatnya lebih dekat dan lebih lama berbanding hari sebelumnya di mana saya sampai petang hampir waktu Maghrib. Kemudian ke makam diraja Kelantan di Langgar di mana bersemadinya Raja-raja Kelantan dan kerabat dari keturunan sekarang iaitu anak cucu Long Yunus yang menaiki takhta abad ke 18.
Untuk melihat gambar-gambar Bukit Marak dan makam diraja Kelantan di Langgar ini, sila lihat blogspot-blogspot saya yang lain. Di bawah ini adalah gambar sekitar jejak Raja-raja Jembal...
Pusing-pusing kerana Raja Abdullah, suami Puteri Saadong! Atas permintaan Nur kedua...
Alhamdulillah, dapat saya ke makam Raja Abdullah. Gambar ini juga diletakkan pada blogspot lain... Petang itu, saya sempat ke Bukit Marak, dikatakan tempat Puteri Sa'adong pernah bersemayam. Raja perempuan Kelantan yang terkenal iaitu Chik Siti Wan Kembang juga dikatakan pernah bersemayam di sana.
Kemudian saya sempat bersolat malam di Masjid Kampung Laut di Nilam Puri sebelum dibawa untuk bermalam di rumah satu keluarga di Bachok. Esoknya sempat bersiar-siar di Pantai Irama, Bachok sebelum meneruskan pengembaraan ke tempat lain pula...
Apa ada di Tok Bali, Kelantan?
Dalam perjalanan itu, kami tersilap memasuki jalan kampung lalu sampai ke satu tempat bernama Tok Bali. Ada sesuatu yang saya dapat rasakan di sana tetapi tidak dapat melihat dalam kegelapan malam itu... Lalu saya berazam suatu hari nanti akan menghabiskan sedikit waktu di sini.
Saya tak tahu apa yang istimewa tentang Tok Bali. Bila ditanya pada orang, setakat yang mereka tahu, Tok Bali cuma terkenal sebagai tempat nelayan menurunkan tangkapan dan diketahui orang pun kerana jambatannya yang agak tinggi, hampir naik menjulang 45 darjah sebelum turun kembali ke bawah. (Gambar sekitar jambatan telah saya letak di blogspot saya yang lain...)
Azam untuk ke sana menyebabkan saya mengambil jalan melalui Kuala Besut untuk masuk ke Kelantan apabila saya mengembara lagi ke Pantai Timur melalui Terengganu penghujung tahun 2006. Tetapi keadaan saya yang amat kepenatan ketika itu selain diserang demam teruk dan penyakit beguk menyebabkan saya setakat lalu di Tok Bali tanpa singgah pun di sana...
Dalam perjalanan terbaru ke Pantai Timur yang telah selesai sekitar lebih sebulan lalu, baru saya akhirnya singgah di tempat ini, pada 1 April 2008! Dan di atas jambatannya yang tinggi itu, baru saya tergerak menalifon Nur setelah tidak berhubung sejak awal tahun kerana ada gaduh sikit. Lalu Nur menasihatkan saya agar bermalam di sana.
Di bawah adalah gambar-gambar sekitar Tok Bali yang diambil 1-2 April... Sila lihat, apa yang ada di Tok Bali, Kelantan? Yang pasti saya deja vu lagi di sini... Sekian! :]
Ahad, Mei 11, 2008
Harapan baru untuk motosikal besar kesayanganku!
Walaupun kos membaiki motosikal yang dahulu dianggarkan sekitar RM3,000 berdasarkan gambar yang ditunjukkan pada tuan punya bengkel di Rawang 2 minggu lalu mungkin meningkat lebih RM5,000 apabila kerosakan sebenar motosikal dilihat lebih dekat, sekurang-kurangnya kebarangkalian untuk ia kembali pulih dan bergerak semula kini sangatlah tinggi. Usaha membaik-pulih mungkin memakan masa lebih satu setengah bulan tetapi ini jauh lebih baik daripada melihat ia terus terlantar di Janda Baik di mana banyak barangan motosikal termasuk skru dan aksesori sudah hilang dicuri pihak yang tidak bertangguingjawab.
Di sini ingin saya merakamkan ucapan terimakasih kepada rakan-rakan terutama Anggun, Syahir dan Dong yang menolong atau memberikan sumbangan tanpa dipinta. Kalau tidak, mungkin saya sudah putus asa untuk memperbaiki motosikal yang begitu berjasa ini, pernah membawa saya menyusuri hampir semua jalan utama di Semenanjung Malaysia, juga membawa pergi ke banyak makam-makam lama yang dapat menolong saya membuka sejarah Melayu Islam yang tersembunyi. Wassalam! :]



