Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...

Dari artikel Bertungkus-lumus ke Beting Beras Basah

.

Dari artikel Makam Syiah Kuala... dan makam Maharajalela Abdul Rahim...

.

Dari artikel Masjid lama misteri, makam Sultan Abdul Malik dan kubur Birch

-------------------------

-------------------------

Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan siri buku BKA dan DVD.... Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...

Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.

Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh

-------------------------

Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1, Buku 2 dan Buku 3.

Wednesday, June 13, 2012

Wali Songo dari keturunan Sultan Malikus Saleh?

Ikutkan belum masanya saya membuat artikel baru kerana baru petang tadi mempersembahkan artikel Pengembaraan Johan ke separuh Semenanjung - Tentang gigi Rasyid dan ziarah ke makam Raja Ashman. Tetapi selepas melihat satu perbincangan tentang Batu Bersurat Terengganu di Facebook lalu terkeluar nama keluarga Azamat Khan yang dikatakan adalah marga atau nama keluarga besar bagi para wali Songo yang sangat terkenal di Pulau Jawa saya terpanggil untuk berkongsi satu pandangan...


Ini adalah salasilah besar raja-raja dan keturunan dari kerajaan-kerajaan yang pernah wujud di Aceh. Salasilah sebesar sekitar 3 x 8 kaki persegi ini ada mengaitkan raja-raja Aceh dengan para Ahlul Bait anak cucu Nabi Muhammad SAW lalu menyertakan nama beribu watak yang meliputi tempoh masa 1,400 tahun.


Satu salinan salasilah ini dihadiahkan oleh seorang teman seperjuangan 5 tahun lalu. Kalau tak salah ingatan beliau mendapatkannya dari seorang saudara di Aceh.


Pada bahagian bawah tertera bahawa ia dibuat oleh Yayasan Monisa Aceh Timur, pihak yang bertanggungjawab menjaga tinggalan sejarah terutama di Bandar Khalifah, Perlak di mana sebuah kerajaan Islam telah didirikan oleh seorang raja berketurunan Nabi Muhammad SAW seawal tahun 840 Masihi. Salasilah ini kemudian disalin seorang pengkaji lain 1993.


Salah satu perkara yang menarik perhatian ketika meneliti salasilah ini lama dahulu adalah bagaimana watak pendakwah besar terkenal bernama Sayid Husain Jamadil Kubra @ Sayid Jamaludin Kubra @ Jumadil Kubra dikatakan sebagai berketurunan terus daripada Sultan Malikus Saleh, pendiri kerajaan Samudera dan Pasai. Ini kerana kecuali Sunan Kalijogo yang berketurunan Bupati (pemerintah tempatan) Tuban, semua Wali Songo - Maulana Malik Ibrahim @ Sunan Gresik, Raden Rahmatullah @ Sunan Ampel, Raden Paku @ Sunan Giri, Raden Qasim @ Sunan Drajat, Raden Maulana Makhdum Ibrahim @ Sunan Bonang, Raden Umar Said @ Sunan Muria, Raden Jaafar Sodiq @ Sunan Kudus dan Sharif Hidayatullah @ Sunan Gunung Jati adalah anak cucu keturunan langsung Sayid Jamaludin Kubra. 

Kajian popular menyebut  Jamaludin Kubra adalah keturunan keluarga Azamat Khan, satu cabang dari keluarga besar Ba' Alawi Hadramaut di Yaman yang berhijrah ke India. Ba' Alawi pula berasal dari keturunan Saidina Hussein, cucu kedua Nabi Muhammad SAW. Nasab Jamaluddin ke Nabi Muhammad SAW disebut begini - Sayid Jamaludin ibni Ahmad Shah Jalal (Delhi, India) ibni Abdullah ibni Abdul Malik ibni Alawi Al Faqih. Nama Alawi ini bersambung dengan nasab utama Ba'  Alawi sedangkan Abdul Malik dikatakan anaknya yang mula berhijrah ke India. 

Berbalik pada hal di Pulau Jawa... Sunan Kalijogo kemudian berkahwin dengan kakak Sunan Giri. Maka keturunannya bertaut dengan Wali Songo lain lalu dikira sebagai ahli keluarga besar Azamat Khan. Tetapi saya difahamkan bahawa persatuan Rabithah Alawiyah yang dikatakan menyimpan dan merekodkan nama dan kaitan semua ahli keluarga dari keturunan Ba'Alawi sejak zaman berzaman tidak mengiktiraf kewujudan keluarga Azamat Khan dari keturunan para Wali Songo sebagai berdarah Nabi. Baru-baru ini saya dapat tahu walaupun Rabithah bersetuju memang wujud keluarga Azamat Khan yang merupakan pecahan Ba' Alawi, rekod sahih mereka menyebut ia cuma sampai kepada Abdul Malik ibni Alawi, tidak disebut nama anak cucu keturunannya. Maka mengikut kaedah pengesahan nasab mereka yang ketat, Sayid Jamaludin tidak boleh diiktiraf sebagai berketurunan Nabi. Kalau begitu apa halnya para Wali Songo dan mereka-mereka yang dikatakan berketurunan Wali Songo sampailah sekarang?


Lalu saya teringat salasilah versi lain yang kurang popular tetapi ada tertera dalam salasilah besar raja-raja Aceh milik saya. Ia menyebut Sayid Jamadil Kubro sebagai anak kepada Sultan Zainal Abidin Pasai ibni Sultan Ahmad Malikuzzahir ibni Sultan Muhammad Malikuzzahir ibni Sultan Malikus Saleh, pendiri kerajaan Samudera Pasai yang dikatakan mangkat tahun 1297 Masihi. Saya pernah terasa pelik melihat salasilah ini kerana lebih biasa dengan salasilah popular yang menyebut Sayid Jamadil Kubro sebagai keturunan keluarga Azamat Khan dari India. Perkara ini pernah ditanyakan kepada seorang kenalan yang katanya biasa keluar masuk alam ghaib. Jawab beliau salasilah Aceh itu lebih tepat. Jamadil Kubro memang berketurunan Malikus Saleh.

Perkara ini saya diamkan sekian lama. Saya cuma pernah berkongsi dengan beberapa orang kemudian melupakannya. Malam ini, setelah beberapa lama juga melihat taraf para Wali Songo dan keturunannya sebagai berdarah Nabi Muhammad SAW dinafikan oleh pihak Rabithah Alawiyah yang mendakwa rekod mereka tentang anak cucu Nabi lebih muktamad dan harus dipercayai baru saya tergerak untuk berkongsi kepada awam. Mungkin benar kata-kata pihak Rabithah bahawa Jamadil Kubro bukan dari Azamat Khan. Mungkin kita yang harus menukar arah kajian dengan mencari sebab kenapa salasilah dari Aceh menyebut beliau dan para Wali Songo sebagai keturunan Sultan Malikus Saleh, raja besar yang menurut kitab Hikayat Raja-raja Pasai dan Sulatus Salatin diiktiraf kewujudannya oleh Nabi Muhammad SAW lalu disuruh cari agar alat-alat perkakas dari Mekah dapat diserahkan kepadanya untuk pegangan akhir zaman. 



5 comments:

Syeikh Kerutuk said...

Assalamualaikum,

Salam sejahtera khusus kepada Saudara Radzi sekeluarga.

Dua perkara yang menarik perhatian saya dengan topik yang dipaparkan saudara kali ini.

1) Soal pengiktirafan berkaitan nasab wali songo sebenarnya banyak dan telah lama diperdebatkan. Ianya disebabkan tiada bukti black and white. Sebab itulah pihak Rabitah sukar untuk mensahihkannya.
Jika persoalan timbul bahawa wali songo itu bukan dari Azhamatkhan, bahkan dari Sayyid Hussein Jamadil Kubro itu berketurunan Malikus Saleh, itu buka mengejutkan buat saya. Kerana saya sendiri pernah bercerita dengan seseorang dari keturunan Sunan Gunung Jati yang dakwanya wali songo itu dari keturunan Ibnu Abbas dan bukannya secara langsung dari Rasulullah SAW.... Ini kerana salasilah wali songo banyak terkait dengan sejarah Patani/Kelantan dan Champa.

2) Saya bagaimana pun lebih selesa merujuk salasilah yang popular (walaupun masih banyak kontroversi). Jadi saya mohon Saudara Radzi semak blog saya berkaitan salasilah wali songo, sebagai sumber percambahan ilmu. Bukan pula tujuan saya untuk mempromosi blog saya di sini, tetapi saya suka mengkaji keturunan Sayyid Hussein Jamadil Kubro, tanpa ada tujuan tertentu...

Sekiranya terdapat percanggahan dengan kajian saudara, silalah komen atau biarkan saja ia menjadi satu misteri sejarah keturunan mereka... http://tabutjawi.blogspot.com/2012/02/salasilah-wali-songo.html

Salam ukhuwwah dan terima kasih.
Wassalam

Radzi Sapiee said...

Wassalam. Saya dah lihat. Ya, saudara mengikut salasilah Wali Songo yang lebih masyhur termasuk hal nasab keturunan Sunan Kalijogo yang kalau tak salah saya baru mula diperkatakan tahun lepas, hal yang menunjukkan beliau bukan berdarah asli Jawa tapi keturunan Arab juga. Saya rasa takda komen2 apa. Baguslah saudara mengatur cerita dan rajah2 sebegitu rupa...

Syeikh Kerutuk said...

Alhamdulillah...
Terima kasih kerana sudi meluangkan masa menyemak catatan saya. Lega kena sumber rujukan saya adalah benar...

Dan semoga Allah SWT akan mempermudahkan urusan Saudaraku Radzie ini, dalam semua pekerjaannya. Insya Allah... Amin.

Wassalam.

Anonymous said...

Mungkinkah ini jawabannya kenapa syech jumadil qubrah dan keturunannya tak pernah menggunakan nama fam azamatkhan dibelakang namanya?

seorang hamba said...

Assalamualaikum tuan rumah. Saya juga ingin berkongsi satu pengalaman. Pada tahun 2010-2011, saya mencari2 maklumat ttg salahsilah keluarga suami saya, yang berketurunan ahlbait walisongo, dengan nama keluarga Assyaibani/Basyaiban. Di facebook saya telah kenal dgn seorang pemuda keturunan walisongo/sunan bonang/giri dari Indonesia. Dari berita2 yang dia sampaikan, rabithah tidak berkenan memperakui nasab Azmatkhan kerana mereka hanya menerima nasab lelaki. Sedangkan dari Azmatkhan/walisongo menerima nasab seseorang ahlbait itu tidak kira dari nasab lelaki atau perempuan. Namun keputusan akhirnya Alhamdulillah, Rabithah telah memperakui keturunan ini sebagai ahlbait. Mereka juga telah membuka web rasmi azmatkhan alhussaini. Wallahualam...