Dalam artikel Pengembaraan Al-Rasyid ke selatan : Perjalanan ke Pontian dan sebab-musabab pengembaraan... ada disebut bahawa saya memilih untuk bermalam di satu tempat tertentu di Pontian. Apakah tempat itu? Bolehkah diagak daripada gambar atas yang diambil keesokan harinya?
Kalau tak dapat juga, cuba lihat gambar ini pula. Sukacita diberitahu kelihatan di latar-belakang adalah kapal-kapal yang sedang berlabuh di perairan Singapura...
Maka petunjuknya begini. Kami telah bermalam di sebuah tempat di Pontian di mana boleh kelihatan perairan Singapura dengan terang. Bangunan hijau yang kelihatan inilah tempat kami bermalam. Petunjuk seterusnya... letaknya di atas laut, bukan di daratan.
Tempatnya seperti kelihatan di atas ini. Sudah dapat jawabannya? Kalau masih kabur, lihat artikel Staying above the waves at Tanjung Piai di blogspot BERPETUALANG KE ACEH .
Satu keistimewaan kawasan ini adalah kedudukannya yang unik di peta dunia. Ya, kami berada di Tanjung Piai, tempat paling selatan di tanah besar benua Asia. Lihat artikel The southernmost tip of mainland Asia... juga di blogspot BERPETUALANG KE ACEH .
Dalam perjalanan keluar dari Tanjung Piai kelihatan masjid dengan rekabentuk agak unik ini. Lihat artikel Masjid (Mosque of) Sungai Durian, Serkat, Pontian di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART) . Nama tempat ini iaitu Sungai Durian mengingatkan saya pada satu tempat yang namanya sama di Perak. Lihat artikel Keramat Sungai Durian dan Kota Setia. Apa ceritanya? yang dibuat Julai tahun lepas . Apakah ada kena-mengena?
Seterusnya kami pergi ke Kukup di mana terdapat terminal feri antarabangsa untuk berlepas ke Indonesia...
Kukup juga terkenal dengan restoran-restoran makanan laut segar terutama di kalangan warga Singapura. Lihat artikel The little town of Kukup . Namun kami suami isteri memilih untuk makan di tempat lain...
Sebelum itu kami singgah dahulu di Muzium Bugis yang terletak antara Kukup dan bandar utama Pontian di Pontian Kechil...
Oleh kerana Al-Rasyid sudah nyenyak tidur, kami biarkan sahaja dia 'melihat' dari dalam kereta. Tu dia... penat dia nampak mengalahkan driver! Bayi le katakan, umur pun baru lepas 40 hari...
Kami ingin makan di satu kawasan tepian pantai di Pontian Kechil...
Kelihatan di situ ombak laut begitu ganas mungkin akibat musim tengkujuh... terus saya teringat berita malam sebelumnya tentang feri yang membawa ramai penumpang tenggelam di perairan berdekatan. Lihat artikel The fierce waves in Pontian dan klip video yang ada...
Selesai makan baru kami menyambung perjalanan untuk ke daerah lain. Boleh agakkah ke mana dengan melihat papantanda?
Yang pasti di jalan menuju ke daerah itu boleh kelihatan Gunung Pulai yang tingginya lebih 2,000 kaki... tak lah setinggi mana tapi masih lagi daratan tertinggi di sekitar itu.
Sampai di Pekan Nenas timbul juga rasa untuk 'melencong' ke Gunung Pulai. Tetapi ketika itu sudah melepasi jam 4 petang dan kami mahu menikmati suasana siang secepat mungkin di daerah seterusnya. Cukuplah tentang Pontian.











