Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-






Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Wednesday, August 08, 2012

Tapak kota Portugis di Muar?

Beralih sebentar ke Muar.


Tadi saya terlihat kembali sebuah peta lama Muar hasil lakaran Portugis oleh Emanuel Godinho de Eredia tahun 1604. Peta itu menujukkan bentuk dan kedudukan kota Portugis yang dipanggil Fortaleza de Muar. Sesetengah pihak percaya ia dimusnahkan oleh tentera Aceh dalam perang 1629 yang berlanjutan selama 2 tahun, perang yang meratah lokasi-lokasi di sekitar Sungai Muar hingga ke kawasan Bandar Hilir di Melaka sekarang. Kini tidak ada lagi apa-apa kesan yang boleh lihat, tidak seperti Kota A Famosa di Melaka yang pintu gerbangnya masih berdiri megah...



Kali ini saya terasa mahu memadankan lakaran dengan bentuk muka bumi sebenar Muar menggunakan gambar satelit dari program Google Earth. Untuk itu saya harus menyendengkan sedikit gambar. Perhatikan kedudukan huruf N di sudut atas kanan yang menunjukkan arah ke utara ataupun North.


Zoom in. Baru saya tersedar wujud jalan-jalan moden yang kedudukannya boleh dipadankan dengan bentuk segitiga tembok kota lama yang sudah lama tiada.


Zoom in lagi. Sebenarnya ada dua jalan selari yang boleh membentuk tembok timur kota tetapi kita ambil yang lebih pendek.


Nah. Jalan-jalan sebut setelah ditanda merah. Nampak tak persamaan dengan lakaran pada gambar paling atas? Apakah ini kedudukan sebenar kota yang samada sengaja atau tidak 'diabadikan' melalui kedudukan jalan-jalan moden? Hmm...



6 comments:

Anonymous said...

tahniah, mungkin ya mungkin tidak. perlu dibongkar lagi ni... tapi rasanya tak le sekecil itu... :)

Anaknda Bertuah said...

Ya, mungkin betul.... Perlu lihat bentuk muka bumi di lokasinya yg sebenar untuk lebih pasti...

Radzi Sapiee said...

Kalau nak lebih besar kita boleh ambil Jalan Hashim yang selari dengan jalan dan garisan merah yang kelihatan membentuk timur segitiga lukisan saya. Saya cuma membuat telahan dalam artikel ini kerana tertarik melihat kedudukan jalan sedia ada yang hampir serupa sempadan lakaran kota lama. Sambungkan sahaja pertemuan tiga jalan - Jalan Saleh di utara, Jalan Bentayan/Bakri di barat menghala ke selatan dan Jalan Hashim dan dapatlah segitiga lebih besar yang turut serupa bentuk lakaran kota.

Ini bukanlah anggaran tepat kerana mengikut lakaran ada sungai di sebelah luar timur kota. Ia mungkin Sungai Bentayan, tak mustahil juga Parit Tiram. Yang pasti berpandukan lakaran, kedudukan kota yang cuba saya teka itu tidak jauh lari. Saya percaya sekurang2nya 50 peratus kawasan yang saya tandakan memang terletak dalam lingkungan kota.

Nota : Segitiga merah yang saya lukis tu memiliki sisi 'utara' sepanjang 380 meter, sisi 'barat/selatan' 640 meter dan sisi 'timur' 410 meter. Kalau Jalan Hashim diambil sebagai sempadan segitiga yang lebih besar maka sisi2 ini menjadi sepanjang 580 meter, 1,120 meter dan 820 meter.

Anaknda Bertuah said...

Menarik... boleh di teruskan kajian... cuba rujuk ahli arkeologi...

mohd yosdi mat said...

Kedudukan surau di bustand tu merupakan
tempat yg betul2 di penjuru segitiga kubu tersebut. . bersebelahan sg.bentayan ! !

Mohd Syafie said...

Saya setuju dgn teori serta telahan ni. Sebab kebanyakan jalan yg ada ini adalah wujud dari perimeter kubu. contohnya seperti jalan di Melaka yg ada ialah asal perimeter kubu Melaka Portugis/Belanda. Kubu tiga segi ini rasanya kubu milik Portugis setelah menewaskan tentera Melaka yang berkubu di Bentayan pada 1511 yg sebenarnya untuk melengah-lengahkan pengejaran oleh Portugis terhadap Sultan Melaka dan pengikut-pengikutnya.