Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-






Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Saturday, February 19, 2011

Isi perlembagaan Singapura yang bakal memangkin kebangkitan Melayu?

Isi ini diambil dari website atau sesawang kerajaan, Singapore Statutes Online yang beralamat di http://statutes.agc.gov.sg/. Oleh kerana takut dihilangkan jika mendapat perhatian biar dipaparkan melalui teknik print screen... iaitu paparan yang kelihatan dalam komputer diambil terus dijadikan fail gambar.


Subhanallah. Tadi selepas menamatkan satu bab tentang seorang datuk saudara dan anak cucu cicitnya yang bermastautin di Singapura untuk satu projek buku baru saya terlihat komen di Facebook oleh seorang kenalan dari sana yang menyentuh satu bahagian perlembagaan Singapura yang mungkin kurang diketahui ramai. Ini menyebabkan saya mendapat gerak untuk menambah isi berkaitan dalam buku tersebut. Biar disalin kembali di sini untuk tatapan semua.

------------------



Nota tentang kedudukan Melayu di Singapura



Selepas menamatkan penulisan bab mengenai Tok Talib 19 Februari 2011 penulis terlihat satu perbincangan menarik di Internet. Seorang kenalan dari Singapura, penyanyi dan penggubah lagu-lagu kerakyatan (folk songs), saudara Art Fazil yang biasa berulang-alik ke Kuala Lumpur malah sering juga berkarya di London telah membangkitkan satu bahagian perlembagaan Singapura yang selama ini mungkin ramai terlepas pandang. Sebelum itu biar diberitahu. Rasanya umum sedar orang Melayu di Singapura adalah minoriti dalam sebuah pulau yang hampir seratus-peratus dikuasai bangsa Cina hasil polisi Inggeris meminggirkan pribumi sejak sekian lama. Kepada pembaca yang tidak tahu biar diingatkan inilah realiti sebenar di mana walaupun ia sudah mencapai tahap negara maju hakikatnya Singapura takut dengan bayang-bayang kerana dikelilingi jiran-jiran seperti Malaysia dan Indonesia yang majoritinya Melayu Islam. Atas sebab ini orang Melayu Singapura tidak dapat memegang kedudukan tinggi terutama dalam bidang ketenteraan. Ditakuti jika berlaku peperangan orang Melayu situ akan menyokong saudara-mara di luar, bukan kerajaan Singapura yang pro-Cina.

Walaupun ada orang Melayu Singapura cuba menafikan keadaan ini dengan menyebut taraf kehidupan mereka lebih tinggi berbanding saudara sebangsa seagamanya di Malaysia tanpa memerlukan subsidi dan lain-lain keistimewaan Bumiputra, hakikatnya mereka cuma dianggap sebagai satu minoriti kecil yang pandangannya tidak perlu diambil berat oleh pemerintah. Ini boleh dilihat dengan kenyataan terbaru Menteri Mentor Lee Kuan Yew, dahulunya Perdana Menteri Singapura selama beberapa dekad. Tanpa mempedulikan sensitiviti kaum, beliau telah meminta orang Melayu agar ‘meringankan’ amalan mereka dalam beragama agar dapat bergaul lebih baik dengan bangsa-bangsa lain, satu kenyataan yang mengguris perasaan banyak pihak.

Kenyataan beliau ini seperti menggambarkan orang Melayu adalah kolot dan ketinggalan zaman kerana berpegang teguh pada Islam. Apakah dengan ‘meringankan’ amalan seperti sudi duduk semeja ketika orang lain makan babi atau sedia minum arak dikira formula terbaik untuk meningkatkan interaksi antara kaum? Lupakah Lee akan perlembagaan Singapura yang harus mempertahankan hak orang Melayu? Dengan ini biar dipaparkan isi perlembagaan yang berkaitan.

Perhatikan Artikel 152 bahagian (2) yang menyebut “The Government shall exercise its functions in such manner as to recognise the special position of the Malays, who are the indigenous people of Singapore, and accordingly it shall be the responsibility of the Government to protect, safeguard, foster and promote their political, education, religious, economic, social and cultural interest and the Malay language.” Terjemahan penulis: “Kerajaan akan menjalankan fungsi-fungsinya dengan cara yang sepatutnya untuk mengiktiraf kedudukan istimewa orang Melayu, yang merupakan penduduk asal Singapura, maka dengan itu adalah menjadi tanggungjawab Kerajaan untuk melindungi, menjaga keselamatan, menggalakkan dan mempromosi kepentingan politik, pendidikan, keagamaan, ekonomi, sosial dan kebudayaan mereka dan bahasa Melayu.” Perhatikan juga Artikel 153 bahagian (2) yang menyebut “The national language shall be the Malay language and shall be in the Roman script.” Walaupun bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris turut diiktiraf sebagai antara empat bahasa rasmi di Singapura, bukankah ini cukup untuk menunjukkan keutamaan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan walaupun cuma dipakai dalam tulisan Rumi, bukannya Jawi?

Isi Artikel 152 dan 153 perlembagaan Singapura ini hampir membayangkan aspirasi yang termuat dalam Artikel atau Perkara 152 dan 153 perlembagaan Malaysia, mungkin akibat Singapura pernah berada di dalam Malaysia 1963-1965. Perbezaan besar cuma terletak pada kedudukan orang Melayu sebagai minoriti di Singapura berbanding saudara-mara mereka yang merupakan majoriti di Malaysia. Selain itu Melayu Singapura juga tidak memiliki satu institusi pelindung tertinggi seperti jabatan Yang dipertuan Agong dan Raja-raja Melayu yang kedudukan mereka turut diperuntukkan di dalam perlembagaan Malaysia sebagai memiliki hak penuh dalam menjaga hal-ehwal agama Islam dan adat-istiadat Melayu. Namun isi perlembagaan Singapura itu cukup jelas. Orang Melayu di pulau itu sepatutnya turut mendapat keistimewaan serupa seperti di Malaysia. Menarik juga difikirkan apabila ada puak chauvinis berbangsa Cina di Malaysia sibuk cuba menjatuhkan kedudukan orang Melayu dengan menuduh kita sebagai pendatang konon, bukan penduduk asal Tanah Melayu. Walhal pada perlembagaan Singapura sendiri, sebuah negara yang sudah lama dipimpin puak chauvinis Cina terdapat kenyataan yang menyebut bahawa orang Melayu adalah penduduk asal pulau Singapura.

Apapun, itu cuma idealisma di atas kertas yang nampaknya baru kini cuba dibangkitkan penduduk Singapura akibat reaksi terhadap kenyataan Lee Kuan Yew yang menghiris perasaan orang Melayu dan Islam. Realitinya, pergerakan penduduk Melayu Islam yang membentuk kurang 15 peratus dari 4 juta lebih rakyat Singapura dipantau, disukat dan digugat. Difahamkan pada setiap kawasan rumah pangsa yang terdapat di Singapura ada diterapkan polisi sekurang-kurangnya 70 peratus penduduk mesti bukan Melayu. Alasannya adalah untuk menggalakkan interaksi antara kaum tapi hakikatnya agar orang Melayu tidak terlalu kuat bersatu.

Artikel 152 perlembagaan Singapura mungkin bercakap tentang melindungi hak orang Melayu. Tetapi hakikatnya mereka cuma satu minoriti dari pelbagai bangsa yang didominasi bangsa Cina. Keadaan orang Melayu di Singapura hampir sama dengan kaum Red Indian di Amerika Syarikat , kawasan tempat tinggal utama mereka dahulukala misalnya di Kampung Gelam dan sekitar Masjid Sultan dipertontonkan sebagai satu warisan untuk tarikan pelancong. Perlindungan apa jika bekas istana Sultan dijadikan muzium? Kenapa tidak dipertahankan sebagai satu pusat kepimpinan orang Melayu?

Mungkin pemerintah Singapura mahu mengambil contoh dari keadaan di seberang Tambak Johor di mana Istana Besar Johor yang mula dibina 1864 sebelum siap 1866 dijadikan Muzium Diraja Abu Bakar 1982. Tapi itu dengan perkenan Sultan Johor yang memiliki beberapa istana lain. Istana Kampung Gelam di Singapura yang kini menjadi muzium adalah satu-satunya warisan kepimpinan orang Melayu yang tinggal di pulau itu. Jika pusat kepimpinan yang merupakan istana milik Sultan Hussain Shah pada zaman kedatangan Raffles 1820an telah dijadikan bahan tontonan umum tanpa diberikan ganti serupa taraf yang dapat menyatukan orang Melayu, apakah yang dipraktikkan dari Artikel 152?

Bagaimana pula nanti nasib stesyen keretapi Tanjung Pagar milik syarikat Malaysia, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) apabila perkhidmatan di stesyen ditamatkan lalu dibawa naik utara ke Woodlands berdekatan Tambak Johor menjelang Julai 2011. Bagaimana tentang tanah milik KTMB yang mengandungi landasan hingga jauh ke selatan memasuki pusat bandaraya Singapura? Sesungguhnya begitu banyak perkara tentang Melayu perlu dibela. Semoga kesedaran isi perlembagaan memangkin tindakan segera.



11 comments:

FAIZAL HJ. ZAINAL said...

salam,

terima kasih banyak atas penyiaran artikel ini...

Radzi Sapiee said...

Wassalam.Sama2. Apakah saudara dari Singapura? Semoga Melayu sana dibukakan jalan untuk mendapat balik hak mereka sebagai penduduk asal. :]

Anonymous said...

salam,

saudara telah reminding me abt an article i read at wikipedia years ago and i started telling my friends abt it. terima kasih byk2. perkara 152 perlembagaan singapura mmg mengejutkan sy masa tu.

Mengikut wiki, pemerintah masa tu Lee KY hanya enforced artikel tu masa injil bhs melayu nak dicetak. dia buat pertemuan dgn pihak terbabit dan bg amaran kalo nak natrah berulang lagi silalah cetak byk2 and i will blame u responsible. xlah jd nak cetak. now i dont know.

http://en.wikipedia.org/wiki/Malays_in_Singapore

pls look 'Status of Malays in Singapore'. maaf yg pasai Lee KY tu sy gagal mencarinya.

Anonymous said...

maaf sy anon diatas nak tambah sikit je lg.

ni belum lg masuk bab singapore stone yg cukup misteri tu lg. peh... dunia melayu mmg misteri...

azre

Radzi Sapiee said...

Wasalam.Saudara dipersilakan terus memberi input yang berguna. :]

AbuHakeem said...

maklumat yg amat bernilai.

terima kasih kerana berkongsi.
keluarga sebelah isteri saya org s'pore. malah bapak mertua saya masih s'porean setelah lama mohon warganegara m'sia tak dapat2...

berkenaan attitude Melayu s'pura, memang kebanyakkannya bangga dengan status taraf kehidupan mereka, namun saya lebih berminat pada level 'jakun' anak2 melayu pada certai benda dan hidupan bla mereka dikampung m'sia. :) (mancis pun jadi satu perkara yg amat pelik bg mereka apa lagi bila dapat pegang ayam hidup!)

dan bapak mertua saya partime broker tanah.... nak tahu rahsia?

TERLALU BANYAK TANAH STATUS ANTARABANGSA DI JOHOR YANG TERJUAL KEPADA WARGA CINA S'PURA....

malah yg rezab melayu juga terjual dan kemudian mereka buat proses pertukaran status dan pindah kepada cina s'pura semula....

tahap kerakusan material penjual2 tanah yg tidak sensitif dan alert pada masa hadapan!

:(

-abuhakeem-

Radzi Sapiee said...

Itulah masalah pemimpin Melayu sekarang. Gelap mata bila nampak duit. Yang asalnya berkobar-kobar nak berjuang pun banyak yang kalah. Masa tengah nobody laung sana laung sini pasal keadilan, pasal membela hak Melayu, hak Islam. Bila nak ada kedudukan, ada kuasa, datang Cina kaya suap habis cerita. Mana nak cari lagi orang yang tak boleh kena beli? Kalau prinsip kuat tak boleh kena beli akan kena ugutan pulak.

Standard lah . Pilihlah, nak dapat duit senang tapi kena ikut program Dajal atau kalau tak nak terima duit keluarga kamu boleh kena terima bahana? Camana tu? Baik terima aje duit ya tak? Kecualilah kita 100 peratus yakin dengan penjagaan Allah. Duit tak heran ancaman pun tak heran. Hidup mati semata kerana Allah. Tapi cakap memang senang... cakap... siapa pun boleh buat... :]

meon said...

Saya dah lama maklum benda ni(perlembagaan) tapi biasalah tanpa kuasa politik dan ekonomi,perlembagaan yg bertulis pun tak bermakna apa2 kerana Melayu S'pura tak punya apa2(baik kuasa politik mahupun ekonomi).Tanpa salah satunya,suara Melayu apalagi kalau minoriti tiada siapa pun ambil pusing.

Malaysia pun akan jadi macam ni kalau Melayu hilang kuasa politik yg dah di hujung2 tanduk ni.Puak2 ultrakiasu pun makin berani dengan sokongan talibarut2 Melayu sendiri.Oh ya 27 hb ni hindraf nak buat demo besar2an dengan dokongan pihak2 tertentu(sundri mau ingat).

Tentang tanah di Johor memang betul.Kalau di Muar tu tanah melambung2 harganya.Melayu yg nak senang cepat mudah aje gelap mata,habis tanah2 pusaka dijual pada cina sampai tanah2 yg dulunya kampung2 atau petempatan2 Melayu habis dijadikan projek2 perumahan dan rumah2 kedai yg cuma cina saja yg mampu membelinya.Kawasan2 majoriti Melayu 10-20 tahun dulu sekarang ni abis tergadai jadi petempatan2 cina.

Tak tahulah mana datangnya cina2 yg sentiasa men'sold out'kan projek2 perumahan ini,mungkin betul kata sdr abu hakeem,cina2 s'pore yg tak ada tanah di sana berlumba2 membelinya d Johor.

Betullah tu cina2 s'pore yg hidup macam ulat taik di pulau yg kecil sampai 4 juta orang mana lagi nak expand 'tanah jajahan'nya kalau bukan di wilayah yg terdekat kalau bukan Johor.Sambil2 tu bolehlah bagi ruang pada tanah pulau,lky pun dalam masa yg sama akan terus mengimport warga2 cina dr tanah besar untuk top up warga spore yg dah 'lari' ke Johor.Lama2 nanti tercapailah hasrat apek tu nak tambah 10 juta rakyatnya tanpa perlu susah-payah mengharapkan rakyatnya beranak ramai.Kiranya s'pore ni jadi hub bawa masuk cinalah ke Malaysia.Pemutusnya nanti ultra kiasu akan jadi majoriti di Malaysia tanpa kita sedari.

Anonymous said...

aku rasa orang melayu singapura kena buat kajian bagaimana perjuangan orang pribumi australia.Pribumi situ lagi dashyat kena jajah dek org kulit putih beratus tahun,tapi beberapa tahun lepas org kulit putih kena juga minta maaf dan mengakui hak2 tanah nenek moyang orang pribumi yang di rampas.bayangkan pulau australia lagi luas dan dah maju dengan tamadun moden tapi kena juga minta maaf...huhuhu...korang tak de sense apa2 ke? tapi aku malas nak buat long story ko study lah sendiri...

kalau melayu singapura nekad sanggup berjuang habis-habisan,takkan melayu nusantara nak biar korang 'mati katak' kat pulau tu.org pribumi australia menang sebab banyak penyokong dari luar.ini modal motivasi, pada hakikatnya melayu indon dalam diam-diam lagi dashyat fanatiknya tentang bangsa berbangsa ni apatah lagi saudara seagama,tu yang lky tak berani ambil rasiko berlembut.hujjah2 dia keras,penuh bahasa ultra kiasu apatah lagi ketika nak pilihanraya.tiap kali nak pilihanraya isu dikelilingi umat islam dan soal agama memang permainan mulut dia lah...tujuanya supaya cina singapura kena bagi pap menang.

tapi satu hari nanti cina singapura pun akan sedar jugak depa setakat terkurung dalam pulau dan habis kena mindcontrol.itu yg org melayu singapura kena faham dan sedar serta promosikan,fahami betul2 "Thick Face and The Black Heart" mereka menggunakan kaedah ini tapi dgn kaedah ini juga anda bolih buat "Art Of War" hukum imbal balik...jangan lupa falsafah mind,body and soul serangkaian yg telah lama anda abaikan...

salam.

SEPULUH said...

Salam bang MERAH Silu,

'Atas gerak' , dipersembahkan di sini, UTK yang ingin 'bertari'.

'MISTERI BATU ACEH DI SUKU TANAH DATAR'
http://waris-gadong.blogspot.com/2008/05/misteri-batu-aceh-di-suku-tanah-datar.html

Akhir KALAM, biarlah bulan bicara sendiri, apakala Panglima Gayong bertari, laksamana hanya menanti ...'nak raja turun ke taman firdausi.

^_^

Radzi Sapiee said...

Wassalam. :]