Dengan itu baru artikel kompilasi berkenaan, Dari Bukit Chandan ke Kuala Linggi - Menurut gerak untuk penghujung 1437 Hijriah dapat dipersembahkan petang Khamis. Artikel kompilasi Beruzlah ke Pantai Timur - Memantapkan Tauhid dan Syahadah? pula dipaparkan selepas itu walaupun siri cerita adalah berkenaan pengembaraan yang dibuat 3 minggu lebih awal iaitu pada 30 Ogos-5 Sept. Untuk makluman, artikel terakhir tentang pengembaraan tersebut, Beruzlah ke Pantai Timur - Tok Senik dan 'juadah' dari Pantai Timur sudah dipersembahkan pagi Sabtu 24 Sept. Namun begitulah gerak ilham aturan penceritaan yang diterima ketika itu. Selesai sahaja memaparkan artikel terus saya dan keluarga bertolak ke Kuala Lumpur untuk menghadiri majlis yang menjadi pembuka cerita aktiviti-aktiviti dan perjalanan 24 Sept hingga 28 Sept. Lihat Kitab Dalail Khairat, majlis 'Kesultanan Melaka' dan konsert rock - Mukadimah sebelum ke Bukit Chandan?
Nah. Sekarang seperti sudah siap satu pusingan untuk menyelesaikan segala yang perlu diceritakan tentang apa yang berlaku pada tempoh-tempoh terakhir tahun 1437 Hijrah. Penulisan artikel Temasya keris di UPM diikuti Seminar untuk temasya keris di UPM di blogspot HIKMAH Selasa lepas pula adalah pernyataan pembukaan buku baru sempena tahun baru 1438 yang kini sudah memasuki hari ke-9. Bila hal tersebut dinyatakan di blogspot ini melalui catatan yang anda sedang baca sekarang, baru terasa buku baru juga sudah dibuka di sini. Mewakili peralihan daripada buku lama tahun 1437 ke buku baru 1438 adalah fakta bahawa kini, setelah berjaya melaksanakan satu acara HIKMAH di Seremban pertengahan bulan September (lihat Acara ketujuh belas HIKMAH di Maktab Penyelidikan Tamadun Islam Nusantara, Seremban 17 Sept 2016) saya harus bersiap untuk melaksanakan acara seterusnya di Kuala Lumpur cuma 5 hari sahaja lagi daripada sekarang! Lihat Perkembangan mendadak HIKMAH ke-18 di Muzium Negara - Acara dipercepatkan ke 15 Oktober.
Namun dalam keadaan masa begitu suntuk pun saya harus keluar mengembara agak jauh lagi untuk menyelesaikan suatu hal. Selepas Maghrib karang saya harus berlepas Ke Kelantan. Ini adalah terkait dan boleh dianggap sebagai kesinambungan pada apa yang telah diceritakan melalui artikel kompilasi Beruzlah ke Pantai Timur - Memantapkan Tauhid dan Syahadah?. Sebelum itu iaitu pagi karang, apabila pejabat sudah dibuka, saya harus bergegas ke Muzium Negara untuk berbincang sedikit lagi hal perlaksanaan acara ke-18 HIKMAH.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan