Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Sabtu, Januari 12, 2008

Mencari Muzium Bugis di Pontian...

Aduusss.... Memang kebelakangan ini saya terasa agak malas dan berat mahu menulis. Rasanya saya setakat membuat update di blogspots seminggu sekali sahaja dalam tempoh hampir 2 bulan kebelakangan... Rasanya le... Tak pasti kenapa, apakah kerana fikiran terasa sarat bercampur tubuh badan yang penat... Penat mengembara zahir dan bathin menjelajah ke merata tempat?
Sebagai contoh, sejak hari Rabu lepas saya mula berehat seorang diri di sebuah rumah keluarga di Kajang. Kiranya saya berehatlah, sekurang-kurangnya secara fizikal kerana tak da lagi berjalan jauh semenjak kembali daripada Johor dan singgah di Pengkalan Kempas, Negeri Sembilan hari Selasa. Kalau berjalan pun setakat menapak atau jalan kaki ke bandar Kajang. Selain daripada itu saya banyak tidur, kononnya untuk menghilangkan kepenatan terutama akibat segala pengembaraan dan perjalanan yang dilakukan dalam tempoh hampir 3 minggu kebelakangan di Johor.
Rupa-rupanya nak kata berehat, masih tak dapat sebenarnya. Walaupun di kala saya tertidur, fikiran saya terlalu jauh menerawang tanpa dapat dikawal lalu pergi menjelajah jauh ke pelbagai tempat malah dimensi dengan caranya yang tersendiri. Antara persoalan yang bermain di fikiran tanpa disuruh lalu termasuk dan terbawa oleh jiwa bawah sedar adalah kaitan keluarga Daeng di Bugis dengan Ahlul Bait awal yang datang ke Aceh, kaitan Malim Dewa dan Malim Deman dengan keluarga Raja Temenggung Muar juga dengan keluarga Al-Kamil daripada nasab Abdullah bin Hassan Muthanna bin Saidina Hassan ibni Ali Abi Talib.
Allah... Penat! Tadi pun saya bangun tidur dengan nama Ahmad @ Daeng Ahmad @ Raja Ahmad yang di Muar (yang di Perak lain yek... Belum sebut lagi yang di Aceh) berdengung-dengung di telinga. Hmm... Biarkanlah. Biar saya melepaskan apa-apa rasa ini dengan menyambung cerita tentang pengembaraan di Johor ya... Kali ini kita ke Pontian pula. Anggaplah ini sambungan daripada Cerita Batu Pahat... yang dibuat minggu lepas. Sila...

Pagi buta ketika sedang bermalam di rumah Habib Ali di Batu Pahat, 2 orang pemuda daripada Singapura memunculkan diri di rumah itu. Katanya, mereka tadi dari Kota Tinggi kerana ada seorang kenalan baru meninggal dunia. Oleh kerana pengkebumian cuma akan dilakukan siang hari, timbul rasa hendak bertandang ke rumah Habib Ali. Lagipun seperti ramai orang Melayu Singapura yang ada mengikuti pengajian Tasawuf, mereka juga selalu bertandang ke rumah orang tua berumur hampir 90 tahun ini, orang tua yang dianggap oleh kebanyakan yang mengenali sebagai memiliki taraf tinggi kerohanian seperti Wali Allah terkenal Habib Nuh yang dimakamkan di Singapura.

Bila masuk siang pula, 2 orang pemuda ini, seorang cicit Habib Ali yang bertugas menjaganya serta saya keluar pergi minum dan makan-makan di bandar Batu Pahat. 2 orang ini tak jadi pergi ke Kota Tinggi. Kalau tidak, ada kemungkinan saya mahu ikut mereka ke sana. Lalu saya membuat keputusan untuk pergi ke Pontian pula.

Seperti biasa, apabila ingin berjalan-jalan melihat sesuatu tempat, saya lebih suka naik bas lompat-lompat. Daripada Batu Pahat, saya menaiki bas ke pekan Benut. Itulah bas yang kelihatan di gambar atas...


Oh... Lupa hendak beritahu, ketika itu 25 Disember 2007. Kali terakhir saya berjalan-jalan di Pontian rasanya adalah pada tahun 1997 ketika sedang mengembara secara solo menaiki motosikal besar keliling Semenanjung. Semasa itu saya setakat berjalan menurut gerak hati yang saya tak pasti apa... Kali ini saya lebih peka akan kaitan tempat-tempat yang dilalui dengan salasilah keluarga dan perjalanan tok nenek moyang dahulukala...

Adapun, kampung saya di Muar adalah kampung sebelah ibu. Walaupun adik-beradik ibu selalu menekankan yang mereka berketurunan Jawa kerana ibu kepada ibu (saya panggil mak kerana dia yang banyak membesarkan saya, ibu pula saya panggil mummy), bapa kepada ibu adalah berketurunan Bugis.

Ayah saya yang berasal daripada Teluk Intan, Perak pula berketurunan Aceh campur Melayu Perak campur Bugis. Oleh kerana saya baru dapat tahu bahawa di Pontian terdapat sebuah Muzium Bugis, maka eloklah saya ke sana... Tapi di mana ya?

Nasib baik sebaik sahaja sampai ke Benut, ternampak bas kuning (yang kelihatan di gambar atas) untuk ke bandar Pontian malah sehingga ke Kukup yang terletak lebih jauh penghujung ke selatan. Saya bertanya kepada pemandu bas arah ke Muzium Bugis. Katanya jangan risau, bas kuning itu akan lalu berhampiran dan dia akan menurunkan saya di sana...


Sementara menunggu bas kuning itu berlepas, saya berjalan sebentar di pekan Benut yang kelihat seperti pekan cowboy ini. Semasa itu sekitar jam 3 petang. Pekan kelihatan begitu sunyi, sedikit sahaja kelibat manusia yang kelihatan...


Kemudian saya ternampak sebuah bot nelayan...


Apalagi, rasa tak sah kalau tak melihat lebih dekat dan mengambil gambar. Kemudian baru saya minum kopi di gerai berdekatan sebelum bas berlepas...


Lebih setengah jam kemudian bas kuning itu berhenti di bandar Pontian untuk mengambil dan menurunkan penumpang. Saya setakat duduk di dalam bas menunggu ia menyambung perjalanan menghala ke Kukup... Gambar ini diambil daripada dalam bas...


Tidak lama kemudian, baru saya sampai ke Muzium Bugis. Rupa-rupanya ia terletak betul-betul di tepi jalan utama Pontian ke Kukup. Malah kalau tak salah ingat, sepanjang jalan tadi terdapat 3 buah papan-tanda besar menanda arah untuk ke muzium itu...

Di sini biar saya letak satu artikel lama tentang Muzium Bugis yang baru saya jumpa di Internet tadi ya. Ini dia... Daripada Berita Harian Isnin, 7 September 1998...


Muzium Bugis tumpuan pelancong di musim cuti

Oleh MIR AZRI SHAHARUDIN

PONTIAN: Muzium selain sebagai salah satu daya tarikan pelancongan yang unik di negeri ini, ia juga boleh memberikan pengetahuan mengenai warisan sejarah bangsa dan budaya tempatan. Warisan sejarah yang dijaga dan disimpan dengan baik akan membolehkan generasi seterusnya menyedari bahawa khazanah bangsa Malaysia sebenarnya kaya dan bernilai tinggi disamping dapat mengenal tamadun yang tertua di kawasan Nusantara ini.
Sehubungan itulah Abdullah Ahmad, 53, pemilik Muzium Bugis yang pertama di Johor sanggup mengumpulkan warisan budaya bangsanya untuk dipertontonkan kepada generasi muda di negara ini.
Muzium yang terletak lebih kurang 7 kilometer dari Bandar Pontian Kecil dan 12 kilometer dari Kukup Laut itu menghimpunkan kira-kira 1,715 pelbagai jenis barang antik yang berharga.
Menurut Abdullah, muzium yang tel ah me mp amerkan barangan antik itu sejak 1982 diusahakan atas daya inisiatifnya sendiri dengan membangunkan sebahagian rumahnya sebagai bilik pameran muzium.
Katanya, muzium tersebut dibesarkan sedikit demi sedikit mengikut kemampuan kewangan yang ada yang diperoleh hasil sumbangan orang ramai dan pihak Muzium Negara.
Sehingga sekarang, dewan pameran muzium itu telah mengalami banyak perubahan kerana pertambahan artifak yang dijua1 oleh orang perseorangan kepada Abdullah untuk dipamerkan sebagai bahan warisan sejarah.
Baru-baru ini, katanya beliau memperoleh empat buah meriam yang digunakan oleh tentera Bugis pada abad ke-16 di negeri Johor yang melambangkan penguasaan bangsa itu ke atas Empayar Johor-Riau satu masa dahulu.
Segala peralatan, tambah beliau, seperti pinggan mangkuk, baju Bugis, alat peperangan tentera Bugis, seperti lembing, tombak, badik kelewang, bakul-bakul lama, alat perhiasan, katil, peti besi dan sebagainya dipamerkan untuk tatapan masyarakat Malaysia.
Katanya, muzium tersebut sentiasa menarik perhatian pelancong dan rakyat Malaysia terutamanya ketika pada cuti sekolah untuk tujuan penyelidikan dan pengetahuan warisan budaya bangsa Bugis.
Abdullah berkata, beliau tidak pernah menghiraukan faktor kewangan untuk membina dan menyelenggarakan muzium itu kerana baginya warisan sejarah adalah penting kepada negara.
Jelasnya, muzium yang dibuka secara rasmi pada 26 Julai 1994 oleh Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan, Datuk Sabbaruddin Chik itu bukannya berorientasikan keuntungan.
Sebaliknya, prinsip yang dipegangnya sehingga kini ialah: "Sejarah boleh berulang, tetapi budaya akan terus kekal,".
Sehubungan itu, orang ramai tidak dikenakan sebarang bayaran untuk memasuki muzium tersebut, sebaliknya mereka boleh menderma secara ikhlas bagi membantu membangunkan lagi muzium itu.
Menurutnya, idea untuk menubuhkan muzium itu telah bermula pada tahun 1960-an lagi dan beliau bermula secara kecil-kecilan mengumpul artifak Bugis yang terdapat di seluruh negara.
Tambahnya, bermula dengan mengumpul tiket-tiket dan batang-batang aiskrim semenjak zaman remaja lagi sehingga}ah kini, beliau masih meneruskan mengumpul bahan-bahan antik yang berkaitan dengan sejarah warisan Bugis.
Malah, katanya, beliau pernah menjelajah Thailand dan Indonesia untuk mencari artifak yang menarik yang diidamkannya sebagai bahan pameran di muziumnya.
Beliau berharap, Muzium Bugis itu akan terus kekal menjadi lambang warisan dan budaya peninggalan Bugis yang terkenal di negeri Johor.

--------------------

Saya sempat berkenal-kenalan malah berbual panjang tentang beberapa perkara peribadi yang melibatkan susur-galur darah keturunan diraja Bugis bersama pemilik muzium yang kini berumur sekitar 63 tahun. Walaupun banyak juga barangan di muzium yang agak menarik, saya tidak tergerak untuk mengambil gambar. Cukuplah kalau diberitahu, orang ini telah membenarkan gerak hati saya yang baru muncul 2-3 hari itu tentang identiti sebenar seorang pahlawan Bugis yang dikenali sebagai Silawatang di Muar, seorang yang bernama Raja Ahmad...

Siapakah Raja Ahmad di Muar ini? Nama ini mula terngiang-ngiang apabila saya menziarahi Kota Buruk sejurus selepas Hari Raya Haji. Ceritanya ada dibuat di blogspot BERPETUALANG KE ACEH dengan tajuk The legendary Kota Buruk (ruined fort) of Muar...



Selesai urusan di Muzium Bugis, perjalanan pun harus diteruskan. Soalnya ke mana pula? Oh... Sebenarnya Muzium Bugis ni ada satu lagi cawangan tidak jauh daripada lokasi atas di Teluk Kerang, sekitar 8km ke selatan pekan Pontian...

Ketika itu ada juga terfikir untuk berjalan ke Kukup, mungkin ke Tanjung Piai, tempat paling hujung di Semenanjung, juga disebut sebagai tanah paling hujung ke selatan di Asia! (kemudian baru terletak Singapura yang sudah terputus daripada tanah besar)... Dalam pada itu terfikir juga... Umur saya sudah semakin meningkat dan saya sebenarnya telah berazam tidak mahu lagi mengembara tidur bersepah-sepah seperti dahulu... Kalau perlu mengembara jauh pun kali ini saya mahu menjimatkan tenaga selagi dapat dan pergi ke tempat yang betul-betul perlu...

Rasanya, jika saya pergi ke Kukup dan Tanjung Piai, perjalanan akan menjadi semakin panjang kerana terasa seolah-olah setiap tempat memanggil untuk dilawati... Ingat. Pada asalnya, perjalanan ke Johor ini dijangka cuma akan merangkumi Batu Pahat dan Kluang sahaja sebelum kembali menaiki keretapi ke Kuala Lumpur.

Saya bertafakur sebentar... Dalam beberapa saat saya mendapat jawaban tidak perlu ke Kukup dan Tanjung Piai. Mungkin saya boleh terus melangkah ke Johor Bahru kerana ada gerak baru menyuruh untuk melawat tempat-tempat utama di Johor. Lagipun selama ini saya lebih cenderung pergi ke sebelah Perak selain Pantai Timur sedangkan Johor adalah negeri tempat saya dilahirkan.

Apapun, saya harus ke bandar Pontian dahulu kerana di situ baru terdapat perkhidmatan bas ke Johor Bahru. Di atas ialah gambar bot-bot nelayan di bandar Pontian...


Daripada tepian bandar Pontian, kelihatan pula Pulau Pisang... Teringat cerita pemilik Muzium Bugis tadi tentang nenek-moyangnya yang dikatakan memiliki pulau itu dan pernah menolong Daeng Lima Bersaudara, Daeng Parani, Daeng Merewah, Daeng Kemasi, Daeng Menambun dan Daeng Chelak menangani ancaman Raja Kecil abad ke 18.

Sedikit cerita tentang Pontian akan disambung di dalam blogspot BERPETUALANG KE ACEH. Sekian...

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

adakah saudara ada mendengar sejarah silawatang?saudara tidak perjelaskan secara terperinci dalam blog anda.saya rasa agak terkilan kerana tidak dapat maklumat yang terperinci tentang silawatang.sudah lama saya mencari sejarah beliau.bagaimanapun saya mengucapkan terima kasih kerana ada mengabdikan nama beliau dalam blog anda,saya bercadang untuk ke muzium bugis tersebut jika ada kelapangan untuk mencari maklumat terperinci keturunan saya dari susur galur silawatang yang kian lama saya tertanya tanya..

Tanpa Nama berkata...

salam...kami sgt berminat dgn catatan mengenai masyarakat bugis di pontian...buat pengetahuan encik, kami senang menjalankan kajian mengenai senibina masyarakat bugis di pontian.adakah encik mengetahui tentang sejarah benut dan serkat di pontian??

Radzi Sapiee berkata...

Wassalam. Maaf saya kurang tahu tentang sejarah pontian. Sebaiknya saudara pergi ke sana cari pakcik yang membuka muzium Bugis itu, samada di muzium lamanya atau yang baru di pekan Pontian. Saya sudah lupa namanya, Ahmad kalau tak salah ingatan. Insyaallah dia tahu dari A hingga Z...

bahrin berkata...

maaaf kalau mencelah... saya memang orang pontian... tapi tidak berapa mahir tentang sejarah orang bugis disini.... cuma ade satu persoalan yang telah lama tidak terjawab.. dan saya taktau siapa sebenarnya yang dapat memberikan jawapan paling tepat... PERSOALANNYA... DI PONTIAN BESAR ADA SATU TANAH PERKUBURAN.. YANG MANA SALAH SATU KUBUR DISITU TERDAPAT 3 MAKAM YANG MANA NISAN NYA TELAH DIBUNGKUS DENGAN KAIN KUNING... SAYA TAK PASTI... MUNGKINKAH IA KUBUR DIRAJA.. WALLAHUALAM

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum tuan..

Ada satu makam ulama terkenal johor yg berasal dari hadramaut... kadi Mohd Syah, Rimba terjun pontian...

Tanpa Nama berkata...

Maaf kerana mencelah, saya telah melawat Muzium Bugis berkenaan dan berbicara dengan pemiliknya, insan yg saudara sebut itu. Tetapi sayang 1001 sayang apabila saya menguji dengan mengajaknya berbicara bahasa bugis, satu perkataan pun dia tak faham dan mampu membalas hatta ungkapan palin basic pun i.e. "Aga kareba?" pun dia tak dapat jawap! Kalau saya yang jauh lagi muda daripada beliau dan dibesarkan di Kuala Lumpur pun masih mampu dan fasih menggunakan bahasa ibunda saya, maka timbul persoalan di benak saya, "betul ke cerita mamat ni? Hahahaha betul laa tur Pulau Pisang family dia yang punya!". Kalau dia cakap pd saya, saya akan balas juga, "Pulau Temasek tur pun family saya punya dulu"! Hahahaha patut2 laa bro..

Mahdzar berkata...

Allahyarham adalah Datuk saudara saya di Rimba terjun pontian kecil