Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Isnin, September 11, 2023

Dari Webinar impromptu Laksamana Muhammad Amin ke perkongsian tentang ketokohan dan perjuangan di Book Haven

Salam semua. Dalam artikel  Tepat 17 tahun kembalinya jasad Laksamana Muhammad Amin ke Perak yang dipersembahkan pagi Sabtu 9 September ada diberitahu bahawa pada jam 2.30 petang mahu diadakan satu Webinar ringkas melalui Zoom yang diaturkan sendiri secara impromptu iaitu tiba-tiba dengan bantuan isteri. Turut diberitahu, petang Ahad 10 September pula saya dijadualkan mengisi sebahagian daripada slot jam 5.30 hingga 6.30 petang pesta buku Book Haven di Strand Mall, Kota Damansara dengan cerita Laksamana. Sekarang biar dikongsikan cerita.



Sampai waktunya webinar berkenaan pun diadakan. Lihat video atas. Oh. Sekadar membetulkan satu kesilapan. Saya ada menceritakan bagaimana kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang diberi nama KD Laksamana Muhammad Amin asalnya ditempah oleh tentera laut Iraq daripada satu limbungan di Itali. Namun ia kemudian dilarang daripada diambil Iraq kerana menyerang Kuwait tahun 1982.

Saya tersilap ingatan. Serangan Iraq terhadap Kuwait sebenarnya berlaku tahun 1990 sedangkan kapal ditempah tahun 1981 lalu siap 1983. Larangan sebenarnya berlaku kerana Iraq berperang dengan Iran 1980-1988. Lalu kapal yang sudah siap tersadai lama di limbungan sebelum Malaysia mengambil alih membelinya.




Oh. Webinar percuma (yang sebenarnya dikategorikan sebagai meeting sahaja) cuma dihadkan kepada 40 minit. Selepas itu dibuat satu sesi susulan bermula jam 3.15 petang bagi soal jawab. Namun saya tak nampak apakah direkod atau tidak. Ini kerana tak jumpa butang rekod. 

Sepatutnya butang ditekan sebelum membuat perkongsian paparan dalam komputer (misalnya slaid Powerpoint) seperti dilakukan pada pembentangan awal. Butang tersebut ada di bahagian bawah skrin tetapi hilang sebaik sahaja perkongsian paparan dibuat. Walaupun sesi susulan dikhaskan bagi soal jawab sebenarnya ia banyak berkongsi maklumat dan paparan daripada buku berkenaan iaitu buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arshad : Perjuangan yang Belum Selesai, buku ke-14 saya.  Rujuk artikel Penat lelah menjayakan buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad untuk mengetahui lebih lanjut tentang buku.




Melalui sesi soal jawab dapat ditunjukkan seluruh 576 muka surat buku dalam bentuk PDF. Dengan itu ditunjukkan sekali gambar dua keping geran bagi dua lot tanah Laksamana Muhammad Amin di Mekah yang dibeli  melalui wakil melibatkan beberapa transaksi antara tahun 1889 hingga 1895. Ini adalah tempoh segala macam urusan daripada membayar duit muka membawa kepada bayaran keseluruhan lalu akhir sekali pengesahan muktamad dibuat oleh mahkamah sana selesai. Setahu saya belum ada lagi buku atau makalah memaparkan geran sebegitu, mengikut cara kerajaan Uthmaniyah (kerana menaungi pemerintahan tempatan di Mekah), sehinggalah ia keluar dalam buku Laksamana.




Sebetulnya sesi susulan itu merupakan kali pertama saya sendiri memaparkannya kepada umum selain dalam buku. Ah. Rugi ia tidak dapat direkodkan kerana terkandung banyak penerangan tambahan.




Tak mengapalah. Nak buat bagaimana? Nasib baik dapat juga mengejar sesuatu sempena hari itu 9 September 2023 tepat 17 tahun jenazah Laksamana dikembalikan ke Perak selepas disemadikan dalam buangan di Singapura selama 102 tahun. Ada juga video yang boleh dikongsikan dan dipanjangkan ke mana-mana demi menaikkan nama Laksamana Muhammad Amin juga membela maruah keluarga...




Ahad 10 September selepas anak-anak selesai menjalani latihan silat di Bukit Beruntung kami ke Cyberjaya untuk menghadiri majlis perkahwinan anak bongsu kepada guru saya di ISTAC (Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam), Profesor Emeritus Datuk Dr Osman Bakar. 




Majlis diadakan di suatu bangunan bernama Skypark.




Bergambar bersama pengantin. Yang lelaki adalah anak bongsu Prof.




Bergambar bersama guru juga adik sepupu saya (berdiri kanan) dan suami beliau, seorang pensyarah di UIA (Universiti Islam Antarabangsa). Untuk pengetahuan ISTAC terletak di bawah naungan UIA. Suatu kebetulan tidak dirancang. Osman ada seorang menantu lelaki Mesir yang menyambung pengajian di ISTAC. Penyelia tesis beliau adalah suami sepupu iaitu Assistant Professor Dr Husaini Jamil. Tetapi Husaini tidak tahu. Sampailah satu hari lebih setahun lalu saya bertandang ke rumah bapa sepupu lalu pasangan ini kebetulan ada sekali bertandang.

Kata Hussaini ada anak murid beliau bernama sekian sekian hendak datang kemudian untuk berbincang hal tesis. Mendengar nama baru saya memberitahu itu menantu Prof Osman. Beliau terperanjat kerana sangat memandang tinggi Osman. Tidak lama kemudian isterinya iaitu sepupu saya pula menyambung pengajian ke peringkat PHD di bawah penyeliaan guru saya itu.




Selepas itu saya, isteri, sepupu dan suaminya naik ke tingkat tertinggi bangunan untuk melihat pemandangan. Lihat artikel Views from Skypark in Cyberjaya di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.



Seterusnya saya dan isteri ke Jenderam Hilir untuk satu majlis tahlil di rumah rakan sekerja beliau.




Cuma kami sampai lambat lalu sekadar jumpa orang dan makan-makan. Tuan rumah berpangkat bos kepada isteri. Tengok-tengok ada sekali satu pasangan tetamu berumur yang sebelum itu turut berada di majlis Prof Osman lalu menegur saya. Isteri beliau orang Muar, begitu juga bapa mertua tuan rumah lalu bercerita...





Selepas itu baru ke Strand Mall untuk menyertai pesta buku Book Haven. 




Kami sampai cuma beberapa minit sebelum slot perkongsian ilmu jam 5.30 petang bermula. 




Untuk pengetahuan acara bernama Book Haven ini baru pertama kali diadakan, atas inisiatif seniman dan budayawan Raja Ahmad Aminullah yang sudah agak lama menyewa satu lot kedai berdekatan ruang acara. Lihat Book Haven at the Strand Mall, Kota Damansara




Alhamdulillah dapatlah membuat perkongsian tentang Laksamana Muhammad Amin, ketokohan dan perjuangan, setelah beberapa orang lain berkongsi ilmu/cerita. 




Boleh lihat rakaman yang dibuat pihak penganjur. Untuk bahagian saya sila terus ke minit 58.





Rakaman yang dibuat oleh isteri. Beliau sebenarnya membuat siarang langsung Tik Tok. Tetapi lewat malam tadi di rumah baru dapat tahu cara bagaimana hendak memasukkan ke Youtube. 





Dengan itu juga dapat juga meletakkan rakaman daripada siaran langsung Tik Tok bagi Webinar petang Sabtu 9 September. Ada bahagian awal seperti tersiar pada permulaan artikel. Cuma tidak nampak persembahan slaid. Terus bersambung dengan bahagian soal jawab yang saya tidak dapat rakam. Kali ini ditunjukkan sekali paparan dalam komputer berupa isi buku Laksamana dalam bentuk PDF. 




Syukur, Alhamdulillah. Puas hati kerana dapat melaksanakan apa yang diinginkan sempena Sabtu 9 September  tepat 17 tahun jenazah Laksamana Muhammad Amin dibawa kembali ke Perak. Siap layan karaoke di pentas malam itu. Untuk makluman ini adalah artikel ke-2,424 di blogspot CATATAN SI MERAH SILU.


Sabtu, September 09, 2023

Tepat 17 tahun kembalinya jasad Laksamana Muhammad Amin ke Perak

Salam. Satu cerita istimewa untuk hari ini 9.9.23.


Adapun pada hari Sabtu ini 9 September 2023 genaplah 17 tahun jenazah Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin dibawa kembali ke Perak dari Singapura setelah disemadikan di sana sejak tahun 1904. Lebih 102 tahun jenazah berada di perantauan sebelum dikembalikan dengan kapal perang TLDM (Tentera Laut Diraja Malaysia) bernama KD Laksamana Muhammad Amin. Ketika hidup dibuang ke Pulau Seychelles tahun 1877 kerana dikatakan terlibat dengan pembunuhan Residen pertama British ke Perak iaitu J.W.W. Birch pada 2 November 1875. Kemudian dipindahkan ke Singapura 1895. Tetapi masih lagi dalam keadaan pergerakan dihadkan dan sentiasa diperhatikan penjajah.


Alhamdulillah. Saya berkesempatan hadir ketika jenazah atau tinggalan jasad dikebumikan kembali di kawasan pemakaman diraja Perak di Bukit Chandan, Kuala Kangsar. Ini ada diceritakan dalam artikel lama  Pengembalian jenazah Laksamana Muhammad Amin ke Makam diraja Bukit Chandan... diikuti Laksamana kembali ke Perak. Cuma ketika itu sedikit sahaja yang saya tahu tentang almarhum walaupun merupakan keturunan generasi ke-5 beliau. Saya fikir beliau meninggal dunia pada tahun 1908 kerana itulah yang dilaporkan akhbar. 


Berapa lama kemudian, setelah makam didirikan pagar besi di sekeliling fikirnya meninggal tahun 1905. 


Ini disebabkan begitulah yang tertera pada papan maklumat di sebelah makam. Lihat artikel lama Makam (Tomb of) Laksamana Muhammad Amin  dblogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART).


Pertengahan tahun lalu, iaitu kurang 2 tahun lalu baru tahu almarhum sebenarnya meninggal dunia pada 1904. 


Ini disebabkan penglibatan dalam kes mahkamah yang masih berjalan tentang pampasan terhadap hartanah Laksamana Muhammad Amin di Mekah.


Sebagai seorang pengkaji sejarah saya telah diminta saudara mara untuk mencari bahan bukti bagi menyokong hak keturunan belah kami mendapatkan bahagian pampasan. Lihat Misi keluarga Laksamana dan mencari jejak melalui dokumentasi lama.


Disebabkan itulah dapat mengumpulkan begitu banyak maklumat sehingga dapat menerbitkan buku terbaru saya, buku ke-14, atau lebih suka disebut 13+1 tentang Laksamana. Juga tentang anaknya yang dikenali sebagai Orang Kaya Arshad, datuk kepada datuk saya. Lihat Penat lelah menjayakan buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad.


Namun dilihat nama Laksamana Muhammad Amin masih kurang dikenali walaupun almarhum sebenarnya adalah seorang tokoh besar di Perak malah boleh dikatakan tokoh besar Tanah Melayu dalam melawan penjajah. Dengan itu usaha harus terus dilakukan untuk membuat beliau lebih dikenali umum. Antaranya adalah melalui rencana dalam suratkhabar. Lihat Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin dalam Berita Harian.


Kalau ikut rancangan sepatutnya pada tarikh 9 September 2023 mahu dibuat seminar melibatkan kisah almarhum, di suatu tempat di Perak. Namun ia ditunda ke suatu tarikh yang belum dapat ditentukan. Saya pula merasa amat rugi dah terkilan jika tidak dilakukan sesuatu pada tarikh istimewa ini apa lagi mood peralihan antara Hari Kemerdekaan 31 Ogos membawa ke Hari Malaysia 16 Oktober sedang kuat membara.



Maka itulah dibuat artikel ini. Insyallah petang jam 2.30 akan diadakan satu Webinar ringkas melalui Zoom yang diaturkan sendiri dengan bantuan isteri. Saya sudah uji bagaimana hendak melaksanakannya. Sila klik link bawah untuk menyertai :


Topic: Webinar Impromptu Laksamana Muhammad Amin

https://us05web.zoom.us/j/82955036528?pwd=jfwbY9RO84UzRjwLSdNfTxnwajTIz4.1

Meeting ID: 829 5503 6528

Passcode: jDgD6T


Zoom yang digunakan ini adalah yang percuma. Oleh itu ada had masa 40 minit bagi setiap meeting atau pertemuan. Maka itu dibuka lagi satu room khas untuk soal jawab. Yang ini bermula jam 3.15 petang iaitu sekitar 5 minit selepas selesai pembentangan. Sila klik link bawah untuk menyertai :


Topic: Soal Jawab Webinar Impromptu Laksamana

https://us05web.zoom.us/j/83673946785?pwd=Ol0PZFVy7InCjaSOrsoJPZ0YCDeVvZ.1

Meeting ID: 836 7394 6785

Passcode: x4wCVP



OK. Ada pun teks dan cerita tadi sebenarnya telah disediakan sebelum jam 12 tengah malam. Poster atas pula baru diletakkan sebentar tadi.




Jam 12.17 ada berita baik diterima. Tetapi baru disedari selepas jam 6.30 pagi.




Saya telah diberikan ruang untuk bercakap tentang Laksamana Muhammad Amin dan buku dalam satu pesta buku bernama Book Haven yang diadakan di Strand Mall, Kota Damansara 9-10 September iaitu Sabtu dan Ahad ini.



Slot yang diberikan bermula esok jam 5.30 petang Ahad. Kelihatan nama saya Radzi Sapiee diletakkan dalam kurungan selepas nama Zahamri Niza (sebenarnya Zahamri Nizar) yang biasa dipanggil Zam, pemilik syarikat buku Taman Pustaka. Beliau yang menyertai pesta sebagai salah seorang penjual dan pempamir buku bertanggungjawab mendapat ruang secara impromptu malam tadi. Selepas Webinar jam 2.30 petang ini jumpa kita di sana petang esok ya.


Selasa, September 05, 2023

Dari seni lukis ke seni tulis - P. Ramlee sebagai faktor pengikat?

Salam. Satu cerita daripada perjalanan kecil hujung minggu baru ini.



Tengah hari Sabtu 2 September 2023 saya dan keluarga menghadiri majlis perkahwinan jiran di lorong belakang rumah.




Selepas itu keluar bersendirian ke Kuala Lumpur.




Pergi ke tempat menyambung pengajian iaitu  ISTAC (Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam) di Bukit Tunku.




Kali ini untuk melihat satu pameran seni lukis yang julungkali diadakan di sana. Lihat artikel  Art exhibition at ISTAC di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.




Selepas itu masuk pusat bandar raya untuk ke Sunway Putra Mall, atau dikenali warga lama kota sebagai The Mall.




Di situ mahu melihat pameran dan jualan buku pula. Kiranya beralih dari seni lukis ke seni tulis. Lihat Merdeka book fair at The Mall




Adapun asbab utama saya keluar hari itu adalah bagi menghadiri majlis zikir di Petaling Jaya pada waktu malam. Dari pesta buku saya ke majlis kemudian bermalam di rumah kawan di Hartamas. Esoknya pagi Ahad 3 September masuk lagi ke pusat bandar raya.




Pekena hidangan istimewa lontong pecal mee di satu bahagian Chow Kit.




Ikut cadangan asal selepas itu mahu bersenam di Taman Tasik Titiwangsa. Tiba-tiba muncul rasa untuk bergerak ke arah KLCC (Kuala Lumpur City Centre) lalu masuk ke tanah perkuburan Islam berdekatan. Lihat artikel Lawatan baru ke tanah perkuburan Islam (New visit to the Muslim burial ground), Jalan Ampang dblogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART).




Ziarahlah ke beberapa makam tokoh, antaranya seniman terkenal arwah P. Ramlee...




Didapati makam milik seorang tokoh lain yang dikatakan adalah antara pembuka Kuala Lumpur sekitar 150 tahun kini lebih terserlah cantik. Lihat Rupa baru makam (New look of the tomb of) Raja Alang ibni Raja Berayun.




Selepas itu baru ke KLCC.




Tujuannya untuk bersenam di taman belah sana pula.




Sempatlah mengaji satu surah panjang demi mengejar kuota bacaan satu juz sehari.




Selepas masuk Zohor makan tengah hari nasi kandar di Jalan Tuanku Abdul Rahman.




Selepas itu ke Pesta Buku Merdeka lagi kerana seronok mengikuti diskusi buku-buku yang ada. 





Tak sangka boleh terjumpa seorang kawan lama zaman kewartawanan di sana. Beliau pernah menjadi seorang wartawan hiburan terkemuka tanah air. Kami pernah bekerja bawah satu bumbung di ibu pejabat kumpulan akhbar The New Straits Times di Jalan Riong, Bangsar.




Kawan ini baru menghasilkan buku pertama beliau sekitar sebulan lalu. Kami pun membuat barter trade. Buku beliau ditukar dengan buku ke-14 saya, Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arshad : Perjuangan yang Belum Selesai...




Malam itu apabila mendapati susah hendak melelapkan mata saya pun membuka lalu membaca buku tulisan kawan.




Beliau yang membesar dalam kalangan anak wayang kerana kedua-dua ibu bapa pernah menjadi pelakon tahun 1960an ada menceritakan tentang arwah P. Ramlee dalam beberapa muka surat awal. Ini termasuk bagaimana beliau sendiri mengenali seniman tersohor itu dan bagaimana bapanya bersama P, Ramlee pernah mengusahakan pawagam. Ini mengingatkan pada bagaimana siangnya saya ada ke makam seniman tersebut tanpa dirancang. P. Ramlee seperti menjadi faktor pengikat  bagi apa yang berlaku hari itu terutama pertemuan dengan kawan.