Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-






Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Sunday, February 11, 2018

Buku berkembar Adam Melayu dan Benua Tua mula menemui pembaca - Nostalgia perasaan yang timbul sekitar urusan berkenaan

Merujuk kepada artikel Final Countdown - Buku berkembar Adam Melayu dan Benua Tua dah nak siap! yang dipersembahkan lewat petang Rabu lalu. Sudah disebut bahawa buku-buku yang dimaksudkan, buku ke-11 dan 12 hasil penulisan saya akan siap Khamis keesokannya. Di sini biar dikongsikan perkembangan sejak menukilkan artikel tersebut. Biar dicopy paste beberapa update status saya di Facebook selepas itu, kemudian baru cerita terbaru...



Tengah malam selepas membuat artikel tentang buku saya disibukkan dengan proses perkongsian cerita tentang hari ke-8 perjalanan saya dan keluarga di Thailand 12-23 Disember 2017. Di celah-celah kesibukan menyediakan artikel-artikel sokongan untuk membantu penceritaan artikel keseluruhan saya turut memantau perkembangan pembelian dan bayaran buku. Sampai satu peringkat saya pun membuat update berikut di FB jam 3.23 pagi...



TU DIA. DAH MASUK 99 ORANG MEMBUAT PEMBAYARAN PRE-ORDER BUKU. JADI PULA ORANG KE-121 MEMBUAT TEMPAHAN...

Jam 3 lebih pagi saya masih melangut tak boleh tidur akibat begitu banyak perkara bermain dalam fikiran. Tiba2 dapat WhatsApp ada orang masuk duit menjadikan jumlah yang telah membayar harga penuh untuk membeli set buku berkembar Nabi Adam dengan Benua Tua mencapai 99 orang. Menariknya orang ini juga muncul sebagai penempah ke-121. Ini adalah campur mereka yang menyatakan tempahan tetapi belum membuat bayaran.

Saya yang gila2 nombor pun merasa seronok melihat hal ini. Bayaran ke-99 untuk tempahan ke-121. Dua2 nombor simetrikal, sama kiri dan kanan. 99 = 9 x 11 = 3 x 3 x 11. 121 = 11 x 11. Hmm... :]



-----------------------


Artikel keseluruhan perjalanan yang dimaksudkan akhirnya siap jam 2.02 petang. Lihat Jejak Langkasuka-Siam Lama-Srivijaya - Pesona Segenting Kra dan jejak Melayu utara. Menarik apabila difikirkan cerita hari ke-8 perjalanan kebetulan dapat dipersembahkan pada 8 Februari 2018. Selepas itu baru saya menghantar anak masuk ke sekolah agama kemudian bergegas ke kilang cetak untuk melihat buku. Itupun masih ada beberapa urusan perlu diselesaikan. Sampai ke kilang sekitar jam  saya pun membuat update berikut beberapa minit kemudian... 



Alhamdulillah. Siap dah buku. Lepas ni sibuklah saya dengan pelbagai urusan susulan termasuk mengepos buku bagi mereka yang telah membuat bayaran pre-order.



---------------------


Lewat petang jam 6:46 saya membuat update berikut pula :-



EXTEND PRE-ORDER CUT OFF SAMPAI TENGAH MALAM

OK. Kalau ikutkan tadi sebelum jam 4 saya dah kena cut off pre-order untuk buku Nabi Adam dan Benua Tua sebab dah bayar balance print payment dan ambik sikit buku. Tapi atas permintaan seorang kawan lama saya extend le sampai tamat 8 Feb tengah malam ini. Lepas tu jadi belian biasa. Harga tetap sama, RM55 senaskah. Cuma tak masuk dalam senarai orang yang bayarannya menyebabkan buku dapat dicetak dan diterbitkan...



---------------------


Esoknya Khamis 9 Februari saya membuat update bawah dekat waktu Zohor....




STANDBY UNTUK MENGEPOS

OK. Dah beli sampul pra-bayar Poslaju untuk mengepos buku kepada pembeli yang sudah membuat bayaran. Saya akan usahakan supaya ini dapat dilakukan paling lewat pun Selasa hadapan. Selepas ini saya akan Whatsapp semua nombor pembeli yang ada dalam tangan saya untuk confirm balik alamat pos. Walaupun semua dah ada dalam rekod saya tetap perlukan kepastian supaya tidak ada yang tersilap hantar.

Sesiapa yang berkenaan bila dapat Whatsapp sila jawab benar kalau tiada masalah, betulkan kalau ada kesilapan ya. Walaupun buku secara rasmi dinyatakan pada muka surat dalam sebagai diterbitkan Mac 2018 saya mahu semua yang telah membuat bayaran mendapat buku sebelum cuti hari raya Cina...



---------------------


Update ini adalah perkembangan terakhir tentang buku saya kongsikan di FB. Sejak itu perkembangan cuma dikongsikan dalam grup Whatsapp khas untuk mereka yang telah membuat bayaran. Untuk makluman ketika pre-order ditutup tengah malam 8 Februari masuk 9 Feb sudah 112 set buku dibayar penuh oleh pembeli. Sekarang biar dikongsikan cerita yang belum disebut di FB...


Adapun petang Rabu selepas melihat buku siap di kilang cetak saya menguruskan soal pengedaran buku pula dengan dua buah syarikat berdekatan. Kali terakhir saya berurusan dengan mereka adalah untuk pengedaran buku ke-7 saya penghujung tahun 2011. Lihat Sneak peek "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah". Selepas itu saya tidak menerbitkan buku sendiri, sekadar menulis untuk satu syarikat penerbitan. Lihat artikel-artikel berikut :-








Alhamdulillah. Satu daripada syarikat tersebut bersetuju untuk mengedarkan buku-buku saya. Satu lagi rupa-rupanya cuma mengedar novel sahaja sekarang. Ketika itu saya telah mengambil 220 set buku (220 x 2 tajuk = 440 buku) lalu dimuatkan ke dalam kereta Kenari. Dua kotak berisi 20 set buku telah diserahkan kepada pereka kulit buku sebagai hadiah dan bayaran. Yang lain adalah untuk stok pos juga sedikit untuk jualan sendiri.


Selepas urusan dengan syarikat pengedar saya menghala ke pusat bandar raya Kuala Lumpur dengan niat mahu menziarahi seorang ibu saudara yang sedang sakit tenat di HUKM Cheras. Tengok-tengok jalan raya sesak dan hujan lebat. Memikirkan tidak sempat sampai sebelum jam 7 petang iaitu tamat waktu lawatan saya berehat di sebuah masjid di Sentul.


Esoknya pagi Jumaat 9 Februari saya singgah di pejabat Poslaju untuk membeli sampul pra-bayar bagi urusan pengeposan buku. Terlihat perkara di atas saya membuat update di FB berbunyi begini : "Orang suruh buat post-mortem dia pergi buat pos motor..."


Balik ke rumah saya meletakkan buku ke dalam ruang tamu berserta sampul pra-bayar. Itu yang dibuat update terakhir di FB tmenyebut buku sudah sedia untuk dipos. Petang selepas solat Jumaat saya ke Perpustakaan Negara untuk membuat serahan wajib 5 naskah setiap tajuk bagi setiap penerbitan buku baru. Selepas itu baru ke HUKM untuk menziarahi ibu saudara. Dihadiahkanlah satu set kepada beliau dan keluarga. Kemudian ada sepupu mahu membeli satu set. Saya hadiahkan sekali satu set kepada bapa beliau yang pernah meminjamkan modal untuk menerbitkan buku pertama saya "Berpetualang ke Aceh : Mencari Diri dan Erti" hampir 12 tahun lalu. Lihat artikel-artikel berikut :-









Hasil jualan buku yang terbit daripada modal tersebut pula memungkinkan saya menerbitkan buku kedua dan ketiga tahun 2007. Lihat artikel-artikel berikut :-


Buku kedua...





Helah Yahudi Zionis memerintah dunia I

Demokrasi vs Raja-raja lagi?


Buku ketiga...

Sinopsis BKA III

Seorang tua tariqat di Langsa, Aceh...

To see a World in a Grain of Sand...

Peta ular Zionis dan kemunculan Dajjal?

Bab 12, pemergian Nenek dan pencarian makam...

Akhirnya... Membuka misteri identiti Nakhoda Khalifah!


Adapun makcik yang sedang sakit tenat itu diberikan jangkaan tempoh hidup cuma beberapa hari sahaja lagi. Rasa terganggu juga saya - dalam kegembiraan keluar buku-buku baru diikuti pelbagai perkara susulan yang harus dilakukan sekitar itu bagaimana pula tentang makcik ini? Sesungguhnya saya pernah menumpang hidup di rumah beliau tahun 2005-2008. Ketika itu saya masih lagi dalam keadaan majzub akibat beberapa pengalaman mistik yang membawa saya untuk menjejak salasilah keluarga lalu terjumpa beberapa sejarah tersembunyi dengan kerajaan-kerajaan Melayu dan Ahlul Bait keturunan Nabi Muhammad SAW.

Sesungguhnya dari rumah makcik itulah tiga buku pertama saya dapat diterbitkan, pada ketika ramai orang memandang serong akibat keadaan majzub saya yang tidak terurus, sudah beberapa tahun tidak bekerja tetap sehingga berpisah dengan isteri dan anak. Makcik inilah yang menerima kehadirn saya dengan baik tanpa mempersoalkan keadaan diri saya yang amat pelik waktu itu. Disebabkan sokongan beliau dan keluarganyalah saya dapat menjadi penulis buku. Maka bayangkan perasaan melihat keadaan beliau tenat ketika hendak menunjukkan buku ke-11 dan 12 saya yang baru keluar.


Hal perasaan bercampur baur ini saya kongsikan ke dalam grup khas Whatsapp pembeli buku yang sudah membuat bayaran. Rata-rata menyatakan jangan dirisaukan hal pos buku, lepas cuti raya Cina Jumaat 16 Feb hingga Ahad 18 Feb pun tak mengapa pos. Pentingkan dahulu hal keluarga, Namun saya tetap merasa perlu berusaha untuk menyampaikan buku kepada pembeli sebelum cuti. Pagi Sabtu 10 Februari urusan meletakkan buku ke dalam sampul pra-bayar pun dimulakan dengan bantuan isteri... 


Urusan ini agak memakan masa. Perlu autograf atau sain setiap buku, perlu ada nama pemilik, perlu diisi butiran ke dalam borang kemudian dibungkus elok-elok. Setiap borang ada 3 salinan, satu untuk simpanan sendiri. Perlu diceraikan sebelum yang lain diselitkan pada sampul pra-bayar Poslaju.


Alhamdulillah masuk jam 3.30 petang dapat diposkan 33 set untuk pembeli di Semenanjung, 3 ke Sabah dan Sarawak. Selepas itu harus kembali ke rumah kerana ada orang mahu berjumpa seraya mengambil satu set buku yang sudah dibayarnya. Oh, baru teringat. Selepas menziarahi ibu saudara di HUKM malam sebelumnya saya sempat bertemu seorang kawan lama zaman sekolah berasrama penuh di stesyen minyak miliknya yang terletak berdekatan. Saya mahu menyampaikan satu set buku yang telah dibayar oleh seorang kawan lain satu sekolah. Kawan yang memiliki stesyen kemudian membeli dua set...


Selepas mengepos buku kemudian melayan orang yang seperti  adik angkat saya dan isteri di rumah kami terus flat. Kalau tidak kerana mengingatkan undangan ke majlis perkahwinan seorang anak saudara daripada keluarga besar Laksamana Raja Mahkota Perak tentu kami akan tidur sampai esok siang. Lepas solat Maghrib kami pun bersiap untuk keluar. Walaupun sampai lewat iaitu pada jam 9 malam masih ramai orang.


Cuma kami sudah terlepas peluang untuk berjumpa lebih ramai saudara mara yang belum pernah saya kenali kecuali seorang yang mengundang, pangkat tiga pupu dengan saya. Apa pun rumah tempat majlis kahwin milik abang beliau sudah amat dekat dengan rumah seorang pembeli/penempah buku yang sudah membuat bayaran. Saya pun singgahuntuk menyampaikan satu set.


Siang tadi Ahad 11 Februari saya menyambung kembali urusan pos dengan menghantar salinan borang setiap orang yang telah diposkan buku petang Sabtu. Kemudian baru bersama isteri menyambung kembali proses  memasukkan buku ke dalam sampul pra-bayar untuk baki mereka yang telah membuat bayaran.


Sekali lagi, perlu autograf atau sain setiap buku.  Perlu ada nama pemilik, perlu diisi butiran ke dalam borang kemudian dibungkus elok-elok. Alhamdulillah sebelum jam 6 petang dapat disiapkan baki lebih 50 set buku itu.. Siang Isnin bolehlah diposkan.

Sambil itu saya mendapat tahu ada yang sudah menerima buku yang diposkan petang Sabtu. Buku yang diposkan hari Isnin insyaallah akan sampai ke tangan pembaca hari Selasa atau Rabu. Bolehlah mula ditelaah sebelum cuti raya Cina, insyaallah.


Nota tambahan : Jam 1.40 pagi. Gambar hiasan diambil setelah siap sampul ke-4 berisi buku awal hari Sabtu..

Di sini ingin saya mengabadikan nama-nama penempah yang telah membuat bayaran awal. Sesungguhnya disebabkan bayaran merekalah saya dapat cukup modal untuk mencetak buku. Walaupun harga satu set adalah RM110 (2 x RM55 per naskah satu tajuk) dengan tambahan RM10.50 untuk kos pos lalu menjadi RM120.50 ada yang membayar lebih jadi RM130, ada RM150 malah RM200 pun ada. Malah sebelum keluar tawaran pre-order awal bulan lalu ada seorang telah menyumbang duit sebanyak RM2,500 sebaik sahaja mendapat tahu saya ingin menerbitkan buku baru. 

Ingin sahaja saya sebut dan umumkan nama beliau tetapi apabila memikirkan takut ada orang lain mengambil kesempatan saya rasa lebih elok tidak dinyatakan. Ini kerana pengalaman beberapa tahun mengendalikan majlis-majlis HIKMAH dengan kami suami isteri selalu bersangka baik dengan orang sehingga selalu menolong ramai walaupun baru kenal untuk mendapatkan ruang dan peluang telah mengajar kami satu realiti kenyataan hidup. Sedar tak sedar ada orang telah menggunakan nama kami untuk ke hadapan. Apabila orang-orang itu buat pasal nama kami pula yang terpalit lalu orang lain bersangka buruk terhadap kami. Seringkali juga kami perkenalkan kawan-kawan kami yang kaya-raya kepada orang lain yang tidak berkedudukan atas nama menjalin silaturrahim dan sama-sama membantu untuk menaikkan Melayu dan Islam. Tengok-tengok kaduk-kaduk pula naik junjung menghimpit orang kaya sambil nama kami diperburukkan.

Ah. Cukuplah tentang itu. Beginilah senarai pembeli/pembayar/penyumbang. Ada yang namanya saya ambil berdasarkan gelaran kawan-kawan. Kalau mahu tukar ke nama yang lebih sesuai harap bagitahu. Sesungguhnya saya bukan sahaja mahu mengabadikan senarai nama ini dalam blogspot. Saya bercadang untuk memasukkan senarai ini ke dalam satu buku baru yang mahu diterbitkan suatu waktu nanti...


SENARAI PENGHARGAAN 

1. Atin Zaharah Idris
2. Mohd Azman Ibrahim 
3. Hasbullah Abdullah
4. Ahmad Fadzli bin Ahmad Munir
5. Mohd Aswade Ali,
6. Mohd Hailmy Ghazali 
7. Yatt Ali 
8. Nik Aiza 
9. Rafidah Ahmad 
10. Aidawati bt Dahari
11. Hamzah Abu Talib
12. Rameli bin Deraman 
13. Hasanuddin Md Isa 
14. Emma Emrys 
15. Ayob Tan 
16. Mohd Hazri Bin Mohd Hambali 
17. Hassanudden Ab Razak
18. Nazila Che Jaafar 
19. Tok Likong Mohd Riduan 
20. Apis Hafiz 
21. Azlan Shah Mustafa  
22. Astifarini bt Buang 
23. Zulkifli bin Yusof 
24. Mohd Rizal b Majid
25. Mohamad Ikhwan Shaifq b Rushdan
26. Noor Hayati binti Muhammad
27. Muhd Fakhri 
28. Roslina Saidon 
29. Mohamed Ridzuan Bin Kassim 
30. Muhammad Fiqri bin Abdullah 
31. Rasmin Haji Emao 
32. Syaharul Ezlan bin Mohd Akhir
33. R.A. Huzaifah 
34. Ahmad bin Ab Wahid 
35. Mohammad Yusrizal bin Mohd Uri 
36. Sazreen
37. Ude Rahman Kalip
38. Amir Radzi Batang Kali 
39. Mohamad Rizal 
40. Khairuddin Omar 
41. Haironizam b. Jaini 
42. Wan Mohd Ludfy Helmy bin Wan Mohar
43. Hazrin Marjan 
44. Mohamad Herrmie
45. Meor Khairulnaim b Meor Shamsudin 
46. Abdul Mukmin Bin Abdul Manan 
47. Sharifahnor bt. Abd. Shukor
48. Helmi J. Hassan 
49. Hanizah Ali 
50. Azli Kasirin
51. Hasrina Nazari 
52. Azhar Osman 
53. Mohammad Rafie Yunos 
54. Kamal Ahmad 
55. Balqis anak Che’ Ross 
56. Zaibi Motor 
57. Rusmazuki Mat 
58. Amir Fadhli Bin Razali
59. Hishamudin bin Mohamad Twontawi 
60. Muhammad Fadhli al-Akiti 
61. Awang Zuhud
62. Buck Rahman 
63. Noordin Khalid 
64. Fahrul Amri Izwan bin Omar 
65. Zaidi bin A.Wahid 
66. Zaidi bin Badron
67. Mohd Ridzuan Ahmad Walid 
68. Rosdan Abdul Manan 
69. Jeffri Shah Sahrin 
70. Nani Hartina Ahmad 
71. Suryadi bin Abd Wahab 
72. Hj Muhammad Hanif bin Hj Hosainel Majidi
73. Mohd Rosli Ikhwan
74. Mohd Hafiz Zainal 
75. Lokman Bin Hj. Mahmud 
76. Intan Junizah Abu Samah 
77. Mazlan bin Murad
78. Izaheri bin Mohamad Mokhtar 
79. Hairul Hafizi bin Suleiman 
80. Nazatul Iza binti Musa 
81. Saiful Nazim bin Ibrahim 
82. Sharifah Nazira Syed Yasin 
83. Nur Zahrah binti Mohd Ramly 
84. Farha bt Muhammad 
85. Zairul Izham bin Alias 
86. Dayang 
87. Mohamad Fikri Bin Abd Rahman 
88. Izza Slow Rock 
89. Mohd Haziq Nazmi bin Hanizam
90. Sabariah binti Mahmud 
91. Ahmad Syahmi Shaari 
92. Noor Azmi bin Mohamad Iskandar 
93. Norhissam Mustafa 
94. Adilah Hanim Mahmud 
95. Adrian Abdul Ghani 
96. Md Zamry bin Saad 
97. Muhd Huzaimi Bin Razhi 
98. Kamaludin Endol 
99. Dr Amir Shahmi bin Md Ali 
100. Halimah binti Khalil 
101. Ismail Omar
102. Mohd Ishak Sulaiman
103. Mohd Zaini b Mohd Zin 
104. Ahmad Afifi bin Sulaiman 
105. Muhamad Saiful Abu Bakar 
106. Mohd Sukri b Shukor 
107. Azmi Osman 
108. Muhd Zuraiman Abd Ghani 
109. Ahmad Riffai Bin Haji Mohamad 
110. Muhammad Faridz Zin 
111. Muhamad Firdaus Bin A Razak 

No comments: