Sebaliknya apabila saya sudah menghampiri saf hadapan, saya mendapat SMS daripada isteri yang menyebut: "Pak Lah ada". Terus saya pandang ke hadapan. La ala, Pak Lah memang ada dan sangat dekat di hadapan saya.
Dalam gambar ini kelihatan seorang anak cucu Sheikh Abdul Qadir Jilani sedang berdiri, cuma gambar kurang cantik kerana semasa diambil beliau betul-betul sedang berjalan di belakang sebuah microphone berwarna merah. Hasilnya kelihatan seperti ada tanda merah di kepalanya. Apapun, beliau adalah Sheikh Afifuddin, seorang ahli keluarga penjaga makam Sheikh Abdul Qadir di Baghdad yang kini menetap di Malaysia.
Saya difahamkan Sheikh Afifuddin adalah ketua atau khalifah satu cabang Tariqat Qadiriyah (peninggalan amalan Sheikh Abdul Qadir) yang paling utama di Malaysia malah di peringkat dunia! Majlis ini begitu juga majlis sama pada tahun-tahun lepas dianjurkan oleh orang-orangnya dengan setiap satu dihadiri tidak kurang 10,000 orang Islam daripada pelbagai aliran pengajian, juga ratusan mereka dari lingkungan keluarga para Habaib terutama dari Nusantara.
Oh, bacaan Maulud diketuai oleh Habib Hassan, imam Masjid Ba' Alawi di Singapura yang merupakan seorang Ahlul Bait yang amat dihormati. Semasa bacaan Maulud mula rancak dan orang pun berdiri, saya mengambil peluang untuk pergi lebih dekat ke hadapan.
Apabila sampai waktu untuk duduk kembali, baru saya tersedar saya telah duduk di belakang satu orang yang sangat tidak saya senangi. Keesokannya apabila melihat cerita di suratkhabar, baru saya tersedar saya sebenarnya telah duduk di belakang bukan seorang sahaja malah dua orang yang tidak disenangi!
Saya rasa untuk sambungan penceritaan ini biar tidak disebut apa-apa nama ya. Faham-faham sahajalah siapakah yang dimaksudkan. Orang ini tidak disenangi kerana peranan besarnya memberi muka dan peluang kepada kuasa asing di selatan Semenanjung campurtangan secara halus mahupun terang terhadap kedaulatan negara. Dengan percaturan politiknya berselindung di sebalik kedudukan bapa mertua, negara jadi huru-hara apabila pelbagai kaum bukan Melayu jadi semakin berani menagih itu dan ini sambil mempersoalkan hak kedaulatan bangsa Melayu. Biar saya panggil dia sebagai "mamat ini"...
Tiba-tiba teringat satu perbualan dengan seorang kawan lama yang juga pernah menjadi seorang wartawan akhbar perdana. Melihat kepada apa yang berlaku beberapa tahun kebelakangan serta keputusan pilihanraya ke 12 yang banyak menaikkan pihak pembangkang, dia mencapai satu rumusan. Samada mamat ini sangat bodoh sehingga segala yang dicadangkannya dalam polisi pemerintahan negara melalui kedudukan bapak mertuanya tidak menjadi, sehingga parti utama Melayu semakin hilang pengaruh dan apa-apa hal yang membela Melayu kelihatan jijik di matakaca orang lain atau dia sebenarnya sangat pandai sehingga dapat merancang kejatuhan parti itu, malah kedudukan orang Melayu itu sendiri secara halus. Jawab saya ya, dia memang pandai tetapi tidaklah begitu pandai. Dia sebenarnya mendapat sokongan dan nasihat pihak luar yang memang mahu orang Melayu jatuh, pihak yang kononnya mahukan 'keadilan dan kesaksamaan' antara kaum atas nama Malaysian Malaysia juga meritokrasi, pihak yang sebenarnya didalangi kuasa Yahudi Zionis.
OK. Asalnya saya cuma mahu berkongsi gambar-gambar sekitar majlis di Masjid Negara ini. Tetapi tadi, selepas menonton video cerita "Ocean's Eleven" lewat malam saya tidak dapat tidur malah asyik terfikir tentang percaturan politik negara mutakhir ini. Lalu saya pun menghidupkan komputer dan menulis cerita ini. Sebelum itu saya melepaskan sedikit rasa melalui artikel bertajuk
Dream of a lil' Luke Skywalker... di
blogspot BERPETUALANG KE ACEH . Oh, berbalik sebentar ke Masjid Negara. Melihat mamat ini elok berkopiah berjubah putih duduk di saf paling hadapan, terasa lembut juga hati. Moga-moga dia betul-betul mendapat hidayah dan dengan itu boleh menjadi pemimpin muda yang baik. Tetapi apabila memikirkan kembali apa yang dia telah buat selama beberapa tahun bapa mertuanya menjadi pemimpin tertinggi negara, saya berfikir balik. Jangan tertipu dengan kopiah dan jubah, jangan juga tertipu dengan songkok dan baju Melayu serta laungan-laungan bersemangat yang kononnya mahu membela nasib agama, bangsa dan negara.
Saya ambil satu sahaja contoh. Orang Hindraf membuat kacau di majlis hari-raya anjuran perdana menteri. Kalau dahulu saya pasti mereka-mereka ini akan dipukul oleh orang-orang silat tak pun orang Pekida. Tetapi dalam majlis itu mereka jadi begitu berani kerana tiada yang menghalang atau mengapa-apakan malah mereka diberi lebih muka! Cuba orang Melayu buat perkara yang sama ketika perayaan Thaipusam atau Hari Raya Cina. Agaknya apa yang akan terjadi? Tetapi orang-orang Hindraf ini seolah mendapat jaminan dari pihak tertinggi. Pergilah tunjuk perasaan kamu itu membela kaum kamu walaupun ia tidak logik kerana melebih-lebihkan sesuatu yang sebenarnya tidak pernah berlaku (seperti penindasan ala apartheid yang mereka dakwa berlaku terhadap orang bukan Melayu di sini walhal tidak), kamu tidak akan diapa-apakan malah kamu akan mendapat lebih ruang lagi! Dan hati saya menunjuk kepada mamat ini sebagai dalang sebenar di sebalik 'permainan'...
Tahun lepas di Masjid Putrajaya, saya dapat duduk dengan kelompok ulamak dan anak murid yang diketuai Habib Hassan terus menghadap ke seberang bulatan Maulud di mana terdapat mamat ini dalam satu kelompok, berkopiah dan berjubah putih sama seperti di Masjid Negara tahun ini. Ketika itu dan sepanjang majlis, saya dapat melihat dengan terang baik dengan mata hati mahupun melalui body language atau bahasa tubuh betapa janggalnya anak muda ini duduk dalam satu majlis Maulud dikelilingi ramai Ahlul Bait. Nampak sangat dia sekadar terpaksa menemani bapa mertua, tak masuk dalam kepala pun perayaan Maulud itu. Tahun ini saya kebetulan duduk di belakang dan tidak dapat melihat air mukanya. Hampir saya terasa simpati melihatnya begitu 'kusyuk menikmati' Maulud jika tidak memikirkan betapa sudah banyak orang politik yang mempermain-mainkan agama agar dapat meraih sokongan dan undi.
Sekarang biarlah saya lepaskan rasa mengenai percaturan politik terkini. Dan saya tetap tidak mahu menyebut apa-apa nama ya.
Rasanya ramai yang tahu peralihan kuasa dari bapa mertua ke perdana menteri kini sebenarnya amat tidak disenangi oleh mamat ini dan kuncu-kuncunya. Tetapi ia tidak dapat lagi dielakkan lalu mereka cuba membawa masuk seseorang yang boleh mereka harapkan untuk menjadi orang nombor dua negara yang boleh membela mereka dari atas sana. Malangnya calon mereka itu disahkan terlibat dengan politik wang lalu dilarang bertanding. Tinggallah seorang calon lain yang mungkin boleh diharapkan berpihak kepada mereka kerana telah dijadikan menteri oleh bapa mertua walaupun dia sekadar seorang senator lantikan bidan terjun yang mengaku tidak tahu berbahasa Inggeris apabila ditangkap di Australia dengan wang berjuta.
Masuk pemilihan parti, dalam keadaan yang agak mencurigakan pula kerana mengambil masa lebih 6 jam untuk mengira sekadar sekitar 800 undi, mamat ini berjaya menempatkan diri ke atas jawatan tertinggi pemuda. Walaupun dia juga didapati bersalah mengamalkan politik wang tetapi mamat ini tetap dibenarkan bertanding. Kebanyakan jawatan exco malah kata orang kesemua jawatan itu dapat dipegang kuncu-kuncunya. Cuma satu kuncu sahaja jatuh terduduk untuk perebutan jawatan nombor dua pemuda. Sedangkan kedudukan majlis tertinggi juga berjaya dipegang kebanyakan orang mereka.
Tetapi ini semua kurang bermakna berbanding dengan hakikat bahawa jawatan tertinggi parti dipegang orang yang diketahui tidak sehaluan dengan mamat ini. Begitu juga jawatan nombor dua dan tiga orang naibnya. Apabila ternyata jawatan pemimpin tertinggi negara turut diserahkan kepada orang ini yang kemudian menamakan kabinet baru dengan induknya dikelilingi orang-orang yang lebih menyokongnya, si mamat ini semakin panik. Manakan tidak, mamat ini tidak dapat menjadi menteri sedangkan musuh kuatnya dalam pemuda, juga orang yang telah mengalahkan seorang kuncunya untuk jawatan nombor dua pemuda kedua-duanya dapat menduduki kabinet dengan jawatan timbalan menteri.
Saya tahu sejak tahun lepas lagi mamat ini dan kuncu yang diharapkan dapat menjadi timbalannya telah membayangkan diri akan menjadi menteri penuh selepas pemilihan terbaru parti. Sekarang mereka tidak ada lagi kedudukan ini. Saya percaya pemimpin tertinggi negara juga telah dinasihati ramai orang agar memulakan kerja untuk mencantas mamat ini dan orang-orangnya. Memang mereka perlu dicantas kerana mereka-mereka ini sebenarnya para penjual bangsa, agama dan negara yang turut bersekongkol dengan pihak pembangkang.
Walaupun kelihatan seperti dari kumpulan yang berlainan, mamat ini dan mamat itu (satu panggilan yang saya rasa elok untuk ketua pembangkang yang suka merusuh itu) sebenarnya bekerja dengan pihak yang sama untuk menghilangkan ketuanan Melayu agar dapat digantikan dengan Malaysian Malaysia. Kumpulan itu juga mahu menjayakan rancangan Protocols of the Elders of Zion untuk menghapuskan raja-raja Melayu kerana dengan itulah benteng terakhir kekuasaan Melayu dapat dihapuskan lalu segalanya dapat dikuasai bangsa pendatang yang tidak sedarkan diri.
Semalam saya tergerak untuk membaca satu blogspot lalu terlihat gambar mamat ini dihadap oleh kuncu-kuncunya yang sedang mengangkat sumpah untuk memegang jawatan-jawatan tertinggi lantikan dalam pemuda. Terus hati saya berkata, mamat ini sudah menyedari betapa usaha untuk mencantasnya dan orang-orangnya sudah pun bermula lalu dia pula menggerakkan permainan awal menyelamatkan diri dengan berkubu di dalam pemuda. Ya, usaha untuk menjadikan gerakan pemuda sebagai kubu kuat sudah pun bermula apabila menyedari jawatan-jawatan paling tinggi negara tidak dapat digenggam kuat seperti diharapkan dahulu.
Tetapi mungkin juga ada cara lain untuk melawan pengaruh pemerintahan tertinggi. Selain terus mewar-warkan kes gadis Mongolia yang meletup-letup cunnya dengan pertolongan mamat itu, mungkin juga dapat diusahakan agar para menteri besar dapat dimasukkan ke dalam koceknya yang cukup dalam untuk menampung wang berjuta malah mungkin berbillion hasil sumbangan 'ikhlas' jiran di selatan. Sekurang-kurangnya MB boleh digunakan untuk meraih kuasa penuh terhadap sesuatu negeri dan mungkin dapat menangkis arahan pemerintah tertinggi negara apalagi jika dapat dihimpunkan kuasa sejumlah mereka.
Dahulu semasa bapa mertua memegang kuasa, mungkin lebih senang. Dengar cerita MB Pahang pun sampai berdiri hampir tabik hormat apabila mendapat panggilan telefon daripadanya... baru sekadar telefon, belum lagi berjumpa empat mata. MB Melaka yang terus dapat memegang jawatan walaupun disahkan mengamalkan politik wang memang sudah diketahui umum sebagai orang di dalam koceknya, melalui pengaruh bapa mertua. MB Johor (jika tiada perubahan dalam masa terdekat) pula mungkin boleh dimasukkan dalam kocek kerana umum orang Johor tahu betapa dia dan pemimpin nombor dua negara kini sudah lama tidak sehaluan walaupun berasal daripada negeri yang sama.
Apa jadi jika MB-MB lain dapat dimasukkan ke dalam koceknya? Umum tahu MB Terengganu dahulu juga pernah berada di bawah telunjuk malah tapak kakinya. Sebab itu wang berbillion hasil royalti minyak Terengganu "berjaya dimanfaatkan" oleh orang-orangnya. Tetapi MB itu berjaya disingkirkan dengan sokongan Sultan merangkap Yang Di Pertuan Agung untuk memberi ruang kepada seorang MB baru. Kini Terengganu kecoh lagi apabila dikatakan ada percubaan untuk membuat undi tidak percaya terhadap MB itu. Apakah ia juga satu permainan mamat ini?
8 ulasan:
MS,
mamat itu dan mamat ini saya rasa memang dalam satu agenda yang sama, satu arah, satu tujuan, dan digerakkan oleh satu kuasa yang sama dibelakang tabir, cuma watak sahaja yang berlainan, namun objektif dan sasarannya sama.
Mereka secara zahirnya seperti musuh tetapi hakikatnya mereka adalah rakan seperjuangan.
Tidak ramai yang akan melihat seperti kita melihat dan faham permainan mereka tapi syukurlah sebab ada yang tahu mengenai ini. Bagi yang tidak faham dan tidak tahu, cukup payah untuk mereka mempercayainya tetapi ..itulah radar dan gerak hati masing2 berbeza...ada yg tumpul, ada yg tajam..dan kdg2 signalpun ada yg tak dapat...
Puteri
Salam..
Bila sebut ada Majlis Sultanul Awliya Sheikh Abdul Qadir al-Jilani tidak kira apa Tariqat, semua akan berkumpul..Indah sungguh!! Ada tu seorang Pakcik dari Seremban datang dengan rombongan naik bas..
Hmm..waktu nak balik, terjumpa dengan seorang abang ni,kawan lama yang dah lama saya dan suami tidak berhubung, abang ni 2nd man dalam Tariqat Nasyabandiah di Malaysia..
Kami pun bertukar-tukar cerita..
Majlis yang sama pada tahun 2007, abang ni juga yang bagitau ada majlis di Masjid Wilayah..
Puteri..ada benarnya kata-katamu itu..
Salam.
Firasat saya dapat mengesan ada satu lagi watak dalam negara nie...peranannya adalah ketua kepada dua mamat nie. kepala nielah yg banyak menerima arahan daripada grandmaster di selatan semenanjung tue...lalu menghubungi dua mamat nie...jalankan operasi sulit mereka.
kepala utama nie..sentiasa ada di malaysia dan tidak akan keluar selagi tiada keperluan yg mendesak..dan memang tidak akan menonjol dalam mana2 perhimpunan atau konflik politik..sosial mahupun ekonomi.
boleh jadi watak utama nielah banyak memberi idea dan cadangan kepada dua mamat tue bertindak.
apa pandangan MS dan kak puteri?
Wassalam. Tiba-tiba teringat pepatah Inggeris, a dime a dozen... hmm... :]
Rasa nak tambah lagi plak. Sebenarnya dah banyak yang terlibat dengan kuasa-kuasa luar ni sebab teringin nak jadi kaya dan berkuasa. Selalunya mereka memang telah dikesan sejak zaman student lagi kerana terserlah amat cita-citanya yang tinggi selain pandai berpidato dan kuat mempengaruhi orang.
Maka pihak luar akan tengok ke mana arah fikiran diaorang ni. Selalunya apabila kita ada cita-cita hendak berkuasa maka kita boleh dijual-beli asal kena dengan umpannya. Kalau tak duit, perempuan, tak pun pangkat. Biasanya ketiga-tiga sekali sebab ia datang serangkai...
Pihak luar pula sedia memberi laluan teratur untuk menolong mereka naik asalkan sambil naik tu hulur-hulur le apa yang patut, contract penting ke, seribu dua ribu hekta tanah ke, tolong tanamkan faham Islam liberal ke Malaysian Malaysia ke. Ada ajen-ajen sudah ditanam untuk melicinkan laluan.
Aduh... bukan seorang dua yang terlibat ni. Kalau ikut rasa, Black Moses masih ada talian, Dime a Dozen pulak memang dah ada orang sebut pembabitannya dengan upper class Illuminati. Sebab tu dia mampu bukak rangkaian bank luar negara.
Hmmm... biarkan dahulu. Perancangan Allah tetap akan mengatasi perancangan manusia. Sekian...
Salam MS,
Tiba2 teringat "Keseronokan mengejar mengkarung". Teknik
menukar warna kulit yang hebat
untuk mengabui mata.
Mudah2an mengkarung tak mampu
jadi naga.
Salam perkenalan tuan..
Buku BKA ade jual kat Book Fair PWTC tak..
Wassalam. Cuba cari kat booth Fajar Pakeer, insyaallah ada.
Kalau takda aral melintang, saya pun ada jual sendiri tapi ikut angin le bila rasa nak bukak, ad hoc, bukan dalam dewan pameran tetapi di tepi-tepi laluan masuk, masih dalam PWTC.
Kalau nak pasti, cuba datang Isnin 2 petang kat kawasan stage 1st floor dekat escalator sebab ada function, katanya launch sekali buku "Rumah Azan" yang saya tulis dengan terbitan syarikat Karnadya
Catat Ulasan