Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-






Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Monday, October 11, 2010

Bahaya yang mengancam Kaabah...

Sekarang dah lepas tengah malam, dah masuk 11 Oktober... bolehlah saya membuat artikel baru tanpa melanggar 'faktor 1743' yang muncul pada artikel Al-Rasyid berhari-raya : Kembali semula ke rumah... jejak 3 buah masjid di 3 buah negeri dan misteri berkaitan . Mari...


Rasanya semua dah tahu tentang menara jam Mekah yang hampir siap. Cuma mungkin kita tidak terfikir tentang implikasi kewujudannya. Dahulu tidak ada bangunan yang dibina melebihi ketinggian menara Masjidil Haram. Namun bermula sekitar tahun 2005 begitu bangunan melebihi ketinggian 20 tingkat mula terbit di sekitar Masjidil Haram dan kini ada menara jam yang muncul menjadi bangunan kedua tertinggi di dunia, selepas Burj Khalifa di Dubai.

Begitulah keadaan sudah berubah akhir zaman. Dahulu anak cucu Nabi Ismail yang menduduki Mekah menjadi tuan rumah yang rela menerima tetamu datang menunaikan Haji dan Umrah di Masjidil Haram tanpa menerima bayaran. Kalau setakat mahu minum air zam-zam yang tidak pernah putus bekalan selain makanan asas seperti roti juga buah kurma, mereka yang datang ke Mekah tidak perlu risau. Malah mereka boleh duduk di wakaf-wakaf tanpa bayaran seluruh musim Haji hingga ke sepanjang tahun untuk Umrah. Kerana janji Allah, adalah menjadi tugas anak cucu Nabi Ismail untuk menerima tetamu ke Mekah dan mereka yang menjalankan amanah akan sentiasa dimakmurkan dengan rezeki yang melimpah. Rezeki itulah yang diinfaqkan untuk kemudahan tetamu tanpa perlu meminta apa-apa bayaran.

Begitulah yang berlaku apabila satu pecahan anak cucu Nabi Ismail yang dikenali sebagai kaum Bani Hashim melanjutkan amanah menjaga Kaabah dan menerima tetamu yang datang semasa Nabi Muhammad SAW dilahirkan 1,400 tahun lalu. Begitu juga keadaan apabila cabang Bani Hashim dari keturunan Nabi Muhammad SAW melalui Saidina Hassan memerintah Mekah sebagai para Sharif Mekah sebelum dijatuhkan keluarga Saud tahun 1920an. Itulah makna diberi gelaran "khadamul Haramain", khadam atau penjaga Tanah Haram yang meliputi bumi Mekah dan Madinah. Mereka yang beramanah dengan pesanan nenek-moyang tidak akan meminta bayaran untuk membekalkan air zam-zam juga sedikit makanan asas dan tempat tinggal untuk tetamu yang datang.

Ini bukanlah bermakna kita tak boleh berniaga makan-minum atau rumah penginapan langsung di Mekah. Cuma dahulu kemudahan asas diberi oleh mereka yang beramanah dari kaum Bani Hashim tanpa meminta bayaran. Orang lain mungkin mahu berniaga tetapi bagi kaum Bani Hashim ini amanah yang perlu digenggam. Seperti disebut tadi Allah memberi mereka rezeki dari jalan lain seperti perdagangan juga hasil yang boleh ditemui dari perut bumi dan sebagainya agar mereka mampu menjaga tetamu Allah di Tanah Haram tanpa perlu meminta-minta bayaran. Kalau mereka mahu berniaga makan-minum dan tempat tidur pun ia mestilah di luar kemudahan asas. Misalnya kalau ada tetamu mahu makan hidangan kambing yang lazat atau tidur di tempat empuk tanpa perlu berkongsi tidur beramai-ramai di wakaf-wakaf bolehlah ditunaikan permintaan mereka dengan sedikit bayaran.

Namun asasnya kita pergi ke Tanah Haram untuk beribadah, ke Mekah untuk menunaikan Haji atau Umrah, ke Madinah untuk melakukan ziarah ke makam Rasulullah SAW. Lalu apa perlukan sangat makanan lazat dan tempat tidur empuk? Maka itu urusan Haji dan Umrah dahulu agak mudah. Yang susah adalah mahu sampai dari tempat jauh ke Mekah, itulah yang memerlukan kos pengangkutan dan makan-minum untuk perjalanan. Bila dah sampai Insyaallah segala keperluan asas akan dipenuhi oleh mereka yang beramanah mahu menjaga tetamu Allah dan ini termasuk menjaga keselamatan dari diganggu-gugat mana-mana pihak.

Sekarang urusan Haji dan Umrah menjadi perniagaan yang sangat menguntungkan. Walaupun Tanah Arab telah diberkati dengan berbillion dolar setahun pendapatan melalui hasil minyak, hasil yang sepatutnya boleh menampung keperluan asas para jemaah tanpa diminta bayaran, kos untuk menunaikan Haji dan Umrah semakin bercambah. Mungkin ada yang akan membantah... dahulu yang datang ke Mekah cuma beribu sahaja, sekarang berjuta. Mana mungkin ditampung keperluan jumlah yang begitu ramai? Di sini kita lupa jaminan Allah untuk memakmurkan Mekah. Percayalah Allah akan sentiasa memberi jalan rezeki untuk penduduk Tanah Haram yang beramanah menerima tetamu Allah asalkan mereka sentiasa jujur dan ikhlas untuk melakukan tugas.

Ala... kalau kita pergi ke Pulau Besar, Melaka pun boleh duduk sampai bila-bila tanpa perlu belanja. Ada sahaja rezeki datang hasil orang membayar nazar dan sebagainya. Asalkan kita sanggup tidur bersepah di serambi masjid, pondok-pondok dan makan apa yang dihidangkan di kantin apabila sampai waktunya maka tak perlu membuat apa-apa bayaran. Apalagi di Mekah di mana orang bukan sahaja selalu membayar nazar, zakat dan sedekah selain meninfaqkan harta untuk keperluan ramai, sentiasa sahaja ada orang membayar dam akibat kesilapan dalam menunaikan Haji dan Umrah dalam bentuk korban haiwan ternakan dan beras makanan untuk orang ramai. Seharusnya keperluan tetamu di Mekah lebih terjamin berbanding di Pulau Besar apalagi dengan janji rezeki dari Allah. Lainlah kalau nak makan sesuatu yang lain atau duduk di tempat lebih selesa. Perlulah mengeluarkan duit sendiri tidur di chalet, hotel dan sebagainya seperti berlaku di Pulau Besar...

OK. Kita tolak dahulu kata-kata saya bahawa dahulu kita boleh duduk di Mekah dan Madinah tanpa risau tentang makan, minum dan tempat tinggal serta keselamatan. Kerana mungkin ada yang tidak percaya tentang ini kerana tidak dapat membayangkan keadaan sebegitu pernah wujud lantaran terbiasa dengan apa yang dilihat sekarang. Kita berbalik pada realiti zaman materialistik dan kapitalistik abad ke 20 dan 21 ini di mana kita perlu sekurang-kurangnya menyewa hotel murah di sekitar Masjidil Haram ketika menunaikan Haji dan Umrah. Sekarang, dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan hotel-hotel murah yang ada itu sudah rata-rata dirobohkan. Dinaikkan pula bangunan-bangunan baru yang menjadi hotel-hotel mahal termasuk menara jam Mekah yang memiliki hotel bukan 5 bintang sebaliknya 7 bintang!

Saya pernah mendengar alasan bahawa kawasan-kawasan lama di Mekah yang banyak berhubung-kait dengan keluarga Nabi seperti tapak tempat baginda lahir dan rumah Siti Khadijah dirobohkan kerana tidak cukup tanah. Kononnya tempat-tempat bersejarah itu terpaksa diruntuhkan agar dapat didirikan hotel-hotel untuk menampung kedatangan berjuta jemaah. Kini hotel-hotel murah sudah lenyap demi memberi laluan kepada hotel-hotel mewah. Betulkah ini dibuat untuk menampung ramai orang? Daripada berjuta yang datang berapa ramai sangatlah yang mampu untuk duduk hotel 7 bintang?

Allah! Saya sudah menulis terlalu panjang. Sebenarnya saya cuma mahu mengajak pembaca berfikir, apakah fungsi sebenar didirikan menara jam begitu tinggi dan megah di Mekah? Mungkin ada yang terasa bangga menganggap ini contoh untuk menunjukkan kemajuan orang Islam. Mungkin... tetapi ingatkah kita akan sabda Rasulullah SAW tentang apabila manusia berebut-rebut mendirikan bangunan tinggi? Kalau di tempat lain tak mengapalah tapi ini di Mekah.

Saya mahu mengajak pembaca berfikir. Tadi saya telah menggunakan program Google Earth untuk mendapatkan gambar di atas. Saya telah menyemak bahawa jarak antara bangunan Kaabah dengan kaki menara jam cuma sekitar 450 meter sahaja sedangkan ketinggian menara jam adalah 601 meter. Bayangkan jika berlaku sesuatu samada sengaja atau tidak yang boleh menyebabkan menara jam patah senget berhampiran kakinya. Tidak mustahil ia boleh jatuh menghempap Kaabah. Adakah menara jam ini 'senjata' akan datang untuk merobohkan bangunan suci kiblat orang Islam? Sekian...

Nota: Tadi saya tersasul menyebut tarikh hari ini sudah masuk 11 September. Isteri saya menegur. Bukan September tapi Oktober le. Issh... teringat apa yang berlaku 11 September 2001. Kebetulan ini adalah artikel ke 747 di blogspot ini. Bukankah yang melanggar bangunan menara berkembar World Trade Centre di New York tu kapalterbang Boeing 747?

(Selepas sejam dua memaparkan artikel ada pembaca membetulkan dalam komen. Katanya yang langgar WTC tu Boeing 757. Saya Google and check balik... tengok Wikipedia kata 767. Namun ada pihak lain pula kata kapalterbang model lain. Adapun saya menyebut 747 kerana itulah yang kelihatan pada saya ketika menonton siaran langsung peristiwa di televisyen. Itulah juga yang muncul dalam ingatan ketika mendapati ini adalah artikel ke 747 di sini. Harap maklum)

7 comments:

wanariefimran@freeourmind said...

artikel yg menarik. terima kasih atas info ini. tp mengenai peristiwa september 11 tu, kapal yg mereka ketengahkan sbg kapal yg di'hijack' terroris adalah boeing 757 (walaupun sebenarnya kapal lain yg hampir sama bentuk).

Radzi Sapiee said...

Terimakasih. Tadi saya baru check balik. Bukan 747. Wikipedia kata 767 tapi ada forum sebut model lain. Entah le...

j_ said...

salam tuan,

kalau tengok bentuk gaya jam tu macam tiang illuminiti yg dh melata di seluruh bandar dunia...kini di Tanah Haram menara tu dh terbina...apa pandangan tuan ya...

Radzi Sapiee said...

Wassalam. Hehe. Memang pun. Tapi kalau kita sebut Illuminati terlibat nanti orang kata2 terlebih2 fikir pasal konspirasi plak. Habis tu sapa yang promote semangat Arab sampai Turki Ottoman kehilangan sokongan lalu jatuh melutut pada Perang Dunia I? Siapa pulak yang tolong Wahabi dan Bani Saud jatuhkan pemerintahan Sharif Mekah keturunan Saidina Hassan ke atas wilayah Hijaz yang mengandungi Mekah dan Madinah? Mulai 1920an umat Islam kehilangan Khalifah di Turki dan sokongan pusat kerohanian bersanadkan Nabi di Mekah dan Madinah. Lepas tu Palestin pun terlepas sampai terbentuk negara haram Israel. Arab Saudi dah dapat hasil minyak bukan billion tapi bertrillion Dollar... belum kira hasil yang dibuat akibat orang datang berduyun-duyun untuk Haji dan Umrah. Apa dia buat untuk tolong rakyat yang tertindas di Palestin? Ibarat kata satu mamat tu... lu fikirlah sendiri...

jmazli said...

salam bro....

saya suka baca blog ni sbb byk info dan ia tdk terhad kpd satu aspek shj...ada nilai sejarah, arkitek agama dll. saya ada beberapa gambar rumah dato'2 lembaga di seremban yg kalau saudara boleh komen dari segi binaan dan nilai sejarahnya. dan jika berkesempatan saudara boleh juga dtg ke tempat saya utk mengambil gambar dan membuat research. insya allah saya boleh membantu.

Raudhah said...

Malaysia pula sangat berbangga dengan menara jam itu kerana jurutera-jurutera dari Malaysia terlibat dalam pembikinan jam tersebut...

Jika kaabah yang dihempap, mungkin boleh dibikin semula...Tapi jika jemaah haji/umrah...........
na'uzubillahiminzalik...moga dijauhkan...

Anonymous said...

Punyalah takut illuminati, sampai lupakan Allah.Patut2nya takut lah Allah lagi lebih dari takut illuminati. Bukankah Tanah Haram Mekah dah dijanjikan Dajjal tak dapat masuk. Ada banyak malaikat yg menjaganya.

Kalau jam tu mau jatuh jugak, rasanya jatuh arah yg bertentangan daripada jatuh ke belah kaabah. Ironi nya macam tak caya, tapi percayalah tiada yg mustahil jika Allah dan tentu kan.

Itu pasal Islam lemah, banyak takut kepada perkara2 bukan. Perkara yg patut takut seperti syirik kepada Allah, ini tak pulak takut. Itu pasal la Islam semakin lemah.