Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-






Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Tuesday, April 10, 2018

Jejak Wasilah Patani - Wilayah Jambu, Tanjung Budi dan tanah besar yang menghadapnya

OK. Masuk cerita keseluruhan hari ke-5 perjalanan saya dan keluarga ke Patani 19-25 Mac. Bersambung daripada Jejak Wasilah Patani - Melawat masjid-masjid dan meninjau Sungai Patani dari pelbagai sudut sambil melengkapkan apa yang kurang.


Pagi Jumaat 23 Mac 2018 dimulakan dengan kami berjalan kaki ke luar hotel melihat persekitaran menuju ke arah pusat bandar Patani.


Laluan yang membawa ke tempat rehat tepian Sungai Patani ini sudah banyak kali kami lalui dengan kereta. Baru kali ini berjalan kaki. Lihat artikel Morning walk from the hotel to Patani river. di blogpot BERPETUALANG KE ACEH.


Kami berjalan kaki itu juga kerana mahu mencari sarapan di warung tepian jalan.


Kembali ke hotel layan anak-anak mandi kolam renang kemudian berehat dalam bilik. Masuk waktu untuk bersolat Jumaat baru kami keluar dengan kereta.


Cuma sayang saya silap jangkaan. Sampai ke masjid besar di tengah bandar dah sibuk kena cari parking. Dah macam nak jumpa ruang tengok-tengok orang keluar dah habis solat Jumaat.


Tak mengapalah. Sebagai seorang musafir tak wajib pun saya bersolat Jumaat hari itu. Cuma kalau boleh memang nak tunaikan tetapi apa nak buat? Sebelum keluar tu perut buat pasal, dah kena 'bertapa' lama dalam tandas. Perjalanan diteruskan dengan keluar bandar ke arah timur masuk satu wilayah yang dipanggil sebagai Jambu. Ketika keluar itulah saya terlihat ada masjid yang baru habis solat Jumaat. Cuma masjid di tengah bandar dah habis cepat...



Saya dan isteri dah target hendak makan tengah hari di sebuah restoran tepian jalan, dalam wilayah Jambu ini.


Kami dibawa makan ke sana hari Rabu sebelum itu. Makanan sedap dan harga cukup murah. Air minum 2-3 rasa dan kuih muih pelbagai rupa percuma, pulut mangga sekali bayar boleh 'refill' berapa kali yang kita suka. Rujuk balik artikel Jejak Wasilah Patani - Bersyarah di Prince of Songkla University sebelum menjejak makam-makam bersejarah di sekitar wilayah.


Ketika hendak mencari kedai itulah ternampak papan maklumat menyatakan terdapat istana Raja Jambu tidak jauh daripada situ. Kami pun bertanya  pada orang di kedai arah ke istana. Alhamdulillah, jumpa, dapat masuk ke dalam. Lihat artikel Istana (Palace of) Raja Jambu di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART).


Adapun pada masa dahulukala Jambu adalah satu wilayah dalam kerajaan besar Patani yang memiliki raja atau pemerintah sendiri tetapi adalah bawahan kepada raja atau Sultan Patani. Selepas Patani dipecahkan oleh kerajaan Thai (selepas penaklukan tahun 1785) menjadi beberapa negeri kecil, muncul sempadan sekarang yang mana nama Patani masih dikekalkan tetapi merujuk kepada satu wilayah kecil. Wilayah-wilayah serpihan seperti Jambu pula dijadikan sama taraf, ada pemerintah atau raja sendiri yang sama tingkat kedudukan. Perjalanan saya dan keluarga selepas petang Jumaat itu rata-rata berlaku dalam wilayah kekuasaan Jambu...


Saya sendiri berjalan dengan harapan akan mendapat suatu tanda atau petunjuk. Saya ada seorang moyang belah bapa yang dalam salasilah keluarga Laksamana Raja Mahkota Perak dikenali sebagai Toh Jambu.


Nama (atau lebih pada gelaran) tersebut membayangkan beliau berasal dari wilayah Jambu di Patani. Bertahun dahulu saya pernah mendapat alamat bahawa seorang moyang saya dari Aceh berhijrah ke Patani sekitar tahun 1730 atas sebab tertentu. Anak kepada moyang inilah yang dikenali sebagai Toh Jambu. Beliau berhijrah ke Perak sekitar tahun 1750an gitu. Rujuk artikel lama Perjalanan terbaru ke Perak... Mencari makam Keramat Sungai Durian dan membuka sedikit taraf sebenar keluarga Laksamana Raja Mahkota!. yang ditulis 10 tahun lalu.


Termasuk dalam wilayah Jambu adalah satu pantai yang menarik..Nama Melayunya adalah Pantai Teluk Kapur. Letaknya di 'pangkal' satu tanah sempit yang menjulur ke laut sejauh 20 km. Lihat Beach of Talo Kapo.


Di bahagian tengah tanah sempit panjang itu terdapat tempat bernama Kampung Dato'. 


Ada masjid lama kami mahu singgah lalu menunaikan solat.





Tidak jauh dari masjid terdapat makam hamba Allah yang menyebabkan tempat ini dipanggil sebagai Kampung Dato', juga Tanjung Dato;.


Cerita berkenaan telah saya kongsikan dalam artikel Misi jejak Aceh-Langkasuka : Lawatan lapangan ke makam-makam dan petunjuk Dato' Panjang setahun lalu.


Di sini biar ditambah lawatan ke satu kawasan pemakaman berdekatan yang kewujudannya baru saya sedari penghujung lepas. Rujuk artikel Jejak Langkasuka-Siam Lama-Srivijaya - Panggilan tersirat kerajaan Reman-Patani yang dipersembahkan 3 bulan lalu. Dalam lawatan kali ini baru kami dapat melihatnya dengan jelas waktu siang. Lihat Makam (Tomb of) Sultan Muhammad Patani, Kampung Dato'.


Perjalanan diteruskan untuk mencapai bahagian hujung tanah sempit dalam wilayah Jambu yang memanjang ke laut sehingga 20 km...








Sampai dah habis jalan tar paling hujung masuk sedikit jalan tanah merah.


Bila dah rasa kereta tak boleh dipaksa pergi lagi, takut tersangkut dalam tanah dan pasir saya pun keluar lalu mula berjalan kaki...


Nasib baik ada jalan batu. Kalau kena lalu pasir teruk juga kerana ada jarak lebih 1 km lagi sebelum boleh betul-betul sampai ke hujung.


Dan nasib baik saya mendapat satu jenis bantuan untuk cepat sampai. Tu pun masih kena jalan kaki kena pasir masuk air masin sebelum sampai betul-betul ke hujung. Lihat On to the very tip of Tanjung Budi.


Dah sampai hujung rendam kaki sat dalam laut sebagai syarat...



Peliknya bila disemak kedudukan dalam Google Map signal menyatakan saya sedang berdiri agak jauh di tengah laut....


Untuk memuaskan hati saya pergi sampai ke sebuah pulau pasir dengan meredah sedikit laut. Lihat On to the very tip of Tanjung Budi - part II.


Di perairan pulau tersebut saya merendamkan kaki lagi sebagai syarat...


Setelah betul-betul puas di Tanjung Budi baru saya kembali ke kereta lalu berkejar kembali ke arah bandar Patani.


Pergi ke kawasan pantai yang betul-betul menghadap Tanjung Budi (kelihatan di tengah gambar). Perjalanan dengan kereta memakan jarak 40 km dari situ ke sini. Lihat Chasing sunset at Rusamilae beach.


Kembali ke arah pusat bandar menuju ke hotel pula kami singgah di tempat ini.


Letaknya sekitar 500 meter dari muara Sungai Patani. Siang Jumaat kami pun ditutup di situ. Lihat Patani river close to its mouth.
.


No comments: