Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Rabu, Disember 02, 2015

Buku "Hang Tuah : Catatan Okinawa"

Merujuk pada artikel Hang Tuah dan Ekspo Buku di PWTC yang dipersembahkan pagi Sabtu 3 hari lalu. Ini ada cerita lanjutannya... 


Pada akhir artikel tersebut ada ditunjukkan bahawa saya telah mendapatkan buku terbaru tentang Hang Tuah semasa di ekspo, buku yang kelihatan di atas. Selepas siap mempersembahkan artikel saya, isteri dan anak-anak bertolak ke Muar untuk bercuti dan berjumpa ibu, bapa saya. Disebabkan saya agak penat, isteri memandu hingga ke Melaka di mana kami mahu singgah dahulu ke satu majlis perkahwinan. Sepanjang perjalanan saya pun membaca buku. 



Sampai ke Melaka saya sudah berjaya menamatkan pembacaan sampai selesai kesimpulan. Namun itu sebenarnya masih kurang separuh isi buku kerana ia turut meliputi sejumlah bahan rujukan dan lampiran. Pembacaan disambung balik apabila sampai ke Muar. Selepas kembali ke rumah sendiri Ahad malam Isnin baru saya dapat menghadam keseluruhan buku. Dengan ini bolehlah diberikan review.

Nota : Daftar isi kandungan boleh dibaca dengan membuka gambar atas di dalam windows baru. Ini boleh memberikan gambaran ringkas apa yang boleh ditemui dalam buku...


Selepas kata pengantar dan mukadimah yang menyatakan tujuan utama buku dibuat adalah untuk menyangkal tuduhan sesetengah pihak bahawa Hang Tuah cuma dongengan orang Melayu masuklah Bab 1. Bab ini menyentuh bagaimana watak seorang pahlawan Melayu yang dikenali sebagai Hang Tuah itu diangkat begitu tinggi dalam masyarakat kita. Namun untuk membuktikan bahawa beliau memang benar-benar wujud, bukan sekadar cerita atau karangan dalam sastera, kita memerlukan bukti-bukti yang lebih konkrit. Bukti-bukti ini pula harus menepati kriteria yang dipersetujui dan disepakati dalam kajian sosial dan sejarah secara akademik...


Untuk itu kita harus memiliki bukti-bukti sesuai yang boleh menyokong kewujudan suatu watak. Bab 2 pun mengambil contoh 3 watak lain yang cukup dikenali dalam sejarah. Mereka adalah Alexander the Great dari Yunani, Julius Ceasar di Rom dan Laksamana Zheng He (juga dikenali sebagai Cheng Ho) dari Cina. Kriteria utama yang digunakan oleh para pengkaji dan sejarawan untuk menyatakan mereka memang pernah wujud secara nyata adalah adanya bukti primer (daripada perkataan Inggeris primary yang bermaksud asas). Ini bermaksud bahan dan/atau catatan tentang suatu watak yang sezaman dengan watak tersebut. Bahan itu boleh berbentuk artifak seperti senjata, pakaian, bangunan dan sebagainya. 

Dalam kes Alexander, si penakluk besar yang hidup 356-323 Sebelum Masihi terdapat apa yang dikenali sebagai Babylonian Royal Astronomical Diary dari Babilon (sekarang dalam Iraq) menyebut tentang kematian beliau. Ada juga dokumen sezaman tertulis dalam bahasa Aramaik di satu bahagian wilayah Parsi tercatat kedatangan baginda ke sana. Untuk Julias Ceasar yang lahir di Rom 100SM sebelum meningkat naik menjadi orang paling berkuasa dalam Empayar Rom, ada dokumen-dokumen yang ditulis beliau sendiri selain wang syiling yang menggambarkan rupa paras beliau. Untuk Cheng Ho yang terkenal sudah beberapa kali belayar membawa armada besar ke Alam Melayu ada catatan pelayaran yang dipahat pada satu kuil di Fujian tahun 1431. Dan pelayaran turut disebut dalam rekod kerajaan Dinasti Ming. 



Bagaimana tentang Hang Tuah? Maka masuklah Bab 3 seperti tertera di atas. Sumber utama Alam Melayu yang paling banyak menceritakan tentang HT adalah Hikayat Hang Tuah. Namun kajian menunjukkan ia ditulis paling awal pun pada tahun 1688. Sedangkan HT dikatakan wujud pada abad ke-15 Masihi iaitu lebih 200 tahun awal. Naskah paling terkenal iaitu Hikayat Hang Tuah selenggaraan Kassim Ahmad yang pertama kali diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1964 pula berasal daripada manuskrip yang selesai disalin pada 1878. Apapun. cara penceritaan hikayat ini banyak berbentuk epik sastera, banyak perkara luar biasa dan tidak masuk akal. Ia perlu diperhalusi dan ditapis dengan saksama sebelum boleh diisytiharkan sebagai sejarah.



Sumber lama kedua adalah kitab Sulalatus Salatin yang disusun oleh bendahara empayar Johor-Riau-Lingga iaitu Tun Sri Lanang. Karya yang turut dikenali sebagai Sejarah Melayu ini penulisannya lebih menepati ciri-ciri rekod sejarah yang diterima para pengkaji. Namun ia sendiri mula ditulis pada 1612. Walaupun disebut bahawa karya ini dibuat berdasarkan satu salinan hikayat Melayu yang telah wujud lebih awal, setakat ini belum dapat ditemui hikayat asal yang dijadikan rujukan. Maka tidaklah dapat ia memenuhi kriteria yang dikehendaki iaitu adanya bukti primer yang datang daripada satu zaman dengan Hang Tuah.


Satu lagi sumber lama yang menyebut tentang Hang Tuah adalah kitab Tuhfat al-Nafis karangan Raja Ali Haji. Kitab ini secara rata memperincikan hubungan kekerabatan antara raja-raja dan bangsawan Melayu dengan Bugis bermula apabila Lima Opu Daeng Bersaudara - Daeng Parani, Daeng Merewah, Daeng Menambon, Daeng Chelak dan Daeng Kemasi melibatkan diri dalam politik Empayar Johor-Riau-Lingga tahun 1700an. Hang Tuah disebut secara sepintas lalu sebagai berasal daripada Tanah Bugis/Makassar. Sedangkan kitab ini sendiri ditulis tahun 1800an.


Nasib baik ada juga bukti primer atau sezaman dengan watak yang boleh digunakan untuk menyokong kewujudan Hang Tuah sebagai satu entiti yang nyata, bukan khayalan semata. Satu adalah dalam catatan Alfonso Albuquerque, bangsawan dan panglima besar Portugis yang memimpin angkatan menakluki Kota Melaka. Lebih menakjubkan adalah kewujudan sejumlah surat antara Raja Melaka dengan raja kerajaan Ryukyu, sekarang sebahagian daripada negara Jepun. Surat-surat ini menyatakan hubungan dagang dan diplomatik antara kerajaan sepanjang abad ke-15. Ada daripadanya dinyatakan dengan terang ditulis sendiri oleh Laksamana yang mana harus merujuk pada Hang Tuah.


Paling menarik dan bernilai pada saya adalah salinan surat-surat berserta terjemahannya yang disertakan sebagai lampiran. Surat-surat lama ini membentuk sebahagian daripada rekod kerajaan Ryukyu yang dipanggil Rekidai Hoan. Pada zaman moden ia pertama kali dilampirkan dalam buku bertajuk Ryukyu Relations with Korean and the South Sea Countries oleh Atsushi Kobata dan Mitsugu Matsuda tahun 1969. Difahamkan, disebabkan buku tersebutlah ada cendekiawan kita dapat menyedari tentang hubungan Ryukyu-Melaka dengan surat-menyuratnya boleh dijadikan bukti kewujudan Hang Tuah sebagai satu entiti nyata.

Walapun pada saya buku "Hang Tuah : Catatan Okinawa" ini masih ada kurangnya, lampiran yang ada telah memberikan ia tambah nilai yang tinggi. Dengan ini cukuplah ulasan daripada saya. Nak tahu lebih lanjut boleh baca dan kaji sendiri.


12 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Guwa yg yg dimaksud dalam buku ini adalah diBentan.Bugis bone berperang dan mengalahkan makasar(sultan hadanuddin).orang makasar dtg ketanah melayu sekitar Tahun 1700an.Sebelum ketanah melayu Orang makasar mohon penepatan pd kesultanan banjar di kutai,pasir,dan mempawah setelah tewas dgn kerajaan bone..Disini.membentuk keturunan daeng setelah berbaur perkahwinan dgn puteri kerabat banjar.setelah datang ketanah melayu para daeng membuang silisilah banjar kerana mereka pernah meyerang kesultanan banjar tapi dapat ditewaskan.Kerana melanggar perjanjian mereka membawa diri kekepulauan riau dantanah melayu. Sekitar 1700an.Manakala Hang Tuah keberadanan sekitar 1430

the legend berkata...

saya nak beli la buku nie, sangat berharga

Unknown berkata...

Assalamulaikum, sebenarnya saya tercarai emel untuk saya hubungi.. tak jumpa .. jadi saya nyatakan di sisni.. Jumaat ini Jabatan Sejarah Universiti Malaya akan perbentangan. dijemput hadir...

Butiran:

Topik: Wujudkah Hang Tuah?
Tarikh: 11 Disember 2015
Tempat: Dewan Kuliah C, F. Sastera dan Sains Sosial Universiti Malaya
Masa 10 pagi
Pembentang: Profesor Emeritus Dr Ahmat Adam

Radzi Sapiee berkata...

Wassalam. OK. Noted.

Unknown berkata...

Assalamualaikum. Saya cuma nak tahu satu perkara; adakah sumber-sumber seperti catatan Alfonso dan surat-surat Okinawa itu menyebut nama "Hang Tuah"? Ataupun penulis buku membuat andaian bahawa orang yang tersebut dalam dokumen-dokumen itu adalah Hang Tuah. Mohon maaf kerana bertanya. Saya tidak ada kelapangan nak beli dan baca buku ni. Pada pendapat saya, jika tidak ada sebutan nama "Hang Tuah", macam mana ia boleh jadi bukti definitif?

Tanpa Nama berkata...

Kerana jelas disebutkan dalam hikayat Hang Tuah....bukti Ryukyu dan Vijayanagara hanyalah rujuk silang

Unknown berkata...

Salam.... sy nak tanya kat mana sy boleh dapat kn buku2 yg tuan tunjukkan... sy cuba beli secara online tetapi kehabisan stok

Radzi Sapiee berkata...

Wassalam. Boleh cari di pesta buku yang sedang berlangsung di PWTC. Atau hubungi terus penerbit...

http://www.penerbit.upm.edu.my/

Unknown berkata...

Mph online ada lg

Unknown berkata...

Di mana saya boleh beli buku Catatan Hang Tuah di Okinawa dan berapakah harga senaskah buku ini?

Abdul Rahman Mustafa berkata...

Saya beli dari MPHonline. Rm 65 termasuk harga pos.

atok_rock berkata...

Hang tuah masih satu watak misteri..ramai masih menyangkal kewujudannya..tanpa nama yg wujud secara jelas dlm mana2 kerajaan bsr dalam catatan atau manuskrip, masih sukar dibuktikan keberadaannya..ini yg perlu diambil kira..sgt tak logik seorg pahlawan profil tggi namanya tak disebut langsung..sekadar sebutan laksamana, itu belum cukup kuat membuktikan siapa itu..cuba klu awal-awal org tak tulis Adnan Saidi, 500thn lg sejarah akan knl sebagai Leftenan saja..ibarat gitu.