Assalamualaikum. Ini adalah artikel ke 555 di blogspot ini, satu nombor yang cantik... boleh disebut tiga 5 (3 x5) macam orang biasa sebut rokok tiga 5 kot (memang ada 555)? Adapun sebaik sahaja menyedari bahawa artikel sebelum ini, Berkejar ke Lampuuk... tempat matahari terbenam cantik dan masjid paling teruk diserang tsunami adalah ke 554, maka seharusnya artikel seterusnya iaitu yang ke 555 mestilah sesuatu yang istimewa... maklumlah, saya kan ada gila-gila nombor?
Memandangkan artikel ke 554 itu menutup segala cerita perjalanan hari Selasa 16 Jun 2009 iaitu hari kedua saya dan isteri berada di Aceh, saya rasa elok juga artikel ke 555 itu akan menyebut nama Sultan Malikus Salih kerana perjalanan di Aceh seterusnya iaitu pada hari Rabu dibuat dengan niat untuk menziarahi makam baginda sekitar 400 km perjalanan ke tenggara Banda Aceh. Maka itu jika saya masih malas untuk menghuraikan perjalanan itu pun, saya boleh sahaja membuat artikel ke 555 dengan menyebut rancangan untuk ke sana, rancangan yang ternyata akan menjadi sambungan kepada perjalanan lama ke Aceh bulan Januari 2004, perjalanan yang pernah tergendala akibat darurat masa lalu.
Sebaliknya lewat malam ini, dalam membuat sedikit kajian tentang Perak di Internet, saya terjumpa satu artikel dari Wikipedia yang mengaitkan moyang saya Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin dengan keris Taming Sari milik Hang Tuah yang amat terkenal itu, satu perkara yang tidak pernah saya ketahui sebelum ini. Yang peliknya, artikel berbahasa Melayu tentang keris ini tidak menyebut apa-apapun tentang kaitan dengan Laksamana Perak itu tetapi artikelnya yang berbahasa Inggeris di http://en.wikipedia.org/wiki/Taming_Sari pula menyebutnya panjang lebar.
Sebenarnya saya terjumpa artikel itu setelah menelaah isi-isi sebuah blogspot. Blogspot itu memasukkan artikel daripada Wikipedia ini bulan Jun bermakna sudah lama juga ia ditulis begitu... atau lebih tepat 24 Jun, sejurus selepas saya dan isteri kembali daripada Aceh 22 Jun. Cuma saya sahaja yang baru tahu malam ini! Penemuan yang memeranjatkan ini membuat saya terasa mahu membuat sebuah artikel baru di blogspot saya yang berbahasa Inggeris iaitu BERPETUALANG KE ACEH .
Kebetulan artikel baru bertajuk What is the relationship between Taming Sari and my family? itu adalah yang ke 360 di situ, kemudian saya terasa harus berkongsinya pula di sini. Terasa pula nombor 360 itu seperti 360 darjah membuat satu pusingan diikuti dengan nombor 555 yang bersamaan 5 berulang 3 kali... melibatkan moyang saya dengan keris Taming Sari ketika artikel nombor 555 ini asalnya dimaksudkan untuk Sultan Malikus Salih. Ada apa-apa ke?
14 ulasan:
salam merah silu..
nak jawab soalan last je....MESTI ADA!!!..he he he...cantik keris tu...
satu lagi...boleh ke hurai sikit pasal laksamana / moyang saudara untuk menagkis dakwaan artikel dalam blog ni di :
http://themalaypress.blogspot.com/2009/08/pembunuhan-jww-birch-arahan-siapa.html#links
wassalam.
Wassalam. Sebenarnya saya pun tak berapa tahu cerita pasal moyang ni. Takat tahu masa jenazahnya dibawa kembali ke Perak. Lihat cerita Laksamana pulang ke Perak.
Kemudian Tun Hanif Omar yang ada kaitan gak pernah menulis dalam The Star yang Laksamana Muhammad Amin adalah mastermind sebenar dalam kes pembunuhan Birch. Tapi banyak yang tidak diketahui tentangnya sebab segala barang yang ada padanya termasuk catatan, kitab dan tulisan turut dirampas British!
Salam Radzie...
ya...banyak sejarah kita telah digelapkan oleh penjajah sehingga kita sebenarnya sukar untuk menemui kembali kebenaran sejarah itu.
oh ya..bukan maksud saya untuk menidakkan artikel dalam blog TMP itu,tapi saya jadi agak keliru bila ada ayat atau perenggan yang mengatakan yang laksamana/moyang saudara itu seolah-olah berkomplot dengan Raja Abdullah dan penjajah pula.Itu sebabnya saya minta penjelasan dari saudara....al maklumlah saya ni bukan ahli sangat dalam bidang sejarah...cuma saya minat je....bidang terjun lah katakan...
dijemput membaca artikel terbaru dalam blog saya : Sangtawal Bongkar rahsia sheikh nuruddin si pengkhianat 375 tahun silam melalui Hikayat Inderaputera. ada nombor juga situ...375...he he he
wassalam.
Wassalam. Tak apa. Moyang saya dengan Sultan Abdullah adalah sahabat dan saudara rapat. Memang beliau menyokong kenaikan Sultan Abdullah dan mereka telah membuat silap perkiraan. Sebenarnya baik Sultan Abdullah mahupun Sultan Ismail sudah termasuk perangkap British untuk memecah-belahkan Perak, proses yang bakal menghalalkan masuk campur mereka secara terang dalam hal-ehwal Perak. Perangkap sebenar British bermula dalam tahun 1850an gitu apabila penemuan deposit bijih timah terbesar ditemui di Larut. Permainan mereka sudah bermula apabila Raja Muda Raja Jaafar melawan Sultan Abdullah I kerana tidak sefahaman dalam hal menerima 'kerjasama' British melombong bijih. Raja Jaafar kemudian naik sebagai Sultan ke 23 Perak. Dari situlah bermula pergeseran yang akan membawa kepada Perjanjian Pangkor 1874. Untuk makluman, Sultan Jaafar adalah ayahanda kepada Sultan Abdullah II yang dibuang ke Pulau Seychelles, Sultan Abdullah I ayahanda kepada Sultan Yusuf. Perbalahan dahulu yang sebenarnya dicetuskan permainan Inggeris membawa kepada perbalahan anak-anak sehingga Raja Muda Abdullah tidak dapat ke Sayong untuk ditabalkan, menyebabkan Raja Ismail yang bapanya berketurunan Siak dinaikkan sebagai Sultan Ismail.
Adapun Raja Muda @ bakal Sultan Abdullah II tidak datang kerana malu tu pun memang ada benarnya. Memang seorang isteri baginda, Raja Tipah kalau tak salah ingatan dibawa lari anak Raja Selangor. Tetapi sebab sebenar adalah baginda diberitahu entahlah oleh siapa, orang-orang Raja Yusuf @ bakal Sultan Yusuf sedia menunggu untuk membuat serangan hendap di Senggang, dalam perjalanan ke Sayong. Itu yang baginda tidak ke sana semasa pengkebumian Sultan Ali Mukammil. Sedangkan malu disebabkan isteri Raja Abdullah dibawa lari digunakan oleh sesetengan pembesar untuk dijadikan alasan tambahan menaikkan Raja Bendahara Ismail sebagai sultan baru.
p/s: Blog yang saudara sebut tu ada kebenarannya. Tapi bila masuk sesetengah isu ia akan jauh menyimpang disebabkan mahu menaikkan 'waris mutlak' Siam Kedah konon. Bayangkan, kat blog puak mereka yang lagi satu tu... sampai perkataan Siam Ramadhan pun dikatakan bukti Siam tu Islam. Memang le Siam dulu tu Islam tapi apa kena-mengena dengan Siam Ramadhan? Yang sebenarnya Siyyam Ramadhan bermaksud puasa Ramadhan. Puak ni memang pantang dengar perkataan yang ada iras-iras bahasa diaorang. Habis digunakan untuk claim 'kebesaran' diaorang, mengambil kesempatan atas kelompongan sejarah di sebalik progranda Barat untuk mengenengahkan propaganda diaorang pulak...
salam kembali.
terima kasih atas jawapan yang panjang lebar...baru la jelas sikit.
memang la saya pun perasan juga...siam tu memang maksudnya puasa!!!!!kenapa dikaitkan dengan benua siam-kedah pula...entahla...no komen.
teruskan penulisan saudara!
wassalam.
Pada saya, yang cuba diperjuangkan mereka adalah bahwa Sultan Ismail lebih berhak menaiki takhta (kerana menurut mereka, Sultan Ismail Kinta adalah dari keturunan puak siam)... Dan membezakan kerjasama Sultan Abdullah dan British dengan tindakan Sultan Ismail menyerahkan alat kebesaran (kecuali tamingsari... agaknya) adalah cubaan menyatakan bahwa Sultan Abdullah bukanlah waris yang di perkenankan oleh "Maharaja" mereka... Dan dlm masa yang sama, akan menarik Datuk maharajalela menjadi sebahagian dari golongan mereka berdasarkan sokokngan yg beliau berikan kepada Sultan Ismail, berbanding Sultan Abdullah yang mendapat sokongan Datuk Sagor... Sebab tu watak Datuk Sagor tak berapa ditekankan... rasanya lahhh....
Well, bagi aku... aku setuju dengan MS, samada diorang keturunan siam ke, kerabat Perak ke, yang penting mereka yang berkuasa pada masa itu telah masuk ke dalam perangkap British yang penuh tipu muslihat.. bukan mereka sahaja, malah keturunan mereka sekali hinggalah ke hari ini...
Semua main rasa rasa, mana boleh.
Tang point mana yang hanya rasa tu kena la tgk btol2....
:-)
Ilmu wiki boleh caya ke? Patutnya kena berjalan-jalan dan melalui sendiri. Sekadar baca wiki, mana sama.
Kapal dagang dari seberang,
Sarat muatan kayu meranti,
Kini Ramadhan sudah menjelang,
Tanda Allah masih berkati,
Kalau roboh kota melaka,
Papan di jawa hamba dirikan,
Ibadah sunat jangan di leka,
Jadi pelengkap puasa sebulan,
Sorong papan tarik papan...,
Buah keranji dalam perigi,
sebulan jangan mencuri makan,
Masuk neraka barulah tahu!!
Selamat Menjalani Ibadah Puasa 1410H! Moga dilimpahi rahmat olehNya
Salam.
Masuk bulan Ramadhan 1430H yang mulia, ngam-2 "bank holiday" pada 5 Ramadhan.Wallahualambissawab.
ASSALAMUALAIKUM. LEH X TLG CARI MAKAM SULTAN ABDUL AZIZ SULTAN PERAK YG KEBERAPA SYE X PASTI. YG PASTI BAGINDA BERSAMA TUAN HUSIEN KEDAH AL BANJARI MENERBITKAN KITAB TANBIH AL IKHWAN DI TAHBIT AL MAISYAH WA TASLIH AL BUIDAN. KITAB YG MEMBICARAKAN TENTANG PERTANIAN SECARA ISLAM DAN CARA2 MENGURUSKAN EKONOMI SECARA ISLAM. MASA NI SULTAN ABDUL AZIZ MENJADI RAJA MUDA PERAK.
Wassalam dik. Kenapa pakai huruf besar semuanya? Tak elok. Dalam dunia Cyber ia ibarat menjerit2. Apapun Sultan Abdul Aziz adalah Sultan Perak ke 31. Untuk makamnya lihat artikel ini... http://artmelayu.blogspot.com/2010/05/makam-7-orang-sultan-di-bukit-chandan.html
Terima kasih dan maaf ya.... heheh (^_________^)...
Catat Ulasan