Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Ahad, April 04, 2021

Kenangan liputan sukan berkuda di Perancis tahun 2000 - Acara pun bermula hari Sabtu

Salam Ahad malam Isnin 22 Sya'aban. Saya dan isteri baru sahaja kembali daripada menghadiri satu majlis  kawan-kawan silat di Kuala Lumpur. Ingatkan nak persembahkan artikel ini sebelum keluar kerana ia telah disediakan lebih awal tapi tak sempat. Sekarang biar disambung cerita daripada artikel Kenangan liputan sukan berkuda di Perancis tahun 2000 - Persediaan untuk pemeriksaan hari Jumaat jam 1 petang tadi. 


Pagi Sabtu jam 8 yang harus jatuh pada tarikh 4 November 2000 bermulalah hari pertama pertandingan berkuda endurance atau tunggangan lasak di Montcuq. Penunggang dari Malaysia, Datuk Awang Kamaruddin yang menaja kedatangan saya ke Perancis telah bersedia lebih awal. Begitu juga ahli keluarga Just bersama kawan Latitiea dan saya. Kami harus membantu menyiapkan Awang dan kuda untuk acara. 

Menurut laporan/rencana akhbar yang dikongsikan dalam artikel  Equestrian endurance in France di blogspot BERPETUALANG KE ACEH terdapat hampir 130 orang penunggang datang dari sejauh  Australia dan Brazil. Mereka dan kuda dilepaskan serentak. Namun saya tidak memiliki gambar menunjukkan keadaan begitu. Walaupun dilepaskan serentak penunggang boleh memilih untuk bergerak di barisan hadapan mahupun di belakang lalu kelihatan lebih lambat bergerak berdasarkan strategi masing-masing. 

Ini penting kerana mengingatkan ia adalah pertandingan yang menguji kecekapan menjaga kesihatan kuda selain kelasakan menunggang jarak jauh. Bagi sesetengah penunggang berlepas dengan kelompok besar awal mungkin mengganggu kerana tidak jauh selepas tempat permulaan cuma ada sedikit sahaja ruang untuk kuda lalu mengikut litar dalam hutan dan ladang. Buat apa berebut-rebut sedangkan itu boleh membawa pada lalai, kecederaan dan sebagainya? Buat apa hendak bergerak laju-laju sedangkan yang harus diutamakan adalah ketahanan jangka panjang?

Gambar atas yang diambil sendiri di satu tempat  harus menunjukkan keadaan apabila penunggang telah terpecah menjadi banyak kelompok. Ia harus terletak beberapa jauh setelah meninggalkan pekan Montcuq.


Laporan tulisan saya yang keluar di ruangan sukan akhbar The New Straits Times pada 15 November iaitu selepas beberapa hari, mungkin seminggu kembali ke tanah air menyebut semua penunggang bergerak ke pekan Caltenau Montratier di timur Montcuq. Ia adalah perhentian rasmi pertama dalam pertandingan tersebut. Namun bila disemak dalam Google ternyata tersalah eja. Yang sebenarnya nama tempat adalah Castelnau Montratier. 

Google Map menunjukkan jarak terdekat antara dua pekan menggunakan jalan raya adalah 18.5 km. Walaupun jarak tersebut adalah kurang daripada 20 km jarak litar bagi tunggangan kuda itu sendiri adalah hampir sekali ganda jauh iaitu 35 km. Ini disebabkan ia harus melalui denai yang bersimpang siur dalam hutan dan ladang. 


Setiap penunggang atau pasukan penunggang ada krew sokongan yang akan mengikut dengan kereta atau van melalui jalan raya terdekat. Ada bahagian-bahagian di mana denai menyeberang atau mendekati jalan lalu krew boleh membantu memberikan makan minum atau apa sahaja sokongan yang diperlukan. Beginilah keadaan di suatu tempat pertemuan yang saya ada ambil gambar. Krew menunggu sehingga penunggang dan kuda masing-masing sampai. Bila selesai urusan lalu menyambung tunggangan krew pun bergerak untuk ke tempat pertemuan seterusnya. Kalau kebetulan kuda lalu di denai berdekatan jalan raya mereka akan mengikut dari belakang.

Disebut dalam laporan ada penunggang yang membawa sehingga empat kereta krew sokongan. Yang cukup kaya membawa tukang ladam sendiri (cobbler) dengan minivan menyebabkan lebih 200 kereta/van harus bergerak perlahan lalu menimbulkan kesesakan panjang. Pihak kami sendiri datang dengan dua buah kereta.  Apabila penunggang yang lebih laju mula meninggalkan penunggang yang berlahan baru kesesakan berkurangan.


Apabila sampai ke tempat hentian rasmi seperti di Castelnau Montratier setiap penunggang mesti masuk ke laluan yang disediakan lalu merehatkan dan menenangkan kuda dalam tempoh 30 minit. Ini dibuat sehingga degupan jantung kuda dapat diturunkan ke bawah 64 degupan per minit. Ketika itu juga penunggang dan kuda diberi makan apa yang patut oleh krew. Kalau kuda panas (ya, panas walaupun suhu purata adalah sekitar 10 Celsius ketia itu) kena siram air atau mandikan.

Selain itu harus dipastikan tidak ada kecederaan yang boleh membuat kuda tempang. Kalau ada kemungkinan apa-apa kepincangan sila betulkan cepat-cepat dengan cara mengurut kuda, membetulkan ladam, memasang yang baru atau sebagainya. Kerja-kerja ini harus dibuat oleh krew kerana penunggang juga harus mendapatkan rehat sambil memikirkan strategi tunggangan seterusnya. Selesai ini baru boleh dihantar untuk pemeriksaan oleh doktor atau pakai haiwan (vet check). Kalau tak lepas terus terbatal penyertaan atau disqualified.


Ketika inilah dapat dilihat Awang mampu membetulkan atau memasang ladam kuda baru secara sendiri. Turut kelihatan dalam gambar Hose membuat apa entah, saya pun tak ingat. Semua orang harus bekerjasama untuk memastikan tunggangan lancar. Oh. Tadi saya ada merujuk pada satu laman sesawang endurance tentang satu kejohanan di Malaysia tahun 2017 lalu mendapati kelajuan purata pemenang  tak sampai 15 km/j. Ini bermakna untuk litar 35 km dari Montcuq ke Castelnau Montratier harus memakan masa tidak kurang 2 jam 20 minit. Sedangkan ini baru 1/3 daripada keseluruhan litar.

Biar diingatkan anggaran masa tersebut bagi fasa pertama litar adalah untuk penunggang cekap dan laju sehingga mampu memenangi pertandingan. Kalau penunggang biasa atau pertengahan harus mencapai sehingga 3 jam. Campur pula tempoh masa sehingga 30 minit untuk menenangkan kuda di tempat perhentian rasmi kemudian sejumlah masa lagi menunggu giliran untuk pemeriksaan sehingga selesai semakin banyak masa diperlukan. Itu baru fasa pertama. Sedangkan pertandingan ada tiga fasa litar yang sama panjang.

 

Kelihatan dalam gambar Awang selepas berjaya melepasi pemeriksaan fasa pertama lalu bersedia untuk menyambung tunggangan. Tulisan saya menyebut ini berlaku sejam selepas sampai ke perhentian! Kelihatan penjaga masa mengira 5, 4, 3, 2, 1 sebelum melepaskan Awang. Sejurus sahaja itu berlaku krew kami pun terus bergerak dengan kereta untuk ke tempat pertemuan seterusnya.


Perhentian rasmi seterusnya adalah di pekan La Bastide Marnhac. Bila disemak dalam Google rupa-rupanya ia dieja rapat Labastide Marnhac. Jarak litar adalah sama iaitu 35 km. Jarak terdekat dari pekan ke pekan melalui jalan raya pula sedikit kurang iaitu 16.9 km.

Proses yang sama iaitu menunggu penunggang dan kuda di tempat-tempat pertemuan denai dengan jalan raya untuk memberikan sokongan diulang dalam keadaan sedikit berlainan begitu juga apabila sampai ke tempat perhentian rasmi. Cuma harus ingat semakin jauh berjalan semakin penat manusia dan kuda. Masa juga semakin bertambah, hari semakin menghampiri malam. Menurut anggaran saya harus sekitar jam 3 petang baru sampai ke Labastide Marnhac. Sekitar jam 4 baru bergerak untuk ke fasa ketiga litar iaitu kembali ke Montcuq. 


Menurut Google Map jarak terdekat dengan jalan raya menghubungkan Labastide Marnhac ke Montcuq adalah 19.1 km. Biar ditunjukkan peta keseluruhan yang menghubungkan 3 pekan perhentian rasmi. Panjang keseluruhan litar adalah 100 km (ke 105 km? Dah lupa yang tepat), semuanya harus dalam lingkungan peta atas. Jalan raya terdekat pula memiliki panjang  keseluruhan 54.6 km. Tetapi jarak sebenar yang kami lalui supaya dapat bertembung dengan penunggang harus lebih jauh.


Ada 3 daripada 36 gambar yang dimiliki menunjukkan keadaan berkuda waktu gelap. Ini sesuai dengan anggaran bahawa Awang meninggalkan perhentian rasmi kedua pun sudah sekitar jam 4 petang. Apabila sampai ke perhentian terakhir iaitu tempat litar bermula di Montcuq harus sudah jam 7 lebih. Itu baru sehari punya cerita. Esoknya Ahad diulang lagi kerana ia adalah pertandingan 2 hari.

Tak ingat jika sama juga perjalanan Montcuq ke Castelnau Montratier kemudian Labastide Marnhac atau tukar ke arah bertentangan Montcuq-Labastide Marnhac- Castelnau Montratier. Apapun litar sama digunakan dengan Montcuq sebagai pusat, sebab itu kejohanan memakai nama pekan. Saya tidak ingat siapakah yang menang dan apakah kedudukan Awang. Mungkin ada ditulis dalam artikel lain  untuk akhbar tetapi terlupa hendak mengambil masuk ke dalam komputer seperti halnya beberapa artikel lain yang pernah ditulis ketika bertugas di The New Straits Times tahun 1996 hingga 2001. Cukuplah tentang pertandingan. Selepas ini akan dikongsikan apa yang dibuat seterusnya di Perancis, antaranya melawat ladang kuda keluarga Just dekat sempadan Sepanyol.


Tiada ulasan: