Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Selasa, September 11, 2012

Perjalanan jauh bermotosikal besar setelah 9 tahun - Mendaki Gunung Brinchang sebelum melawat tempat-tempat di Perak

Sementara ada lagi sisa-sisa tarikh 11 September 2012 ini biarlah dipersembahkan artikel ketiga dalam siri "Perjalanan jauh bermotosikal besar". Adapun cerita kali ini mahu diolah pada tarikh ini mengingatkan bahawa ia adalah ulang tahun ke 11 bangunan World Trade Centre di New York runtuh menyembah bumi menandakan satu fasa baru serangan meningkat terhadap orang Islam oleh musuh utamanya kaum Yahudi Zionis. Cuma saya harus menyediakan dahulu 8 artikel sokongan di blogspot BERPETUALANG KE ACEH dan 13 di SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART). Setelah beberapa lama baru boleh memulakan artikel ini. Maka bersambung kita dari Perjalanan jauh bermotosikal besar setelah 9 tahun - Ujian Sungai Koyan ke Cameron Highlands.


Isnin 13 Ogos 2012. Saya memulakan perjalanan sekitar 8 pagi dengan meninggalkan Tanah Rata untuk menuju ke bandar Brinchang.


Sebenarnya saya sudah bangun seawal jam 3 pagi lagi, apabila mendapati ramai pengunjung telah datang ke Masjid Tanah Rata untuk membuat qiyamulail. Tak perlulah diberitahu sedikit amalan saya yang tak seberapa. Saya cuma menyebut hal bangun awal ini kerana merasakan ada kesegaran muncul dalam tubuh badan yang sudah agak lama tidak dialami, kesegaran yang menyebabkan saya mampu berjalan kaki di sekeliling Tanah Rata selepas Subuh walaupun saya cuma masuk tidur selepas 1 pagi.


Sesungguhnya ada satu misi besar yang mahu ditunaikan kali ini iaitu mendaki Gunung Brinchang sampai  ke puncaknya, puncak yang kelihatan dalam gambar zoom in. Saya sebut misi besar kerana sebelum ini pernah mencuba dua kali tetapi harus membatalkannya. Maka bagi saya ia perkara besar. Bagi para pendaki  tegar gunung, apalah sangat naik Gunung Brinchang?


Untuk ke gunung dari Tanah Rata mesti melepasi bandar Brinchang terlebih dahulu. Saya pun berhenti untuk berjalan kaki melihat sekitar. Lihat artikel A morning look at the town of Brinchang di blogspot BERPETUALANG KE ACEH. Sempat juga naik 'kayangan' sebentar. Lihat artikel Masjid (mosque of) Kayangan, Brinchang di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART).


Selepas bandar saya dapat melihat kembali puncak Gunung Brinchang yang boleh dibezakan dengan persekitaran kerana ketinggiannya ditambah beberapa menara telekomunasi yang boleh dilihat dari jauh.


Saya berkira simpang selepas ini harus membawa ke puncak.


Ya. Memang ada jalan ke puncak tetapi cuma untuk pejalan kaki sahaja.


Sedangkan saya mahu mendaki dengan menaiki motosikal. Rupa-rupanya jalannya ada ke hadapan lagi, kira-kira 4 km selepas bandar Brinchang.


Papan tanda menyatakan puncak boleh digapai setelah 7 km dari simpang. Terus terang cakap buat masa ini saya belum cukup kecergasan untuk berjalan kaki sampai ke atas tak kiralah dari jalan atau arah mana. Lagipun ketika itu bulan puasa, hari ke 24 bulan Ramadhan tahun 1433 Hijriah. Dan saya ada banyak lagi tempat yang perlu disinggahi selepas ini. 

Sambil naik saya berzikir banyak-banyak agar hasrat mahu sampai ke puncak tertunai. Teringat bagaimana percubaan pertama naik ke atas iaitu dengan bekas isteri, kalau tak salah ingatan sekitar tahun 2000, dengan menaiki motosikal besar yang sama gagal. Walaupun ketika itu motosikal baru berumur 3 atau 4 tahun ia sebenarnya ada masalah karburator yang muncul awal sejak ia dibeli baru dari sebuah kedai di hadapan tempat saya bekerja sebagai wartawan hampir penghujung 1997. Cuma saya betul-betul menyedari masalah utama adalah karburator setelah lebih 10 tahun kemudian. Sebelum itu saya nampaknya asyik ditipu mekanik berbangsa makan babi (maaf cakap kasar. Kerana inilah yang selalu dibanggakan puak mereka sebagai pandai berniaga dan menaikkan ekonomi Malaysia). 

Saya asyik diberikan penyelesaian sementara dengan bayaran yang sebenarnya melebihi pasaran. Tidak lama kemudian motosikal harus diperbaiki lagi, selalu diservice, tukar minyak hitam dan spark plug. Tukar gasket pun sampai 2 kali, sekali buat kena RM1,000 sebab perlu dibuka enjin. Ini dilakukan akibat minyak asyik kelihatan keluar dari blok enjin. Sedangkan apabila mekanik Melayu memperbaikinya tahun 2008 tak perlu pun buka enjin. Alhamdulillah sampai sekarang tiada lagi hal kebocoran. Masalah karburator pun diselesaikan mekanik sama apabila mendapat bekalan karburator elok second-hand.

Selain itu motosikal saya adalah jenis air-cooled. Enjinnya cuma dapat disejukkan menggunakan angin yang mengalir pada "sirip-sirip" enjin. Untuk itu ia harus dipandu sederhana laju. Kalau dipandu perlahan begitu lama seperti halnya ketika mengambil jalan mendaki gunung yang berliku-liku sempit ia cepat panas dan boleh meragam. Walaupun motosikal ini pernah digunakan untuk mendaki hingga hampir ke puncak Gunung Ledang juga Gunung Jerai laluan naik ke Gunung Brinchang terasa lebih mencabar. Motosikal cepat semput seperti spark plug mahu terbakar. Akibatnya saya harus berpatah balik selepas separuh jalan.

Kali kedua saya mencuba adalah pada awal September 2009 iaitu 3 tahun lalu. Saya singgah ke Cameron bersama isteri kini dalam perjalanan kembali dari Pantai Timur, satu perjalanan yang seperti perjalanan terbaru ini dibuat bulan Ramadhan. Lihat Koleksi artikel "Perjalanan ke Pantai Timur bulan Ramadhan. Sayangnya sekali lagi harus berpatah balik setelah separuh jalan mencuba. Kereta Kenari kami terasa tidak cukup kuat untuk terus mendaki, ditakuti kalau dipaksa juga boleh merosakkan enjin. Dan saya juga harus mengalah memikirkan isteri sedang sarat mengandungkan anak pertama kami.

Kali ini, kali ketiga, saya mencuba lagi dengan motosikal besar yang sudah berusia 15 tahun. Bayangkan ketika motosikal masih agak baru, berusia 3 atau 4 tahun pun boleh gagal, bagaimana hendak mencuba selepas ia pernah tersadai, enjin tidak dapat dihidupkan selama 5 tahun? Cuma dari satu segi keadaan motosikal agak baik berbanding dahulu kerana kepakaran mekanik Melayu yang boleh dipercayai. Tetapi ia sudah 9 tahun tidak dibawa berjalan jauh apalagi untuk mendaki gunung. Dan lagi tayar belakangnya sudah  botak hingga kelihatan benang. Hal tayar teruk ini akan disentuh lebih mendalam dalam artikel akan datang di mana ia akhirnya meletup dalam perjalanan!




Alhamdulillah, Allah tidak membiarkan saya hampa lagi. Dengan berhati-hati dan penuh keinsafan akan kelemahan diri sebagai makhluk saya diberi kudrat dan iradat untuk membawa motosikal lebih jauh ke hadapan.  Saya  cuma merehatkannya pada satu dua tempat, ketika enjin terasa panas sedangkan keadaan jalan tidak membenarkan motosikal bergerak pantas. Lihat The road up Mount Brinchang di mana motosikal ditinggalkan sebentar di liku berhampiran sebuah kebun sayur. Kemudian perjalanan disambung sehingga sampai ke satu kawasan terbuka sudah tidak jauh dari puncak...


Di kawasan terbuka itu ada "Mossy Forest" atau hutan berlumut yang harus diterokai. Saya pun melangkah masuk...


Dengan memanjat tangga naik ke pelantar kayu saya dapat melihat satu kawasan yang terasa seperti berada di alam bunian. Nota : Kemudian, apabila beberapa hari sudah kembali ke rumah baru tahu kawasan ini pernah dijadikan tempat penggambaran filem "Puteri Gunung Ledang" lakonan Tiara Jacquelina dan M. Nasir.


Menariknya pelantar melalui tulang gunung yang menjadi sempadan semulajadi antara negeri Pahang dan Perak. Ada ketikanya saya berada di Pahang, ada ketikanya di Perak. Pada ketinggian 2,000 meter atau 6,561 kaki dari paras laut, ia memberikan sudut pandangan menarik kawasan pergunungan selain hutan berlumut yang terasa begitu mistik. Paras ini sendiri sudah melebihi 2,000 kaki tinggi daripada puncak Gunung Ledang dan Gunung Jerai.  Lihat The Mossy Forest of Cameron Highlands.



Kawasan peranginan Cameron Highlands sendiri berada di dalam negeri Pahang, begitu juga puncak Gunung Brinchang. Adapun jalan tar yang kelihatan ini dinyatakan sebagai yang tertinggi di seluruh Malaysia! Sampai sahaja ke sini saya mengambil peluang untuk menjemur pakaian yang masih lembab akibat hujan lebat ketika perjalanan menaiki pergunungan dari arah Raub. Lihat kembali Perjalanan jauh bermotosikal besar setelah 9 tahun - Ujian Sungai Koyan ke Cameron Highlands.


Di atas baru saya tahu puncak Gunung Brinchang sering dinaiki pelancong dari Barat. Tetapi mereka rata-rata naik dengan kenderaan berenjin kuat yang disediakan agensi. Tidak ramai yang rajin mahu mendaki berjalan kaki dari bawah. Tidak kelihatan kenderaan kurang dari 1,500 cc sampai ke sini.


Hampir keseluruhan puncak yang terletak pada ketinggian sekitar 2,031 meter atau 6,666 kaki (menurut papan tanda) dipagar untuk kemudahan stesyen telekomunasi. Pengunjung dilarang masuk namun boleh mengelilingi kawasan pagar untuk menjejak bahagian yang saya lihat mungkin tertinggi. Lihat The perimeter fencing at Mount Brinchang.


Selain itu kita boleh melihat pemandangan saujana mata memandang dari atas menara tinjau yang sentiasa dibuka kepada pengunjung. Lihat artikel Summit of Mount Brinchang from its viewing tower yang ada video sekali...


Puas menghirup udara segar di puncak gunung saya pun mengorak langkah untuk meninggalkan Cameron. Sampai di Kampung Raja ternampak masjidnya. Timbul rasa untuk singgah selain melihat pemandangan dari halaman dan menyambung menjemur baju buat beberapa minit lagi. Lihat Town of Kampung Raja from its mosque dan Masjid (Mosque of) Kampung Raja, Cameron Highlands....


Kira-kira 3 km ke utara Kampung Raja terdapat simpang untuk keluar Cameron Highlands, ke kiri menghala ke Perak hingga ke Simpang Pulai berdekatan Ipoh, ke kanan untuk ke Kelantan, sampai ke Gua Musang.


Saya membelok ke kiri. Tidak lama kemudian sampailah ke negeri Perak. Sepanjang jalan saya cuma berhenti sekali sahaja kerana sudah tidak hairan dengan laluan. Saya pernah memaparkan keadaan jalan dari arah Simpang Pulai ketika membuat satu perjalanan ke Pantai Timur penghujung 2010. Lihat Kompilasi "Menjejak kegemilangan lama Pantai Timur... atau terus ke The road from Simpang Pulai to Cameron Highlands. Itupun saya berhenti untuk melihat keadaan di satu kawasan yang pemandangannya cantik tapi entah kenapa seperti sudah tidak dipedulikan lagi. Lihat What happened to this stop at the Simpang Pulai route?. Bandingkan dengan artikel lama The highland stop 17km from Kampung Raja.


Selepas Simpang Pulai saya menghala selatan untuk ke Gopeng. Ternampak pekan tinggal berdekatan Kampung Kepayang, singgah pula di masjid berhampiran di mana saya tidur berehat sekitar sejam. Lihat Masjid (Mosque of) Ahmadiah, Kampung Kepayang, Sungai Raya dan Bangunan kayu di perkarangan masjid Kampung Kepayang (Wooden building at the compound of Kampung Kepayang mosque).


Tu dia. Dah turun gunung baru terasa penat. Tapi tak dapat berehat lama kerana perjalanan masih jauh. Singgah di masjid jamek Gopeng pula. Lihat Bangunan kayu di perkarangan masjid Kampung Kepayang (Wooden building at the compound of Kampung Kepayang mosque).


Seterusnya saya mencari makam seorang tokoh pejuang dan usahawan Melayu yang katanya datang dari suku kaum Mandailing, pernah mengusahakan bijih timah secara besar-besaran di sekitar ini. Lihat Makam (Tomb of) Imam Perang Jabarumun.


Dari Gopeng saya ke Batu Gajah. Terlihat bangunan Kellie's Castle. Nampaknya satu bangunan sokongan baru sedang dibina untuk memajukan pelancongan. Sebelum sampai saya ada masuk ke satu masjid. Lihat Masjid (Mosque of) Ar-Rahmaniah, Kampung Pengkalan Baru, Jalan Gopeng

Di Batu Gajah saya singgah di beberapa lagi tempat. Biar disenaraikan sahaja ya. Tak payah letak lagi gambar kerana artikel ini sudah memakai terlalu banyak gambar. Lihat :-








Destinasi seterusnya ialah pekan kecil Papan. Hmm. Saya hendak mencari makam seorang lagi tokoh berdarah Mandailing tapi tak jumpa-jumpa... mencari sampai masuk ke kubur Cina. Lihat artikel Views from the Chinese graveyard in Papan. Di sini saya cuma ingin berkongsi gambar sebuah sungai yang mengalir di sekitar. Nama Johan mengingatkan pada anak kecil di rumah. Selain itu ia membawa makna lebih besar yang mengingatkan pada kerajaan lama Gangganegara dan raja-raja lama di Aceh.


Perjalanan disambung melepasi Ipoh hingga ke Sungai Siput di mana terdapat bukit terserlah ini. Saya membelok ke kanan untuk masuk ke satu kawasan pendalaman. Jalan itu membawa ke Kampung Trosor dan Jawang. Singgah lagi di satu masjid. Lihat Masjid (Mosque of) Al-Mahmudiah, Kampung Jawang, Salak Utara.


Adapun saya masuk itupun sudah lewat petang. Jika asalnya saya merancang mahu berbuka di Bukit Chandan, Kuala Kangsar, jadual perjalanan lari memaksa saya berbuka ringan terlebih dahulu di pekan Karai.


Kalau ikut rancangan asal lagi mahu ke Masjid Kota Lama Kanan sebelum berbuka di Bukit Chandan. Nah. Namun saya sampai di masjid inipun sudah sekitar 8 malam. Nasib baik sempat makan malam bersama jemaah yang baru selesai menunaikan solat Maghrib. Di masjid ini saya mandi menyegarkan badan. 

Di masjid ini juga saya membuat keputusan untuk bersolat Tarawih. Perhatikan batu nesan sebatang yang menandakan tempat ghaibnya Sultan kedua Perak, Sultan Mansur Syah hampir 500 tahun lalu. Selepas itu sempat menziarahi sebuah makam berdekatan yang baru kali ini tahu kedudukannya di mana. Lihat Makam (Tomb of) Tok Subang.


Sekitar jam 10 gitu baru ke Bukit Chandan. Seperti biasa kalau dah sampai sini singgah di Masjid Ubudiyah dan beberapa makam. Selepas itu sempat makan laksa di tengah bandar dan berpusing-pusing melihat suasana bandar diraja Kuala Kangsar waktu malam. Kemudian baru ke Kampung Temong untuk berehat.



Adapun perjalanan yang dilakukan pada 13 Ogos 2012, hari ketiga pengembaraan bermotosikal besar ini boleh dilakarkan begini. Menurut Google Map, jarak yang diliputi adalah 219 km. Namun jarak tersebut tidak meliputi perjalanan mendaki Gunung Brinchang dari simpang yang harus memakan 16 km pergi dan balik, tidak juga termasuk jarak tersilap memasuki simpang lain yang boleh tahan jauh ke dalam. Ia tidak  meliputi perjalanan berpatah balik untuk melihat sesuatu dengan lebih dekat di beberapa tempat juga ulang-alik beberapa kali mencari tempat-tempat di Batu Gajah dan Papan selain berpusing-pusing di Kuala Kangsar. Saya menganggarkan jarak sebenar diliputi adalah 270 km. Di bawah adalah zoom in perjalanan selepas Ipoh.


Adapun perjalanan hari ketiga itu tamat pada malam 25 Ramadhan. Artikel mahu dipersembahkan 11 September, kemudian baru tersedar ia tamat ditulis pada malam 25 Syawal iaitu tepat sebulan setelah perjalanan dibuat. Sekian selamat malam.


Selasa, September 04, 2012

Perjalanan jauh bermotosikal besar setelah 9 tahun - Ujian Sungai Koyan ke Cameron Highlands

Hari ni sudah 17 Syawal. Adapun hujung minggu lalu sempena cuti hari kemerdekaan Malaysia yang ke 55 kami sekeluarga ada membuat satu perjalananan kecil yang harus diceritakan nanti. Buat masa ini biar disambung cerita dari Perjalanan jauh bermotosikal besar setelah 9 tahun - Cabaran menunggang ke Raub melalui Bukit Fraser. Biar juga dikongsi peta di bawah ini...



Peta ini menunjukkan laluan pengembaraan yang diceritakan dalam Perjalanan jauh bermotosikal besar setelah 9 tahun - Cabaran menunggang ke Raub melalui Bukit Fraser. Seharusnya ia dikongsikan dalam artikel tersebut tetapi ketika mempersembahkannya saya belum tahu cara mudah untuk melakar kembali laluan pada peta... hujung minggu lalu baru ditunjukkan cara oleh seorang sahabat saya, Zaidi.

Melalui lakaran yang boleh diterbitkan secara automatik di Google Map ini saya diberitahu jarak yang dilalui adalah 135 km. Tetapi ini tidak dicampur jarak saya berpusing-pusing melihat pemandangan di Kuala Kubu Baru juga sebahagian Bukit Fraser sebelum mencari makam Raja Billah di Kampung Sempalit, Raub. Maka saya percaya jarak sebenar perjalanan harus tidak kurang 148 km.

Dengan adanya peta ini saya rasa elok dinyatakan bahawa pada asalnya saya mahu mengambil laluan Rawang-Batu Caves kemudian lebuh raya Karak ke Bentong untuk ke Raub. Laluan ini lebih jauh tetapi lebih mudah dan selamat kerana saya sudah tahu kedudukan stesyen-stesyen minyak dan ia dilalui lebih banyak kenderaan berbanding jalan Bukit Fraser. Dan walaupun kedua-duanya menyeberangi kawasan pergununan Banjaran Titiwangsa, lebuh raya Karak jauh lebih lancar berbanding laluan Bukit Fraser yang sempit lagi berliku-liku. Tetapi setelah memikirkannya dalam-dalam saya terasa harus lebih berani mengambil laluan Fraser dan ini sebenarnya menjadikan saya lebih yakin untuk membuat perjalanan seterusnya.


Ahad 12 Ogos 2012, setelah puas bermalam di rumah almarhum Nenek di Kampung Sempam Baru, Raub saya pun bersedia untuk ujian hari kedua.


Saya mahu naik Cameron Highlands melalui Sungai Koyan, satu laluan yang belum pernah saya ambil sebelum ini. Singgah dahulu di makam Nenek yang terletak tidak jauh dari rumah.




Jalan ke Sungai Koyan melepasi pekan kecil Batu Malim. Saya terpanggil untuk turun sebentar mengambil gambar Sungai Lipis di sebelah sini. Lihat artikel Lipis river at Batu Malim di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.


Perjalanan diteruskan ke Kuala Medang, 60 km ke utara bandar Raub. Saya menyeberangi Sungai Jelai untuk masuk ke satu kawasan kampung.


Adapun Kuala Medang terletak sekitar 9 km melepasi simpang ke Cameron Highland di Sungai Koyan. Tapi biasa le saya, suka sangat berjalan-jalan melihat pelbagai ceruk rantau tempat orang.


Saya sudah beberapa kali berjalan ke Kuala Medang tetapi cuma dua kali masuk ke kawasan kampung selepas sungai. Teringat bagaimana sekitar 10 tahun lalu saya berjalan di sekitar ini untuk mendapatkan 'rasa' sejarah berkenaan perjalanan pahlawan-pahlawan lama Pahang terutama Datuk Bahaman, si Orang Kaya Semantan. Kali ini saya pergi lebih jauh ke dalam sehingga mengambil jalan batu-batu kasar yang rupa-rupanya boleh membawa kembali ke pekan kecil Kuala Medang selepas melepasi dua lagi jambatan.


Puas berjalan-jalan melihat kampung saya kembali ke Sungai Koyan lalu mengisi minyak. Di stesyen ini saya terserempak dengan sekumpulan 8 orang gitu penunggang motosikal besar dari Kuala Lumpur yang baru sahaja selesai membuat perjalanan balik hari ke Cameron Highlands.


Selepas berehat seminit dua saya pun bersedia untuk mengambil laluan tersebut.


Adapun laluan Sungai Koyan ke Cameron Highland ini baru sahaja dibuka tahun 2010 menjadikannya jalan naik keempat untuk ke Cameron. Jalan terawal iaitu dari Tapah, Perak sudah lama wujud ketika saya pertama kali sampai ke tanah tinggi peranginan tersebut penghujung tahun 70an atau awal 80an, laluan kedua pula iaitu dari Simpang Pulai, Ipoh dibuka tahun 1990an tetapi baru penghujung 2010 saya mengambilnya. Laluan ketiga iaitu dari Gua Musang dibuka sekitar tahun 2003 dan dilalui saya buat pertama kalinya 3 tahun lepas. Sekarang sampailah giliran untuk mencuba laluan Sungai Koyan...


Sejak seorang sepupu dari Raub memberitahu tentang laluan ini lebih setahun lalu menyimpan hasrat untuk mencubanya, masuk bulan Ramadhan tahun ini baru betul-betul menanam tekad. Terus terang cakap saya agak risau kerana akan menunggang motosikal besar berusia 15 tahun yang pernah tersadai 5 tahun akibat kerosakan, motosikal yang sudah 9 tahun tidak dibawa berjalan jauh. Setelah mendapat tahu jarak dari Sungai Koyan ke Ringlet di Cameron Highlands di mana terdapat stesyen minyak adalah 80 km, bukan lebih 100 km seperti disangkakan pada awalnya baru hilang sedikit kerisauan. Alhamdulillah, kejayaan mengambil laluan Bukit Fraser ke Raub pada hari pertama pengembaraan bermotosikal besar ini turut meningkatkan keyakinan.


Ternyata jalan ini cantik dan lebar seperti halnya laluan dari Simpang Pulai juga dari Gua Musang. Setelah melepasi laluan Bukit Fraser yang lebih sempit malah lebih berliku-liku daripada laluan lama Tapah ke Cameron Highlands, jalan dari Sungai Koyan terasa jauh lebih santai.


Tidak lama kemudian sampai ke simpang masuk ke penempatan Orang Asli di Pos Betau.


Selepas itu motosikal menyeberangi sebuah jambatan. Sekitar 200-300 meter kemudian timbul rasa tak puas hati kerana mahu melihat sungai dengan lebih teliti. Saya pun berpatah balik lalu bertanyakan orang tempatan yang kebetulan ada berdekatan. Apabila diberitahu ia adalah Sungai Jelai saya pun mengambil gambar. Lihat Jelai river near Pos Betau.

Sepanjang perjalanan saya ada berhenti lagi di beberapa tempat untuk menikmati pemandangan. Lihat Jelai river from further up Pos Betau dan The views from a fully elevated part of the Sungai Koyan-Cameron Highlands road. Tidak lama selepas itu motosikal pun memasuki sempadan daerah Cameron.


Ini diikuti satu kawasan pembalakan.




Saya sempat berhenti melihat satu lagi pemandangan sebelum cuaca mula memburuk menandakan hujan lebat di hadapan. Lihat A look at some development just after entering Cameron Highlands. Saya pun berhenti di tempat yang kelihatan ini untuk memakai baju hujan juga menutup beg kulit kiri dan kanan motosikal dengan lapisan kanvas. Teringat pula pengembaraan pertama dengan motosikal sama yang dilakukan tahun 1997, setahun selepas bekerja di akhbar The New Straits Times lalu disahkan kedudukan dan dibenarkan mengambil cuti. Teringat saya mengambil cuti satu setengah bulan. Selepas menghadiri majlis perkahwinan seorang sepupu di Bukit Damansara saya terus bergegas untuk mengembara tanpa mempedulikan saranan saudara mara agar bermalam dahulu di sana. Malah saya redah hujan lebat tanpa memakai pun baju hujan sehingga masuk ke negeri Perak. Kalau tak salah ingatan saya telah bermalam samada di Tanjung Malim atau di Tapah kemudian esoknya naik ke Cameron...


Berbalik pada pengembaraan terbaru ini, ternyata pakaian hujan murah yang dibeli beberapa tahun lalu tidak dapat menahan penangan hujan lebat. Saya basah teruk seluruh badan sedangkan tidak ada tempat untuk berlindung sampailah ke Lembah Bertam. Dalam keadaan sejuk disapa hujan lebat dan kedinginan angin pergunungan saya membuat keputusan untuk terus sahaja ke stesyen minyak di Ringlet. Di situ baru dapat berlindung, membuka baju hujan, jaket dan baju t-shirt untuk mendapat sedikit kelegaan.


Di situ juga saya mengisi lagi minyak dan harus menunggu setengah jam sebelum hujan betul-betul reda. Setelah langit cukup terang saya menyimpan baju hujan, jaket yang masih basah diikat pada penyandar kerusi belakang motosikal agar dapat disapa angin dalam perjalanan. Saya memakai kembali t-shirt basah yang telah diperah lalu menyambung perjalanan ke Tanah Rata. Walaupun kedinginan, sapaan angin dapat menghilangkan sedikit kelembapan. Sambil itu saya berhenti di dua tempat untuk menikmati lagi pemandangan. Lihat artikel A misty after rain look at the Bharat plantations dan Bharat plantations from a higher point of view.


Sekitar jam 5: 43 petang saya pun sampai ke bandar Tanah Rata.


Terus menuju ke masjid jameknya di mana saya akan beriktikaf satu malam.


Selepas mandi dan bertukar pakaian bersih saya berjalan kaki ke pusat bandar. Hampir waktu berbuka baru kembali ke masjid. Lihat Walking from Tanah Rata mosque.


Ini adalah keadaan orang bersolat tarawih di masjid.


Ini pula adalah sudut yang dipilih untuk bermalam.


Peta perjalanan hari kedua. Perkiraan Google Map meletakkan jarak yang dilalui sebagai 161 km. Tetapi kalau dicampur jarak saya berpusing mengambil jalan kampung di Kuala Medang (tidak wujud dalam Google Map), jarak berpatah balik untuk melihat lebih teliti pemandangan di beberapa tempat malah ada juga jarak berpusing di Tanah Rata sebelum tidur saya percaya jumlah perjalanan sebenar yang dibuat hari itu sekitar 183 km.