Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Ahad, September 23, 2007

Makam Sheikh Abdul Qadir al-Jilani di Kuala Kangsar, Perak?


Gambar lama motosikal besar saya di hadapan pintu sebuah empangan di Kelantan sebagai penghias dan pembuka cerita, kalau tak salah ingatan Empangan Pergau. Semasa itu penghujung 1997, saya sedang mengembara seorang diri menunggang motosikal selama sebulan mengelilingi Semenanjung Malaysia...

Beberapa tahun lepas saya pernah mendapat satu mimpi... Ketika sedang menunggang motosikal besar kesayangan menghala ke Kuala Kangsar, saya sampai ke sebuah selekoh menghampiri bandar lalu ternampak papan-tanda kayu besar dengan tulisan "Makam Sheikh Abdul Qadir al-Jilani" terpapar jelas. Terperanjat saya melihat itu malah saya masih lagi terperanjat besar apabila terjaga daripada tidur! Mana boleh makam Sheikh Abdul Qadir al-Jilani berada di Kuala Kangsar? Sedangkan Sultanul Awliya atau raja para wali itu diketahui wafat sekitar 1166 Masihi di Baghdad dan dikebumikan di sana.
Beberapa tahun kemudian iaitu 2006 saya telah pergi ke Kamunting untuk mencari Makam Bidan Susu Lanjut, seorang watak wanita legenda yang dikira keramat oleh mereka yang mengetahui. Sedikit ceritanya telah dinukilkan di dalam blogspot berbahasa Inggeris BERPETUALANG KE ACEH dengan tajuk Perak trip of September 2006... A look at the tombs... . Kebetulan pula saya sempat bertemu dengan seorang waris Bidan Susu Lanjut dan berkenal-kenalan. Dalam bercerita macam-macam perkara daripada hal ehwal Ahlul Bait anak cucu keturunan Nabi sampai ke perjuangan akhir zaman memartabatkan Islam, terkeluarlah cerita tentang Sheikh Abdul Qadir al-Jilani.
Sebenarnya saya setakat memberitahu bahawa menurut kajian peribadi saya, Sultanul Awliya itu ada meninggalkan ramai keturunan di Nusantara. Hamba Allah ini pula boleh menambah, berhampiran bandar diraja Kuala Kangsar terdapat sebuah makam Sheikh Abdul Qadir al-Jilani! Kalau begitu siapa pula yang di makamkan di Baghdad? Pemuda ini tersenyum sahaja...
"Yang di Kuala Kangsar itu adalah makam persinggahan baginda!" katanya. Jadi wali besar ini pernah singgah di Perak... Itulah ceritanya!
Sheikh Abdul Qadir al-Jilani memang diketahui pernah sampai di Tanah Melayu terutama di Aceh dan Kedah sehingga naik ke Gunung Jerai. Tapi inilah kali pertama saya dapat tahu baginda pernah pergi ke Perak malah meninggalkan sebuah makam!
Cucu (atau cicit, mungkin piut) Bidan Susu Lanjut ini memberitahu makam itu terletak di jalan lama Taiping ke Kuala Kangsar... Hmm... Tiba-tiba teringat posting yang baru dibuat di blogspot BERPETUALANG KE ACEH dengan tajuk Taiping to Kuala Kangsar... A dangerous look at Malaysian history? sebelum bersahur tadi. Silalah jenguk... Jangan lupa juga membaca 2 cerita yang dibuat sebelum itu, Gunung Semanggol... The threat from the mountains dan
From Kedah to Perak... The show must go on! .
Hamba Allah ini cuba menerangkan lokasi makam itu secara terperinci tetapi ketika itu saya terasa penat dan malas hendak menghafal. Mungkin kerana terdapat banyak lagi tempat yang perlu dilawati... Jika saya menghafal, takut terasa wajib singgah sedangkan memang saya kepenatan ketika itu kerana sudah berhari-hari hari keluar mengembara naik bas, hitchiking tumpang kenderaan orang dan berjalan kaki berbatu-batu.
"Tak mengapalah," kata pemuda ini. "Tempat inipun kalau dicari belum tentu berjumpa. Tapi kalau dah rezeki kita, tak cari pun akan terserempak."
Petang itu, saya bergerak daripada Taiping ke Kuala Kangsar menaiki bas. Dalam pada itulah timbul rasa mahu mencari makam yang dikatakan terletak di tepi jalanraya itu...
Sepanjang perjalanan, saya cuba mencari-cari dengan melihat ke luar tingkap bas tetapi tak berjumpa... Tak sangka pula akan terjumpa makam Sheikh Abdul Qadir al-Jilani ini dalam perjalanan jauh terbaru saya yang meliputi Pahang, Kelantan, Kedah, Perak dan Selangor, perjalanan yang dibuat lebih 2 bulan lepas!

Ketika itu 21 Julai 2007 saya baru sahaja sampai ke Perak setelah bermalam 4 hari di Pahang, 5 hari di Kelantan dan 6 hari di Kedah. Cerita ini ada saya huraikan dalam artikel From Kedah to Perak... The show must go on! . Petang itu saya pun menaiki bas daripada Taiping ke Kuala Kangsar melalui jalan lama dengan harapan dapat menemui makam itu...
Tidak seperti perjalanan tahun lepas, kali ini saya tidak mencari-cari. Saya cuma berehat bersandar di kerusi bas... Masuk malam hari, ketika melepasi sebuah surau, terus hati saya berkata ada petunjuk kedudukan makam di situ.
Keesokannya, saya telah menalifon seorang kawan yang berasal daripada Lenggong agar berjumpa saya di Kuala Kangsar. Tidak seperti perjalanan yang lepas-lepas di mana saya sanggup jalan berbatu-batu di bandar diraja itu untuk menziarahi beberapa tempat yang ada kaitan dengan keluarga, kali ini saya terasa amat penat lalu berharap agar kawan ini dapat menolong saya bergerak ke sana ke mari dengan kereta. Lagipun saya sedang membawa barangan lebih seperti kit promosi siri buku "Berpetualang ke Aceh" dan sudah pun berjalan kaki jauh ke pelbagat tempat dalam tempoh 2 minggu sebelumnya. Dengan kereta inilah kami mencari surau itu, surau yang gambarnya tertera di atas.

Ketika itu, sekitar jam 10 pagi, tiada siapa pun di surau itu. Bagaimana mahu mencari makam tersebut? Tidak ada papan-tanda atau apa-apa petunjuk nyata terdapat di sekitar.

Seketika itu juga saya mendapat gerak supaya masuk ke lorong sebelah surau lalu sampai lah ke rumah di atas. Tuan rumah itulah yang menunjukkan arah ke makam... Dia pun tak tahu makam siapa tapi dia tahu makam mana yang dimaksudkan kerana itulah satu-satunya makam yang berdekatan dan terletak di tepi jalan...


Dipendekkan cerita, Alhamdulillah, dapatlah kami menemui makam itu. Ternyata kedudukannya sangat dekat dengan bandar Kuala Kangsar malah terletak di dalam kawasan bandar!

Dalam pada itu, saya menggeleng-gelengkan kepala... Saya selalu melalui jalan ini apabila ke Kuala Kangsar, kenapa baru sekarang boleh sedar? Allah!


Terserlahlah tulisan "Makam Sheikh Abdul Kadir Waliyullah"... Tidak disebut Sheikh Abdul Qadir al-Jilani atau Abdul Qadir (bukan Kadir ya sebab huruf Arab nya ialah Qob, bukan Kaf)... Tetapi seperti pernah diingatkan keturunan Bidan Susu Lanjut di Kamunting tahun lepas, tak semua orang tahu makam itu milik Sultanul Awliya... Lagipun ia makam persinggahan, bukannya makam menanam badan. Bukankah perkataan makam itu sendiri bermaksud satu tempat, atau satu taraf?


Di sebelahnya pula terletak sebuah makam lain... Katanya makam Sheikh Abdul Ghani juga seorang waliyullah. Mungkin ada sesiapa di sini boleh menerangkan siapakah Sheikh Abdul Ghani ini. Sekian! :]

34 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Emmm macma tu ceritanya, terkejut juga saya membaca tajuk entri ni, lepas baca baru faham, Terima kasih atas maklumat ni

Radzi Sapiee berkata...

No prob... Saya pun terperanjat bila dapat mimpi mengenainya dahulu lepas tu betul-betul jumpa makam Sheikh Abdul Qadir ni... Sekarang masih cuba nak decode apakah makna tersirat di sebalik ini... Mungkin saudara ada pandangan tersendiri? Memang blog ini dibuat untuk berkongsi maklumat, Insyaallah! :]

Tanpa Nama berkata...

salamssss .. .. akhirnya pd malam ini sy melangkah ke sini .. .. makam persinggahan baginda Sultanul Awliya yg dikasihi .. .. nampaknya penduduk sekitar pun kurang kenal dgn makam ini yeah .. .. semoga dilimpahi keberkatan dan kerahmatan di atas kewujudan makam persinggahan baginda Sultanul Awliya di tanah kita ini .. .. seribu rahsia dan makna melimpah bersamanya .. .. insyaAllah .. ..



Al Fatihah .. ..



/Jiwa

Tanpa Nama berkata...

Kenapa makam ni ditutup dengan kain? Boleh sesiapa yang arif boleh
terangkan?

Tanpa Nama berkata...

I am researching about my great grand father whose name was Sheik Abdul Rani (or Ghani?) who was once the Mufti of Perak a long time ago. Could Sheikh Abdul Ghani be Sheikh Abdul Rani? Pls respond to alzayne@yahoo.com if you have any information. Thanks.

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum w.b.t
setiap persoalan pasti ada jawapannya. Salah satu cadangan saya, amalkan lah Tasawwuf. Bukan pelajari Tasawwuf. Bergurulah dengan Guru yang ahli dibidang ini yang ilmunya tulus daripada Rasulullah S.A.W. Suka saya mengambil kata-kata hikmah yang sangat dalam maknanya di dalam ruangan ini. ''Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya''. Kalau mahukan mutiara yang bergermelapan, janganlah takut menyelam di lautan dalam'' Teruskan mencari wahai sahabat. Sesungguhnya seluruh ceruk dibumi ini beradanya Sheikh Qutb Sheikh Abdul Qadir Jailani/Sheikh Abdul Qadir Jailany/Sheikh Abdul Qadir Jelani. Nama berbeza tapi dia tetap SATU. sekian.sangmusafir.

Tanpa Nama berkata...

salam...
ley sy th sape keturunan tok bidan yg anda temui..
kerna sy sedang mencari makan tok bidan...

ape2 ley email ka sy arejib128@yahoo.com

tolong lah...

Tanpa Nama berkata...

Salaam Anon (Sunday, June 06, 2010 5:15:00 PM).

Sekiranya anda dari Penjara Taiping, menyusur menaiki bukit Klian Pauh mengarah ke Kamunting, Makam Tok Bidan letaknya di sebelah kanan tepi jalan utama, kira2 berhadapan dengan PERNAMA/Kolam Renang Kem Tentera. Selamat mencuba.

Tanpa Nama berkata...

sy dah ke sana tp makam nye tiada...
sy ingin th...
ade saper2 yg th...
tolong lah

Tanpa Nama berkata...

yg sy g dekat ngn kem tentera...
di situ ke??
law disitu mmg tiada...
ley saya th saper keturunan tok bidan yg diceritakan diatas...

arejib128@yahoo.com

Tanpa Nama berkata...

assalamualaikum,
apa hajat bertemu dgn keturunan tok bidan lanjut? nak naik tok chepoh rimau putih kaki tempang ke gunung jerai ker?

Tanpa Nama berkata...

saya keturunannya...apa hajatnya?ceritalah kat sini.

marya berkata...

assalammualaikum.. anonymous said.. saya nak bertanya, kalau diikutkan dari keturunan bidan susu lanjut, anda keturunan yang ke berapa??

tuan(owner merah silu blog)
boleh saya tahu waris yang anda temui.kerana saya ada kena mengena dan masih mencari keturunan saya

Radzi Sapiee berkata...

Wassalam. Saya pun sudah lupa namanya. Seingatnya saya di hadapan tanah perkuburan tu, seberang jalan ada satu rumah ada iklan membuat batu nesan. Cubalah bertanya pada orang rumah. Itu saja saya ingat. Maaf.

marya berkata...

terima kasih encik radzi sapiee

Tanpa Nama berkata...

assalammualaikum tuan blog..
saya ingin bertanya,adakah makam tersebut berhampiran dengan sekolah di kuala kangsar?terima kasih atas maklumat ini.

Radzi Sapiee berkata...

Wassalam. Ya. Dan berhadapan stesyen minyak...

Unknown berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Tanpa Nama berkata...

Asalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu...makam Sheikh Abd.Qadir and Sheikh Abdul Ghani (RadhiAllahuAnhu) (adik-beradik) di kuale kangsar...kedua para waliyullah ini dari Tamil Nadu,India..daerah n mukim dirahsiakan...banyak n besar karamah para waliyullah ini....senang2 singgah le kat kuale..pukul 7pm setiap hari dibuka sampai 9pm..jumpa abg.Akbar Ali kat sane...InshAllah sya ada kat sane..

Tanpa Nama berkata...

Facebook sya Muhammad Nur Sayfullah

Tanpa Nama berkata...

SALAM TERIMA KASIH IA MENGHURAIKAN SAYA TENTANG SESUATU TERBAIK BLOG NI :)

Unknown berkata...

Kawan saya kata ada nmpak orng atas makam ni.. wallahualam

Unknown berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Unknown berkata...

As Salam...

Menurut yang empunya diri....memang makam ni...tempat jasadnya disemadikan....tp...sbg seorg Wali Allah...beliau masih meneruskan aktivitinya...melakukan ibadah...dan mengembara menimba ilmu...

Tanpa Nama berkata...

dalam majlis selawat perdana di kuantan, ade terdengar qasidah berkenaan sheikh qadir al jilani sebagai org yg disayangi RASULLULLAH

Tanpa Nama berkata...

Salam..sy rasa sy tahu serba sedikit.nama tok tu tok saadiah.sbnrnye dialah puteri raja bersiung yg dilarikan pahlawan istana kedah dan berkahwin.tok sy..tok zainab adalah cicit kpd bidan ini.semua keturunan kami bidan.tok zainab masa darurat zmn jeoun..dia je blh keluar sbb membidan org.ilmu2 bidan...jamu istana, masih ada. Ya allah... kau peliharalah tok nenekku bersama para illiyyin...

Unknown berkata...

Apa bukti dari tamil nadu india,?kedua 2 dari mandailing indonesia

Unknown berkata...

Terima kasih dapat tgok gambar pun cukuplah

Sheikh Abdul Qadir Jailany berkata...

Assalamualikum wrb

Thank you very much for your blogs and great information. Recently 3rd December 2019, we have visited this great Tomb Sheikh Abdul Qadir Jailany.

But we could not go inside the Makam sharif. I really want to go inside. The main gate was locked.

Do you know how to go inside. Who is in charge for this Makam.

My number is 0163191258. .. please whatsApp me. Sorry I am not Malaysian. I am from Bangladesh. But I am working here.

I will visit again insyAllah.

Thanks


Unknown berkata...

Boleh ka kalau saya saja² nak datang melawat. Ada pantang larat tak?

Maaf bertanya.

Unknown berkata...

Tak ada hajat.

Cuma nak tahu saja.

Mak saya pernah cerita,
Nenek saya, tuk dia.
Bidan susu lanjut.

Kalau mak saya sakit, nenek saya berubat seperti mengaum serta mengomai2 bahagian yang sakit.

Nenek dapat rasa atau mimpi jika ada orang nak buat jahat pada cucu cicit dia.

Tapi bila saya banyak membaca, saya tengok ramai pulak keturunan2 bidan susu lanjut.

Saya tak berani nak cerita.

Maaf

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum.. byk sebenarnya makam2 di Tanah Melayu ni yang masih jadi tanda tanya. Masakan ada lebih dari 2 makam untuk orang yang sama. 😊 Allah Maha Besar.

Bacaton Uncang Ilmu Mudik ke Hulu berkata...

Saya dimaklumkan oleh seorang rakan yang berminat menziarahi makam wali Allah dan bercandang ziarah makam di Kuala Kangsar

Tanpa Nama berkata...

Salam, waktu mlm 7-9pm baru buka yer?