Adapun untuk memuatkan gambar ini ke dalam blogspot, saya harus terlebih dahulu menggunakan proses save as untuk menyimpannya di dalam komputer sendiri sebelum ia dapat diupload atau dimuat-turun ke dalam blogspot. Begitu juga yang harus dibuat untuk beberapa buah gambar yang diambil daripada Internet lalu dimuatkan pula ke dalam mana-mana blogspot saya. Petang semalam, tiba-tiba saya terasa mahu membuang kesemua gambar-gambar dari Internet yang ada tersimpan di dalam komputer. Ketika itulah berlaku satu perkara yang seolah-olah ingin menunjukkan sesuatu kepada saya!
Adapun bahagian tengah gambar ini yang memaparkan bendera-bendera Perak berserta pondok tempat raja berehat telah dijadikan desktop background komputer riba saya kini sejak ia dibeli pertengahan tahun lalu. Malah gambar yang sama juga turut menjadi desktop background komputer riba lama sejak sebulan-dua sebelum itu. Lihat artikel Komputer laptop TwinHead 12D hadiah daripada Nur. Mengenang jasa besarnya...
Saya cuba lagi. Sekali, dua kali, berkali-kali... masih tidak berjaya. Aitt??? Bila masa pula saya ada membuka gambar rumah Kutai ini dalam apa-apa program. Saya pun mengalah lalu menutup semua windows dengan niat mahu menutup terus komputer. Terperanjat besar saya apabila mendapati gambar rumah Kutai itu sudah tertera besar menjadi desktop background menggantikan gambar lama di Beting Beras Basah!
Bagaimana ini boleh berlaku tanpa saya sendiri meletakkanmya begitu secara sedar? Sudah setahun saya menggunakan gambar di tepian Beting Beras Basah sebagai penghias komputer riba, kenapa tiba-tiba boleh naik gambar rumah Kutai tanpa dipinta? Atau ada sesuatu perkara tersirat yang ingin disampaikan dengan kekuasaan dan kebijaksanaan Allah?
p/s: Besok Jumaat 1 Mei kita akan menyambut Hari Buruh. Sempena cuti panjang yang bersambung hingga hujung minggu, saya dan isteri akan berlegar-legar di sekitar Melaka. Insyaallah kami akan bermalam di Pulau Besar juga Masjid Kampung Hulu. Sekian! :]
3 ulasan:
Salam.
Hmmm.... rumah Kutai..
Kutai OK.....Jangan kena panggil OTAI....perrrghhh, rasa nak lempang je bebudak muda ni!
salam,
hmmmm,
masuk awal jamadilawal ni ramai orang yang nak beriktikaf kat masjid-masjid lama esp. masjid yang ada kaitan dengan ahlul bait cam masjid hulu.
Catat Ulasan