Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Khamis, Mei 26, 2016

Nisfu Syaaban di Pulau Besar - Ujian babi hutan dan jejak kesyahidan Raja Haji

Adapun hari ini Khamis 26 Mei 2016 adalah bersamaan 19 Syaaban 1437 Hijriah. Tinggal sekitar 10 hari sahaja lagi semua umat Islam diwajibkan berpuasa untuk bulan Ramadhan. Biar dilepaskan satu cerita berkaitan daripada hujung minggu lepas...


Petang Sabtu 21 Mei 2016, saya, isteri dan anak-anak pergi ke jeti Anjung Batu di Melaka untuk menaiki feri ke Pulau Besar.


Sebelum itu kami telah bermalam di rumah ibu bapa saya di Muar.


Kali terakhir kami masuk ke Pulau Besar bersama adalah selepas menganjurkan acara ke-11 HIKMAH di Pagoh, Muar penghujung tahun 2014. Lihat Susulan HIKMAH Pagoh - Lawatan ke Bukit Treh dan Pulau Besar.


Kali terakhir saya sendiri masuk pula adalah pada penghujung tahun lepas bersama kawan. Lihat Menyahut panggilan pulau.


Kali ini kami masuk anak beranak dengan niat untuk menyambut malam Nisfu Syaaban iaitu 15 haribulan Syaaban dalam pulau.


Sampai sahaja kawasan masjid yang mengandungi makam utama di pulau iaitu makam Sultanul Arifin Sheikh Ismail azan Maghrib berkumandang menandakan sudah masuk malam Nisfu Syaaban.





Tanpa melengahkan masa saya pun ikut beribadah bersama orang ramai.


Alhamdulillah walaupun boleh tahan ramai orang datang, ia tidaklah seramai seperti yang saya jangkakan lalu keadaan terasa aman, tidak perlu bersesak-sesak seperti yang boleh berlaku pada masa-masa tertentu di Pulau Besar.


Ini adalah keadaan selepas solat Subuh pada siang hari, siang Nisfu Syaaban.


Keadaan di pantai berhadapan masjid. Pemandangan kelihatan begitu indah. Lihat artikel Morning views from the southern beaches of Pulau Besar di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.


Adapun kami anak beranak telah bermalam di dalam sebuah khemah milik kawan di tepian pantai kecil ke hujung barat daya pulau sekitar 700 meter dari masjid. Kembali dari masjid kelihatan seorang anak saya Rasyid sudah bangun untuk mandi laut.


Adiknya Johan pula masih tidur nyenyak.


Tiba-tiba terlihat beberapa orang berketurunan India berkumpul di satu sudut leka memerhatikan sesuatu.


Rupa-rupanya mereka terpegun melihat seekor babi hutan sedang makan jagung. Berdekatan situ, kelihatan 3 ekor anak babi juga sedang memakan sesuatu. Sekarang biar dikongsikan satu cerita melibatkan babi sambil kita melihat gambar-gambar lain.


Adapun tengah malam hingga beberapa jam kemudian berlaku hujan lebat yang amat sangat. Selepas beberapa lama saya terbangun daripada tidur lalu keluar khemah menuju ke perigi berdekatan untuk mengambil wudhuk. Niatnya mahu menunaikan solat sunat Tahajjud. Tengok-tengok ada kelibat binatang menghalang perjalanan. Rupa-rupanya ada seekor babi hutan yang boleh tahan besar sedang memakan sesuatu di atas tanah.




Gambar anak-anak sedang seronok bermandi-manda sekembalinya saya ke khemah. Tidak lama kemudian saya pun ikut mandi sama. Saya ada diberitahu oleh beberapa orang rakan bahawa babi hutan sudah masuk ke Pulau Besar sejak setahun dua kebekalangan. Mereka datang berenang dari tanah besar sedangkan sebelum itu tidak pernah ada babi hutan di pulau yang dikenali sebagai penuh karamah, terdapat banyak makam wali-wali Allah. Bila dah terserempak dalam kegelapan malam cuma berbekalkan torchlight, timbul juga rasa risau takut diserang. Saya sudah mendengar banyak cerita orang disondol babi hutan sehingga terkoyak baju dan seluar, boleh terkoyak peha. Malah yang mati pun ada akibat kehilangan banyak darah selepas putus urat besar di peha.


Tetapi saya telah memasang niat untuk bersolat lalu mesti mengambil wudhuk. Alhamdulillah saya dapat menghalau babi ke tepian, keluar dari laluan pada satu jarak yang dirasakan cukup selamat untuk ke perigi kemudian kembali. Bila terlihat babi hutan muncul lagi pada siang hari bersama 3 ekor anak kecil baru tersedar ia cukup jinak. Tak pastilah kalau yang ditemui waktu malam sama dengan yang ini. Yang saya dapat tahu memang ada yang selalu turun ke sebelah sini kerana ada seorang kawan lama yang sudah menetap di pulau 20 tahun kalau tak salah selalu memberikan ia dan mana-mana babi yang datang makan.


Selepas puas mandi laut kemudian bilas di perigi kami anak beranak berjalan kaki meredah hutan mendaki lereng bukit untuk ke tempat bernama Gua Yunus. Lihat Trekking to Gua Yunus. Balik pada hal babi hutan. Kalau ikutkan sentimen diri sebagai orang Islam (konon) harus saya merasa marah melihat binatang najis berat ini sudah beranak-pinak di Pulau Besar. Apakah ini akibat telah berlaku banyak perbuatan syirik dan maksiat dibawa oleh orang-orang yang tidak bertanggungjawab? Kemudian kawan saya memberikan penerangan panjang lebar tentang rasa kasih sayang sesama makhluk. Timbul kesedaran betapa kita sering memandang jijik pada sesetengah binatang sedangkan ia juga ciptaan Allah SWT. Lainlah kalau disondolnya kita. Dan kita juga harus berusaha untuk mengelak daripada tersentuh kerana ia memang najis berat. Tetapi selain daripada itu? Dia pun nak hidup jugak. 


Setelah puas menikmati suasana pulau kami berkejar ke jeti untuk kembali ke tanah besar menaiki feri jam 12.30 tengah hari. Nampaknya kewujudan babi hutan di Pulau Besar yang mana inilah pertama kali saya terserempak dengan makhluk ini setelah entah beberapa belas kali dah masuk ke pulau penuh karamah adalah ujian untuk hati dan perasaan saya sebagai seorang umat Islam yang sepatutnya memiliki rasa kasih sayang terhadap setiap makhluk. Dahlah ini berlaku pada siang Nisfu Syaaban yang mana dikatakan pada malam Nisfu Syaaban itulah diturunkan takdir bagi setiap manusia buat setahun akan datang. Nampaknya ini berlaku untuk saya bermuhasabah diri, jangan memandang rendah apatah lagi jijik pada mana-mana makhluk...


Sambil menunggu giliran masuk ke dalam feri saya menikmati pemandangan ke arah tanah besar.


Gunung Ledang kelihatan cantik tersegam di latar belakang. Bukan selalu gunung penuh lagenda ini dapat dilihat cantik dari Pulau Besar. Ini kerana keadaan cuaca, awan, juga keadaan matahari terang selalu menyebabkan ia tertutup daripada pandangan.


Saya dan isteri ada merancang untuk ke masjid negeri Melaka yang terletak di bandar raya Melaka. Ada pameran barang-barang peninggalan Nabi Muhammad Rasulullah SAW sudah bermula beberapa hari itu. Ada rambut, bekas tapak kaki baginda dan sebagainya boleh dilihat dengan sedikit bayaran. Tetapi sebelum itu kami mahu ke kawasan sekitar Sekolah Henry Gurney di Telok Mas untuk mencari suatu tinggalan sejarah. Untuk makluman sekolah ini dikenali sebagai sekolah budah jahat. Dikendalikan oleh Jabatan Penjara ia adalah sekolah khas untuk anak-anak yang didapati telah melakukan kesalahan jenayah tetapi belum cukup umur untuk masuk penjara sebenar.


Sebagai seorang anak yang dilahirkan di Muar saya sudah amat banyak kali lalu di simpang masuk ke Sekolah Henry Gurney. Tetapi baru kali ini masuk, untuk mencari sesuatu itu. Baru saya tahu kawasan sekolah itu agak luas membawa ke pantai. Untuk pengetahuan suatu masa dahulu Telok Mas dikenali sebagai Teluk Ketapang. Dalam buku-buku sejarah nama Teluk Ketapang agak terkenal sebagai tempat gugurnya tokoh pahlawan Bugis-Melayu terkenal iaitu Raja Haji Fi Sabilillah ketika menentang Belanda tahun 1784.


Berpandukan penerangan daripada seorang kawan yang sedang berada di Langkawi ketika itu saya mendapat tahu lokasi makam Raja Haji yang asal terletak di satu bahagian kawasan di luar pagar Sekolah Henry Gurney.


Dibantu petunjuk oleh seorang warga tempatan yang sedang sibuk memotong ayam di rumah berdekatan, lokasi makam adalah pada tengah gambar. Cuma sepatutnya ada batu tanda tapi saya tak jumpa. Ini kerana kawasan bersemak teruk. Saya juga mendapat tahu kemudian  batu tanda sudah terbenam ke dalam tanah.

Untuk makluman ini adalah artikel ke 1,441 di blogspot ini. Sebetulnya saya tak pasti apabila disebut makam apakah Raja Haji pernah disemadikan di sini atau yang dimaksudkan adalah tempat baginda gugur ditembak Belanda. Yang saya tahu memang Raja Haji pernah dimakamkan di Melaka sebelum jasadnya dialihkan ke Pulau Penyengat di Riau. Lihat artikel lama Makam (Tomb of) Raja Haji Fi Sabilillah

Sesuatu untuk difikirkan. Kenapakah berdekatan  tempat pahlawan besar tersebut gugur, penjajah iaitu British telah mendirikan sekolah budah jahat sehingga apabila terfikir pasal kawasan ini sahaja orang ramai boleh teringat pasal budak jahat? Kenapa nama Telok Ketapang dihilangkan daripada peta moden? Yang tinggal adalah Telok Mas berdekatan dengan Kampung Ketapang?


5 ulasan:

ashraf berkata...

Assalamualaikum tuan, saya sering mengunjungi ke blog tuan dan ada satu perkara bermain difikiran saya..bagaimana tuan sentiasa membawa keris kemana sahaja sedangkan membawa senjata tajam itu satu kesalahan...andai ditakdirkan kene inspection semasa roadblock dan ada membawa keris, adakah akan tetap dikenakan tindakan undang2?

Radzi Sapiee berkata...

Wassalam. Benda ni bergantung pada keadaan. Kalau saya memakai keris sambil mengenakan busana tradisional Melayu maka ada peruntukan undang2 membenarkan atas nama pakaian adat lengkap sepersalinan. Kalau saya membawa begitu sahaja memang ada risiko undang2. Maka di sini terletak soal budi bicara dan pembawakan.

Adapun keris itu bukan sekadar senjata tetapi tetap pakaian adat dan jati diri seorang anak Melayu. Orang yang beradab dan beradat akan membawa keris dengan keadaan bermanis muka sambil bertawakal kepada Allah. Niat mesti betul, membawa pakaian jati diri yang berserta dengan sifat gentleman, bukan sifat suka bergaduh. Insyaallah tiada masalah.

p/s : Teringat saya suatu masa pertengahan tahun 2012. Ketika itu saya belum lagi mula berbusana, tapi ada kawan2 dah mulakan. Saya ajak le 2 orang kawan datang menyerikan satu majlis jualan buku di tengah KL. Mereka pakai persalinan lengkap baju persilatan. Entah kenapa tiba2 tergerak ajak diaorang jalan pergi Central Market. Walaupun mereka dah beberapa bulan mulakan aktiviti pakai busana, mereka sendiri saspen nak berjalan bawak keris di tempat awam. Saya kata tak mengapa. Meh bak keris panjang satu saya pegang kat tangan. Masa tu saya pakai baju biasa aje.

Maka meratalah kami berjalan kaki, daripada Dataran Merdeka ke CM pusing2 pas tu pergi minum teh tarik kat restoran berdekatan. Masa tu keris 3-4 bilah letak open atas meja. Sedar tak sedar ada meja lain dalam 7-8 kaki je jauh penuh dengan polis baju biru, ada le dalam 5-6 orang.

Mula2 mereka ada perhati kat kami jugak. Saya lambai tangan tersenyum sambil menggangguk2. Diaorang ok je membalasa senyuman. Faham tak bagaimana mereka takda hal? Inilah soal pembawakan membawa pada budi bicara. Pabila keris dipakai untuk menyatakan jati diri keMelayuan berteraskan Islam, bukan mengancam, dan kita pula membawa diri yang gentleman insyaallah tiada masalah...

ashraf berkata...

owh terima kasih atas balasan komen tuan..baru lah terang mengenai perkara ini setelah diterangkan oleh tuan yg jauh lebih berpengalaman..

Unknown berkata...

Saudara Radzi,pendapat saya,jika dihitungkan saya merasakan suatu konspirasi British untuk menggelapakan sejarah dan tinggalan pusaka bangso dan nogaro kita yang ingin dihapuskan bersama talibarutnya dalam kalangan orang melayu juga yang diumpan"gula" sehingga dihilangkannya nama mula tempat di daerah Jasin itu sampai menukar ke Telok Mas padahalnya mana ada dijumpai emas di kawasan terbabit kerana kawasan itu rata-rata tempat penduduk,tanah sawah dan pesisir pantai tak ada bukit di kawasn itu.....Jadi hitung fikir-fikirkan,sekian.Asslamkmw.b.t...

Unknown berkata...

Salam tuan..saya selalu membaca blog tuan..takde ke tuan mempelawa orang lain ikot sama..saya rasa macam tergerak untuk bersama..