Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Rabu, Julai 08, 2026

Asbab Haul Tokku Paloh - Tambahan tak dirancang hingga ke Pekan

Pergi pada hari ke-2 perjalanan baru ke Pantai Timur. Bersambung daripada Asbab Haul Tokku Paloh - Dugaan sebelum masuk ke Pahang.



Awal pagi Khamis 2 Julai 2026. Bersolat Subuh di masjid jamek Karak.



Adapun sebelum itu telah bermalam di sebuah surau di Janda Baik. Tetapi selepas bangun untuk bersolat Tahajud jam 5 pagi terasa hendak bersiap lalu meneruskan perjalanan lebih jauh ke Pantai Timur. Kalau tidak harus selepas jam 10,  selepas bersarapan lalu jalan-jalan di sekitar baru bergerak.




Dengan itu sampai ke tempat tujuan pertama bagi hari itu sebelum jam 7.30. Dah lama hendak singgah, sudah banyak kali lalu berdekatan, tapi baru kali ini jadi. Lihat artikel Centre point of Peninsular Malaysia di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.



Sasaran seterusnya adalah makan ikan patin gulai tempoyak di Temerloh. Saja-saja ambil jalan lalu bandar Mentakab.



Memandangkan masih awal (kalau bergerak dari Janda Baik selepas jam 10 tentu sampai di Temerloh pada waktu yang sesuai untuk memperolehi hidangan) beriktikaf dan berehat dahulu di masjid ini. Lihat artikel Masjid (Mosque of) Al Ubudiah, Kampung Batu Satu, Temerloh. di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART.



Dekat jam 10.30 baru menyambung perjalanan iaitu selepas 2 jam berehat. Masuk sebentar berjalan-jalan di pekan Temerloh sebelum mencari kedai yang sudah dibuka untuk makan tengah hari .




Jumpa satu yang terasa sesuai memberikan pemandangan menarik Sungai Pahang. Ia dibuka bermula jam 11. Lihat Pahang river from a restaurant south of Temerloh.



Sebelum tengah hari sudah selesai makan. Di tepian jalan lama menuju ke Kuantan terjumpa gerai menjual durian pada harga diskaun. Layan pekena musang king.



Menurut rancangan asal mahu menuju terus ke Kuantan. Namun apabila mendapati ada banyak masa disebabkan bergerak awal timbul rasa hendak singgah dahulu di Pekan. Laluan yang dicadangkan oleh Google Map pula lalu di Chenor. Singgahlah di pekan kecil itu buat beberapa lama. Lihat artikel New waterfront attraction in Chenor diikuti Lawatan terbaru ke masjid lama (Latest visit to old mosque of) Chenor.




Laluan menuju ke Pekan juga membawa ke simpang untuk ke Tasik Chini. Singgahlah di tasik legenda tersebut. Lihat Latest visit to Tasik Chini.



Sebelum sampai ke Pekan (tapi sudah masuk daerahnya) singgah pula di masjid ini. Lihat .Masjid (Mosque of) Kampung Acheh, Pekan.



Selepas itu terlihat simpang menuju ke tempat ini lalu masuk untuk melihat sebentar.



Di bandar diraja Pekan singgah di beberapa makam lama termasuk satu yang seingat saya belum pernah diziarahi sebelum ini. Lihat Makam (Tombs of) Nibong @ Tembuni.



Masuk juga ke Kuala Pahang untuk melihat satu kawasan tambak yang seharusnya memberikan pemandangan kuala sungai betul-betul di sebelah Laut Cina Selatan. Tapi ditutup kerana projek berkenaan masih tak siap-siap.



Singgah di makam Sultan pertama Pahang daripada keturunan Sultan Melaka (hidup hampir 600 tahun lalu).



Sampai ke makam Tok Guru Peramu dekat Tanjung Lumpur, Kuantan jam 7.55 malam. Yang ini memang dalam rancangan asal.

Tiada ulasan: