Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Isnin, Julai 13, 2026

Asbab Haul Tokku Paloh - Jejak sejarah lama Kelantan

 Artikel ini, tentang hari ke-5 perjalanan Pantai Timur sepatutnya ditulis dan dipersembahkan 2 hari lalu. Tetapi saya menghadapi masalah komputer riba asyik beku. Begitulah keadaannya sehingga lewat malam tadi. Pagi tadi, terasa hendak menyemak keadaan komputer, pada ketika sudah bertekad tengah hari karang mahu keluar cari komputer riba baru. Tengok-tengok sudah pulih begitu sahaja. Ini memberikan ruang untuk melepaskan beberapa artikel sokongan di blogspot  BERPETUALANG KE ACEH dan SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART diikuti penulisan ini. Maka bersambung penceritaan daripada artikel Asbab Haul Tokku Paloh - Antara Haul Tokku Paloh dan Bukit Besar.



Pagi Ahad 5 Julai 2026. Melihat keluar daripada bilik chalet yang disewa di Kuala Rekang, dekat dengan Pantai Melawi di Bachok, Kelantan.



'Beriktikaf' sebentar di pantai berdekatan. Lihat A look at Pantai Kuala Rekang.



Sebelum meninggalkan kawasan singgah di masjid berdekatan. Lihat Masjid (Mosque of) Kuala Rekang.




Merujuk kembali pada artikel  Asbab Haul Tokku Paloh - Antara Haul Tokku Paloh dan Bukit Besar. Sebetulnya selepas sesi petang Haul selesai saya dan isteri terus menuju ke persisiran Kelantan kerana ingin menghadiri satu acara kebudayaan di Tok Bali dekat sempadan negeri Terengganu pada waktu malam. Tetapi apabila sampai kawasan didapati hujan amat lebat dan tidak kelihatan sebarang aktiviti. Diteruskanlah perjalanan sehingga terasa perlu berehat akibat penat sangat lalu mencari penginapan.



Itu yang menginap di Kuala Rekang, di selatan pekan Bachok. Dari situ boleh diteruskan ke Kedai Lalat lalu melihat satu tempat bersejarah. Lihat Lawatan baru ke (New visit to) makam (tomb of) Raja Loyor.




Dalam perjalanan ke destinasi seterusnya singgah di sebuah warung. Ada masjid kecil di hadapan. Lihat Masjid (Mosque of) Tok Khatib Mael.



Destinasi seterusnya itu adalah makam Ratu Kuning di Kemumin. Sebelum menjejakkan kaki singgah di masjid berdekatan. Lihat Masjid (Mosque of) Al-Haqiqiah, Kampung Gertak Sagu.



Kemudian ke makam Tuan Tabal di Banggol. Singgah sekali satu makam berdekatan. Lihat  Lawatan baru ke (New visit to) makam (tomb of) Cik Siti.



Selepas itu baru masuk ke bandar raya Kota Bharu.



Singgah beriktikaf di Masjid Muhammadi.




Ziarah makam Tok Kenali.



Keluar dari Kota Bahru untuk ke tempat ini yang ada kedudukan tinggi dalam sejarah lama Kelantan.





Malamnya singgah di masjid ini dalam perjalanan menuju ke rumah kawan. Lihat Masjid (Mosque of) Kuala Balah. Untuk pengetahuan ini adalah artikel ke-2,848 di CATATAN SI MERAH SILU.

.

Tiada ulasan: