Kira-kira 1.6 km selepas jambatan, ada satu simpang masuk ke kiri. Ambil simpang dan terus ke hadapan 6 km dan anda akan sampai ke Kampung Kota yang pernah menjadi pusat pemerintahan Bernam. Namun dari Sabak Bernam, anda boleh menaiki sampan cuma kira-kira 140 meter sahaja untuk sampai ke sini. Begitulah dekatnya Kampung Kota dengan Sabak Bernam namun dua kawasan ini kini berada di dalam dua buah negeri. Lihat artikel River Bernam from Kampung Kota di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.
Selepas melihat Sungai Bernam dari jeti saya singgah ke masjid. Lihat artikel Masjid Kampung Kota, Bernam di siang hari (Mosque of Kampung Kota, Bernam during the day) di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART). Tidak jauh dari masjid terdapat makam-makam lama milik kerabat diraja Selangor yang pernah memerintah Bernam. Lihat Makam keluarga Raja Unos (Tombs of the family of Raja Unos)...
Dari Kampung Kota kami menghala ke Teluk Intan. Kelihatan Sekolah Menengah Sains Teluk Intan (SEMESTI) tempat isteri saya pernah belajar dahulu.
Beliau pun meminta saya mengambil sedikit gambar untuk kenang-kenangan. Saya pun memberhentikan kereta...
Pintu masuk utama sekolah...
Masjid di seberang tempat pelajar lelaki menunaikan solat Jumaat...
Bahagian pinggir sekolah...
Sebelum Teluk Intan kami mengambil simpang kiri menyeberangi satu jambatan.
Jambatan ini menyeberangi Sungai Perak menghala ke Lumut.
7 ulasan:
Dalam usia masih muda, telah jauh perjalanan yang dilalui anakanda Al Rasyid...turut serta sebagai peneman setia dalam siri kembara ayahanda dan bondanya.
Jauh perjalanan, maka akan luaslah pandangan dan pengalamannya kelak...Amin. =)
Bro... what's your email ek? Nak email satu info skit
-Yob
merahsilu@hotmail.com
tq... check ur email
harap dapat dikongsikan juga info rahsia tu nanti...
Takda apa rahsianya. Cuma proposal untuk join bisness. Lihat http://persada.tr8.my
Assalamualaikum..
Samalah saya pn kaki jalan.
Cuma saya ni tiada blogs
Thanks.
Catat Ulasan