Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Selasa, Julai 01, 2025

Jejak Langkasuka 2025 - Dari Padang Besar ke Narathiwat, Saiburi dan Pattani

OK. Pergi pada hari kedua perjalanan.  Bersambung daripada Jejak Langkasuka 2025 - Bagaimana ia bermula.



Pagi Rabu 25 Jun 2025 bersamaan 28 Zulhijjah 1446 Hijriah. Selepas bermalam di rumah kawan di Seberang Perai, bergerak selepas Subuh menuju ke sempadan.



Kawan memandu keretanya membawa isteri bersama. Saya dan isteri jadi penumpang.







Sampai di Padang Besar, Perlis van dari Thailand yang akan membawa kami berjalan sudah sedia menunggu. 



Turut bersama satu lagi pasangan suami isteri yang datang dari Alor Setar menaiki kereta api.




Alhamdulillah urusan di sempadan lancar dan cepat, belum banyak kereta. Sebelum jam 10 pagi waktu Malaysia bersamaan jam 9 pagi waktu Thailand sudah selesai lalu berada di negara orang.




Kami mengambil sedikit masa di Padang Besar belah Thailand untuk kawan menyelesaikan urusan di cawangan syarikatnya belah sana. Kemudian bergerak ke arah timur lalu ke tenggara.




Lebih 230 km diliputi untuk sampai ke destinasi pertama kami di selatan Thailand iaitu Muzium Al-Quran di Pondok Sala Anak Ayam, Narathiwat. Sampai sebelum jam 1 waktu tempatan. Koleksi manuskrip dan barangan berkenaan peradaban Melayu Islam yang ada dengan seorang warga sekolah pondok bercerita panjang lebar membantu menerangkan arah tujuan perjalanan yang kami labelkan sebagai "Jejak Langkasuka" ini. Lihat artikel-artikel berikut di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN :-







Di hadapan sekolah kelihatan kompleks baru muzium yang sudah siap seawal penghujung tahun 2022. Semua koleksi dari sekolah pondok mahu dialih ke bangunan muzium sebenar. Cuma menunggu masa raja Thailand berkenan datang untuk merasmikan.




Kemudian ke kompleks persendirian ini untuk makan tengah hari.




Ketika pertama kali sampai musim raya Aidil Fitri lalu kompleks baru beberapa bulan dibuka. Restoran pula hendak dibuka hari Sabtu sedangkan saya, isteri dan dua orang anak sampai hari Khamis kemudian perlu berkejar ke tempat lain. Jadi tak sempatlah merasa masakan. Lihat Raya Aidilfitri 2025 di selatan Thailand - "Last kopek" sebelum balik Malaysia.



Selepas makan ke masjid lama Wadi Hussein di Telok Manok.




Oh. Semasa di Muzium Al-Quran saya ada membeli sebilah keris tajong. Jadilah walau buatan baru. Ini adalah keris tajong pertama dimiliki.




Dari masjid yang berusia lebih 300 tahun pergi ke makam pengasas masjid. Lihat Lawatan baru (New visit to) Makam (Tomb of) Wan Hussein Senawi. Kali pertama sampai 7 tahun lalu saya, isteri dan anak-anak dibawa oleh seorang waris. Lihat artikel lama Jejak Wasilah Patani - Kerissana 2018, Wan Hussein Senawi dan Narathiwat. Dalam kalangan peserta perjalanan kali ini ada seorang waris Wan Hussein. Beliau yang menetap di Alor Setar, Kedah sudah banyak kali ke Telok Manok. Tapi baru kali ini ke makam moyang utama. Selama ini cuma ke makam nenek moyang terdekat di sebelah masjid.




Selepas itu terus ke bandar Saiburi atau nama lamanya Teluban. Tak sempat singgah rumah kawan di Bacco, waris Wan Hussein yang membawa kami ke makam tahun 2018.




Kami telah berjanji dengan seorang ahli kerabat diraja kerajaan Melayu Teluban akan datang menziarahi ke istana lama yang didudukinya bersama beberapa orang seawal jam 3 petang. Tetapi disebabkan mengambil masa di beberapa tempat selepas jam 5 baru sampai.




Mereka ini bersaudara dengan bonda Sultan Kelantan sekarang iaitu Tengku Anis. Kenalan kami, yang tersenyum kiri dalam gambar, adalah saudara dua pupu kepada ayahanda Tengku Anis. Kami berkenalan setelah terjumpa secara tidak sengaja di hadapan istana lagi satu pada musim raya Aidil Fitri. Lihat Raya Aidilfitri 2025 di selatan Thailand - Jejak raja-raja Patani dan pecahannya




Istana yang dimaksudkan adalah berwarna putih. Ia terletak di tepi jalan utama sedangkan istana yang diduduki kenalan terletak tersorok sedikit ke dalam. Ketika saya dan isteri pertama kali sampai ke Teluban bersama anak-anak dua setengah tahun lalu istana inilah yang dituju. Lihat Perjalanan selatan Thailand penghujung 2022 : 'Teguran Tok Pasai' sebelum meneruskan ke Narathiwat. Lawatan kali ini adalah yang ketiga, kali ini tanpa anak-anak.



Kali ini baru bersempatan masuk ke dalam. Lihat Masuk ke dalam istana putih Teluban (Going inside the white palace of Teluban).  Untuk makluman istana yang sudah dijadikan seperti muzium ini asalnya adalah milik nenda kepada Tengku Anis. Di sinilah bonda kepada Sultan Kelantan itu dilahirkan, begitu juga beberapa orang adik beradik.



Kenalan yang sudah berusia lebih 70 tahun membawa hingga ke atas. Ternyata ia memberikan pemandangan sekeliling yang sangat menarik. Lihat artikel Views from the top balcony of the white palace of Teluban di blogspot  BERPETUALANG KE ACEH.



Selesai itu bergerak ke bandar Pattani di mana kami menginap di hotel kegemaran saya di sebelah satu liku teluk Sungai Patani. Gambar ini diambil dari sebuah restoran ke hilir sungai. Malam itu sudah masuk tarikh Islam 29 Zulhijjah. Kalendar menyatakan ia adalah hari terakhir bagi tahun 1446 Hijriah. Saya pula baru hendak memulakan bacaan Juzuk ke-30 Al Quran. Untuk makluman ini adalah artikel ke-2,686 di CATATAN SI MERAH SILU.


Tiada ulasan: