Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Isnin, April 22, 2019

Menyahut panggilan haul Tok Pulau Manis - Ke Pantai Timur sambil mengenang pencarian lama

Salam semua. Saya dan keluarga baru kembali daripada satu perjalanan di Pantai Timur 18-21 April lewat malam semalam. Ia adalah perjalanan pertama kami ke belah sana buat tahun 2019 merangkap perjalanan jauh kedua kami ke mana-mana untuk tahun sama. Adapun beberapa hari kebelakangan jiwa saya lebih memberikan tumpuan kepada perjalanan tersebut disebabkan hal yang akan diceritakan di sini. Selepas ini saya harus memberikan tumpuan penuh kepada dua perkara berikut :-

1. Penulisan tesis saya di ISTAC (Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam) - Selepas perbincangan terakhir dengan penyelia saya, Sheikul Kulliyah ISTAC, Profesor Ulung Datuk Dr Osman Bakar pada hari Isnin 8 April iaitu 2 minggu lalu saya belum lagi melakukan beberapa pembaikan juga pemanjangan perkara yang diminta beliau pada sesi tersebut

2. Semakan terakhir untuk manuskrip lengkap siap reka letak bagi buku ke-13 saya, "Kenangan Kembara Solo Hitchhike Eropah Tahun 1995" -  Siap semakan penuh baru boleh dihantar ke kilang cetak. Sasaran saya buku dapat keluar di pasaran bulan Jun ini. Sebelum itu saya harus membuka dahulu pre-order atau tempahan awal bagi mendapatkan modal cetak.

Itu dua perkara utama yang harus ditangani dalam masa terdekat selain beberapa perkara lain. Buat masa ini agar jiwa terasa lebih lapang dan lengkap biar mula dilepaskan cerita-cerita daripada perjalanan di Pantai Timur bermula dengan ini sebagai artikel pengenalan juga artikel hari pertama perjalanan...


Sekitar 2 bulan lepas saya terlihat poster atas ini diwar-warkan di Facebook. Ia adalah untuk majlis haul juga disebut hol iaitu mengenangkan tokoh dan ketokohan Tok Pulau Manis. Ia merujuk kepada ulamak merangkap wali besar Terengganu abad ke-17 dan18 Masihi yang nama tubuh badannya adalah Abdul Malik, juga dikenali sebagai Sheikh Abdul Malik ibni Sharif Abdullah ibni Sharif Abdul Qahar ibni Sharif Muhammad Baghdadi.

Secara spiritual atau kebatinan yang susah hendak diterangkan kecuali bagi orang yang faham, tokoh yang sudah meninggal dunia lebih 300 tahun ini memainkan peranan penting dalam mendidik lalu membantu saya mencari diri dan erti. Ini merujuk kepada zaman saya melilau selalu tidur di masjid dan makam-makam lama demi mencari makna keMelayuan dan peranan diri bermula penghujung 2001. Tentang hal tersebut akan diceritakan dalam artikel pengenalan ini. Majlis haul Tok Pulau Manis diadakan buat julungkalinya dalam sejarah yang diketahui. Oleh itu saya berazam akan membawa isteri dan anak-anak menghadiri.



Selepas beberapa lama keluar poster menyenaraikan atur cara. Oleh kerana ia bermula pagi Jumaat 18 April saya dan isteri telah merancang untuk bergerak ke lokasi di Kuala Terengganu sebaik sahaja selesai mengambil anak kembali dari sekolah petang Khamis. Kami telah menghantar surat memberitahu anak-anak tidak dapat hadir ke sekolah kebangsaan juga sekolah agama pada hari Jumaat. Tentunya kami harus bergerak lebih awal kerana lokasi terletak lebih 450 km dari rumah.


Pagi Khamis hingga ke tengah hari saya harus berada dalam satu majlis diskusi buku di ISTAC sebagai salah seorang pengulas. Kembali sahaja ke rumah saya harus berkongsi cerita tentangnya pula di blogspot CATATAN SI MERAH SILU. Artikel yang mula ditulis sekitar jam 3 dapat dipersembahkan pada jam 6.05 petang. Lihat Menjejak Alexander Zulqarnain di bumi Khurasan - Satu diskusi yang membuka banyak persoalan.



Sekitar jam 6.30 kami pun bersedia untuk meninggalkan rumah. Sambil berkongsi sedikit gambar yang diambil dalam perjalanan biar dikongsikan cerita 'hubungan' istimewa saya dengan Tok Pulau Manis.


'Hubungan' ini bermula selepas bersolat Jumaat pada satu hari tahun 2003. Ketika itu saya sudah lebih setahun asyik keluar berkelana ke sana ke mari menziarahi makam-makam lama terutama di negeri Perak demi memahami arah tujuan hidup yang didapati ada kena-mengena dengan darah keturunan.


Pencarian ini bermula selepas berlakunya peristiwa 911 iaitu robohnya menara berkembar World Trade Centre di New York, Amerika Syarikat 11 September tahun 2001. Sebelum itu saya telah mendapat mimpi memberikan bayangan bahawa saya harus menggalas satu tugas kepimpinan disebabkan darah yang diwarisi daripada nenek moyang.


Ini membuat saya mula menggali tentang salasilah keturunan belah ayah yang terkait dengan kerabat diraja Perak dan Aceh. Kemudian baru tahu ada sekali darah diraja Bugis seterusnya darah bangsawan dan para wali di Jawa. Tetapi tumpuan saya lebih terarah ke darah Aceh kerana amanah mengangkat daulah keagamaan di samping kerajaan yang terkandung di dalamnya. Lalu saya menyimpan hajat untuk menyusuri jejak leluhur dan menziarahi makam mereka di Aceh, lebih spesifik di tapak pusat kerajaan Samudera dan Pasai yang diasaskan oleh Sultan Malikus Saleh 800 tahun lalu.


Namun Aceh ketika itu sedang dilanda darurat akibat perang antara puak pemisah GAM (Gerakan Aceh Merdeka) dengan TNI (Tentera Nasional Indonesia). Akibat itu orang luar dilarang masuk ke wilayah Serambi Mekah itu sedangkan saya teringin amat sangat hendak ke sana. Selain itu saya tidak cukup duit dan tidak tahu cara untuk sampai. Disebabkan itu selepas bersolat Jumaat pada suatu hari tahun 2003 (sudah lupa tarikh tepat) saya berdoa kepada Allah SWT agar dapat ditunjukkan satu jalan yang boleh membawa wasilah kerohanian ke Aceh.

Hasil doa inilah pada waktu itu juga saya mendapat gerak rasa agar berjalan kaki dari masjid beberapa kilometer ke suatu arah sehingga sampai ke satu kedai cermin mata di pinggir pusat bandar raya Kuala Lumpur. Dalam kedai itu terjumpa satu risalah tentang Tok Pulau Manis. Buka sahaja risalah terus terjumpa apakah kaitan beliau dengan Aceh. Hal ini membuat saya terus terasa mahu menziarahi makam beliau di Kuala Terengganu. 

Saya dilorongkan hingga dapat sampai ke makam dengan mudah walaupun tidak tahu tahu kedudukannya 15 km ke barat-daya KT. Biar diletakkan pautan-pautan bagi cerita-cerita berkenaan yang disajikan antara tahun 2008 hingga 2014...






Tiada ulasan: