Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-






Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Wednesday, June 01, 2016

Projek pemindahan masjid lama tinggal di Perak - Satu kes sirih pulang ke gagang?

Salam semua. Ini ada satu cerita yang menggembirakan buat saya dan mereka yang pernah terpalit dengan hal sama...


Semalam pagi Selasa, 31 Mei 2016 saya pergi ke pejabat sebuah firma artikek atau jurubina di Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur.


Isteri saya mengambil cuti kerja untuk menemani kerana ada perkara yang sangat dekat di hati kami.


Dia teruja kerana ada majlis melibatkan sebuah masjid lama tinggal di Perak yang akan menerima nafas baru.


Satu sidang media mahu diadakan tentang ini. Wartawan daripada beberapa buah akhbar nasional turut serta.


Setelah beberapa lama hadirin pun mengambil tempat lalu sidang dimulakan.


Pengenalan tentang masjid dan projek pun berjalan,,,


Memberi penerangan adalah ketua pegawai eksekutif syarikat ATSA Architects, Ar. (arkitek bertauliah) Azim A Azim. Baru saya tahu syarikat ini sudah 25 tahun berkecimpung dalam bidang. Saya jadi teruja apabila mendapat tahu arkitek ini adalah pembina Masjid Raja Haji di Cyberjaya. Terasa acara ini terkait pula dengan perjalanan saya bersama isteri petang Ahad lalu. Rujuk artikel Bangunan Freemason di Bukit Jalil, legasi Raja Haji di Cyberjaya dan Masjid Besi di Putrajaya.



Di sisi beliau kelihatan gambar-gambar masjid lama yang mahu dipindahkan berserta gambaran setelah ia selesai dipindah dan dibaikpulih. Masjid yang terlibat terletak di satu kawasan tepian Sungai Perak yang telah lama menjadi hutan, kawasan yang dikenali sebagai Teluk Memali, letaknya antara Teluk Intan dan Kampung Gajah.


Sambil Azim meneruskan penerangan saya pula terasa begitu emosional tentang perkara. Ini kerana saya cukup tahu tentang masjid tersebut. Saya menemuinya secara tidak sengaja tahun 2006 ketika mengembara seorang diri mahu mencari makam seorang kerabat diraja Perak yang dipercayai memiliki kaitan kuat dengan keluarga saya sebelah bapa. Lihat artikel-artikel lama berikut :-



2. Mencari Makam Raja Ahmad bahagian 2

3. Mencari Makam Raja Ahmad bahagian 3

4. Selingan Mencari Makam Raja Ahmad...

5. Sampai bila berpetualang (kira selingan jugalah ini...)

6. Tok Temong (Selingan terakhir, He! He!...)

7. Akhirnya! Sambung... Mencari Makam Raja Ahmad bahagian 4

8. Mencari Makam Raja Ahmad bahagian 5 Habis dah... 

9. Bahagian 6 Mencari Makam Raja Ahmad.....



OK. Artikel-artikel yang dipautkan tadi lebih banyak menerangkan usaha untuk mencari makam kerabat diraja Perak yang dikenali sebagai Raja Ahmad. Jadi ia kurang menerangkan hal masjid. Namun pada saya pencarian itu amat penting dan relevan dengan hal ini. Tentu ada sebab saya boleh terjumpa masjid ketika mencari makam tersebut 

Sesungguhnya semuanya ada keterkaitan yang mungkin belum begitu jelas sekarang tetapi saya percaya akan terungkai panjang lebar apabila sampai masanya hendak dibukakan semua kebenaran. Apapun, sejak itu saya telah berkali-kali bertandang ke masjid lalu ada membuat artikel-artikel tentangnya termasuk di blogspots saya yang lain seperti BERPETUALANG KE ACEH dan SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART). Sekarang biar diletakkan pautan untuk 2 artikel terawal yang dikhaskan untuk menerangkan hal masjid :-


1. Masjid lama misteri (The mysterious old mosque) - ditulis penghujung 2006

2. Masjid lama Perak yang terbiar (An old and abandoned Perak old mosque) - ditulis pertengahan 2007




Masjid dan senibina begitu mengesankan hati sehingga gambarnya dijadikan hiasan buku kedua saya yang terbit Mei 2007. Lihat Sinopsis BKA II. Hampir penghujung 2008 pula saya telah menganjurkan satu perjalanan keliling Perak menjejak sejarah beramai-ramai dan masjid Teluk Memali menjadi salah satu tumpuan utama. Lihat Masjid lama misteri, makam Sultan Abdul Malik dan kubur Birch - Petanda bandar Melayu yang hilang. Perjalanan itu kemudian diabadikan dalam DVD lalu ramai juga orang membelinya. Lihat Perjalanan ke Perak: DVD "Sekitar Perjanjian Pangkor 1874" dah siap!.

Penghujung tahun sama saya dipanggil untuk menulis sebuah buku mewah (coffee-table book) menggunakan dana Dewan Bahasa dan Pustaka untuk bercakap tentang masjid-masjid menarik terpilih di seluruh Semenanjung Malaysia. Berdasarkan pengalaman sudah mengembara berkali-kali ke merata Semenanjung saya memilih 40 buah masjid lama dan moden untuk dimasukkan dalam buku lalu satu siri pengembaraan dimulakan untuk menjejak dan mengambil gambar setiap masjid. Tentunya masjid Teluk Memali yang dekat dengan hati menjadi salah satu pilihan. Lihat Projek buku masjid - bertemu penunggu masjid lama tinggal!. Alhamdulillah buku selamat diterbitkan lalu dilancarkan dalam satu majlis gilang gemilang di PWTC. Lihat Buku "Rumah Azan" dan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2009 di PWTC.



Tahun-tahun berikutnya saya tetap tidak lupa menjejakkan kaki ke masjid apabila ada kelapangan dan lalu di sekitar itu. Lihat artikel-artikel berikut :-



2. Looking again at the abandoned old mosque in Teluk Memali - ditulis hampir penghujung 2012


Hampir penghujung 2013, setelah beberapa lama tidak menjengok masjid saya mendapat berita bahawa keadaannya semakin teruk lalu dirisaukan bangunan akan mereput. Saya pun membuat satu penulisan untuk memulakan kempen menyelamatkan masjid sambil mewar-warkan hal ini melalui Facebook. Lihat artikel Mari selamatkan masjid lama tinggal di Perak ini. Alhamdulillah, susulan daripada itu ada beberapa kumpulan telah mengambil inisiatif dan usaha untuk bergotong-royong membersihkan masjid. 

Ada pula mula mengatur proses untuk memindahkannya ke tempat lain di mana ia boleh dipelihara dengan lebih baik berbanding di Teluk Memali yang tidak lagi diduduki orang. Antara tempat yang diusulkan adalah Akademi Pengajian Melayu di Universiti Malaya, KL juga Universiti Petronas di Tronoh, Perak. Namun pihak-pihak yang mahu memindahkan masjid menghadapi masalah untuk mendapatkan dana yang cukup untuk menjayakan usaha. Buat beberapa lama saya dapati usaha terus tersangkut pada peringkat perbincangan sahaja, tidak nampak bagaimana ia boleh dilanjutkan.

Masuk pertengahan 2015 iaitu sekitar sebulan dua selepas Sultan baru Perak, Sultan Nazrin Syah selamat ditabalkan keadaan masih begitu sehingga saya terasa hampir hilang harapan. Keadaan ini direkodkan pada artikel yang ditulis tentang lawatan saya pada tahun tersebut, lawatan yang dibuat dalam rangka kerja untuk menziarahi setiap makam Sultan Perak terdahulu yang harus dijejaki setiap sultan baru dalam pertabalan. Lihat What fate awaits the old mosque at Teluk Memali?. Maka bayangkan bagaimanakah perasaan saya apabila mendapat tahu bahawa sekarang sudah ada usaha konkrit untuk melakukan pemindahan. Ternyata cadangan itu memindahkan masjid ke satu lokasi baru di Ipoh oleh syarikat ATSA Architects telah mencapai satu peringkat yang cukup jelas dapat dijayakan.


Lihat sahaja Chronology of the Effort atau susunan usaha yang mahu dilakukan menurut jadual masa. Adapun kerja-kerja untuk mendapat kebenaran rasmi seperti daripada jabatan agama, penduduk setempat dan lain-lain pihak yang bertanggungjawab sudah lama dilakukan, sudah lulus semuanya. Lokasi baru sudah disiapkan, majlis pecah tanah sudah dibuat, begitu juga majlis doa selamat. Yang tinggal adalah kerja-kerja mencabut sedikit demi sedikit bahagian demi bahagian masjid untuk dipindahkan ke lokasi baru lalu dipasang balik. Seterusnya adalah membaik pulih apa yang perlu, kalau ada bahagian rosak yang perlu diganti maka mereka akan cuba gantikan dengan kayu yang sama atau cukup sesuai.


Azim memberitahu insyaallah usaha mencabut dan mengalih akan dimulakan 2 minggu lagi, ketika bulan Ramadhan di mana umat Islam diwajibkan berpuasa sudah pun bermula. Walaupun kos untuk melakukan semua ini dianggarkan sebanyak RM500,000 sedangkan mereka baru memiliki 1/3 daripada itu, kerja-kerja akan diteruskan sambil berharap ada pihak sudi menyumbang dana atau kepakaran tambahan yang perlu untuk menjayakan usaha. Harapan beliau, masuk bulan November tahun ini kerja pemindahan dan pemulihan sudah selesai sehingga masjid boleh diserahkan kepada penjaga/pemilik baru lalu boleh digunakan untuk orang ramai bersolat. Tambah beliau ini bukan kerja untuk mendapatkan keuntungan duniawi tetapi kerja yang dibuat atas rasa tanggungjawab sosial dan sayangkan seni bina lama masjid yang harus dipelihara untuk generasi akan datang.


Turut menyokong dan membantu projek adalah Dato' Dr Ar Baharuddin bin Abu Kassim, pengarah Jurubina Bertiga International Partnership. Berdiri di tengah, arkitek berusia 87 tahun ini adalah orang yang bertanggungjawab membina Masjid Negara di KL. 


Oh. Azim ada memberitahu bahawa syarikat turut menerbitkan buku-buku tentang masjid dan seni binanya, antaranya adalah sempena 50 tahun Masjid Negara didirikan. Beliau ada menunjukkan sebuah buku lain yang masih dalam bentuk manuskrip tebal, dijangka akan diterbitkan dalam tempoh sebulan dua ini. Buku ini akan memaparkan lebih 100 buah masjid terpilih. Segala hasil penjualan buku ini tolak kos akan dimasukkan ke dalam dana keperluan untuk projek pemindahan masjid Teluk Memali.



Hadirin kemudian ditunjukkan satu klip video yang memaparkan masjid daripada pelbagai sudut termasuk daripada udara. Ini menyebabkan saya rasa harus menganjurkan agar ia dimuatnaik ke Youtube untuk tontonan semua. 




Jawabnya ia sudah sedia berada dalam Youtube sudah dimuatnaik sejak lebih 3 bulan  Sila klik ikon Play di atas untuk menontonnya.. Selain itu mereka juga sudah mendirikan sebuah laman sesawang yang cukup informatif tentang projek pemindahan masjid - Apa yang dibentangkan kepada pihak media menggunakan slaid boleh dilihat dalam sesawang  oleh orang ramai. Dapatlah anda melihat gambar-gambar masjid daripada pelbagai sudut, lukisan grafik bangunan, gambar dan peta lokasi baru juga perincian cara kerja dan sebagainya. Sila klik sini untuk ke lawan sesawang tersebut...



Ah. Baru perasan satu perkara penting yang tertinggal. Adapun artikel ini mula dipaparkan di blogspot ini pada jam 6,06 petang, apabila penerangan baru hendak mencapai gambar Chronology of Effort. Selepas itu saya dan isteri harus berkejar ke Shah Alam untuk mengikuti siaran langsung episod akhir Akademi Silat Pendekar Muda yang disiarkan melalui TV Alhijrah. Rujuk artikel-artikel sebelum ini tentang acara iaitu Rakaman Akademi Silat Pendekar Muda di Shah Alam dan Membawa Daulah Melayu dan HIKMAH ke Akademi Silat.

Selepas acara selesai kami mengambil banyak masa untuk bersantai dengan kawan-kawan seperjuangan dalam dunia silat dan budaya Melayu tradisional, jam 2 pagi baru meninggalkan Shah Alam. Sampai ke rumah saya membuat hal-hal lain sebelum tergerak untuk menyambung penulisan sehingga terasa siap lalu dikemaskinikan pada jam 4.44 pagi. Ketika itulah baru tersedar saya belum menerangkan kenapa tajuk artikel adalah "Projek pemindahan masjid lama tinggal di Perak - Satu kes sirih pulang ke gagang?". Apa atau bahagian mana yang boleh dianggap sirih pulang?



Maka merujuklah kita pada artikel Mari selamatkan masjid lama tinggal di Perak ini yang dibuat hampir penghujung 2013. Adapun pada pertengahan 2015 saya telah menerima maklumat memberitahu bahawa masjid Teluk Memali itu berasal dari Ipoh. Masalahnya saya tidak ingat siapa yang memberitahu, apakah melalui komen di blogspot, Facebook ataupun e-mail, Saya telah cuba mencari siang tadi tetapi tidak berjumpa. Nasib baik ada menyalinkan maklumat ke dalam ruangan komen artikel Mari selamatkan masjid lama tinggal di Perak ini. Saya copy paste maklumat yang dimasukkan pada 22 Julai 2015 itu tanpa sebarang suntingan...


Masjid ini dikenali sebagai Masjid Lama Ipoh, masjid paling tua Ipoh yang masih wujud, dibawa 'downstream" menggunakan rakit melalui Sg Kinta ke Bandor (pertemuan sg kinta dgn sg perak) dalam tahun 1902, empat tahun selepas dibina Masjid Panglima Kinta dalam tahun 1898 (sebab masjid jadi redundant). Mengikut Aminuddin Baki dalam The Andersonian, Vol IV, 1946, tempat asalnya di Kampong Masjid, Ipoh (kpg ini tak wujud lagi), tapak asal dahulunya terletak Panggungwayang Sun dekat Market Street, pekan lama, Ipoh. Tapak in bersejarah, mengikut article oleh Leech "About Kinta", "the Kinta is navigable .. by native boats (boats of over a koyan, say two tons, burden) to a place called Mesjid Lama..." Oleh itu masjid ini adalah peninggalan warisan penting Bandaraya Ipoh dan pada pendapat saya yang terbaik ialah mengembalikan masjid ini ke tapak asal di bandaraya Ipoh dan dijadikan bangunan warisan Melayu bandaraya Ipoh. Ini perlu diambil perhatian oleh pihak Jabatan Warisan dan Dewan Bandaraya Ipoh. Sejarah paling awal Ipoh sebenarnya adalah sejarah orang Asli dan orang Melayu yang berkait rapat dengan keturunan Tun Kelalang anak Tun Saban Balik dan keturunan Toh Panglima Kinta serta orang besar Melayu yg lain, termasuk Laksamana, Adika Raja dan Panglima Bukit Gantang yang sekarang ini sedikit demi sedikit udah hilang. Sejarah Melayu Ipoh harus dikembalikan balik..


Persoalan kedua adalah kenapa diletakkan tanda soal pada tajuk artikel ini iaitu "Projek pemindahan masjid lama tinggal di Perak - Satu kes sirih pulang ke gagang?". Bukankah berdasarkan maklumat sudah cukup terang masjid berasal dari Ipoh? Namun saya dapati hal ini perlu disahkan dan disiasat lagi. Berdasarkan cerita orang kampung yang sempat ditemui, seorang pegawai pembantu kepada Azim menyatakan boleh jadi masjid yang dialihkan dari Ipoh itu adalah sebuah masjid lama di satu kawasan bernama Bandar, sekitar 3.5 km menghilir Sungai Perak dari Teluk Memali. Lihat Masjid Bandar yang sebenar (the real Bandar mosque).

Saya sendiri cenderung untuk percaya bahawa masjid lama tinggal di Teluk Memali itu memang berasal dari Ipoh. Kalau begitu dan berdasarkan maklumat yang saya terima ia harus lebih tua daripada Masjid Panglima Kinta yang dibuka tahun 1898. Ia harus berumur sekurang-kurangnya 118 tahun, mungkin sekitar 140 tahun berdasarkan bacaan saya bahawa Ipoh sudah diduduki orang Melayu seawal tahun 1877. Yang pasti, jika benar ia berasal dari Ipoh, ia lebih tua daripada 105 tahun yang dinyatakan dalam sidang media. Dan lebih menarik lagi sejarahnya akan jadi lebih besar dan bernilai kerana dapat meliputi cerita awal kemunculan bandar raya Ipoh selain sejarah cukup kaya yang boleh dikaitkan dengan Teluk Memali dan sekitar.


Nota : Artikel ini benar-benar siap dan cukup sifat pada jam 5.25 pagi Khamis 2 Jun. Semoga ia memberikan manfaat kepada semua...


Maklumat tambahan (10 Jun 2016) : Sesiapa yang hendak menyumbang untuk belanja pemindahan masjid boleh masukkan duit ke Tabung Pemindahan Masjid Teluk Memali di Affin Bank...

Akaun Nombor : 105280003201 

Harap maklum.


2 comments:

Mohamad Haziq Zulkifli said...

Salam,

Saya mewakili Ar. Azim Aziz dan ATSA Architects mengucapkan jutaan terima kasih atas kesudian pihak tuan menghadiri press conference tempoh hari dan memohon maaf atas segala kekurangan sepanjang majlis tersebut. Besarlah harapan kami sekiranya pihak tuan dan lain-lain pihak dapat membantu kami dalam mendapatkan dana dan membiayai kos pemindahan dan pemuliharaan yang diperlukan.

Kami mengalu-alukan sebarang bentuk sumbangan untuk usaha ini. Untuk maklumat lanjut, boleh lungsuri laman web kami di : http://www.memalimosque.com.my/ dan juga Facebook fanpage kami di : https://www.facebook.com/KgTelukMemaliOldMosque/

Sekian, terima kasih.

Radzi Sapiee said...

Wassalam. Sama2. Semoga projek dapat dijayakan menurut jadual. Amin.