Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-






Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Tuesday, May 21, 2013

Ziarah dan umrah 2013 - Umrah kedua yang memakan masa Asar ke Isyaq

Alhamdulillah, hari ini 21 Mei genaplah 40 hari saya dan isteri meninggalkan Tanah Suci Mekah iaitu pada 11 April. Kata orang aura dari Mekah akan terus melekat selama tempoh itu. Tapi oleh kerana kami berlepas untuk ke Jeddah pada malamnya iaitu malam Jumaat, maka menurut perkiraan Islam tempoh 40 hari ini harus bertahan sehingga siang sebelum Maghrib 22 Mei. Apapun bersambung cerita dari Ziarah dan umrah 2013 - Memulakan ibadah umrah di Mekah.


Tengah hari Ahad 7 April 2013 baru kami mengorak langkah untuk menuju lagi ke Masjidil Haram. Sempat singgah di sebuah masjid kecil dalam perjalanan. Lihat artikel Masjid (Mosque of) Al-Hijrah, Mekah (Mecca) di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART).


Malam sebelumnya kami tamat umrah pertama agak lewat, hampir 2.30 pagi. Selepas jam 3 baru kembali ke hotel untuk berehat. Sambil berjalan kami memerhatikan perkembangan pesat Mekah. Bangunan pencakar langit yang dikenali sebagai Menara Jam Mekah kelihatan seperti sentiasa mengintai pergerakan setiap orang. Dengan ketinggian mencapai hampir 650 meter, 200 meter lebih tinggi daripada Menara Berkembar KLCC di Kuala Lumpur ia adalah bangunan kedua tertinggi di dunia iaitu selepas Burj-Khalifah di Dubai yang hampir 2 kali tinggi daripada Menara KLCC.


Masjidil Haram terletak 1 km dari hotel. Maka itu kami solat Subuh di hotel sahaja kemudian sambung berehat sehingga masuk waktu makan tengah hari, barulah keluar. Kalau nak keluar awal kemudian kembali ke hotel untuk makan kemudian balik lagi masjid kami rasa tak berapa larat. Bukan sahaja penat buat umrah malam sebelumnya masih terasa malah penat asyik berjalan kaki jauh setiap hari di Madinah pun tak surut lagi.


Ditambah keadaan kami yang masih dilanda demam batuk selesema, juga dari Madinah, kami harus pandai membahagikan masa agar dapat melaksanakan sebanyak perkara yang mungkin dengan kudrat yang tidak seberapa.


Boleh kata di merata Mekah ada sahaja bangunan baru sedang dibina atau bangunan lama diperbaiki...


Hari ini saya ingin mengambil peluang mengambil sebanyak mungkin gambar di sekitar dan dalam Masjidil Haram.


Alhamdulillah, seperti di Masjid Nabawi kami tidak menghadapi masalah membawa kamera masuk. Hasilnya turut dikongsi pada blogspot BERPETUALANG KE ACEH . Lihat artikel-artikel berikut...







Kami mengambil masa berdoa dan bermunajat di beberapa tempat terutama dalam kawasan Hijr Ismail. Dikatakan bahawa ia adalah sebahagian dari Ka'abah. Maka berada di dalam lingkungan Hijr Ismail adalah sama seperti berada di dalam Baitullah.


Suami isteri sama-sama memegang dinding Ka'abah sebagai tanda kasih sayang dan pengabdian bersama menghadapi segala cabaran hidup.


Oh. Walaupun kami tidak menunaikan umrah ketika itu, saya berpakaian ihram kerana mahu menunaikan ibadah tersebut kemudian... tak perlulah kembali ke hotel yang terletak agak jauh untuk menukar pakaian.


Oh. Kami berjalan-jalan di sekitar Ka'abah tadi selepas menunaikan solat Zuhur berjemaah. Kemudian kami masuk ke kawasan sa'ie lalu menuju ke penghujung utara iaitu di Bukit Marwah.


Di situ terdapat satu-satunya pintu keluar sepanjang kawasan sa'ei. Semua pintu lain termasuk pintu terkenal dan paling afdhal untuk memasuki Masjidil Haram iaitu pintu Babussalam ditutup kerana kerja-kerja renovasi.


Kami mahu menziarahi tempat kelahiran Nabi Muhammad SAW yang terletak kira-kira 300 meter ke timur pintu Marwah. Namun entah kenapa kerajaan Arab Saudi mahu menafikannya sehingga sanggup menyatakan tidak ada bukti Rasullullah SAW pernah menjejakkan kaki di sini. Bangunan yang ada telah dijadikan perpustakaan tetapi amat jarang dibuka. Lihat Rumah tempat Nabi Muhammad SAW dilahirkan (The house where Prophet Muhammad SAW was born at).  Alhamdulillah saya pernah diberi peluang masuk ke dalam 8 tahun lalu.


Dari tepian jalan besar berdekatan kami mendapat teksi untuk ke suatu tempat penting, berkongsi dengan beberapa orang lain.


Kami semua mahu ke tempat miqat terdekat dari kota Mekah iaitu di Masjid Taneem. Untuk menunaikan umrah kita harus keluar dari lingkungan Tanah Haram dahulu lalu pergi ke tempat miqat memasang niat. Lihat Masjid (Mosque of) Taneem.


Selepas solat Asar baru kami kembali ke Masjidil Haram. Masuk melalui pintu di Marwah juga tetapi mengikut laluan terus ke tingkat atas.


Dari Marwah kami mengikut laluan sa'ei hingga ke Bukit Safa. Dari tingkat atas kita dapat melihat puncak bukit dengan lebih jelas. Puncak ini telah ditutup kepada awam sejak beberapa tahun lalu. Alhamdulillah, pada ziarah dan umrah tahun 2005 saya sempat berkali-kali memanjat sehingga ke bahagian paling atas.


Tingkat atas ini adalah paras kedua atau paras tengah. Ada satu paras lagi di atas, paras tidak berbumbung tapi rasa lebih selesa duduk di sini kerana pemandangan ke luar cukup cantik dan kami terlindung dari matahari. Lihat Views from second level of Masjidil Haram.


Isteri mengajak saya berehat lama kerana menunggu matahari kurang terik. Lewat petang baru kami  turun untuk memulakan tawaf. Akibatnya kami mengambil masa yang agak panjang untuk menyelesaikan umrah. Bayangkan ketika hampir selesai pusingan ke 5 atau ke-6 azan Maghrib pun berkumandang. Tinggal lagi setengah pusingan ke suku pusingan sahaja kami dihalang petugas masjid daripada meneruskan tawaf. 

Kami dipaksa masuk saf untuk bersolat. Dengan itu pusingan terakhir kami pun batal dan kami harus menunggu lagi 10-15 minit untuk solat berjemaah dimulakan. Selesai solat baru boleh menyambung tawaf. Kena patah balik dahulu ke garisan yang menghadap Hajarul Aswad sebelum dapat menyelesaikan satu pusingan yang saya kira memakan jarak purata 200 meter, taklah jauh sangat. Tapi bila perlu berhimpit dengan berpuluh ribu orang sambil membaca doa-doa yang perlu ia boleh memakan banyak masa.


Selepas itu baru dapat dimulakan sa'ei iaitu jalan berulang 7 kali antara Safa dan Marwah. Sampai ulangan ke 4 atau 5 tak salah berkumandang pula azan Isyaq. Beberapa lama selepas Isyaq barulah umrah dapat diselesaikan. Kami mengambil peluang untuk berehat lama di atas batu-batu yang merupakan puncak bukit Marwah. Lihat Puncak bukit (Summit of the hill of) Marwah.


Dekat 9.30 malam baru kami keluar dari Masjidil Haram. Tergerak pula untuk masuk ke bangunan bahagian bawah Menara Jam Mekah.


Ternyata ada kompleks membeli-belah yang sangat besar...


Kalau diberi peluang ingin sekali kami naik sampai ke puncak menara jam. Tapi disebabkan kawalan ketat, kami setakat dapat naik sampai ke tingkat 17 kalau tak salah ingatan.


No comments: