Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1, Buku 2 dan Buku 3.


Wednesday, May 25, 2011

Soreh di rumah Raja Allang : Kaitan kerabat diraja Mandailing dengan Aceh-Bugis?

OK. Ini dari pertemuan merangkap satu sesi bersoreh yang diadakan di Shah Alam semalam.



Ini adalah gambar tokoh terkenal kaum Mandailing yang merupakan salah seorang pemimpin besar di awal pembukaan Kuala Lumpur iaitu Raja Alang ibni Raja Berayun bersama isteri pertamanya. Saya baru diberitahu bahawa nama Raja Alang juga dieja Raja Allang (dua 'l'). Mungkin untuk membezakan dengan perkataan Alang yang biasa ditambah pada nama seseorang anak Melayu, misalnya Alang Muhammad. Dalam konteks ini Alang bermaksud anak ketiga.

Anak pertama dipanggil Long, kedua Ngah, keempat Uda, kelima Andak. Kalau tak salah saya keenam pula dipanggil Hitam atau Itam (misalnya adik bapa saya Anuar yang merupakan anak keenam saya panggil Pak Hitam) dan ketujuh Uteh. Seterusnya saya tak pasti tetapi anak paling kecil atau anak bongsu dipanggil Su dan anak sebelumnya atau kedua bongsu dipanggil Achik. Namun untuk Raja Alang atau Raja Allang ibni Raja Berayun perkataan Alang atau Allang itu memang nama, bukan menandakan kedudukan dalam keluarga.



Adapun gambar itu ditunjukkan kepada saya semalam oleh seorang yang namanya juga adalah Raja Allang, cucunda kepada Raja Allang ibni Raja Berayun. Turut ditunjukkan adalah salasilah besar keluarga diraja Mandailing yang didapatkannya dari tanah Mandailing di Sumatera berdekatan wilayah Minangkabau serta salasilah kerabat diraja Selangor yang terkait dengan keluarga mereka. Semasa itu ada bersama dalam pertemuan merangkap sesi bersoreh ini adalah anakanda Raja Allang yang bernama Raja Abdul Firdaus. Turut hadir adalah isteri saya dan rakan kami, saudara Rizal @ AwanBadai dan isterinya.



Tidak lama kemudian muncul saudari Harleny (dua dari kiri) bersama ayahanda dan ibundanya. Harleny yang mengendalikan blogspot Jejak Mihrab & Mimbar adalah seorang pengkaji senirupa binaan pada bangunan lama yang sedang gigih menelusuri salasilah keluarganya. Ibunya berketurunan Haji Mustafa Raja Kamala yang membuka Tanjung Malim dan menjadi penghulu pertamanya penghujung abad ke 19 Masihi. Ayahandanya pula dipercayai berketurunan Raja Berayun.


Kelihatan dalam gambar, berdiri adalah Raja Firdaus dengan bapanya Raja Allang duduk berbaju dan berkopiah putih. Ke kanan adalah saya diikuti ayahanda kepada Harleny yang bernama Arif. Membelakangkan gambar, dari kiri adalah isteri saya, Harleny dan bondanya.

Adapun moyang Harleny sebelah bonda iaitu Haji Mustafa Raja Kamala agak terkenal dalam sejarah sebagai tokoh besar orang Rawa. Beliau disebut bersaudara rapat dengan tokoh pahlawan terkenal Mat Kilau dan ayahandanya Tok Gajah lalu pernah turut terlibat dalam perang saudara Pahang antara Bendahara Wan Mutahir dan adindanya Wan Ahmad (kemudian menjadi Bendahara seterusnya Sultan Pahang) pertengahan abad ke 19 Masihi. Selepas itu beliau dan pengikutnya membawa diri ke Perak lalu membuka Tanjung Malim. Namun kajian peribadi Harleny yang membawanya mengembara hingga ke Kota Raja di Tanah Rawa atau Rao, Sumatera dan ke Aceh mendapati nasab Haji Mustafa sebenarnya sampai kepada keluarga Raja-raja Aceh dari Dinasti Bugis. Untuk pengetahuan, sejak tahun 1720an hinggalah kesultanannya ditamatkan Belanda awal 1900an, Aceh diperintah raja-raja berketurunan Bugis.



Baca artikel lama Ke Tanjung Malim bersama Al-Rasyid... untuk mendapatkan 'feel' jejak Raja Kamala. Apa pula 'kebetulan' nombor yang berlaku? yang ditulis satu setengah tahun lalu. Cuma ada sedikit pembetulan. Kajian seterusnya menunjukkan Haji Mustafa bukanlah anak Raja Kamala ibni Tuanku Banta Hashim Aceh kerana tahun kehidupan menunjukkan kemungkinan besar Haji Mustafa adalah segenerasi dengan Tuanku Hashim. Sebaliknya nama Raja Kamala (juga disebut Raja Keumala) di belakang nama Haji Mustafa bermaksud beliau berasal dari satu keluarga besar yang memakai nama Raja Kamala sebagai nama keluarga sepertimana nama orang Eropah William Windsor bermaksud William dari keluarga Windsor, bukan William anak Windsor. Begitu juga halnya dalam tradisi orang Cina. Nama Lee Kuan Yew membawa maksud Kuan Yew dari keluarga Lee bukan anak Lee.

Kami ada sebab sendiri untuk percaya baik Raja Allang yang terkenal sebagai orang besar Kuala Lumpur dahulukala mahupun ayahandanya Raja Berayun yang pernah menjadi panglima utama kepada Sultan Selangor keempat, Sultan Abdul Samad juga ada kaitan dalam persoalan ini. Walaupun mereka dikenali sebagai tokoh besar orang Mandailing, kami ada sebab tersendiri untuk percaya nasab utama mereka iaitu bapa atas bapa sampai kepada Raja-raja Aceh Dinasti Bugis.


Namun saya tidak pasti bagaimana persoalan ini mahu dikemukakan kepada Raja Allang yang umurnya sebaya dengan ayahanda saya. Saya biarkan dahulu dia bercerita tentang nasab keluarga diraja Mandailing di mana datuknya Raja Allang dan moyangnya Raja Berayun disebut berasal dari marga atau kelompok keluarga Nasution yang bermakna "orang sakti". Raja Allang sempat menceritakan, semasa ibunya mengandungkannya dahulu ada seorang ibu saudaranya juga sedang mengandung sama. Lalu datuk perempuannya, isteri kepada Raja Allang ibni Raja Berayun berpesan, siapa yang dapat anak lelaki dahulu biarlah dia diberi nama Raja Allang serupa nama datuknya (yang sudah meninggal dunia tahun 1930an). Ternyata beliau dilahirkan lebih awal sekitar 1942 lalu dapatlah nama itu...


Raja Allang juga menunjukkan gambar-gambarnya sewaktu pergi umrah beberapa tahun lalu. Katanya abangnya yang ikut sama berkenalan dengan seorang dari Sumatera, Indonesia. Cerita punya cerita terkeluarlah hal mengenai keluarga mereka yang berdarah Mandailing dari nasab Raja Allang ibni Raja Berayun. Orang Indonesia yang rupa-rupanya ada kaitan itu terus teruja. Terus dijemputnya mereka pergi ke Tanah Mandailing dengan segala kos ditanggung beres.


Kata Raja Allang mereka anak-beranak disambut penuh istiadat seperti keluarga jauh kembali ke tanah tumpah darahnya apabila datang ke sana. Mereka dibawa masuk ke dalam istana lama Mandailing dan ditunjukkan salasilah besar di mana ternyata nama datuknya Raja Allang ibni Raja Berayun sudah sedia tercatat berserta nama keluarga. Menurut salasilah itu, nasab Raja Berayun sampai kepada Sang Siperba yang dipercayai berketurunan Iskandar Zulkarnain. Ah. Saya cukup tahu cerita ini kerana ada disebut di dalam kitab Sulalatus Salatin atau Sejarah Melayu karangan Tun Sri Lanang. Menurut kitab tersebut, semasa Iskandar Zulkarnain mengalahkan India baginda sempat mengahwini seorang puteri raja sana.

Dari situlah terbit keturunan yang membawa kepada seorang raja besar India (sebenarnya yang dimaksudkan adalah benua Hindi) bernama Raja Suran. Raja Suran pernah turun ke dalam laut lalu terlihat sebuah kerajaan besar dan berkahwin dengan puteri rajanya. Dari puteri ini lahir 3 orang putera yang kemudian muncul di Bukit Siguntang Palembang. Salah seorang putera kemudian menjadi raja besar yang dipanggil Sang Siperba.

Sang Siperba memiliki seorang anak bernama Sang Nila Utama yang kemudian membuka kerajaan Singapura. Dari Sang Nila Utama inilah muncul nasab Raja-raja Melaka sementara Sang Siperba ini kemudian pergi ke tengah Sumatera membuka kerajaan baru lalu ceritanya tidak disebut lagi dalam Sulalatus Salatin. Maka di sinilah kerajaan Minangkabau mengaitkan keturunan raja-rajanya dengan nasab raja besar Iskandar Zulkarnain. Nampaknya dari situ pula muncul satu pecahan yang merajai tanah Mandailing. Raja Berayun malah seluruh marga diraja Nasution disebut berasal dari keturunan ini.


Sambil itu saya teringat satu salasilah keluarga milik ibu mertua kepada seorang ibu saudara saya (adik kepada ibu). Ibu saudara ini berkahwin dengan seorang cucu kepada pahlawan Perak zaman Perang Perak 1875-1877 (akibat pembunuhan Residen pertama Inggeris ke Perak, J.W.W. Birch) iaitu Ngah Jabor. Ngah Jabor diketahui berasal dari keluarga Maharajalela Perak yang berdarah Bugis dan katanya ada campuran darah Aceh juga. Beliau diberitakan berkahwin dengan seorang perempuan Mandailing bermarga Nasution, puteri kepada Imam Perang Basir (ada yang kata Nasir). Ketika itulah Ngah Jabor yang dapat melarikan diri dari buruan British (katanya akibat pertolongan Sultan Idris I yang merupakan adik-beradik susuannya) memakai nama lain Jabarumun atau Imam Perang Jabarumun lalu dikenali sebagai orang Mandailing.

Oh. Saya telah terlangkau menyebut bagaimana Ngah Jabor yang sebenarnya berdarah Bugis dan Aceh boleh dikenali sebagai orang Mandailing pula, akibat menjadi menantu seorang tokoh pemimpin dan ulamak Mandailing. Selain itu beliau berbuat demikian untuk mengelakkan diri dari ditangkap kerana pada zaman penuh pancaroba itu orang Mandailing di Perak telah dianggap sekutu kepada Inggeris berbanding orang Melayu Perak terutama berdarah Aceh dan Bugis yang dikira pemberontak. Berbalik pada salasilah milik ibu mertua kepada ibu saudara saya. Adapun salah seorang anak Ngah Jabor ini bernama Ahmad, ayah mertua kepada ibu saudara ini. Ahmad ini mengahwini seorang wanita yang saya panggil Opah, lupa pula nama sebenarnya. Kalau tak salah ingatan Opah yang meninggal dunia tahun 2007 pada umur 92 tahun atau lebih berasal dari keluarga Mandailing marga Rangkuti di mana datuk atau moyangnya dikenali sebagai Bendahara Raja yang terlibat aktif ketika perang saudara Selangor (perang Raja Mahadi dengan Tengku Kudin).


Salasilah keluarga Rangkuti itu membawa kepada nama raja-raja Mandailing yang pelik-pelik bagi telinga orang Melayu. Tetapi apabila sampai kepada bahagian paling atas tahukah anda nama apakah yang muncul? Saidina Ali! Ya Saidina Ali. Menurut salasilah itu, keluarga Mandailing Rangkuti adalah keturunan Saidina Ali tetapi dari isteri lain, bukan Sayiditina Fatimah, puteri kepada Nabi Muhammad SAW). Macam susah nak percaya. Dari nama-nama bawah yang kelihatan seperti milik orang asli dalam hutan boleh sampai ke Arab malah ke satu personaliti yang sangat terhormat dalam Islam seperti Saidina Ali.

Oh. Nak tahu bagaimana pertemuan semalam boleh berlangsung? Saudara Raja Firdaus (gambar atas) menceritakan pada satu hari ayahnya Raja Allang meminta beliau mencari kisah Raja Berayun di Internet. Selepas beberapa hari baru beliau mencari lalu terjumpa beberapa buah halaman dengan cerita-cerita menarik menyebut sejarah Raja Berayun seperti sudah sedia diketahui keluarga mereka. Ada di antaranya menunjukkan gambar-gambar sekitar makam di Jugra. Lihat artikel saya Makam (Tomb of) Raja Berayun di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART). Namun beliau terasa seperti belum cukup lalu membuat search nama Raja Alang atau Raja Allang iaitu anakanda Raja Berayun pula. Ketika itulah terjumpa artikel Makam (Tomb of) Raja Alang ibni Raja Berayun yang saya buat tepat sebulan lalu.

Kata Raja Firdaus beliau agak terperanjat melihat artikel itu. Ini kerana ia merupakan satu-satunya artikel beliau pernah jumpa yang memaparkan gambar makam Raja Allang dengan tepat. Pada beliau kemunculan gambar-gambar makam Raja Berayun tidak begitu menghairankan kerana makamnya sangat terang yang mana dan di manakah kedudukannya kalau kita sudah masuk ke kawasannya di kaki Bukit Jugra. Sebaliknya makam Raja Allang adalah satu antara beribu makam dan kubur yang terdapat di tanah perkuburan Ampang. Setahunya cuma waris sahaja yang tahu kedudukannya.

Itulah yang membuatnya terasa hendak meletakkan komen pada artikel tersebut. Katanya dia boleh mengaturkan satu pertemuan dengan ayahandanya yang merupakan cucu Raja Allang jika saya mahu tahu kisah keluarga itu lebih lanjut. Kebetulan pula Harleny baru sahaja ke Perak menyusuri sejarah keluarga Raja Billah dan Raja Asal yang merupakan dua tokoh Mandailing paling terkenal di negeri itu dan saya percaya ada kaitannya dengan keluarga Raja Allang dan Raja Berayun. Saya pun menyuruhnya mengatur pertemuan dengan Raja Firdaus. Jadilah sesi soreh semalam...



Ternyata nama Raja Asal wujud dalam salasilah besar Mandailing yang salinannya dimiliki Raja Allang ini. Rupa-rupanya Raja Asal adalah sepupu kepada Raja Alang ibni Raja Berayun sedangkan Raja Bilah sudah sedia diketahui sebagai anak saudara Raja Asal. Tapi tahukah para pembaca semua apa yang terjadi di akhir perbincangan? Kami sibuk-sibuk bercerita pasal keluarga Mandailing namun rupa-rupanya ternyata pakcik Raja Allang ini sebenarnya lebih dekat darahnya dengan kerabat diraja Selangor yang berdarah Bugis berbanding Mandailing!

Sebenarnya Raja Allang ini adalah cucunda Raja Allang ibni Raja Berayun melalui bondanya Raja Arfah ibni Raja Allang. Nasab lelaki atas lelaki yang harus dikira nasab utama pula sampai kepada Raja Hassan @ Raja Busu yang membuka lombong bijih timah di Lukut sekitar tahun 1815 (menurut salasilah yang saya lihat Raja Allang ini generasi keenam keturunan langsung Raja Hassan). Raja Hassan pula adalah anakanda Raja Nala ibni Sultan Salehuddin (Sultan pertama Selangor) ibni Daeng Chelak. Raja Nala yang menjadi Raja Muda Selangor semasa kekandanya Sultan Ibrahim menjadi Sultan kedua Selangor (1782-1826) dikatakan mangkat di Aceh sekitar 1795. Terus bulu roma saya meremang melihat ini...

Tu dia. Dalam kita asyik dok bercerita pasal keluarga diraja Mandailing rupa-rupanya keturunan induk pakcik Raja Allang ini sebenarnya berdarah Bugis dan ada kena-mengena dengan Aceh. Ini seolah-olah membenarkan telahan awal saya yang turut dirasakan Harleny bahawa nasab Raja Berayun, Raja Asal dan Raja Bilah kalau dapat dikupas secara teliti induknya akan membawa kepada Raja-raja Aceh Dinasti Bugis sepertimana yang berlaku pada nasab Haji Mustafa Raja Kamala yang dikenali umum sebagai tokoh besar orang Rawa. Saya bertanya pakcik Raja Allang kenapa beliau terasa rapat dengan nasab belah Mandailing sehingga lebih merasakan dirinya berdarah Mandailing. Jawab beliau, datuknya dahulu yang kalau tak salah ingatan bernama Raja Hitam tidak berapa berkenan apabila ayahnya (Raja Ali kalau tak salah) memilih untuk berkahwin dengan Raja Arfah, puteri Raja Allang ibni Raja Berayun. Lalu mereka lebih rapat dan dibesarkan di kalangan keluarga berdarah Mandailing.

Apapun induk keturunan mereka tetap berdarah Bugis yang ada kena-mengena dengan Aceh. Kiranya ini contoh yang Allah beri di hadapan mata, bagaimana orang dari keturunan Bugis-Aceh boleh menyangkakan dirinya berketurunan Mandailing atau Rawa. Teringat keluarga saya sendiri di mana ibu dan adik-beradiknya selalu menyatakan diri sebagai orang Jawa. Walhal darah induknya dari sebelah bapa adalah Bugis yang baru sekitar 3 minggu dahulu saya dapat tahu berketurunan Daeng Parani. Kalau begitu tidak mustahil ada seorang dari keluarga Raja-raja Aceh Dinasti Bugis telah berhijrah ke tanah Mandailing lalu berkahwin dengan perempuan bangsawan mereka dan terus hidup di kalangan itu. Anak cucunya pun terus dikenali sebagai orang Mandailing walhal induk keluarga adalah dari darah Aceh-Bugis.

Nota: Raja Allang ada juga menceritakan penglibatannya dalam peristiwa berdarah 13 Mei 1969, tentang rumah datuknya Raja Allang di tengah bandaraya Kuala Lumpur, tentang satu jalan bernama Malay Street yang dah jadi Jalan Masjid India dan sebagainya. Beliau juga ada menyebut tentang Keris Beruk Berayun yang menjadi keris kebesaran Selangor. Katanya ia memang milik Raja Berayun dahulu. Tetapi cukuplah saya menyentuh hal nasab keluarga sahaja ya. :]



18 comments:

Anonymous said...

menarik..menarik..sorry..sy bc blog awk ni waktu sy tgh mncari salasilah keturunan sy..
Sy brketurunan mandailing melayu-bugis. Family kate yg kami brasal dr darah pahlawan bugis. Tp majoriti kami berasal dr taiping,perak dan masih menetap di sana. Ada sesetengah ahli keluarga sy yg masih membawa nama 'nasution' di belakang. Katenye nama keluarga. Kami masih mencari andaikata ade saudara mara yg lain di luar sane. Hope to hear from u again

email sy:sharque_areen@yahoo.com.sg

Harleny Abd Arif said...

Salaam...
Saudara Radzi, Hj Mustafa Raja Kamala adalah datuk kepada moyang saya. Turutannya begini:
1. Haji Mustafa (datuk moyang)
2. Muhammad Ali (bapa moyang)
3. Gurun (moyang)
4. Husain (datuk)
5. Aini (bonda)
6. Harleny (saya)

Terima kasih.

Radzi Sapiee said...

Wassalam. Terima kasih. Moyang adalah satu perkataan umum yang saya gunakan untuk menerangkan perkaitan yang lebih tinggi dari datuk. Bahasa lebih tepat lebih2 lagi bila kita tak tahu pangkat sebenar adalah keturunan. Misalnya Hashim adalah keturunan Nabi Muhammad SAW.

Namun tak salah juga menggunakan perkataan moyang untuk menerangkan perkaitan Hashim dengan Nabi Muhammad misalnya Nabi Muhammad adalah moyang Hashim walaupun antara Nabi dengan Hashim ada perbezaan 40 generasi. Tak perlu sebut Nabi Muhammad adalah moyang kepada moyang kepada moyang kuasa 10 kepada Hashim. :]

Merbawi Jr. said...

Salam...

Semakin banyak rahsia terungkap. Sebuah jalinan persaudaraan dan silang hubungan yang cukup kompleks... Moga ramai yang akan dapat memanfaatkan hasil jerih payah kalian semua... Semoga sentiasa diberi petunjuk dan bimbingan Allah kendaknya...

Mohd Nuri Sam Abdul Latiff said...

Ass'kum...I'm one of the grandsons of Ngah Jabor. My father, Sam Abdul Latiff, is the eldest son of Hjh Aminah binti Hj Basir(Nasution), the fourth wife of Ngah Jabor bin Bardot bin Jelin after being forced to divorce his very beautiful third wife, Hjh Ba'ayah, who married Jeragan Shukor of Bukit Chandan, the first Tok Setia (Orang Besar Lapan of Perak), a title created after Birch's murder to replace Tok Sagor which was abolished then. Now Ahmad is the second son of Hjh Aminah(Nasution) and he was married to his cousin, Itam Kamariah bt Hj Kadir (Rangkuti - orang yang ditakuti). Itam Kamariah's mother was Hjh Fatimah bt Hj Basir(Nasution). My father, Sam Abdul Latiff, was married to his cousin, Hjh Maimunah bt Hj Ali(Nasution). Omar, the third son of Hjh Aminah married a Telu from Ngeri Sembilan and got Tun Haniff (former IGP). Now Hjh Fatimah, Hjh Aminah, Hjh Esah (who was married to Yeop Abdullah Sani, a Rangkuti and father of the former Chief Justice, Tan Sri Hashim Yeop Abdullah Sani)and Hj Ali (my mother's father) are the four children of Hj Basir(Nasution) and Hjh Lijah. One of Yeop Andullah Sani(Rangkuti)'s brothers, Yunus (a clerk in Pejabat Sultan, Bukit Chandan)was the father of Ridwan who is the father of Dato' Khalid (TV3). Another sister of Yeop Abdullah Sani was Nontak(Rangkuti), mother of Puan Sri Azimah, widow of late Chief Justice Tan Sri Annuar Zainal Abiddin(a Rawa). One of the grandnieces of Itam Kamariah bt Hj Kadir is Tan Sri Noraizah Hamid, former Chairman of TNB and sister of retired Ambassador Dato' Faiz Hamid. You can find an interesting Family Tree in my facebook. Salam.

Radzi Sapiee said...

Wassalam. Wow. That's quite a lot of information you got there. Thanks. Feel free to share more... :]

Mohd Nuri Sam Abdul Latiff said...

Tq. I'm an old man, 77yrs. Of the five children of Sam Abdul Latiff. only 2 left and I'm the youngest. I'm willing 2 share whatever information I have with anyone interested before I leave this world. A lot of information can be obtained from my fb, especially the few hundred photographs in "The Story of Five Generations"

Radzi Sapiee said...

What's ur FB name uncle? Can't seem to find one under your full name. Or maybe you've set it to private. If so please add me at Merah Silu. If there's more than one Merah Silu then check the one with the picture of me, wife and baby.

Anyway Datuk Hashim, your brother right who wrote that book about Ngah Jabor seems to imply that your grandfather is the brother to Maharajalela Pandak Lam, the one who got executed for the killing of Birch. Is that correct that Ngah Jabor is brother to Maharajalela? And he also said that Ngah Jabor is Imam Perang Jabarumun of Gopeng and I'm of the same opinion especially after you have pointed out how he got married the Mandailing Nasution-Rangkuti clan. But this guy, what's his name... the one who got married to Prof Khoo Kay Kim's daughter (the wife use the name Salma Khoo Nasution where else the guy use the pen name something Lubis, apparently his mother is a Lubis but he himself is a Nasution) insists Ngah Jabor and Jabarumun are two different persons. What say you uncle?

Mohd Nuri Sam Abdul Latiff said...

My FB:www.facebook.com/nuri.samabdullatiff. Pls let know if u still can't find it. I disagree with my brother - actually Ngah Jabor was a very close associate of Maharajalela, who was his idol. I do not know of any blood relation. Re Imam Perang Jabarumum of Gopeng, ada kemungkinan oleh kerana Gopeng is just a few km from Sg.Raya, Kg Kepayang where Imam Perang Hj Basir (Ngah Jabor's father-in-law) had his family house built just 2 or 3 km from the present Simpang Pulai. It was in this house my late mother grew up as an orphaned grandchild (her father, Hj Ali, died when she was a very small girl) of Hj Basir until she shifted to Batu Gajah to stay with her aunt, Hjh Fatimah, wife of Hj Abdul Kadir(Rangkuti) whose sister was married to the son of Raja Bilah. The writer u meant is Abdul-Razzaq Lubis. I do not know about Ngah Jabor & Jabarumum; but as I had said, it is a possibility and a conjecture. If u go to the family tree in my FB, u can see the various Rangkuti lines. Tq 4 yr interest.

Radzi Sapiee said...

OK. I've added you uncle. Anyway regarding the relationship between Ngah Jabor and the Maharajalela, I understand brother or not, they are both descended from the first Datuk Maharajela Pancung Tak Bertanya Daeng Selili, a Bugis prince who was the bodyguard and brother-in-law of Perak's 13th ruler, Sultan Muzaffar III (ruled mid 18th century) and state mufti too. On the other hand your cousin Uncle Hanif once told me his family is related to the Laksamana Raja Mahkota of Perak which is my father's side. Anyway the first Laksamana Raja Mahkota, a man known as Nakhoda Hitam Tok Kuala Bidor which came to the state in the same period as Daeng Selili is also a Bugis prince. They do now each in other... in fact there are those who believe he is the Bugis king La Madukelleng who was the main Bugis leader in fighting againts the Dutch occupation of their homeland and Daeng Selili was one of his main man.

Anyway you seem to know the Mandailing side better. Have you seen the Rangkuti genealogical chart? The one I saw belonging to Opah Itam Kamariah did point out that the main ancestor is Saidina Ali!

Mohd Nuri Sam Abdul Latiff said...

As I've said, there is very close relationship between Ngah Jabor & Maharajalela; but not blood relationship. My brother also used " " - "brother" & "saudara" to describe the relationship. My knowledge is not as deep as yours. What I have is a mere collection of what was told to me by my elders (who are no longer around & I was quite close to them, having been grown up among the Mendeliang relatives in Batu Gajah), unlike my brother who did a lot research in the libraries (even in UK & US, being a carrier diplomat himself with oversea postings. He is a wide reader and in fact once had a library of his own in his house),etc, etc. Itam Kamariah is the product of Rangkuti (Hj Kadir, son of Setia Diraja Ibrahim) & Nasution (Hjh Fatimah, eldest daughter of Hj Basir).

Anak Waris said...

Assalamualaikum tuan Radzi,

Saya adalah dari keturunan Raja Abdul Rahman bin Raja Nala. Raja Alang yang disebut dari keturunan nasab Raja Busu Hassan saya kurang pasti. Raja Hassan @ Raja Busu adalah adinda kepada Raja Abdul Rahman bin Raja Nala.

king92byt@gmail.com

Radzi Sapiee said...

Wassalam. Ini Raja Abdul Rahman @ Raja Aman yang turut dikenali sebagai Daeng Alampaki kan? Ayahanda kepada Raja Ali yang pernah menjadi Yam Tuan Besar Rembau di Negeri Sembilan...

Anak Waris said...

Assalamualaikum.. Yup. Benar.. Sy keturunan ke-8 dr Raja Ali bin Daeng Alampaki dan keturunan ke 11 dr Daeng Chelak..

Anonymous said...

assalamualaikum..
saya puji saudara atas pencarian ini..saya ade beberapa soalan atau kemusykilan..setakat yang saya faham dari pencarian saudara, Raja Allang berketurunan Raja Mendeling..daripada gambar-gambar yang saudara paparkan, saya tidak nampak terumbu/salasilah keturunan asal Raja Mendeling di Sumatera sehingga kini..pada saya, terumbu/salasiah itu merupakan antara bukti terpenting keturunan Raja Mendeling..

Setakat yang saya dengar terumbu/salasilah keturunan Raja Mendeling ini wujud..cuma tidak tahu waris terkini yang menyimpannya..

Terima kasih..

Radzi Sapiee said...

Wassalam. Kertas putih yang saya pegang dalam 2-3 gambar pada artikel ini adalah salinan salasilah yang diperolehi Raja Allang dari Tanah Mandailing. Itu sahaja yang saya tahu...

Anonymous said...

oo ok..saya pernah lihat salah satu keratan terumbu/salasilah ini..tetapi tidak lengkap keturunan Raja Mendeling kerana keratan-keratan lain disimpan oleh waris-waris lain dan waris yang masing-masing menyimpan terumbu/salasilah ini tidak diketahui siapa..
anyway, terima kasih atas pencarian ini..sekurang-kurangya menambahkan pengetahuan saya..

Anonymous said...

Bagaimana orang dari suku Bugis atau Aceh boleh berada dalam suku Mandailing sebenarnya tidak mengherankan. Mungkin saja orang Bugis atau Aceh tersebut lama berada di daerah Mandailing dan akhinya masuk salah satu suku Mandailing dan diterima sebagai orang mandailing. Ini memang sering terjadi......