Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Sabtu, September 20, 2008

Menyusuri sejarah sekitar Perjanjian Pangkor 1874... Menutup cerita di Bukit Chandan

OK. Saya rasa tak perlu cakap banyak... Tadi pun saya dah cakap banyak dalam artikel Exploring the happenings around the 1874 Pangkor Treaty in Perak... To Kuala Kangsar and 'beyond' yang baru sahaja disiapkan di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.

Rasanya tajuk posting kali ini, artikel ke 404 di blogspot ini sudah cukup menerangkan segalanya... Maka biarlah ditutup siri artikel "Menyusuri sejarah sekitar Perjanjian Pangkor 1874" ini ya. Selepas ini saya tidak akan menulis lagi buat masa ini...

Kalau ada pun, cuma mungkin satu artikel sahaja (kalau tergerak nanti) akan keluar minggu hadapan tentang DVD video perjalanan ke Perak menyusuri sejarah sekitar Perjanjian Pangkor 1874 yang telah pun siap ditambah sekali muzik latar-belakang, sedia untuk menerima tempahan peminat... Artikel seterusnya cuma mungkin akan keluar selepas Hari Raya, itupun tidak dapat dijamin kerana saya akan sibuk dengan satu tugasan baru.

Sekian, selamat malam dan selamat berhari-raya, maaf zahir batin. Pandu cermat jiwa selamat, jangan biasakan menjolok meriam buluh dengan jari! :]




Berkejar ke Kuala Kangsar



Apa ada di Bukit Chandan?



Dan klip video bonus, lawatan ke rumah pandai besi dan pakar pertukangan keris, Pak Mazin!






p/s: Sebenarnya selepas itu ada ziarah malam ke makam-makam Daeng Selili, Sheikh Abdul Qadir, Tok Temong, Sultan Mansur Shah, Sultan Ali Inayat, Sultan Yusuf I dan Sultan Muzaffar III. Tetapi seperti bahagian-bahagian penting lain yang tidak dipaparkan di blogspot ini, pembaca boleh melihatnya dalam DVD yang sudah siap dibuat tetapi rasanya cuma akan dibuka kepada peminat selepas Hari Raya nanti...

Tak mahal... Lihat sendiri hasilnya yang mengandungi penerangan dalam betuk teks yang timbul terbang berdesup dan sebagainya selain muzik latar Sufi, tradisional Melayu dan classical Inggeris untuk menyokong mood penceritaan. Saya rasa akan menetapkan harganya pada RM9.90. Cuma belum difikirkan bagaimana cara pembelian terbaik, melalui pos dan sebagainya dan apakah harga penghantaran pos yang patut ditambah nanti... :]

9 ulasan:

syahir berkata...

wow, murahnya, ok harga tu bang. saya booking satuu. tang urusan pengeposan abang kira l/sum ajer skali ngan pakaging dalam rm20.00 ( termasuk kos petrol nak ke pejabat pos ) maka jadilah dia rm 29.90 siap pos dlm semenanjung malaysia. kalau negara lain bayar ikut matawang mereka ( contoh usa usd 29.90 ) baru adil dan sekata. Pembayaran saya rasa lebih selamat dan mudah dikesan kalau abang pakai paypal. Try ler tanya sesapa yang tahu. Saya pun xpakai paypal lagi. ehehehe.

Tanpa Nama berkata...

Salamsss,

rm9.90, waaa ... sudah bagus ni.
Insyallah, bagitau je tarikh keluarnya.

Radzi Sapiee berkata...

Wassalam... Hmm... Terimakasih Syahir atas cadangan tu. Abang pun pun tak tahu paypal ni camana. Malah tak tahu pun apa kebendanya, hehe! Tak apa, kita tengok le camana nanti.
Tentang tarikh keluar pula, sebenarnya dah ready dah... Cuma cover belum cetak tapi dah design semalam. Sila lihat posting yang akan dibuat sebentar nanti. Mari! :]

PerpatihTulus berkata...

Assalamualaikum.

Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri Maaf Zahir dan Batin kepada semua, yang membaca blogspot ini, juga kepada Radzi @ Merahsilu.

Tahniah kerana telah berjaya mengexpertkan diri dalam bidang video editing.

Bila tengok-tengok video lama kat youtube perpatihtulus, nostalgia, Pulau Besar. Cuma video-video ke sana tu, tak divcdkan lagi, entah bila, tak tahu.

Okeylah itu sahaja, selamat maju jaya.

Radzi Sapiee berkata...

Wassalam... Video-video Negeri Sembilan campur Pulau Besar tu boleh di DVDkan nanti. Bahan dah ada, tinggal nak editting aje bagi lagi cantik!
Apapun, aku belum ambil part 2 NS trip tu yang dalam bentul AVI besar yang ada kat komputer engkau tu. Perlukan yang tu jugak kalau nak complete jadi video.
Hari tu aku cadangkan engkau buat kerja DVDkan perjalanan NS dan Pulau Besar ni... Rasa-rasa boleh handle tak?
Aku memang boleh buat tapi masa aku pun akan jadi terhad. Lepas raya ni aku ada satu job baru... Kena banyak travel gak nih... :]

p/s: Potensi video Perak ini meletup sudah meningkat apabila ada pihak tertentu berkait dengan pemerintahan tertinggi negara menyatakan minat (bukan orang Pak Lah ekk...), begitu juga pihak lain yang terlibat dalam dunia seni perfileman dan wakil golongan kerabat.
Kita tengoklah nanti. Aku tak mengharap apa sangat... Aku follow je apa yang terjadi...

Tanpa Nama berkata...

Bila nak buat dvd yd lain pulak bang?

Tanpa Nama berkata...

assalamualaikum,
Apabila terbaca pengembaraan anda menyusuri satu kumpulan yang saudara dakwakan sebagai termasuk dalam ajaran sesat melalui hasil cakap bukan pengalaman saudara sendiri. Disini suka saya nasihatkan bahawa, perjalanan untuk mengembalikan kegemilangan tidak semudah untuk saudara faham walaupun, anda merasakan darah keturunan saudara ini dari malikus soleh sakalipun.Kerana saya juga seperti saudara. Sekiranya saudara hendak memahami dan cuba hendak memahami, carilah siapa yang diutus untuk Islamkan Merah Silu. Kemudian dimana makam beliau(Sheriff Muhammad Al Baghdadi)Masih banyak lagi perkara menjadi rahsia kerana buat masa sekarang saudara masih belum mampu memahami walau saudara pernah mengunji makam Tok Ayah. Untuk panduan saudara hubungi Sejarah Siam Islam Kedah iaitu Tuan Nai Long orang yang memegang manuskrip tentang Salasilah Raja-Raja Islam Nusantara. Saudara cari dan hubungkan bagaimana Islam sampai dan berkembang dan apakah kaitan Keturunan Raja Melayu dan Bangsa Melayu dengan Iskandar Zulkarnain
Teruslah mencari 1 istana di Ayuthia..... Apakah Rahsianya....

Radzi Sapiee berkata...

Wassalam. Terimakasih. Kebanyakan yang saya ceritakan di sini bukan cakap-cakap tetapi saya dah lihat dan lalui sendiri. Tetapi mungkin cara saya melihat perkara itu tidak sama dengan cara pihak lain melihatnya. Misalnya, ada yang menganggap permainan kebatinan melibatkan penggunaan Qarin dan jin (walaupun Islam) adalah sebahagian ilmu Tasawuf tetapi saya tetap menganggapnya bukan bahagian Tasawuf. Kalau nak sebut ilmu batin, sebutlah tetapi kalau itulah yang dinamakan sebagai ilmu tariqat atau apa-apa yang berkaitan Tasawuf, saya rasa ia jauh menyimpang.
Begitu juga ada pihak percaya betul pada Hikayat Tamim Ad-Dhari sebagai pegangan, Rasulullah SAW dikatakan antara 73 orang setaraf zamannya tetapi baginda kemudian terpilih untuk menjadi Rasul Akhir Zaman sedangkan pada saya ini semua sebahagian ilmu dusta hasil bisikan jin dan syaitan. Belum dikira segolongan pihak yang saya tahu suka bermain memuja roh dan semangat untuk mempengaruhi fikiran orang lain tetapi menganggap semua ini sebagai sebahagian daripada perjalanan "sebenar" Islam...
Sultan Malikus Soleh pula dikatakan mereka berketurunan Iskandar Zulkarnain. Itu pada saya separuh benar kerana pada pengetahuan saya, induk baginda adalah keturunan Rasulullah SAW daripada Saidina Hassan.
Sedangkan ada pihak juga berkeras Sharif Muhammad Al-Baghdadi adalah Fakir Muhammad @ Sultan Muhammad berketurunan Saidina Abu Bakar yang datang daripada negari Menggiri (ada yang sebut negeri Muktabar) untuk mengikuti rombongan Sheikh Ismail mengIslamkan Samudera sedangkan saya melihat Sharif Muhammad al-Baghdadi adalah orang lain. Tetapi seperti Sultan Malikus Soleh (juga Sheikh Ismail) adalah berketurunan Saidina Hassan.
Beginilah. Mungkin kita lain ilmu dan pengajian. Kalau nak ikut Sejarah Islam Kedah tu, semua raja-raja besarnya berketurunan Merong Mahawangsa yang katanya cucu Raja China. Saya rasa ia separuh benar. Saya ada kepercayaan sendiri mengenai siapakah sebenarnya Merong Mahanwangsa, yang berkaitan dengan kerajaan Syahir Nuwi... bukan sangat pada Xi'an, Cina ataupun Siam tetapi lebih pada keturunan Parsi yang juga disebut dahulu sebagai kerajaan Rum.
Apapun, terimakasih atas teguran saudara. Sekian... :]

meor berkata...

salam kpd abg merah silu..mengenai hikayat tamim ad dhari buku hikayat negeri trengganu kalau x silap saya, adakah abg rasa ada sesuatu yg pelik?? sebab ceritanya berlainan dgn hadis..kisah dlm hikayat itu berkisar tamim menceritakan pengalamannya selepas Rasulullah salallahu alaihi wassalam wafat..namun seingat saya dalam hadis, tamim berjumpa Rasulullah utk menceritakan pengalaman tersebut...jadi apa pendapat abg???