Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Selasa, April 23, 2019

Menyahut panggilan haul Tok Pulau Manis - Dari Kuantang ke Londong

Tengah hari tadi sehingga jam 3.30 petang saya disibukkan dengan satu acara melibatkan perjuangan memartabatkan bahasa Melayu di Kuala Lumpur. Nanti akan diceritakan tentangnya. Selepas itu saya ke Perpustakaan Negara untuk mendapatkan nombor ISBN juga rujukan PDP/katalog bagi buku terbaru saya "Kenangan Kembara Solo Hitchhike Eropah Tahun 1995" yang disasarkan dapat keluar dari kilang cetak bulan Jun ini insyaallah. Selesai itu jam 4 saya pun duduk di satu bahagian perpustakaan lalu mula menyiapkan 7 artikel sokongan di blogspot BERPETUALANG KE ACEH, 4 di SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART) dan 1 di Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH). Ia adalah untuk membantu melancarkan penceritaan kali ini.


Merujuk kepada artikel Menyahut panggilan haul Tok Pulau Manis - Ke Pantai Timur sambil mengenang pencarian lama yang dipersembahkan semalam. Kami tidak terus ke Terengganu tetapi bermalam di rumah seorang anak saudara isteri di pinggir bandar Kuantan, Pahang.


Letaknya sekitar 6.5 km dari Lebuh Raya Pantai Timur. Pagi Jumaat 19 April 2019 kami pun masuk ke lebuh raya untuk menyambung perjalanan ke Terengganu.


Tetapi kami cuma menggunakan lebuh raya dalam 10-15 km sahaja. Ini kerana kami keluar balik untuk mengambil jalan pantai.


Dapatlah singgah melihat pemandangan di Cherating dan beberapa tempat sebelum masuk ke negeri Terengganu melalui Kemaman.





Pusing sebentar di bandar Chukai.





Singgah di masjid lama Kampung Tuan...





Ini pula dekat tempat bernama Telaga Simpul. Sempat melihat telaga yang dimaksudkan kemudian panjat pula bukit bersebelahan hingga ke puncak walau hari panas dan saya sedang berpuasa. Lihat artikel Telaga Simpul, Kemaman diikuti The hill besides Telaga Simpul in Kemaman.


Perjalanan diteruskan melepasi kawasan pemprosesan minyak di Jerteh dan Paka...


Sampai ke Kuala Dungun sudah hampir waktu untuk menunaikan solat Jumaat.


Kami pun ke masjid terdekat untuk menunaikan tuntutan agama. Lihat Masjid (Mosque of) Tengku Ampuan Intan Zahrah, Kuala Dungun.


Selepas solat kami ke kawasan pantai di mana isteri dan anak-anak makan tengah hari sambil saya melihat. Alahai... :]


Di Kuala Dungun kami menikmati pemandangan sekitar pantai kemudian sungai daripada beberapa sudut. Lihat artikel Dungun river from its Medan Ikan Bakar diikuti Dungun river near the old Pulau Tenggol jetty..


Perjalanan diteruskan ke Kuala Terengganu. Oh, sebelum itu ada singgah melihat pemandangan di satu bandar kecil berdekatan. Lihat Marang river waterfront.


Sebelum masuk ke pusat bandar raya singgah di masjid 'terapung Teluk Ibai...





Masuk ke pusat terus menuju ke satu kawasan...





Kami mahu melihat satu binaan baru yang bakal merubah secara drastik wajah Kuala Terengganu.




Tu dia binaan yang dimaksudkan. Nampak tak betapa unik dan terserlah? Rasa macam sampai ke London lah pulak. Teringat zaman belajar di sana tahun 1991-1995 selalu juga ke Tower Bridge atau jambatan dengan dua buah menara tinggi hampir serupa tetapi versi lama. 

Tapi kalau orang Ganu sebut jadi le Londong hehe. Tu yang buat tajuk kecil artikel ini  sebagai "Dari Kuantang (Kuantan) ke Londong". Macang (macam) orang sebuk (sebut) makang ikang atas pinggang. Lihat Terengganu river and the 'tower bridge'


Singgah di Pasar Payang terus cari telur penyu pula. Saya dan anak-anak memang suka makan.  Mahal dah la ni, sebiji RM5. Beli le 10 biji. Saya makan 4, anak-anak makan 3 biji setiap seorang. 

Alang-alang sudah berada di Kuala Terengganu kami juga menikmati pemandangan di lain-lain tempat berdekatan. Lihat The 'extended' Terengganu river mouth diikuti Views from the Pesisir Payang waterfront.


Ziarah sekali makam Sultan pertama Terengganu, Sultan Zainal Abidin satu dan beberapa makam lain di Bukit Kledang. Saya pergi dengan niat kalau pintu pagar di kaki bukit terkunci saya setakat akan memberikan salam dari dalam kereta kemudian bergerak. Kalau tak kunci saya naik ke atas...





OK. Saya kesuntukan waktu kerana harus berkejar untuk satu mesyuarat keluarga. Ketika menulis ayat ini sudah jam 6.45 sedangkan asalnya mesyuarat mahu diadakan jam 6. Cukuplah ditambah selepas itu kami bertandang ke masjid, makam dan surau Tokku Paloh. Lihat Lawatan kembali Masjid Tokku Paloh (Tokku Paloh mosque revisited) Kemudian ke Kampung Pulau Manis di mana sedang berlangsung majlis haul atas nama ulamak bertaraf wali abad ke-17 dan 18 itu. Lihat Galeri (Gallery of) Tok Pulau Manis diikuti Haul Tok Pulau Manis - Apabila penyanyi rock Awie beraksi pada acara julungkali.


Tiada ulasan: