Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Isnin, Februari 12, 2018

Jejak Langkasuka-Siam Lama-Srivijaya - Menelusuri penempatan Melayu dan laluan lama di Ranong, Takuapa dan Phuket

Salam semua. Semenjak buku-buku terbaru saya, buku ke-11 dan 12 siap Khamis lalu saya sangat sibuk dengan urusan-urusan melibatkan buku. Setelah beberapa lama baru ada 'celah' untuk menambah cerita perjalanan ke Thailand 12-23 Disember. Maka masuklah ke penceritaan keseluruhan hari ke-9 perjalanan tersebut. Bersambung cerita daripada artikel Jejak Langkasuka-Siam Lama-Srivijaya - Pesona Segenting Kra dan jejak Melayu utara.


Pagi Rabu 20 Disember 2017. Melihat suasana dari luar rumah tempat kami menginap di Ban Hin Chang atau bahasa Melayunya Kampung Batu Gajah.


Seorang penduduk tempatan telah bermurah hati mengajak kami bermalam di rumahnya. Letaknya di bahagian kampung di lereng bukit. Lihat artikel Hillside part of Ban Hin Chang di blogspot BERPETUALANG KE ACEH. Sudah diberitahu dalam artikel sebelum ini bahawa kampung itu ialah penempatan Melayu Islam Thailand yang paling utara di Segenting Kra. Biar ditambah, rata-rata mereka berketurunan orang Melayu Kedah.



Pagi itu sambil saya berseorangan berjalan kaki meninjau-ninjau persekitaran kampung terngiang-ngiang dalam kepala perbualan dengan hamba Allah pemilik rumah malam sebelumnya tentang orang Melayu sini. Katanya tok nenek beliau dan tok nenek ramai orang berhijrah ke Segenting Kra pada zaman Jepun tahun 1940an. Dia tidak jelas tentang sejarah yang mengatakan kawasan ini iaitu wilayah Ranong pernah termasuk di dalam lingkungan kekuasaan kerajaan Melayu Kedah sehingga abad ke-18.


Sambil memandang bahagian luas sungai Segenting Kra berlatarbelakangkan gunung ganang di negara Burma atau Myanmar teringat cerita beliau bahawa terdapat beberapa kampung Melayu di perbatasan sana termasuk di 2-3 pulau. Katanya semua orang sana masih boleh berbahasa Melayu, yang belah Thailand pula yang dah tak reti. Lihat Morning over the river of Segenting Kra. Beliau sendiri berasal dari sebuah kampung Melayu di Burma, sebab itu pandai bercakap bahasa Melayu. Tetapi hamba Allah ini menetap di Ban Hing Chang selepas berumah tangga dengan orang sini yang tidak tahu berbahasa Melayu.


Kami sempat bertanya tentang keadaan orang Melayu sana, apakah ditindas orang Buddha Burma seperti halnya bangsa Rohingya dekat-dekat perbatasan Bangladesh jauh ke utara. Jawab beliau tidak. Di tempatnya mereka hidup harmoni aman damai. Apa yang beliau dengar masalah Rohingya bukanlah disebabkan mereka beragama Islam tetapi sikap mereka sendiri sebagai satu etnik yang degil. Jam 9.30 kami pun keluar untuk meneruskan perjalanan.



Destinasi pertama kami hari itu adalah bandar Ranong.


Dalam perjalanan terlihat satu bangunan kayu seperti masjid. Saya pun singgah untuk melihat lebih dekat. Memang jelas bentuk seperti masjid kayu lama. Tapi tengok-tengok di dalamnya ada poster/gambar Buddha. Lihat artikel 'Masjid lama' dekat ('Old mosque' near) Ranong? di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART).


Tidak beberapa lama kemudian sampailah ke bandar Ranong.


Kelihatan pada mata kasar saya tidak ada yang menarik tentang bandar ini. Cuma kedudukan dekat kuala sungai Segenting Kra sahaja membuat saya terasa wajib untuk masuk dan melihat sampai ke tepian sungai membawa ke laut. Lihat artikel Enter the town of Ranong diikuti The waters off Ranong.


Keluar dari bandar kami mengisi minyak penuh buat kesekian kalinya.


Meter kereta menunjukkan kami sudah berjalan sejauh 2,702 km sejak meninggalkan rumah.


Perjalanan  mahu diteruskan ke satu tempat bernama Takuapa 170 km ke selatan Ranong.


Kami diberitahu dari Ranong ke Takuapa terdapat banyak kampung-kampung Melayu Islam. Tidak berapa lama kemudian ternampak sebuah masjid di tepi jalan lalu kami pun singgah. Lihat Sebuah masjid di selatan Ranong (A mosque south of Ranong).


Selepas itu dapat ditemui banyak lagi masjid di tepian jalan.





Tapi nak jumpa kedai makan yang sedang dibuka pula susah. Setelah dekat satu setengah jam meninggalkan bandar Ranong baru terjumpa satu lalu kami pun singgah dan pulun makan...





Dekat jam 2.30 baru sampai ke Takuapa. Kami singgah kerana sejarah menyatakan ia pernah menjadi satu pelabuhan penting dari abad ke-2 Masihi sehingga lebih 1,000 tahun kemudian. Ia menjadi tempat untuk  'memotong' atau menyeberang Semenanjung Tanah Melayu menghantar barangan dan sebagainya sampai ke Chaiya di belah timur semenanjung. Dengan itu kita boleh pergi dari Laut Andaman ke Teluk Siam tanpa perlu mengambi jalan jauh menyusuri Selat Melaka sampai ke Singapura kemudian naik balik menyusuri Johor, Pahang dan negeri-negeri Pantai Timur.


Tetapi Takuapa kini lebih dikenali sebagai satu pekan yang comel. Bangunan-bangunan rumah kedai berusia lebih seabad menjadi tarikan tersendiri sehingga kami dapat melihat ramai juga pelancong Barat datang menaiki motosikal. Lihat Cute old historical town of Takuapa. Apa pun terasa aura lama mengaitkan ia dengan Chaiya dan kerajaan purba Pan Pan. Sila rujuk balik cerita berkenaan dalam artikel Jejak Langkasuka-Siam Lama-Srivijaya - Chaiya/Cahaya/Jaya/Grahi :Tempat permulaan Empayar Srivijaya 1,400 tahun lalu?.


Adapun seperti halnya pekan Chaiya, pekan Takuapa itu terletak beberapa kilometer ke darat. Ketika menyambung perjalanan ke arah selatan kami menghampiri kawasan pantai. Singgah di satu bahagian untuk melihat keindahan Laut Andaman. Lihat The beach at Khao Lak.


Ke selatan lagi sedikit jumpa pula tempat naik gajah.


Tidak seperti di Ayutthaya di mana 'tambang; naik gajah adalah 500 Baht untuk setiap orang (rujuk artikel Jejak Langkasuka-Siam Lama-Srivijaya - Menelusuri keagungan Ayutthaya, pusat kerajaan Siam lama.) di sini harga yang sama adalah untuk naik seekor gajah. Muat pula kami sekeluarga anak beranak. Terlangsailah hajat anak-anak hendak menaiki gajah setelah terlihat ia di Ayutthaya beberapa hari lalu. Lihat Elephant ride at Khao Lak.


Perjalanan diteruskan lebih jauh ke selatan untuk ke pulau Phuket. Nampak lagi masjid dalam perjalanan. Sesungguhnya memang dari Ranong sampai ke Takuapa sampai ke Phuket malah sampai ke Kedah memang asalnya tanah milik orang Melayu belaka. Terdapat banyak laluan lama menghubungkan kesemua tempat ini baik melalui laut mahupun darat.


Jam 6.04 petang kami sampai ke jambatan yang membawa masuk ke pulau Phuket.





Namun pantai-pantai utama pulau masih jauh lebih 40 km ke selatan..


Berpandukan Google Map kami menuju ke pantai paling dekat.


Alhamdulillah sempatlah sampai ketika penghujung siang...


Sempatlah menikmati pemandangan matahari terbenam yang sangat cantik. Lihat Sunset at Mai Khao beach, Phuket.


Malam itu pula ketika mencari kedai makan halal terlihat sebuah masjid di tepi jalan.


Ia adalah masjid pertama saya pernah nampak dan singgahi di pulau Phuket. Dahulu, tahun 1998 saya pernah berada sekitar 10 hari di pulau ini menginap di hotel paling mahal untuk meliputi acara pertama Asian X Games. Saya menyewa motosikal besar sampai 2 kali pusing pulau, Tak nampak dan tak singgah pun walau satu masjid. Mungkin sebab masa tu tak terfikir pun nak jejak . Walhal penduduk Phuket 50% Islam. Di sana sebenarnya terdapat banyak masjid. Lihat Masjid (Mosque of) Jannatun Naim, Phuket.



Tiada ulasan: