Salam awal pagi Selasa 19 Zulhijjah 1443 Hijriah. Tadi sebelum tengah malam saya telah membuat artikel-artikel berikut di blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH). Ia adalah tentang satu majlis persilatan yang diikuti hari Ahad yang mana satu panggung telah ditempah khas untuk menonton filem Mat Kilau. Lihat :-
1.Majlis apresiasi filem Mat Kilau dan makan tengah hari di Putrajaya
2. Album majlis apresiasi filem Mat Kilau dan makan tengah hari di Putrajaya
3. Album majlis apresiasi filem Mat Kilau dan makan tengah hari di Putrajaya - Part II
Sekarang sampai masanya untuk berkongsi pengalaman dan ilmu daripada saya yang disampaikan melalui FB Live hampir 2 minggu lalu.
1. Nabi Adam AS dan orang Melayu 60,000 tahun lalu - Bagaimanakah hubungan sebenarnya?
2. Benua Tua Melayu - Betulkah ia sumber peradaban dunia?
3. Soft launch buku Nabi Adam dan Orang Melayu dengan Benua Tua Melayu berserta sedikit hal susulan
6. Syarahan "Nabi Adam dan Orang Melayu 60,000 Tahun Lalu" di Politeknik Tun Syed Nasir, Pagoh, Muar
7. Pelancaran rasmi buku berkembar Nabi Adam dan Benua Tua Melayu di kedai buku Khazanah Fathaniyah
Sedar tak sedar pelbagai perkara pun dikongsikan termasuk kenapa Khalifah keempat Islam iaitu Saidina Ali tidak mahu menunjukkan siapakah yang terlibat dalam pembunuhan khalifah sebelum itu iaitu Saidina Uthman lalu berperang dengan Muawiyah. Ini kerana cerita-cerita berkenaan membawa kepada penjelasan kenapa keturunan Nabi Muhammad SAW iaitu para Ahlul Bait paling banyak terdapat di Alam Melayu lalu disebabkan itulah nanti Islam akhir zaman akan bangkit daripada sebelah sini. Ditunjukkan pula blogspot CATATAN SI MERAH SILU dan kandungannya secara sepintas lalu supaya boleh dijadikan rujukan mereka yang berminat untuk tahu lebih lanjut tentang pengembaraan-pengembaraan saya dan hasil-hasilnya.
Sampai kepada satu video yang terpapar dalam blog saya diminta untuk memainkannya. Ia adalah tentang satu projek dokumentari televisyen yang dibuat sendiri setelah membuat penggambaran menggunakan video kamera biasa di Aceh. Tetapi akhirnya isinya diciplak lalu diterbitkan dengan cita rasa sendiri oleh sebuah stesyen televisyen yang baru hendak naik ketika itu. Lihat video atas...
Ditunjukkan pula bagaimana saya telah menyediakan sejumlah pautan cerita lama melalui artikel Bersedia untuk mengembara bersama Merah Silu melalui FB Live supaya mudah dicapai untuk dikongsikan kepada pembaca. Ditunjukkan sekali senarai perjalanan-perjalanan jauh yang telah dibuat seperti boleh dicapai melalui artikel Senarai 60 perjalanan terjauh 30 istimewa dan 81 lain-lain juga Senarai 171 perjalanan menurut kronologi dari tahun 1989 hingga 2021.
Selepas itu baru ditunjukkan bagaimana kedudukan geografi Aceh menjadikan ia tempat pertama di Alam Melayu untuk para pendakwah dari Tanah Arab menjejakkan kaki selepas membuat perjalanan laut lalu mengatur saf dan tugas. Disebut sebab itulah ramai Ahlul Bait awal menyebar dari Aceh. Sebab itu Hikayat Raja-raja Pasai menyatakan akan muncul ramai wali dari bumi Samudera-Pasai (sekarang dalam Aceh) yang diasaskan oleh moyang saya, Merah Silu @ Sultan Malikus Saleh hampir 800 tahun lalu.
Punyalah banyak boleh dikongsikan sehingga dah lebih 2 jam pun masih diminta berkongsi pengalaman. Sehinggalah sudah hampir jam 12 tengah malam baru bual bicara dihentikan. Rakaman penuh boleh diikuti di atas. Sekian, selamat malam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan