Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-






Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Wednesday, April 19, 2017

Mengambil kekuatan dalaman daripada matawang lama dinar dirham

Sambung lagi gerak penulisan yang bermula dengan perkongsian artikel Ke Pesta Buku Selangor 2017 Ahad lalu diikuti Menyambung talian keluarga di Teluk Intan dan 'Tersesat' masuk lebuhraya ke neraka semalam.


Ini adalah gambar isteri saya memegang dua keping wang lama dirham dan dinar berumur lebih 1,000 tahun. Sekadar hendak membantu mempromosikan perniagaan beliau. Sila lihat artikel terbaru di blogspot beliau BONA FIDA iaitu Bona Fida merantau merata....


Yang kanan adalah dari zaman Bani Umaiyah. Walaupun tidak dinyatakan dengan jelas kita boleh menganggarkan ia berumur lebih 1,250 tahun kerana Bani Umaiyah memerintah empayar Islam di Timur Tengah tahun 661–750 Masihi. Yang di kiri pula tidak jelas daripada kerajaan mana tetapi nampaknya di Eropah, harus daripada Empayar Rom atau salah satu negeri/kerajaan takluknya. Tetapi tertulis dengan jelas zaman ia wujud iaitu sekitar 602-610 Masihi.


Duit-duit lama ini kami lihat ketika berkunjung ke sebuah syarikat Bumiputera yang ada mencetak wang dirham (dibuat daripada perak) dan dinar (dibuat daripada emas) selain menjual emas murni. Nama syarikat adalah NUBEX, singkat untuk Nusantara Bullion Exchange.



Wang yang dipegang isteri termasuk 5 yang dikeluarkan untuk perhatian kami. Kami diberitahu semuanya didapati melalui proses bidding di luar negara.


Ini dirham Umayyad atau Bani Umaiyah tadi.


Ini pula duit dinar atau koin emas tadi. Apabila ditanya kepada direktor syarikat yang membawa keluar wang-wang ini untuk tontonan kami dia pun tak ingat asalnya daripada mana...


Yang ini jelas tertulis Sassanian merujuk pada Dinasti Sassanid yang memerintah Empayar Parsi 224–651 Masihi. Termaktub dengan terang ia daripada zaman pemerintahan Raja Hormaad IV (579-590).


Ini pula ditulis sebagai wang Arab-Sasanian pada zaman seorang pentadbir bernama Ubaidillah bin Ziyad 673-683 Masihi. Ini merujuk pada era selepas Empayar Parsi jatuh ke tangan Islam iaitu di bawah khalifah kedua umat Islam, Saidina Umar al-Khattab (633-644 Masihi). Pun begitu sejarahwan sering menulis Empayar Sassanid Parsi berakhir pada tahun 651. Ini kerana walaupun telah kalah secara total kepada tentera Islam tahun 644, Maharaja Yazdegerd III dapat meloloskan diri lalu lari dari satu daerah ke daerah. 

Selagi dia hidup ada kekhuatiran bahawa maharaja terakhir Sassanid ini dapat mengumpulkan kekuatan untuk menakluki kembali Parsi sampailah dia dibunuh oleh orangnya sendiri tahun 651. Tamat zaman empat Khalifah yang dikenali sebagai Khulafah al-Rasyidin (Saidina Abu Bakar, Saidina Umar, Saidina Uthman dan Saidina Ali) Parsi jatuh ke bawah pemerintahan Bani Umaiyah dan Ubaidillah adalah gabenor yang dilantik untuk mentadbir wilayah itu.


Yang ini dari wilayah Tabaristan di utara Parsi, bersempadan dengan tasik air tawar terbesar di dunia yang dikenali sebagai Laut Kaspian. Tidak dinyatakan zaman tapi kelihatan ia seperti sisa Dinasti Sassanid. Walaupun Parsi telah kalah secara total kepada tentera Islam sejak tahun 644 masih ada wilayah luaran yang dapat meneruskan kehidupan dan pentadbiran sendiri buat suatu masa. Tabaristan dikatakan masuk ke dalam pemerintahan Islam pada tahun 761 Masihi. Ketika itu pemerintahan Bani Umaiyah sudah jatuh lalu digantikan oleh Bani Abbasiyah yang berpusat di Baghdad 750-1258).

Menariknya bagi saya, dalam wilayah Tabaristan inilah terdapat satu daerah bernama Jilan. Di situlah lahir dan membesar Sultanul Awliya iaitu raja segala Sheikh Abdul Qadir al-Jilani yang memiliki darah keturunan Saidina Hassan (cucu lelaki sulung Nabi Muhammad SAW) daripada sebelah ayah, darah keturunan Saidina Hussein (adinda Saidina Hassan) daripada sebelah ibu. Beliau atau lebih tepat baginda dikatakan hidup 1077–1166. Ada kaitan tertentu dengan moyang saya, Sultan Malikussaleh yang mengasaskan kerajaan Samudera dan Pasai (kini dalam Aceh) hampir 800 tahun yang lampau.


Bila dah disimpan balik 5 keping wang dinar dirham emas perak tadi baru saya perasan ada 2 keping lagi wang lama tidak dibawa keluar.


Ia dipamerkan dalam satu ruang yang sama dengan beberapa wang dinar dirham cetakan baru pelbagai jenis dan rupa dari bermacam tempat termasuk buatan Malaysia. Apa yang kelihatan adalah tidak sampai 1/3 daripada apa yang boleh ditonton di ruang legar pejabat NUBEX.


Berbalik pada hal wang lama. Pada saya paling menarik adalah dua daripada wang tersebut wujud pada zaman kehidupan junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW. Baginda diketahui hidup 570-632 Masihi. Ketika itu belum ada lagi apa-apa wang terbitan kerajaan Islam. Lalu baginda dikatakan menggunakan matawang Parsi dan Rom untuk urusan jual beli...

Satu perkara tentang wang emas perak atau dinar dirham ialah tak kira siapa pun mengeluarkannya ia boleh digunakan di mana-mana kerana nilainya terletak pada 'ain atau zat matawang itu sendiri, bukan melalui janji seperti terdapat pada wang kertas. Yang penting adalah ketulenan dan sukatan, misalnya emas 999 atau 916 pada berat 4.25 gram untuk menetapkan nilai piawai. Tidak ada masalah inflasi yang menyebabkan kuasa beli suatu matawang menyusut mengikut masa, tidak ada perbezaan nilai matawang yang menerbitkan industri Forex (Foreign Exchange) dan segala macam instrumen keuntungan atas angin. Hakikatnya semua itu adalah riba' lalu haram di sisi Islam. Inilah punca sebenar kelemahan ekonomi umat Islam berbanding kafir sejak dua abad lalu. Semoga kita dapat melakukan sesuatu untuk mengembalikan kegemilangan sebenar ummah...


No comments: