Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-






Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Monday, April 02, 2018

Jejak Wasilah Patani - Bersyarah di Prince of Songkla University sebelum menjejak makam-makam bersejarah di sekitar wilayah

Hari ini saya agak tertekan untuk menyiapkan cerita hari ke-3 perjalanan saya dan keluarga ke Patani 19-25 Mac. Dalam keadaan entah kenapa kepala begitu berat macam tak cukup tidur walhal banyak baring kepenatan, cuma tak nyenyak tidur, dalam keadaan perut asyik sakit sejak 2 hari kebelakangan asyik berak cair, badan bisa-bisa kaki mudah cramp saya terasa wajib juga menyiapkan cerita. Padahal esok pagi saya harus bersiap awal untuk memberikan satu syarahan penting seperti dinyatakan dalam artikel Tentang pelancaran rasmi buku berkembar Nabi Adam dan Benua Tua Melayu akan datang serta beberapa hal berkaitan Selasa lalu. Tapi terasa diri macam tak siap kalau artikel ini tidak diselesaikan terlebih dahulu. 

Untuk itu 7 artikel sokongan harus dipersembahkan terlebih dahulu di blogspot BERPETUALANG KE ACEH, 10 di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART). Hampir jam 11 malam baru semua itu selesai. Sekarang barulah boleh disambung penceritaan daripada artikel terdahulu, Jejak Wasilah Patani - Dugaan denda 10,000 Baht yang mengubah sedikit rancangan.


Awal pagi Rabu 21 Mac 2018. Saya mula meninjau pemandangan daripada bilik hotel.





Keluar dari bilik saya mencari sudut-sudut pandangan terbaik.


Terus memanjat sampai ke tingkat atas.


Kedudukan dalam bandar betul-betul di tepian Sungai Petani memberikan pemandangan yang menakjubkan. Lihat artikel-artikel berikut :-






Jam 7.20 pagi kami bergerak keluar menuju ke suatu tempat.


Destinasi kami adalah Prince of Songkla University, universiti utama di selatan Thailand. Jalan ke sana hampir lurus ke barat daripada hotel kami. Lihat Going to Prince of Songkla University, Patani.


Dekat pintu masuk kami bertemu kenalan bernama Nik Rakib seorang pensyarah pengajian Melayu di sana. Beliau belanja kami sarapan dekat pintu masuk universiti sebelum membawa masuk ke jabatan berkenaan.


Tanpa dirancang Nik Rakib telah meminta saya memberikan syarahan tentang mengkaji sejarah Melayu dan perlunya untuk selalu turun padang meninjau dan melihat dengan mata kepala sendiri tempat-tempat bersejarah...


Walaupun bahasa pengantar universiti adalah bahasa Thai mereka di sini faham bahasa Melayu. Cuma antara fasih dan tak berapa fasih sahaja sebab generasi muda lebih dibiasakan berbahasa Thai.


Nik Rakib memulakan dengan berkongsi pengalaman beliau sendiri suka membawa pelajar ke lapangan. Cuma sejak kebelakangan itu gerakannya terhad akibat diserang penyakit angin ahmar.


Selepas memperkenalkan saya sebagai seorang penulis buku, penulis blog, pengembara dan pengkaji sejarah dari Malaysia saya pun mengambil tempat di hadapan. Menggunakan talian Internet, komputer dan projektor saya pun berkongsi beberapa pengalaman lama dalam menjejak sejarah dan kenapa saya memilih suatu tempat. Antara contoh yang diberikan ialah perjalanan jauh saya dan keluarga di Thailand bulan Disember lalu yang memakan jarak pemanduan kereta sendiri sebanyak 4,167km dalam masa 12 hari. Rujuk artikel Jejak Langkasuka-Siam Lama-Srivijaya - The Compilation. Diberitahu juga sekembali daripada perjalanan tersebut saya terlupa memulangkan satu dokumen kebenaran membawa kereta kepada kastam lalu didenda teruk apabila hendak masuk ke Thailand lagi. Rujuk artikel Jejak Wasilah Patani - Dugaan denda 10,000 Baht yang mengubah sedikit rancangan.


Sambil syarahan berjalan semakin ramai pelajar muncul untuk memenuhi kelas yang boleh menempatkan 70 orang pelajar.


Bergambar di bawah selepas syarahan tamat. Yang kelihatan ini kurang separuh yang hadir. Gambar diambil ketika pelajar masih berkumpul untuk memenuhi ruang lensa.


Nik Rakib kemudian mengajak saya dan keluarga menaiki kereta 4WD milik seorang rakan pegawai jabatan. Nama beliau kalau tak salah ingatan adalah Zawawi.


Kedua-dua mereka minat menjejaki tempat bersejarah. Kami dibawa ke kawasan luar bandar untuk sampai ke beberapa tempat.


Pertama adalah ke makam seorang ulamak dari Pasai iaitu di utara Pulau Suatera. Beliau dikatakan telah mengIslamkan raja pertama Patani hampir 600 tahun lalu. Lihat artikel Makam (Tomb of) Tok Pasai, Patani.


Kedua adalah tempat yang dikenali sebagai Telaga Lailatulqadar. Nama itu harus dapat membayangkan keutamaannya. Lihat Telaga (Well of ) Lailatulqadar, Kampung Bendang Daya.


 
Seterusnya kami ke makam seorang ulamak yang pernah menjadi panglima perang Patani. Beliau dan anaknya pernah mendapat malam Lailatulqadar di telaga tadi. Lihat Makam (Tomb of) Tok Bendang Daya.


Keempat adalah ke tapak pusat kota kerajaan lama Langkasuka. Ini adalah daripada zaman sebelum ia ditukar nama menjadi Patani.


Yang ini saya pernah pergi dibawa bersama satu rombongan lebih setahun lalu. Lihat artikel lama Misi jejak Aceh-Langkasuka : Lawatan lapangan ke makam-makam dan petunjuk Dato' Panjang.


Seterusnya kami ke masjid yang diasaskan oleh seorang ulamak bertaraf wali.


Di sisi masjid ada makam beliau. Dalam masjid pula ada mimbar lama berserta tongkat khutbah peninggalan beliau. Lihat artikel-artikel berikut :-







Sebetulnya tempat-tempat yang dilawati tadi adalah mengikut senarai yang diberikan oleh sahabat saya, Ustaz Halim daripada Khazanah Fathaniyah di Malaysia. Beliau selalu membawa orang berjalan ke Patani menziarahi tempat-tempat tersebut. Ada yang Nik Rakib dan kawannya Zawawi pun tak pernah sampai lalu kami menjadi asbab mereka sampai. Selepas itu Zawawi membawa kami ke sebuah restoran yang agak unik, Nik Rakib pun baru sampai. Makanannya bukan sahaja sedap tetapi murah. Nasi, kuih muih, air pelbagai rasa dan kudapan pembuka dan penutup selera semuanya diberikan percuma, boleh ditambah sebanyak mana yang kita sanggup dan suka...

\



Restoran itu disinggahi dalam perjalanan kembali ke bandar Patani. Senarai tempat-tempat yang elok dilawat yang diberikan Usttaz Halim dituruti lagi apabila kami dibawa ke tempat ini. Lihat Telaga (Well of) Sheikh Daud al-Fathani.


Adapun senarai tersebut lebih pada tempat-tempat bersejarah yang melibatkan ulamak silam Patani. Selepas beberapa lama baru kami menurut senarai lawatan sendiri dengan pergi ke makam raja-raja bermula dengan raja pertama Patani yang dikatakan memeluk Islam. Boleh rujuk cerita dalam artikel lama Misi jejak Aceh-Langkasuka : Lawatan lapangan ke makam-makam dan petunjuk Dato' Panjang.
 .

Kemudian baru kami dibawa ke tempat yang paling hendak dituju dalam lawatan ini tapi kami tak tahu lokasi. Baru kini dapat menjejaki, lalu kami suami isteri betul-betul merasa puas hati. Di sinilah bersemadi watak-watak utama yang disebut dalam filem terkenal Queens of Langkasuka. Lihat Makam raja-raja perempuan Patani (Tombs of the queens of Patani).


Masuk ke bandar Patani pula kami ditunjukkan satu tanah perkuburan besar yang penting dalam sejarah abad ke-19 Patani dan kemudiannya. Lihat artikel-artikel berikut :-




Makam (Tomb of) To' Ayah Wan Sulaiman


Dalam perjalanan kembali ke universiti untuk mengambil kereta yang ditinggalkan dalam kampus isteri diturunkan dahulu di hotel kerana anak-anak tak sabat hendak mandi di kolam berenang. Oleh kerana ada pintu keluar universiti membawa ke satu bahagian penghujung tanah menghadap laut keluar dari bandar Patani saya pun bersendirian meninjau tempat.


Saya sampai sanggup masuk jauh sebuah jalan sempit tanah merah kemudian berjalan kaki ke hujung apabila kereta dah tak boleh masuk lagi demi mendapatkan pemandangan yang dimahukan. Lihat artikel Looking for Patani's 'lands end'.


Selepas itu baru tahu pemandangan yang dicari boleh dicapai melalui satu jalan lain yang selesa dan luas. Lihat Enter the Rusamilae Beach.


No comments: