Adapun setelah puas berjalan di Pantai Timur, saya sampai kembali ke Kuala Lumpur hampir jam 5 pagi hari Isnin. Oleh kerana jurugambar saya Shamsul Yunos mahu kembali ke rumahnya di Bukit Damansara, saya rasa elok juga dia menurunkan saya di sebuah rumah tempat orang berzikir di sekitar kawasan bukit itu juga di mana saya sesekali suka bermalam.
Maka berehatlah saya di tempat itu. Sampai matahari naik, ketika keluar berjalan di bahagian tepian rumah, kelihatan pula motosikal dengan rupa bentuk yang agak unik ini.
Saya tertanya-tanya motosikal apakah ini lalu melihat lebih dekat. Ah... betulkah apa yang dilihat ini?
Yalah... memang motosikal ini motosikal 'Monyet'. Limited edition nampaknya...
Saya bertanya pada orang di rumah. Mereka tidak tahu motosikal itu milik siapa tetapi ia telah ditinggalkan di situ sejak beberapa hari lalu.
Hmm... motosikal 'Monyet'... siap ada nama 'Comel' lagi. Sekian, hehe! :]
p/s: Pernah dengar ayat gurauan Mat Saleh remaja zaman moden yang berbunyi "Spanking the monkey"? Hehe...
1 ulasan:
Tuan, apasal lak tetiba 'spanking the monkey' tu...kan dah nak kawin.
Catat Ulasan