Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Isnin, September 05, 2011

Kata-kata aluan (dan harapan?) selepas minggu pertama raya

Mandi tasik di Machap, Melaka petang Sabtu...




Got to get my thoughts in order following the right priority. Kalau tak larat nak baca semua ni maka teruslah ke perkara 4 untuk jemputan terbuka satu majlis...


OK. Assalamualaikum semua. Diharap anda telah menyambut minggu pertama hari raya Aidil Fitri atau bulan Syawal ini dengan riang gembira. Rasanya ramai juga yang bercuti panjang bermula Sabtu 10 hari lalu, hari ni Isnin baru naik kerja. Begitu juga halnya isteri saya (saya tak kira sebab kerja sendiri, bila-bila pun boleh cuti kecuali apabila timbul perkara yang memerlukan perhatian segara). Namun kami anak beranak cuma balik kampung isteri di Tanjung Sepat, Selangor selepas sahur pagi Isnin. Malam selepas raya pertama baru ke kampung saya di Muar. Petang Sabtu baru ini pula kami meninggalkan Muar sebelum bermalam di rumah satu keluarga, kiranya macam keluarga angkat di sekitar Rembau, Negeri Sembilan. Tengahari Ahad baru kami meneruskan perjalanan kembali ke rumah di Bandar Tasik Puteri, Rawang, Selangor.

Adapun selain untuk menyampaikan sedikit kata-kata aluan, artikel ini dibuat agar dapat mengatur beberapa perkara yang perlu diselesaikan dalam masa terdekat. Apabila banyak perkara perlu dibuat dalam masa terhad kadangkala fikiran boleh terasa berserabut sehingga satu benda pun tak terbuat. Tambahan lagi sejak petang semalam saya diserang penyakit cirit birit yang teruk membawa ke tengahari tadi. Walaupun sekarang sudah lega sedikit, seluruh badan dan urat masih terasa bisa-bisa. Dengan ini biar disenaraikan perkara yang perlu dibuat tanpa memikirkan aturan terlebih dahulu


1. Tentang buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah". Rasanya saya ada memberitahu di blogspot ini sedang membuat buku terbaru dengan tajuk itu. Setelah dirombak beberapa kali maka diputuskan buku dibuat dalam format buku mewah atau coffee-table book yang mahal. Setelah beberapa lama menyemak dan membetulkan apa yang silap, file pdf buku pun dihantar ke kilang percetakan pagi Khamis 18 Ogos dengan harapan buku sempat dicetak sebelum raya. Dapat beberapa naskah awal sebagai contoh pun jadilah untuk ditunjukkan kepada ahli keluarga.

Tak disangka file pdf itu bermasalah apabila perlu ditukar format agar selari dengan cara operasi mesin percetakan. Maklumlah inilah kali pertama saya cuba menerbitkan sendiri buku dengan banyak gambar berwarna. Proses membetulkan ini memakan masa hingga ke hari Rabu berikutnya. Dalam tempoh itu muncul tempahan percetakan lain yang menyebabkan buku saya harus ditolak ke tepi buat sementara.

Isnin tadi pegawai dan pekerja di kilang percetakan yang telah bercuti raya 10 hari kembali bekerja. Harapan saya mereka dapat menyediakan naskah contoh sebelum kami anak-beranak kembali lagi ke Muar Jumaat malam Sabtu. Maka itu ia adalah antara perkara yang harus dipantau dalam beberapa hari ini.


2. Tengah malam Ahad masuk ke Isnin sebelum kembali berhari raya di kampung saya telah membuat artikel Kompilasi "Menjejak kegemilangan lama Pantai Timur" untuk mengumpulkan 123 artikel baru yang telah dibuat di blogspot ini dan blogspot berbahasa Inggeris BERPETUALANG KE ACEH dalam tempoh lebih 4 bulan kebelakangan, satu siri yang digarap berdasarkan perjalanan 11 hari di Pantai Timur penghujung 2010 hingga awal 2011. Artikel kompilasi serupa turut dibuat di blogspot kedua itu. Satu artikel kompilasi lain menyenaraikan 70 buah masjid/surau, 31 buah makam/kumpulan makam dan 7 tempat lain pula dibuat di blogspot ketiga saya, blogspot dwi-bahasa SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART).

Sekarang saya perlu membuat kerja lanjutan daripada artikel-artikel terkumpul ini. Artikel-artikel yang menunjukkan beberapa buah sungai daripada beberapa sudut pandangan harus dipilih dan diatur di bawah tajuk "Kesukaan pada sungai" di blogspot ini (lihat bahagian bawah blogspot) dan "Fascination with rivers" di (lihat tengah sidebar). Untuk blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART) pula saya harus mengatur artikel tentang 70 buah masjid/surau, 31 buah makam/kumpulan makam dan 7 tempat lain mengikut turutan tertentu di bawah tajuk negeri masing-masing (lihat sidebar kanan bawah) dan ini sendiri boleh memakan masa. Setelah selesai ini baru saya boleh membuat artikel-artikel baru untuk ketiga-tiga blogspots.


3. Mereka yang rajin mengikuti penulisan saya dan sudah dapat mengenal sedikit sebanyak hati budi saya tentu faham saya menulis mengikut turutan tertentu sebagai satu bentuk luahan dalam menangani cabaran hidup. Walaupun tidak semua perkara yang berlaku saya luahkan banyak juga yang terlepas berdasarkan pengamatan sendiri bahawa seringkali sesuatu yang ditakdirkan akan berlaku seperti penemuan dan ilham baru cuma akan muncul setelah beberapa cerita dilepaskan/diluahkan mengikut tertib yang patut. Maka itu saya harus membuat sejumlah artikel dalam masa terdekat mengikut aturan ini...

a. Menyelesaikan bab tentang sungai dan aturan artikel mengikut negeri seperti tersebut pada perkara 2 di atas.

b. Satu artikel tentang berjalan-jalan di hutan simpan Bukit Nenas, Kuala Lumpur yang dilakukan 26 Ogos atau 26 Ramadhan.

c. Sedikit perkara/ persinggahan yang dibuat sebelum kembali ke kampung isteri untuk berhari raya membawa kepada hari raya pertama.

d. Tentang perkumpulan keluarga dan acara yang diadakan di rumah almarhum ibu kepada ibu di Muar yang sudah beberapa tahun tidak digunakan iaitu pada malam selepas hari raya kedua, pada hari kemerdakaan 31 Ogos.

e. Ini diikuti perjalanan yang dibuat siang hari raya ketiga ke kawasan Pantai Layang berdekatan Sungai Mati, Ledang (dulu dalam daerah Muar) lalu berpusing melihat Pulau Penarik, satu pulau besar yang terbentuk akibat peralihan aliran Sungai Muar, mungkin 100-200 tahun yang lampau.

f. Sedikit cerita tentang aktiviti hari ke 4 raya iaitu pada hari Jumaat.

g. Hari ke 5... pergi ke Tangkak untuk menaiki Gunung Ledang kemudian ke Asahan, Melaka untuk mengambil gambar gunung dari muka sana. Ini diikuti ziarah ke masjid lama Machap di mana terdapat makam seorang tokoh lama yang dipanggil Tok Machap. Mengikut ceritanya beliau adalah seorang anak Raja Bugis yang datang ke Melaka sebelum kejatuhan Kota Melaka ke tangan Portugis tahun 1511! Di sebelah masjidlah saya mandi tasik bersama anak...


4. Sambil harus menyelesaikan perkara-perkara di atas dalam masa terdekat, saya juga harus bersedia untuk satu acara di Muar hujung minggu ini iaitu pada hari Sabtu 10 September. Adapun saya telah diminta oleh mursyid sebuah rumah suluk agar dapat datang untuk majlis perkahwinan anaknya yang diadakan seiring dengan majlis khatam suluk, buka sekali meja untuk mempromosi buku dan apa-apa hasil kerja yang sesuai. Pada malamnya pula saya diminta menyampaikan ceramah di bawah tajuk "Mencari diri dan erti" iaitu tajuk kecil untuk buku pertama di bawah siri "Berpetualang ke Aceh". Difahamkan sekitar 300 murid tariqat akan hadir selain hadirin lain.

Dengan ini saya dengan sukacitanya ingin menyampaikan jemputan terbuka mursyid kepada semua yang mengenali saya juga para pembaca blogspot ini. Anda semua dijemput datang memeriahkan suasana. Biar dicopy jemputan yang diterima melalui sms... (rancangan untuk ceramah dan jemputan terbuka dibuat secara lisan).


Assalamuailakum. Majlis khatam suluk. Sambutan hari raya diserikan lagi dengan majlis perkahwinan anak perempuan kami Nor Hasimah bt Muhamad dengan Mohd Kamarul Affandi pada 10 hb Sep/ 12 hb Shawal mulai jam 12.00 pm - 12.00 am di BAITUL IBADAH NURUSSAADAH, Kg. Telok Kemang, Sg. Mati, Ledang, Johor. Sehubungan itu kami dengan berbesar hari mempersilakan Datok/Datin/Tuan/Puan bagi memeriahkan lagi dan diberkati, sampaikan terima kasih.


Untuk arah ke tempat lihat artikel Tempat suluk di Pantai Layang dan legasi Temenggung Muar yang dibuat 2 minggu lalu.


5. Hujung minggu berikutnya pula saya perlu berada di Segamat untuk perhimpunan besar satu keluarga bangsawan yang dijangka akan dihadiri sekitar 5,000 mereka yang berkaitan. Cuma saya diharap dapat membuka meja menjual/mempromosi buku sahaja, nasib baik tak kena bagi ceramah. Difahamkan antara tetamu terhormat adalah Tunku Besar Tampin. Keesokannya perlu bergegas kembali ke Kuala Lumpur untuk satu majlis perkahwinan.


6. Beberapa hari selepas itu isteri harus memainkan peranan dalam satu majlis makan malam produk kecantikan di samping pengasas produk. Saya pula diminta membuka satu meja mempromosi buku. Tak tahulah bagaimana nak promosi buku-buku saya yang serius bercerita tentang sejarah Melayu dan Islam di kalangan mereka-mereka yang terlibat dengan produk kecantikan. Tapi saya ikut sahaja dengan keyakinan bahawa ia juga tetap ada kena mengena dengan perjalanan dan perjuangan hidup saya sendiri.


7. Ah. Nyaris terlupa. Di sebalik perkara-perkara yang disebut di atas saya harus merangka kertas kerja untuk satu projek tertentu.


8. Saya juga harus menyiapkan 3 e-book baru. Entah boleh ke tidak siap sebelum tamat bulan September ini. Cukuplah meluahkan apa yang terbuku di fikiran...


Tiada ulasan: