Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-






Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Wednesday, April 04, 2018

Syarahan "Prophet Adam and the Malays 60,000 Years Ago - Aligment of Time, Revealed Knowledge and Science" di ISTAC

Salam semua. Merujuk kepada artikel Tentang pelancaran rasmi buku berkembar Nabi Adam dan Benua Tua Melayu akan datang serta beberapa hal berkaitan yang ditulis Selasa minggu lepas. Ada disebut tentang saya dijadualkan memberi syarahan di satu institusi pengajian peringkat tinggi di ibu negara. Semalam syarahan selamat dilakukan dengan jayanya. Hari ini biar dikongsikan cerita.



 
Pagi Selasa 3 April 2018 saya dan isteri bergerak ke ISTAC (Institute of Islamic Thought and Civilisation) atau  Institut Antarabangsa Peradaban Islam dan Dunia Melayu.


 
Terus mencari bilik tempat saya dijadualkan memberi syarahan jam 9.30 pagi.


Kami sampai sekitar jam 8.30 lalu bersarapan dahulu sambil menunggu lebih ramai hadirin muncul.


Jam 9.30 baru masuk ke dalam bilik yang dikhaskan untuk syarahan.


Walaupun syarahan dijadualkan bermula ketika itu bagi peluang untuk mereka yang lambat sampai puas bersarapan sambil saya dan pihak penganjur iaitu ISTACSS (ISTAC Student Society, persatuan pelajar institusi) memastikan peralatan siap untuk membantu syarahan.



Jam 9.43 baru kami sedia untuk memulakan acara.


Tanpa dirancang awal seorang kawan aktivis dalam dunia busana tradisional Melayu dan persilatan diminta meniup alat tetuang sebagai isyarat memanggil semua masuk ke bilik.








MC yang merupakan seorang pelajar ISTAC (ke pegawai? Lupa pula) membuka kata-kata bicara...


Kemudian sahabat saya saudara Tengku Ahmad Ridhauddin sebagai wakil penganjur memberikan pengenalan tentang syarahan dan latar belakang penyampainya iaitu saya...


Asalnya syarahan mahu dihadkan kepada 50 orang sahaja. Tetapi jumlah yang muncul termasuk beberapa orang kawan lama saya juga para aktivis kedaulatan Melayu Islam mencapai 70 orang.


Menariknya boleh tahan ramai anak Melayu datang berbusana penuh tradisional, ada antaranya pensyarah lulusan luar negara bergelar Dr (PhD)...



Syarahan dimulakan sebelum jam 10 pagi. Saya tidak tahu waktu tepat kerana gambar-gambar seterusnya rata-rata diambil daripada Facebook seorang kawan baik saya


Selepas memberitahu tajuk "Prophet Adam and the Malays 60,000 Years Ago - Aligment of Time, Revealed Knowledge and Science"  dibuat berdasarkan intipati isi buku-buku terbaru saya (rujuk artikel Ulasan ringkas buku berkembar Nabi Adam dan Orang Melayu serta Benua Tua Melayu dalam akhbar dan perkongsian pembaca awal...) saya pun menyatakan persoalan yang mahu dijawab melalui syarahan ini. Saya meletakkan 4 kenyataan yang perlu diteliti lalu menjadi asas persoalan dan bagaimana mencari jawabannya :-


1. Rata-rata ulamak bersetuju Nabi Adam AS dturunkan ke muka bumi tak sampai 10,000 tahun lalu,

2. Sains mengatakan kehidupan serupa manusia telah muncul lebih 4 juta tahun lalu.

3. Manusia moden seperti kita, dipanggil Homo Sapiens telah wujud 209,000 lalu

4. Kajian DNA menunjukkan orang Melayu telah wujud 60,000 tahun lalu.


Semua kenyataan 2, 3, dan 4 bercanggah dengan kenyataan 1. Ini kerana kita diajar Nabi Adam AS adalah manusia pertama di muka bumi. Bagaimana pula boleh ada kehidupan berbentuk manusia yang katanya wujud lebih 4 juta tahun dahulu? Bagaimana juga boleh wujud manusia moden Homo Sapiens 209,000 tahun lalu berbanding Adam kurang 10,000 tahun lalu?

Mungkin percanggahan ini kita boleh ketepikan dengan berkata... ah... itu kata sains..Kita orang Islam harus ikut agama. Biarlah si luncai terjun dengan labu-labunya. Bukan ada kena mengena pun kita dengan kehidupan manusia awal atau Homo Sapiens itu. Tetapi apabila ada kajian DNA dibuat oleh seorang saintis Melayu yang saya kenali sebagai seorang muslimat bertudung mengatakan orang Melayu sudah wujud 60,000 tahun lalu takkan nak biarkan begitu sahaja? Harus dicari jawaban atau sudut pandangan yang dapat menyelaraskan pandangan sains berbanding ilmu daripada kitab.



Untuk menyelesaikkan persoalan saya pun membawa hadirin mengimbas kembali perjalanan saya dalam memahami perkara. Saya membawa mereka menyelami apa yang dirasakan ketika mengikuti satu wacana ilmu dipanggil Majlis Polemik Sejarah Malaysia Sesi Ke-24, “Petempatan dan Kerajaan Awal Malaysia sebelum 1400 Masihi” di Arkib Negara 19 April 2011. Di situ saya mula mengambil tahu tentang Benua Sunda atau Sundaland iaitu bentuk muka bumi Asia Tenggara beribu tahun lalu,  ketika paras air laut sedunia dikatakan lebih rendah sekitar 200 meter. Ia dikatakan tempat asal orang Melayu purba. Rujuk artikel lama Penemuan-penemuan menarik pada polemik sejarah di Arkib Negara 19 April 2011.



Saya membawa mereka untuk menyelami pula rasa ketika menghadiri majlis seterusnya yang membentuk arah tuju fikiran. Diceritakanlah tentang jangkauan kependudukan bangsa-bangsa yang sebenarnya adalah orang Melayu jua tapi tersebar jauh dan luas dari Pulau Madagaskar di perairan timur Afrika, barat lautan Hindi membawa ke New Zealand di barat lautan Pasifik, Hawaii di utara dan Pulau Easter ke timur menghampiri Amerika Selatan. Rujuk artikel lama Forum Identiti Melayu di Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya.


Dikongsikanlah tentang bentuk-bentuk kehidupan manusia menurut sains. Jenis manusia paling awal iaitu yang telah wujud lebih 4 juta tahun itu hampir menyamai beruk tapi bukan beruk. Menurut sains ia berevolusi daripada peringkat ke peringkat sehingga menjadi manusia moden Homo Sapiens seperti kita 209,000 tahun lalu.


Dijangkau pula penciptaan alam menurut sains yang katanya bermula 13.8 billion tahun lalu sehingga terbentuknya bumi kita lebih 4 billion tahun lalu. Selepas tempoh yang amat lama muncul makhluk ringkas satu sel dan daripada situ ia berevolusi menjadi makhluk banyak sel sampai boleh menjadi ikan, dinasour, mamalia dan kemudian manusia.


Diceritakan pula selepas diingatkan oleh seorang kenalan tentang manusia yang katanya wujud di Lenggong, Perak seawal 1.83 juta tahun lalu saya membuat kira-kira awal penyelarasan masa berdasarkan satu hadis Rasulullah SAW bahawa hari demi hari menjadi semakin pendek  semakin kita menghampiri akhir zaman. Rujuk artikel lama Kira-kira masa sebenar berdasarkan maklumat orang 'lama'.


Secara rata saya sebenarnya menerangkan dan mengulas kembali apa yang perlu untuk menyelaraskan masa agar persoalan awal yang ditimbulkan (tentang 4 kenyataan di atas di mana wujud Nabi Adam menurut kitab jauh berbeza tempoh masa dengan wujud manusia menurut kitab) dapat dijawab atau dirungkai.


Ini semua telah dikupas panjang lebar dalam buku-buku terbaru saya  dan syarahan cuma mengambil isi yang patut daripada buku-buku tersebut. Rujuk artikel Ulasan ringkas buku berkembar Nabi Adam dan Orang Melayu serta Benua Tua Melayu dalam akhbar dan perkongsian pembaca awal....



Cuma syarahan dibuat sepenuhnya dalam bahasa Inggeris menurut bahasa penghantar di ISTAC juga UIA (Universiti Islam Antarabangsa) yang menaunginya. Sesekali sahaja diselitkan bahasa Melayu kerana hadirin rata-rata orang Melayu dan ISTAC pun adalah satu institusi yang katanya mahu mengangkat tinggi peradaban Melayu.


Dikongsikan bagaimana saya mula mengambil tahu tentang kajian DNA Melayu terutama daripada syarahan saintis wanita tempatan yang saya diberitahu adalah orang paling terkehadapan di Malaysia dalam bidang tersebut. Lihat artikel lama Forum "Melayu Bukan Pendatang" di UKM.


Pendek kata arah tujuan fikiran saya dalam menperhalusi lalu menetapkan perkara dan jawabannya bukan berlaku setahun dua. Ia memakan tempoh lebih 5 tahun menghadam pelbagai bidang ilmu yang dikongsikan daripada ramai pakar bidang dalam pelbagai majlis ilmu di banyak institusi dan menara gading. Salah satunya adalah syarahan seorang profesor dari University of Oxford di United Kingdom. Lihat Ke Pulau Pinang untuk mendengar pembentangan Oppenheimer.





Kalau nak tahu lebih lanjut belilah buku-buku terbaru saya, buku berkembar ""Nabi Adam dan Orang Melayu 60,000 Tahun Lalu" serta "Benua Tua Melayu : Sumber Peradaban Dunia".


Akhir kata tentang syarahan semua yang dikongsikan adalah untuk menerangkan bagaimana dengan menggunakan satu formula matematik ciptaan sendiri saya mengatur kembali zaman kehidupan 25 orang rasul yang patut diketahui. Asasnya dengan memadankan turunnya Nabi Adam AS pada tahun 5872 Sebelum Masihi (tahun paling tepat saya dapati setelah meneliti pelbagai pendapat dan sumber) dengan munculnya manusia pertama Homo Sapiens menurut sains 209,000 tahun yang lampau. Dipadankan sekali banjir Nabi Nuh berlaku 3650 SM dengan letusan gunung berapi gergasi yang membentuk Danau Toba di utara Pulau Sumatera 74,000 tahun lalu menurut ilmu sains geologi.


Selepas syarahan kami keluar ke dataran dalam kawasan ISTAC untuk mengambil gambar beramai-ramai.


Terasa suasana peradaban dan ilmu tinggi disebabkan senibina bangunan menurut ciri-ciri istana Alhambra di Andalusia, satu tinggalan zaman kegemilangan Islam di Eropah 800 tahun lalu.





Kemudian baru kami makan tengah hari di ruangan sebelah bilik tempat syarahan.


Sungguh, ada suasana tenang penuh peradaban tinggi yang membuat saya terasa akan lebih banyak menghabiskan masa di sini bermula suatu tarikh nanti. Sebagai mengakhiri artikel biar dikongsikan lirik lagu Andalusia oleh M. Nasir...



Andalusia

Cahayamu bagai sabitah
Doaku kau sejahtera
Biar warna kubah-kubahmu kian pudar
Untukmu setanggi ini kubakar

Cahayamu sediakala

Aku rindukan zaman kebangkitan
Pabila nurani bersulamkan fikiran
Seganding dan bersatu
Lafaz niatku bertemu

Cahayamu tiada tara

Pohon salamku pada fakir-fakirmu andalusia
Pohon izinkanlah aku menyelami irama asyikmu
Pohon ku dipinjamkan gambus dan ghazalmu jadi azimat
Supaya dapat aku tari menongkah arus
Sahutlah andalusia

Apakah sudah kering lautan darah
Yang tertimbus di bumi alhambra
Ataupun masih bergelora menanti saat
Melimpah mengikut mata air

Antal hadi antal haqqu
Laisal hadi Ilaahu


-------------


Update hari Khamis 5 April 2018




Petang Khamis 5 April 2018 saya diberitahu seorang hadirin yang membuat rakaman penuh syarahan berserta soal jawab telah siap memuatnaiknya ke Youtube. Sila tonton paparan yang kelihatan.



Saya juga telah meletakkan kertas kerja atau working paper yang mengiringi syarahan tersebut masuk ke dalam satu platform yang bersesuaian. PDF paper tersebut boleh dimuat turun melalui pautan ini (sila klik sini)...





No comments: