Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-






Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Wednesday, September 02, 2015

Menyusur Sungai Johor - Bukit Seluyut, Panchor dan Johor Lama



Dengan mendaratnya kami di jeti Bukit Seluyut bermulalah proses ziarah ke makam-makam lama.


Dari jeti kami berjalan kaki masuk ke dalam hutan.


Dalam perjalanan dah boleh jumpa beberapa buah makam.


Untuk ke makam-makam bersejarah yang telah dikenalpasti kepentingannya kami harus masuk lebih jauh ke dalam hutan sambil mendaki bukit.


Alhamdulillah, anak-anak saya termasuk Johan yang sudah berumur 3 tahun setengah tiada masalah mengikut rentak orang dewasa berjalan...


Setelah beberapa lama kelihatan bangunan makam ini.



Selamat datang ke makam Tun Isap Misai, Bendahara Johor pertengahan hingga penghujung abad ke-16 Masihi.


Beliau adalah nenda kepada sasterawan terkenal Tun Sri Lanang yang menjadi Bendahara Johor kemudian. Makam dipercayai didirikan di atas tapak rumah Tun Isap Misai dan di sinilah Tun Sri Lanang dilahirkan. Lihat artikel Makam (Tomb of) Bendahara Tun Isap Misai, Bukit Seluyudi blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART).


Perjalanan diteruskan untuk mendaki Bukit Seluyut hingga ke puncak.








Di situ pula terletak makam Sultan Muzaffar Syah yang membuka kota di Bukit Seluyut ketika memerintah 1564-1570. Lihat Makam Sultan Muzaffar Syah dan keluarga (Tomb of Sultan Muzaffar Syah and family), Bukit Seluyut.








Selesai ziarah kami kembali ke bot untuk menyambung perjalanan, kali ini dengan berpatah balik ke arah hilir Sungai Johor.









Turun di Panchor yang juga pernah menjadi sebuah pusat pentadbiran kerajaan lama Johor. Lihat artikel Views of Sungai Johor from Panchor di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.



Di sini cabarannya berlainan. Jika di Bukit Seluyut kami harus meredah hutan, di Panchor ini kami harus berjalan kaki dalam panas terik matahari untuk ke makam-makam.





Papan maklumat tentang sejarah Kota Panchor...



Oh. Antara kami ini terdapat seorang wakil daripada Jabatan Warisan Johor. Beliaulah yang memberikan penerangan sepanjang program menyusuri Sungai Johor ini berjalan.


Kami dibawa ke puncak bukit untuk menziarahi makam seorang serikandi wanita yang katanya suka berpakaian hitam seperti Ninja ketika menangani ancaman orang jahat. Lihat Makam (Tomb of) Tengku Dara Puteh, Panchor.





Ke bawah bukit terdapat makam Sultan Abdul Jalil IV, keturunan Bendahara Johor yang pertama naik menjadi sultan lalu membuka pusat pemerintahan baru di Panchor.


Cuma baginda sebenarnya mangkat dalam satu serangan di Kuala Pahang. Yang ini katanya makam tanda. Lihat Makam (Tomb of) Sultan Abdul Jalil IV.


Kembali ke Johor Lama kami terus naik kereta masing-masing ke muzium yang terletak berhadapan tinggalan kota di atas bukit. Lihat Group visit to Johor Lama museum. Oh, sebelum itu saya ada tersilap mengambil jalan lalu menuju ke luar kawasan. Terjumpa pula sebuah makam yang entah kenapa sebelum ini tidak pernah saya sedari kewujudannya walhal terletak di tepian jalan masuk ke Johor Lama. Lihat Makam Temenggung Johor atau makam Bidan (Temenggung Johor or Bidan mausoleum).
.



Inilah sebahagian daripada tinggalan kota Johor Lama. Kelihatan Johan seronok bermain-main di salah satu bonggolan tanah yang membentuk kota pertahanan ini...


Kali terakhir saya membawa keluarga berjalan ke sini adalah pada penghujung 2011. Ketika itu Johan masih berada di dalam perut ibunya. Lihat artikel lama Kembara Johor-Riau - Menjejak Sultan Alauddin II di Johor Lama dan Sayong Pinang sebelum berkejar ke Tanjung Sedeli. Pertengahan tahun ini pula saya datang tanpa keluarga kerana memenuhi tuntutan kerja. Ketika itu saya mengikut tim dokumentari yang mana saya menjadi penyelidik dan hos untuk meninjau tempat-tempat bersejarah yang mahu dimasukkan ke dalam program.  Lihat Daulah Melayu -Sekitar Kota Tinggi dan Johor Lama .



Masuk waktu solat Jumaat kami ke masjid jamek Johor Lama untuk menunaikan solat berjemaah...






Selesai solat kami bergegas ke pekan Teluk Sengat 3 km ke selatan lau terus ke jeti.



Kami naik bot lagi tapi untuk ke sebuah rumah rakit di tengah Sungai Johor.


Di situ kami makan tengah hari enak.



Saya pula seronok menikmati hidangan istimewa belangkas yang susah hendak didapati di tempat lain. Tak semua orang makan atau tahu makan. Selepas itu saya diminta untuk memberikan sedikit perkongsian ilmu. Lihat Lunch in the middle of Johor River off Teluk Sengat.
.