Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-






Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Friday, April 20, 2012

Gerak sejarah batu hidup megalith?

Salam sejahtera. Siang tadi saya baru sahaja kembali daripada mengikuti satu kursus/bengkel penulisan buku kanak-kanak anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka di sebuah resort di Tanjung Tuan. Alhamdulillah banyak perkara baru dapat dipelajari pada bengkel 3 hari 2 malam itu. Saya juga dapat melangsaikan hajat untuk menziarahi sebuah makam lama yang dipercayai milik Parameswara atau Raja Iskandar, orang yang membuka kerajaan Melayu Melaka.

Adapun sebelum menghadiri kursus hari Rabu saya ada membuat sejumlah artikel di blogspot BERPETUALANG KE ACEH dan SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART) untuk menyokong cerita baru tentang satu perjalanan ke Melaka dan Negeri Sembilan yang dibuat 9 hari lalu. Fikir saya akan membuat artikel utamanya di Tanjung Tuan tapi entah kenapa komputer tak dapat disambung dengan Internet. Jadi biar cerita dibuat sekarang ya... :]


Rabu 11 April 2012, satu hari yang bersejarah buat tanah air kita apabila Sultan Abdul Halim dari Kedah  yang pernah menjadi Yang di-Pertuan Agong ke 5 sekali lagi ditabalkan untuk menjadi YDA yang ke 14. Seperti ramai rakyat Malaysia kami anak beranak mengambil peluang menonton upacara di televisyen sebelum keluar membuat aktiviti lain sempena cuti umum hari itu. Kami pun menuju ke Melaka. Selepas mengambil lebuh raya PLUS dari Kuala Lumpur ke Seremban kami mengambil jalan lama. Sampai ke Taboh Naning, Melaka terlihat satu papan tanda menunjukkan arah ke satu tempat tertentu.


Rasanya kami pernah melihat papan tanda yang sama kerana selalu juga lalu di sekitar ini. Cuma baru kali ini kami dapat melihat kedudukan tempat yang dimaksudkan sangat dekat dengan jalan.



Tu dia. Ada batu-batu hidup atau megalith yang begitu besar. Lihat artikel Megalith (of) Datuk Tua


Kemudian baru ke tempat tujuan utama kami ke Melaka. Ada majlis kenduri syukur di rumah adik saya, selepas itu baru menyambung berjalan dengan pergi ke Kampung Duyung berdekatan bandar raya.


Singgah di Perigi Hang Tuah. Rasyid dah pernah ke sini. Adiknya Muhammad Alauddin Johan yang baru berumur sekitar 53 hari pertama kali sampai.


Selepas bermalam di rumah anak buah isteri di Alor Gajah kami mengorak langkah kembali dengan mengambil lagi jalan lama melalui Taboh Naning. Tergerak untuk ke makam pahlawan Dol Said yang sudah agak lama tidak diziarahi. Kebetulan anak kami Muhammad Al-Aminul Rasyid memakai baju berwarna sama dengan bangunan makam. Sebenarnya ia baju tidur dan Rasyid belum mandi.



Ternyata ziarah ke makam Dol Said kali ini istimewa. Semasa hendak meninggalkan makam terlihat satu kawasan lapang yang mengandungi sejumlah makam lain, tergerak untuk melihat lebih dekat.


Dalam ziarah-ziarah terdahulu saya tidak menyedari pun kawasan ini wujud. Mungkin kerana ia belum dibersihkan. Terdapat beberapa makam ditanda batu hidup. Lebih menarik lagi terdapat juga makam-makam berbatu nesan Aceh, kali pernah saya melihat makam sebegitu di sekitar daerah Alor Gajah! 

Lihat Batu nesan Aceh di (Aceh gravestones in) Taboh Naning. Saya juga tergerak untuk melihat lebih dekat satu kelompok makam yang sering dilalui sebelum ini tetapi tidak pernah dipedulikan. Lihat Batu nesan Aceh di (Aceh gravestones in) Taboh Naning.
.


Singgah sarapan di sebuah warung berdekatan.


Perhatikan apa yang terdapat di seberang jalan...


Nampak tak? Itulah megalith Datuk Tua yang kami ziarahi hari sebelumnya.


Kemudian kami pun meninggalkan Melaka lalu masuk ke Negeri Sembilan.


Sampai di pekan Kota singgah untuk memandikan Rasyid di sebuah surau. Di hadapan kelihatan sebuah rumah yang menarik perhatian. Lihat Sebuah rumah lama di (An old house in) Kota, Rembau.


Perjalanan membawa kami ke Chengkau di mana ada sebuah bangunan masjid lama menarik perhatian.


Namun ada masjid lebih baru menggantikan fungsi. Lihat Masjid jamek (Main mosque of) Tanah Datar, Chengkau, Rembau.



Adapun selepas meninggalkan Taboh Naning timbul rasa untuk melawat rumah milik seorang hamba Allah yang kalau tak salah ingatan bernama Zainal Al-Johan. Cerita tentang beliau pernah muncul dalam surat khabat lalu disebut tentang minat beliau mengkaji sejarah lama Melayu dan mengumpul barangan berkaitan.


Dari seorang peniaga warung di Chengkau baru saya tahu rumah beliau terletak dekat pekan kecil Astana Raja dan saya perlu mengambil simpang dari Kota. Maka berpatah baliklah kami dari Chengkau. Namun orang yang dicari tiada dan rumah serta pagar berkunci.


Oleh kerana kami sudah sangat dekat dengan Astana Raja saya anggap ini adalah gerak agar saya menziarahi makam Raja Melewar, orang yang dinyatakan sebagai raja pertama Negeri Sembilan.


Ada orang percaya ini bukan makam Raja Melewar yang sebenar. Tak mengapa. Kami tetap menziarahi sebagai syarat.

Selepas itu timbul gerak untuk melawat replika istana Raja Melewar yang merupakan sebuah muzium.


Saya dan isteri pernah ke sini sebelum ini. Kali ini tanpa disangka terjadi satu pertemuan yang membuat kami ingin menziarahi beberapa lagi lokasi bersejarah sebelum kembali ke rumah. Bersambung... :]




No comments: