Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-






Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Monday, September 20, 2010

Antara faham ilmu Tasawuf, memang tak faham atau buat-buat tak faham (akibat ada agenda tersembunyi)...


OK. Keluar dari mood hari raya sebentar....


Merujuk pada komen-komen di artikel Mereka yang menjual agama sehingga sanggup menjatuhkan negara... . Setelah bertahun pernah membacanya, baru tadi saya terjumpa kembali satu artikel oleh almarhum Ustaz Wan Saghir yang turut mempersoalkan motif ulamak besar Aceh bernama Sheikh Nuruddin Ar-Raniri dalam menghukum para pengikut ilmu Tasawuf Wahdatul Wujud yang dibawa oleh Sheikh Hamzah Fansuri dan Sheikh Shamsuddin Sumatrani (disebut Wan Saghir sebagai Sumatra'i) sebagai sesat malah halal dibunuh. Kepada mereka yang menganggap saya berniat buruk apabila memperkatakan banyak perkara kurang enak terhadap Sheikh Nuruddin sedangkan sheikh ini sudah lama meninggal dunia lalu tidak dapat mempertahankan diri, saya harap anda kembali mengkaji sejarah dan kitab-kitab lama dengan teliti dan jujur. Ketahuilah Nuruddin berani bertindak menyesatkan para pengikut Sheikh Hamzah dan Sheikh Shamsuddin malah merendahkan ilmu sheikh-sheikh besar ini hanya selepas keduanya mangkat.

Nuruddin juga cuma berani datang ke Aceh (ada yang sebut kali kedua setelah kali pertama ditolak istana) setelah penakluk besar merangkap raja yang dikira ramai sebagai paling agung di sana, Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam (1607-1636) juga mangkat memberi ruang kepada seorang menantunya menaiki takhta. Kerana apa? Kerana sultan yang amat dibenci dan ditakuti penjajah Barat ini sebenarnya adalah pengikut ajaran Sheikh Hamzah dan Sheikh Shamsuddin! Saya mahu meletakkan artikel Ustaz Wan Saghir pada komen artikel saya sebagai jawaban untuk mereka yang betul-betul berfikir atau dapat melihat dengan mata hati. Tetapi oleh kerana ruangan komen tidak membenarkan apa-apa ayat atau perkataan dihighlight, saya rasa lebih elok ia dibuat dalam bentuk artikel baru.

Bukan apa... ada pihak yang suka membaca sesuatu secara semberono kemudian terus meninggalkan komen yang tidak bernas lagi boleh mengelirukan. Atau mungkin juga mereka memiliki daya intelektual yang lemah lalu sering tertinggal maksud sebenar sesuatu penulisan... kecuali jika ditunjukkan dengan terang dan nyata perkara-perkara yang harus diambil-berat. Maka itu biar dihighlight bahagian-bahagian tertentu dalam artikel Ustaz Wan Saghir itu. Sebagai bacaan tambahan saya sarankan cuba cari buku "The mysticism of Hamzah Fansuri" mungkin di perpustakaan Universiti Malaya dan sebagainya di mana anda boleh melihat intelektual besar seperti Profesor Syed Muhammad Naguib Al-Attas (penulis buku) turut mempersoalkan motif Nuruddin menyesatkan ajaran Wahdatul Wujud di Aceh.

Baca... baca dengan nama Allah yang menjadikan kalam..

-----------



Ar-Raniri Vs Fansuri
Sheikh ArRaniri Vs Hamzah Fansuri


PADA mukadimah dan penutup tentang Syeikh Hamzah al-Fansuri keluaran yang lalu, telah saya singgung gambar imaginasi. Dalam artikel ini disiarkan gambar imaginasi Syeikh Nuruddin ar- Raniri yang juga tiada siapa yang tahu penciptanya, seperti Syeikh Hamzah al-Fansuri juga. Sebagaimana Syeikh Hamzah al-Fansuri, nama Syeikh Nuruddin ar-Raniri cukup banyak mendapat perhatian dan ditulis orang. Jauh sebelum kedatangan Syeikh Nuruddin ar-Raniri ke Aceh, pada masa pemerintahan Sultan Husein (pengganti Sultan sebelumnya), yang mangkat tahun 975 H/1567 M, di Aceh telah ada seorang ulama yang digelar Syeikh Nuruddin. Mengenainya disebut dalam Hikayat Aceh.

Perlu dibezakan, apabila kita menulis nama lengkap Syeikh Nuruddin ar- Raniri dengan nama ayah saudaranya yang pernah datang ke Aceh. Syeikh Nuruddin ar-Raniri yang diriwayatkan ini nama lengkapnya berdasarkan kepada karya-karyanya ialah Syeikh Nuruddin Muhammad ibnu 'Ali ibnu Hasanji ibnu Muhammad Hamid ar-Raniri al-Quraisyi.

Syeikh Nuruddin ar-Raniri walau pun berasal daripada keturunan Arab di India dari pihak ayahnya dan bangsa Melayu dari sebelah ibu, namun beliau lama tinggal di Pahang dan Aceh, dan banyak mengarang kitab- kitab dalam bahasa Melayu. Sebahagian besar karangannya ditujukan membantah fahaman 'Wahdatul Wujud' yang diajarkan oleh Syeikh Hamzah al-Fansuri dan Syeikh Syamsuddin as-Sumatra-i.
Banyak perkara menarik mengenai ulama ini, di antaranya kitab fikah dalam bahasa Melayu yang pertama sekali berjudul ash-Shirath al- Mustaqim adalah karya beliau. Demikian juga mengenai kitab hadis yang berjudul al-Fawaid al-Bahiyah fi al-Ahadits an-Nabawiyah atau judul
lainnya Hidaya al-Habib fi at-Targhib wa at-Tarhib, adalah kitab membicarakan hadis yang pertama sekali dalam bahasa Melayu.

Hampir semua penulis menyebut bahawa Syeikh Nuruddin ar-Raniri dilahirkan di Ranir, berdekatan dengan Gujarat. Asal usul beliau ialah bangsa Arab keturunan Quraisy yang berpindah ke India. Tetapi salah seorang muridnya bernama Muhammad 'Ali atau Manshur yang digelarkan dengan Megat Sati ibnu Amir Sulaiman ibnu Sa'id Ja'far Shadiq ibnu 'Abdullah dalam karyanya Syarab al-'Arifin li Ahli al- Washilin menyebut bahawa Syeikh Nuruddin ar-Raniri adalah "Raniri negerinya, Syafi'ie nama mazhabnya, Bakri bangsanya." Pendidikan asasnya dipercayai diperolehnya di tempat kelahirannya Raniri atau Rander.

Raniri/Rander, sebahagian riwayat mengatakan berdekatan dengan Kota Surat, dan riwayat lain mengatakan dekat Bikanir, kedua-duanya di negeri India. Syeikh Nuruddin ar-Raniri berhasil berangkat ke Mekah dan Madinah dalam tahun 1030 H/1621 M dan di sana beliau sempatbelajar kepada Syeikh Abu Hafash 'Umar bin 'Abdullah Ba Syaiban atau nama lain ulama ini ialah Saiyid 'Umar al-'Aidrus. Kepada ulama ini beliau mengambil bai'ah Thariqat Rifa'iyah. Dalam sektor Thariqat Rifa'iyah itu syeikh yang tersebut adalah murid kepada Syeikh Muhammad al-'Aidrus. Selain Thariqat Rifa'iyah, Syeikh Nuruddin ar- Raniri juga pengamal Thariqat Qadiriyah.

Kedatangan Syeikh Nuruddin ar-Raniri buat pertama kalinya ke Aceh diriwayatkan dalam tahun 1577 M, tetapi ada juga ahli sejarah mencatat bahawa beliau sampai di Aceh pada tahun 1637 M. Ini bererti setahun setelah mangkatnya Sultan Iskandar Muda (memerintah dari tahun 1606 M hingga 1636 M). Syeikh Nuruddin ar-Raniri seakan-akan kedatangan pembawa satu pendapat baru, yang asing dalam masyarakat Aceh. Setiap sesuatu yang baru selalu menjadi perhatian dan pengamatan orang, sama ada pihak kawan atau pun pihak lawan. Fahaman baru yang dibawa masuk oleh Syeikh Nuruddin ar-Raniri itu ialah fahaman anti atau penolakan tasawuf ajaran model Syeikh Hamzah al- Fansuri dan Syeikh Syamsuddin as-Sumatra-i. Kedua-dua ajaran ulama sufi itu adalah sesat menurut pandangan beliau.
Syeikh Nuruddin ar-Raniri mendapat tempat pada hati Sultan Iskandar Tsani, yang walaupun sebenarnya pada zaman pemerintahan Sultan Iskandar Muda beliau tidak begitu diketahui oleh masyarakat luas.
Oleh sebab ketegasan dan keberaniannya ditambah lagi, Syeikh Nuruddin ar-Raniri menguasai berbagai-bagai bidang ilmu agama Islam, mengakibatkan beliau sangat cepat menonjol pada zaman pemerintahan Sultan Iskandar Tsani itu. Akhirnya Syeikh Nuruddin ar-Raniri naik ke puncak yang tertinggi dalam kerajaan Aceh, kerana beliau mendapat sokongan sepenuhnya daripada sultan. Beliau memang ahli dalam bidang ilmu Mantiq (Logika) dan ilmu Balaghah (Retorika). Dalam ilmu Fikah, Syeikh Nuruddin ar-Raniri adalah penganut Mazhab Syafie, walaupun beliau juga ahli dalam ajaran mazhab-mazhab yang lainnya. Dari segi akidah, Syeikh Nuruddin ar-Raniri adalah pengikut Mazhab Ahlus Sunnah wal Jama'ah yang berasal daripada Syeikh Abul Hasan al-Asy'ari dan Syeikh Abu Manshur al-Maturidi.

Pegangannya dalam tasawuf ialah beliau adalah pengikut tasawuf yang mu'tabarah dan pengamal berbagai-bagai thariqah sufiyah. Tetapi suatu perkara yang aneh, dalam bidang tasawuf beliau menghentam habis-habisan Syeikh Hamzah al-Fansuri dan Syeikh Syamsuddin as-Sumatra-i. Walau bagaimanapun Syeikh Nuruddin ar-Raniri tidak pernah menyalahkan, bahkan menyokong Syeikh Muhyuddin ibnu 'Arabi, Abi Yazid al- Bistami, 'Abdul Karim al-Jili, Abu Manshur Husein al-Hallaj dan lain-lain.

Perkataan yang bercorak 'syathahiyat' yang keluar daripada ulama-ulama sufi yang tersebut itu tidak pernah beliau salahkan tetapi sebaliknya perkataan yang bercorak 'syathahiyat' yang berasal daripada Syeikh Hamzah al- Fansuri dan Syeikh Syamsuddin as-Sumatra-i selalu ditafsirkan secara salah oleh Syeikh Nuruddin ar-Raniri. Di dalam karyanya Fath al-Mubin 'ala al-Mulhidin, Syeikh Nuruddin ar-Raniri berpendapat bahawa al-Hallaj mati syahid.

Katanya: "Dan Hallaj itu pun syahid fi sabilillah jua." Padahal jika kita teliti, sebenarnya Syeikh Hamzah al-Fansuri dan Syeikh Syamsuddin as-Sumatra-i itu pegangannya tidak ubah dengan al-Hallaj.
Ajaran Syeikh Hamzah al-Fansuri dan Syeikh Syamsuddin as-Sumatra-i berpunca daripada ajaran Syeikh Muhyuddin ibnu 'Arabi, Syeikh Abi Yazid al-Bistami, Syeikh 'Abdul Karim al-Jili dalam satu sektor. Dan bahagian lain juga berpunca daripada ajaran Imam al-Ghazali, Syeikh Junaid al-Baghdadi dan lain-lain, adalah dipandang muktabar, sah dan betul menurut pandangan ahli tasawuf. Bahawa ajaran tasawuf telah berurat dan berakar di kalbi, bahkan telah mesra dari hujung rambut hingga ke hujung kaki, dari kulit hingga daging, dari tulang hingga ke sumsum pencinta-pencintanya, yang tentu saja mereka mengadakan tentangan yang spontan terhadap Syeikh Nuruddin ar-Raniri.

Bahkan kepada siapa saja yang berani menyalah-nyalahkan pegangan mereka. Pengikut-pengikut Syeikh Hamzah al-Fansuri dan Syeikh Syamsuddin as-Sumatra-i menganggap kedua-dua guru mereka adalah wali Allah, yang faham terhadap pengetahuan syariat, tarekat, haqiqat dan makrifat. Mereka beranggapan, walaupun diakui bahawa Syeikh Nuruddin ar-Raniri sebagai seorang ulama besar, yang dikatakan juga telah mengetahui ilmu tasawuf, namun tasawuf yang diketahui oleh Syeikh Nuruddin ar-Raniri itu hanyalah tasawuf zahir belaka. Bahawa beliau hanyalah mengetahui kulit ilmu tasawuf, tetap tidak sampai kepada intipati tasawuf yang sebenar-benarnya. Bahawa beliau baru mempunyai ilmu lisan sebagai hujah belaka, tetapi belum mempunyai ilmu kalbi, yang dinamakan juga dengan ilmu yang bermanfaat. Oleh itu, wajiblah mereka membela guru mereka yang mereka sanjung tinggi itu.

Selama menetap di Pahang atau pun setelah beliau pindah ke Aceh, ramai penduduk yang berasal dari dunia Melayu belajar kepada ulama besar yang berasal dari India itu, namun sampai riwayat ini saya tulis, belum dijumpai tulisan yang menyenaraikan nama murid-muridSyeikh Nuruddin ar-Raniri. Untuk memulakan penjejakan mengenainya di sini dapat saya perkenalkan hanya dua orang, iaitu: Syeikh Yusuf Tajul Mankatsi/al-Maqasari al-Khalwati yang berasal dari Makasar/tanah Bugis. Tidak begitu jelas apakah Syeikh Yusuf Tajul Khalwati ini belajar kepada Syeikh Nuruddin ar-Raniri sewaktu beliau masih di Aceh atau pun Syeikh Yusuf datang menemui Syeikh Nuruddin ar-Raniri di negerinya, India. Sementara pendapat lain menyebut bahawa Syeikh Yusuf Tajul Khalwati benar-benar dapat berguru kepada Syeikh Nuruddin ar-Raniri sewaktu masih di Aceh lagi, dan Syeikh Yusuf Tajul Khalwati menerima bai'ah Tarekat Qadiriyah daripada Syeikh Nuruddin ar-Raniri. Yang seorang lagi ialah Syeikh Muhammad 'Ali, ulama ini berasal dari Aceh.

Ada yang berpendapat bahawa beliau meninggal dunia di India. Pendapat lain menyebut bahawa beliau meninggal dunia di Aceh. Ahmad Daudi, menulis: "Maka tiba-tiba dan tanpa sebab-sebab yang diketahui, Syeikh Nuruddin ar-Raniri meninggalkan Serambi Mekah ini, belayar kembali ke tanah tumpah darahnya yang tercinta, Ranir untuk selama-lamanya. Peristiwa ini terjadi pada tahun 1054 H (1644 M)." Bahawa beliau meninggal dunia pada 22 Zulhijjah 1069 H/21 September 1658 M. Tetapi Karel A. Steenbrink dalam bukunya, Mencari Tuhan Dengan Kacamata Barat berpendapat lain, bahawa hingga tahun 1644 M bererti Syeikh Nuruddin masih berada di Aceh. Menurutnya terjadi diskusi yang terlalu tajam antara beberapa kelompok pemerintah: Seorang uskup agung (ar-Raniri) di satu pihak dan beberapa hulubalang dan seorang ulama dari Sumatera Barat di pihak lain. Pihak yang anti ar-Raniri akhirnya menang, sehingga ar- Raniri dengan tergesa-gesa kembali ke Gujarat. Tulisan Karel itu barangkali ada benarnya, kerana secara tidak langsung Syeikh Nuruddin mengaku pernah kalah berdebat dengan Saiful Rijal, penyokong fahaman Syeikh Hamzah al-Fansuri dan Syeikh Syamsuddin as-Sumatra-i, perkara ini beliau ceritakan dalam kitab Fath al-Mubin.

Ada pun tempat meninggalnya, H.M. Zainuddin, berbeza pendapat dengan Ahmad Daudi di atas. Menurut Zainuddin dalam Tarich Atjeh Dan Nusantara, jilid 1, bahawa terjadi pertikaian di istana, dalam perebutan itu telah terbunuh seorang ulama, Faqih Hitam yang menentang tindakan Puteri Seri Alam. Dalam pada itu Syeikh Nuruddin diculik orang, kemudian mayatnya diketemukan di Kuala Aceh. Menurut H.M. Zainuddin pula, bahawa makam Syeikh Nuruddin itu dikenal dengan makam keramat Teungku Syiahdin (Syeikh Nuruddin ar-Raniri) terletak di Kuala Aceh.

Dalam masa pemerintahan Iskandar Muda, kerajaan Aceh maju, ajaran sufi tidak menghalang kemajuan yang berasaskan Islam. Sebaliknya masa pemerintahan Iskandar Tsani, ajaran sufi dianggap sesat, ternyata kerajaan Aceh mulai menurun. Bantahan terhadap sesuatu pegangan yang pernah berkembang di dunia Islam perlulah ditangani dengan penuh kebijaksanaan. Siapa saja yang memegang urusan keislaman janganlah tersalah penilaian, sering terjadi yang benar menjadi salah, atau sebaliknya yang salah menjadi benar.

Penulis : Wan Mohd Saghir Abdullah [ cucu Sheikh Daud Al Fathani]

76 comments:

adisarwajagat said...

Salam Lebaran

Wahdatul Wujud vs Wahdatul Syuhud

"Tamra di Benua Terengganu"
"Persiapan dari Bumi Madinah"

Anonymous said...

Sedikit pembetulan. Tuan Guru Haji Wan Muhammad Shaghir adalah merupakan cucu kepada al-'Alim al-'Allamah Syeikh Wan Ahmad bin Muhammad Zain al-Fathani, iaitu dari sebelah ibu beliau Hajjah Wan Zainab bin Syeikh Wan Ahmad bin Syeikh Muhammad Zain al-Fathani

Radzi Sapiee said...

Wassalam dan terimakasih. Saya pun tak ingat Ustaz Wan Saghir dari belah mana. Artikel di atas saya copy n paste dari sebuah forum, sudah tertera namanya sebagai cucu Sheikh Daud.

ahim said...

Perahu dah terapung....
Payung pun dah terbuka....
Harap hujan tak jadi ribut...

zaim zaiman said...

minal aidin wal faizin....

salam saudara....
menarik info saudara, mengenai kisah hamzah fansuri ini memang perlu di teliti dgn mendalam, sy juga setuju dgn saudara mengenai hamzah fansuri ini, ajarannya byk berunsur hakikat dan sampai satu tahap, byk orang tidak dapat menerimanya sebagaimana pernah juga terjadi seperti Syeikh Siti Jenar di mana beliau juga pernah di hukum bunuh oleh wali songo dan ini juga tidak bermakna yg Syeikh Siti Jenar itu salah tetapi atas kefahaman yg dirisaukan oleh masyarakat ketika itu...

wallahualam.

Radzi Sapiee said...

Wassalam. Kes Hamzah Fansuri tidak sama dengan kes Sheikh Siti Jenar. Walaupun hakikat ilmu dan pemahamannya sama pembawakan mereka berlainan sekali. Hamzah menyebut Wahdatul Wujud sebagai hakikat wujud alam di mana yang wujud secara hakikat cuma Allah sahaja, mahkluk cuma bayang2. Cara Sheikh Siti Jenar menghuraikan perkara yang sama pula lebih merbahaya kerana menyamakan alam dengan Tuhan dan pernah mengaku dirinya sebagai Allah. Maka dia memang layak dibunuh untuk menjaga kemaslahatan orang awam.

Apapun bagi para wali, tidak jadi masalah dibunuh orang. Sama sahaja bagi mereka hidup atau mati. Kalau kita memgaku dah faham Wahdatul Wujud maka kita harus mengambil sikap yang sama. Memahami Wahdatul Wujud bermakna kita sudah mengaku diri kita sebagai tidak wujud kecuali sebagai bayang2, jadi kalau dibunuh pun apa hal ya tak?

Masalahnya banyak yang mengaku faham Wahdatul Wujud tetapi ia cuma alasan supaya tak perlu bersolat dan berpuasa malah boleh menghalalkan segala perkara buruk termasuk berzina atas alasan semuanya perbuatan Tuhan. Mereka juga yang mengaku kononnya boleh bersolat dengan niat walhal kalau disuruh makan dan minum atau mengadakan perhubungan kelamin dengan niat tak pula boleh buat. Mereka inilah yang merosakkan reputasi ilmu Wahdatul Wujud. Kalau betul dah 'sampai' pada Allah kenapa masih terhegeh2 cari pangkat, harta dan nama atau terus mahu hidup di dunia yang fana'? Kan lebih elok terus sahaja kembali pada Allah?

Pada mereka yang betul2 faham, mereka terus hidup kerana itu perintah Allah... belum sampai masa untuk meninggal dunia. Bila dipanggil kembali mereka tidak sesekali mengeluh malah amat gembira sekali, sepertimana para syahid zaman Rasulullah SAW sangat inginkan mati di medan perang. Jauh sekali keadaan mereka dengan kita yang leka ini, cerita sahaja perkara tinggi2 tapi hakikat sebenar diri jauh panggang dari api. Apapun orang seperi Hamzah Fansuri dan Sheikh Siti Jenar juga Mansur Al-Hallaj sebenarnya tidak pernah meninggalkan syariat. Solat dan puasa mereka lebih banyak dari kita, tidak sesekali mereka mengatakan cuma perlu berniat...

Anonymous said...

maaf jika tkeluar tajuk. saya baru baca blog ibnurusydi tadi. artikel terbaru beliau mengenai raja2 melayu di kalimantan barat. apa yg menarik phatian saya adalah ttg sultan pontianak yg memakai pangkal nama syarif di depan dan al-kadrie di belakang.

so, dah pasti sultan2 pontianak ni jugak adalah ahlulbait. adakah buku saudara tentang family ahlulbait ni ada sentuh ttg perkara ni? maybe sultan pontianak ni ada kaitan dengan raja perlis yang dtg dari family jamalullial.

just nak kongsikn & pandangan dari saudara... =)

Radzi Sapiee said...

Ya. Sultan2 Pontianak memang diketahui Ahlul-Bait dari keluarga Al-Qadri. Cuma ada 2 pendapat tentang apa itu keluarga Al-Qadri. Pihak Ba'Alawi (keturunan Sayyid Ba Alawi Hadramaut) menyebut Al-Qadri di Pontianak itu salah satu cabang dari keluarga besar mereka, begitu juga Jamalulail Perlis. Namun ada juga Al-Qadri dari keturunan Sultanul Awliya Sheikh Abdul Qadir al-Jilani (nasab induk dari keturunan Saidina Hassan, Ba' Alawi tu Saidina Hussein) seperti Tunku Besar Tampin Al-Qadri. Lalu ada yang cuba membezakan keduanya dengan menyebut yang dari Ba'Alawi itu Al-Qadri, dari Sheikh Abdul Qadir itu Al-Qadiri. Wallahualam...

p/s: Pendapat saya, keduanya Jamalulail Perlis dan Al-Qadri Pontianak adalah dari keturunan Sheikh Abdul Qadir al-Jilani yang pernah beranak-pinak di Aceh.

Azlan -7 said...

Kalau saudara baca buku Kritikan Syeikh Nuruddin ar-Raniri keatas fahaman Munungaling Kawula Gusti atau ijtihad,aku pasti saudara pun akan mwengatakan Fanshuri dan Sumatrani itu sudah sesat.

Ar Raniri bukanlah hanya mengetahui kulit ilmu tasawuf atau tidak sampai kepada intipati tasawuf yang sebenar-benarnya atau bahawa beliau baru mempunyai ilmu lisan sebagai hujah belaka,atau belum mempunyai ilmu kalbi, yang dinamakan juga dengan ilmu yang bermanfaat.

akan tetapi dia di TUGAS kan.Ar Raniri adalah SUFI lagi WALI.Hanya wali yg mengenali WALI.

wallahualam.

Radzi Sapiee said...

Kalau dah kata tugasan, syaitan pun ditugaskan untuk menyesatkan kita. Bila dah masuk bab begini memang ada wali yang ditugaskan untuk membuat perkara yang berlawanan dengan tugasan wali lain. Sesungguhnya mereka cuma melakonkan watak2 yang telah diperintahkan Allah. Ada yang perbuatan zahirnya sentiasa kelihatan melanggar syariat sedangkan hakikatnya tidak...

Namun kritikan sebenar saya terhadap Nuruddin adalah atas apa yang berlaku pada Aceh zaman itu. Baca balik tulisan di http://merahsilu.blogspot.com/2010/09/mereka-yang-menjual-agama-sehingga.html. Bandingkan balik dengan kata2 Ustaz Wan Saghir yang terasa pelik kenapa Nuruddin boleh menerima Al-Hallaj tapi menolak Hamzah Fansuri dan Shamsuddin Sumatrani. Lihat keadaan Aceh semasa itu, bagaimana Wan Saghir sendiri menyebut Aceh menurun pada zaman Nuruddin. Itu yang saya cuba analisa sebenarnya, bukan siapa yang benar dari segi kefahaman Tasawuf.

Sesungguhnya seseorang itu boleh sahaja faham ilmu Tasawuf luar dan dalam tetapi akhirnya perbuatannya boleh kelihatan seperti menjual agama kerana ada satu2 kepentingan. Tentang dia sengaja berbuat begini kerana dengki atau ditugaskan oleh Allah, ilmu pengetahuan saya tidak cukup untuk mengulas sepenuhnya. Saya cuba boleh menyebut bahawa apa yang berlaku pada zaman Nuruddin telah menyebabkan kejatuhan Aceh sehingga tidak mampu lagi cuba memerdekakan Melaka dari cengkaman Portugis. Sebaliknya selepas itu Belanda pula mendapat Melaka lalu muncul menjadi kuasa yang bakal menyerang Aceh habis-habisan nanti.

Maka harap faham apa yang sebenarnya diutarakan dalam penulisan saya. Penulisan Ustaz Wan Saghir diambil untuk menyatakan bukan saya sahaja mempersoalkan tindakan Nuruddin...

Anonymous said...

Ada pulak menjalankan watak-watak yg diperintah Allah? Takkan pulak nuruddin di perintahkah jadi watak antagonis pulak.

Lagi satu, bukan kah patut ko baca banyak sikit dari ambil satu pendapat dari Wan Saghir. Lepas tu, setiap kali ko nak cakap ko betul, ko kaitkan sekali dengan ustaz, uztaz tu yg berpendapat begitu? Apa ko tak leh pendapat lain, walaupun ustaz tu kata gitu. Bila org sangkal dakwaan ko, ko tarik usztaz wan saghir sekali, samada nak defend diri konon bukan asal dari pendapat kau sebab ada org lain cakap gitu, atau ko mmg dah takda alasan lain melainkan kaitkan bukti yg satu tu jer. Sebab apa, aku pun tak tau, melainkan kau sendiri saja tau sebabnya kau melakukan demikian. Mungkin ada perkara lain yg kau nak canangkan lepas ni, kau saja tau dan setengah2 lain pun boleh tau. Boleh dilihat apa kaitannya selepas ni dengan cerita2 kau nanti.

Pasal kau tak tanya pendapat org2 acheh pasal nuruddin dan sekalin yg ada, pasal kau tak check di acheh sana.

Gayo Atjeh said...

Orang Atjeh berusul-asal dari Rum Osmani,Genele.

Ar Raniri beribukan wanita Melayu bapanya org gujerat + Arab.Alim banyak ilmu bro...fiqh,politik,sastera,sejarah,dan len2.Tasawuf beraliran Tarikat Qadiriyah,Idrusiyah dan Rafiiyah.Baru syarat layak menjadi mufti Atjeh masa tu terpenuhi.

Bermazhab As Syafie beraqidah As Syaariyah.Erti kata len dia Sufi Sunni.

Kritik Ar Raniri melalui wahdatul wujud melalui fahaman Ar Arabi sendiri.Dia membahagikan kepada 2 bahagian :

1.Wujudiah Mulhid: kolompok yg menyamakan Allah dgn mahkluk samada sifatnya,affalnya serta zat...golongan ini menyamakan "diri sendiri" macam tuhan juga.

2.Wujudiah Muwahid : kolompok yg mengatakan harus hapus diri dahulu baru musyahadah, mati dalam mati.Hapus dan hilang kewujudan manusia atau keakuan itu sehingga tinggal wujud tunggal/al-haqq.

Cuba anda bezakan sendiri!!!.

Belanda memanggil Ar Raniri sebagai "Moorish Bishop" bunyi macam hebat tapi satu kutukkan/perli.Belanda sangat anti dgnnya krn banyak komplot belanda ingin mempengaruhi istana di patahkan olih Ar Raniri.

Syf Rizal org Minang tu anak murid Syk Maldin, si maidin ni di buang bukan saja dari istana tapi di halau dari bumi Atjeh di haramkan pijak bumi Atjeh olih Sultan sendiri kerana maksiat yang di buatnya.Tempatnya di ganti olih Ar Raniri yg baru datang dari Tanah Melayu pada masa tu.

Bila Syk Sumatrani sebagai Mufti meninggal baru Ar Raniri di lantik sebagai mufti yg baru.Kalau anda jadi maidin tu jelous tak???Bukanlah Ar Raniri terhegeh-hegeh gilakan pangkat, dia di lantik olih Sultan dan majlis diraja sendiri...apa anda ingat Sultan dan majlis diraja bangang sangat sampai salah pilih org.

Bila Rizal berdebat degan Ar Raniri 3 kali baru menang, kalah sekali pergi belajar,kalah belajar lagi yang ketiga baru menang tu pun dgn tetiba pembesar Atjeh menyokong Rizal, macam ada yg tak kena aje???!!!

Bila di perhatikan ternyata pembesar Atjeh ada hubungan baik dengan tali barut Belanda,bukannya Ar Raniri yg buat hal.Jadi bukanlah juga si Syf Rizal tu betul sokmo bila menang berdebat kan.Tapi ada komplot halus.

Naquid Al Attas hanya kerana emosionalnya melihat ramai yg di korbankan olih fatwa kemuftian Ar Raniri sendiri sampai kitab2 pun hangus tebakar.Padahal fatwa bunuh itu dari ilmu Syk Al Akbar ibnu Ar Arabi sendiri.

Al Attas tak perasan lagi, masyarakat marhaen Wujudiah sesat Atjeh syok sendiri,asyik masyuuukk dengan diri sendiri.Fanshuri dan Sumatrani mungkin tau apa yang diorang iqtikadkan tapi bangaimana dgn org bawah,ikut aje bertakliq buta.Bukannya menjadi pengamal keagamaan tetapi perasan dengan naluri kependitaan dan sering mengkultuskan diri sebagai rahib sufi.Byangkan kalau org macam ni beroleh kuasa???!!!tak haru biru.

Sultan sebagai bayangan Tuhan???? Bagaimana tu...Berlambak Sultan dan Raja2 di negara len sezaman dgn kegemilangan Atjeh.Jadi banyak lah Tuhan duduk atas tahta ye????Itu iqtikad Hindu kuno?

Sama saja kan dengan fahaman nenek moyang Atjeh iaitu org2 Rum sana yang sering menaikkan manusia sebagai dewa-dewa dan tuhan yg di sembah-sembah bontot!!!

Kerana itu Ar Raniri hadir sebagaimana hadirnya Faqir Mohammad yang sanggup meninggalkan tahtanya dahulu semata-mata untuk rakyat Samudera.Masalamah yg mengaku Nabi pun di bunuh olih Syd Omar ini pula yg mengaku TUHAN!!

Salam.

Anonymous said...

Memang ada komplot dari eropah sendiri.Diorang tidak mahu Bangsa Rom timur iaitu org Aceh menganut Islam yg tulen.Org Eropah dah tahu lama susur galur keturunan org Aceh ni.

Kalau bolih walau mereka/org aceh islam tetapi tetap mengamalkan warisan nenek moyang mereka sebagai pengangung Kedewaan manusia,manusia separuh dewa atau manusia sebahagian tuhan.

Memang patut Aceh mengalami pembaharuan yg di bawa Ar Raniri.Biasa lah bila ada pembaharuan pasti ada kejatuhan semula tetapi akan naik balik.

Kalau tak jatuh pun kena juga hentam dek Tsunami lagi parah!!!

The One Two Tri. said...

Wah!!! kiranya ada dua kolompok pemain belakang tabir nampaknya.Satu THH muslim satu lagi THH KUfar.

Kalau tak salah The Alburque The One Kuffar sementara Ar Raniri The One Muslim! Ye!!! -ve dan +ve bertempur.

Double Face said...

Kalau di lihat pergerakkan ar Raniri dengan pergerakkan Alburque memang sepadan dan seirama.

Mungkin dalam sela masa dan tahun yang berbeza tapi ada timbal balas dari segi natijah pendakwahan an impak politiknya.

Farancis xavier pun kencang juga geng buat gerakkan.Tu lagi hantu raya.

Anonymous said...

Qoute """Saya cuba boleh menyebut bahawa apa yang berlaku pada zaman Nuruddin telah menyebabkan kejatuhan Aceh sehingga tidak mampu lagi cuba memerdekakan Melaka dari cengkaman Portugis. Sebaliknya selepas itu Belanda pula mendapat Melaka lalu muncul menjadi kuasa yang bakal menyerang Aceh habis-habisan nanti."""

***************************

Melaka memang di rancangkan untuk di musnahkan.Aceh yg terliur hendakkan Melaka sape yg suruh, ternyata tahap kerohanian orang Aceh sempang perenang.Tak tau baca pergerakkan alam dan kepenciptaan,lagi-lagi nak menjulang diri sebagai penganut wahdatul wujud.

Perhatikan pertempuran Portugis dengan askar Melaka.Hari kedua dan malam ketiga tetiba askar2 Melaka hilang entah kemana.Gerakkan siapa kalau jenis macam tu??? Kalau korang biasa baca taktik perang korang akan faham.

Padahal pada masa tu hulubalang Melaka masih ramai lagi yg handal.Walau Tok Tuah dan Hulubalang Senior dah tak de tapi style dan gaya pertempuran masih diamalkan lagi.

adiosss!!!

Anonymous said...

aik!!! ilmu Tok Ho7 valid lagi ker?

Bukan kah dia dah bertobat dulu!!! kakakakahhh!!!

kwangg kwangggkanggg!!!

Anonymous said...

Sedao btol mengkomen dan mengkritik yang dah balik, berdepan ngan yang masih hidup kalu.....kencing bersimpai...

Blaja ke tak , pandai pandai le timbang.

Radzi Sapiee said...

Biasa le tu. Macam byk orang kat sini jugak. Orang yang suka komen2 macam2 pakai nama anonymous atau samaran memang byk. Cakap kasar berdegar2. Hakikatnya cuma berani bercakap di balik tabir kat Internet je, tak pernah pun merasa keluar mengembara menyabung nyawa apalagi seorang diri handle cabaran sebenar ni luar sana.

Cuba2 le betul2 keluar sana-sini jumpa orang macam2 tengok hidup lagi ke tak. Keluar jauh sikit dari kepompong biasa, misalnya kalau duduk Johor pegi Kelantan ke Kedah ke, tido dalam masjid jalan naik bas paling kurang 3 hari seorang diri. Buat ni beberapa kali... kalau nak cantik cuba sekali jalan kaki seorang diri naik Gunung Jerai malam Jumaat atau masuk hutan Gunung Nuang naik sampai puncak, masuk dari tempat lain keluar tempat lain, siap bermalam tak pakai kemah dengan bekal air botol kecik ngan sebuku roti je. Nak lagi cantik cuba masuk negara orang ketika perang, darurat ke hapa. Kalau masih hidup baru boleh cerita, tak le jadi orang kecik telur cuma pandai baling batu sembunyi tangan... :]

Mohd said...

Biyor jer lah yop.

Kalau tak de komen pro dgn yang kontra hambar jer blog mike ni...

cer kamu nengok tajuk last tu kosong jer.

Yg dah balik memang dah balik tapi ilmu dan sunnahnya masih ada lagi.Sampai hari ni org dok bincang lagi.Kan susah gitu,tuannya dah tak de tapi badinya masih menular lagi.

Yop! ada org yg line tak keluar uzlah macam mike buat tu,tapi jenis uzlah statik bolih kerja dan memimpin macam biasa aje.

Ada mike jumpa yg macam tu!!! siap jadi leader lagi.Ramai yop kat Mesia ni.


Ilmu Allah tu luas.Sekadar berkongsi.


Wasalam.

lupakan jer lah komen ni!!! said...

Wah!!! yg Uzlah Statik tu kalau "bakar" org bolih hangus tu.Kilat memancar-mancar.Merah bolih jadi biru,merah + biru jadi Unggu/Indigo.

Terang ooooiii cahaya diorang.Mukasyafah,musyahadah,Muhabbah...kompon dah bersih ligan...tak mau kotor2 lagi tau...bukan senang mau dapat tuuu...puhhh!!! kurrrr, semangat pulang balik.hahahah!!!tu la tak caya.Ingat org tipu ke!?

Aku pernah dengar jer...entahkan betul entahkan tidak.

Kalau salah jgn marah ye!

Anonymous said...

Apa yg ko merepek meraban ni B*B*.

Kau dah mengkuk hanyun ye...

Anti Mabuk2 said...

Dah gillerr ke hapa korang semua ni.

Betul kata Ano kat atas, kencing bersimpai bila kena ligan, lagi2 nak ajar-ajar org.

Pegilah mabukkkk!!!

Radzi Sapiee said...

No prob Mohd. Blog ni pun tempat luahan fikiran dan pengalaman, bukan tempat terhegeh2 nak mintak komen atau cari populariti tempatan. Kalau nak popular banyak lagi subjek boleh diketengahkan misalnya bab politik semasa, teori konspirasi, gossip malah cerita hantu dan perkara berkaitan ilmu kebatinan dan alam ghaib. Agak2 le apa yang tengah hot diperbincangkan dan ramai peminat. Kalau kena gaya memang meletup2 apalagi kalau dikontrol macho agar cerita sentiasa kelihatan hebat lagi menggemparkan. Bukan macam saya ikut mood apa nak cerita... sekarang ni cerita pasal raya je, mana ada orang nak komen?

Mende ni begini sebenarnya. Siapa makan cili dialah terasa pedasnya. Kalau kita bukan bersifat begitu tak perlulah tangkap pot. Memang ada orang di luar sana yang tak keluar pun dari lingkungan pejabat dan rumah, buat teori atas kepala berdasarkan pembacaan buku dan Internet berserta kepandaian sendiri dengan mengambil pertimbangan pengalaman orang lain. Tapi mereka yang jujur akan mengaku itu hasil buah fikiran yang diterima secara begitu. Bukan macam2 sesetengah orang cerita pung-pang macam dah pusing satu dunia, dah bersilat dengan semua orang tapi rupanya mengembara dan bersilat kat video games aje.

Memang betul ilmu Allah tu luas. Maka itu galilah dan galilah. Bertebaranlah kamu ke sana ke mari. Tuntutlah ilmu sehingga ke negeri Cina. Masalahnya ada yang menggali setakat kat lubang taik belakang rumah je. Tapi disebabkan imaginasi dan angan2 tinggi dah disebut kat lubang taik tu ada emas, uraniam, plutonium dan sebagainya. Luas huraian boleh dibuat tapi huraian setakat angan2 je laaah @ kreativiti pembohong berlagak macam pandai tahu semua benda. Mana boleh disamakan dengan menggali uranium kat padang pasir di US atau lereng Gunung Leuser di Aceh? :]

ahim said...

92410323
24 september 2010 3:23:00pm

Anonymous said...

Salam Tuan MS! Ingin saya beri sedikit komen dan penjelasan terhadap topik ini. Terpulang kpd pemahaman dan penerimaan masing2.

Wahdatul Wujud adalah wujud yg esa. Pemahaman persoalan tauhid secara yg benar dan murni tentu sahaja tidak akan menentang kefahaman ini yg dapat dihuraikan dgn dalil2 naqli dan aqli. Wahdatul Wujud memahami iqtiqad tauhid dgn pemahaman mendapatkan Fana Ilmu menerusi simpulan iktiqad dan kefahaman tauhid dgn kupasan akal.

Wahdatul Syuhud pula adalah dgn menerusi amalan kerohanian sehingga dapat membuka hijab hati mencapai Fana Syuhud iaitu menerusi pengalaman ruhaniyyah. Kefahaman Wahdatul Syuhud diterima oleh para ulamak tetapi bagi kefahaman Wahdatul Wujud berlaku polemik perbezaan pendapat dlm membahaskan kefahaman ini dikalangan para2 ulamak yg alim dlm ilmunya dgn ada sesetengahnya menerima dan sesetengah yg lain menolak langsung kefahaman tersebut.

Kedua2 kefahaman ini ada digabungkan didlm pengajian oleh sesetengah Syeikh Thoriqat yg alim dgn mula2 diasah dgn aqliyyah sptmana dlm pengajian Kitab Usul Tahqiq, pengajian Sifat 20 dsbnya dan disertai juga dgn amalan2 zikirullah kerohanian yg diambil secara bersanad drp thoriqat2 yg muktabarah sehingga mencapai maqam fana syuhud.

Wahdatul Wujud yg haq adalah Wahdatul Wujud Muwahiddin iaitu pemahaman wujud yg esa yg tidak lari drp kefahaman tauhid yg sebenar yg mengesakan zat, sifat, asma’ dan afaal Allah.

Wahdatul Wujud yg batil adalah Wahdatul Wujud Mulhidin iaitu penyelewengan ajaran tauhid yg dibawa oleh para ‘Salik Buta’ yg menyamakan Zat Allah dgn makhluk. Mereka inilah yg merosakkan maksud sebenar fahaman Wahdatul Wujud yg haq sehingga menjadi syirik dan kafir zindiq dlm iktiqad tauhidnya lagi meninggalkan syariat dan melakukan pelbagai maksiat dan dosa kerana mengisbatkan segala kesalahan dosa yg secara terang2an dilakukan oleh mereka itu atas kerana Allah semata2 yg melakukannya padahal segala dosa maksiat itu adalah kerana diri mereka sendiri. Mereka mengatakan apabila telah sampai memahami hakikat ketuhanan maka akan terlucut taklif syarak ke atas mereka disebabkan sudah sampai pada pemahaman hakikat mengenalNya.

Faqir Hina Dina

Bersambung....

Anonymous said...

Sambungan entri sebelumnya....

Syeikh Nuruddin al-Raniri mengamalkan fahaman Isnainiyatul Wujud yg menyatakan dua wujud iaitu Wujud Allah dan Wujud Makhluk. Ada pendapat yg mengatakan Syeikh Nuruddin tidak mahir dlm ilmu sufi kerana membahaskan persoalan tersebut tidak selari dgn tafsiran2 tentang al-maqaamat dlm ilmu kesufian sebagaimana tafsiran ahli sufi yg sejati lagi muktabar. Mengikut kajian kitab2 karyanya, beliau banyak didapati membahaskan berkenaan Isnainiyatul Wujud tetapi beliau tidak dapat menghuraikan fahaman Wahdatul Wujud yg haq sebagaimana yg difahami oleh Syeikh Hamzah Fansuri dan pengikut2nya. Ada yg mengatakan Syeikh Hamzah Fansuri jelas terlalu jauh beza kefahaman, ketinggian ilmu dan pengalaman kerohaniannya berbanding Syeikh Nuruddin. Penentangan Syeikh Nuruddin terhadap kefahaman Wahdatul Wujud yg sememangnya telah masyhur di Aceh sebelum kedatangannya disebabkan oleh pergolakan politik berebutkan jawatan Khadi Malik Al-Adil (Malikul Adil) dan ingin meluaskan pengaruhnya ke atas sekalian tunggak pemimpin Aceh ketika itu.

Penentangan terhadap kefahaman Wahdatul Wujud Syeikh Hamzah Fansuri dan Syeikh Shamsuddin Al Sumatrani serta pengikut2nya secara jelas menunjukkan ketidakfahaman Syeikh Nuruddin dalam memahami dan membezakan Wahdatul Wujud yg haq dgn Wahdatul Wujud yg batil. Fatwa menyesatkan fahaman Wahdatul Wujud semasa menjawat jawatan Khadi Malik Al-Adil (Malikul Adil) Aceh itu telah menyebab ramai pengikut2 fahaman ini diburu dan dibunuh serta kitab2 dibakar. Apa yg dilakukan oleh beliau amat menyedihkan sekali dlm sejarah umat Islam di nusantara khasnya di Aceh kerana atas sebab yg tidak teliti dan berhati2 dlm fatwanya telah menyebabkan ramai nyawa2 yg tidak berdosa terkorban dgn hukuman2 berdasarkan fatwanya kerana secara pukul rata telah termasuk menghukum sekali golongan yg berkefahaman Wahdatul Wujud Muwahiddin yg haq dgn golongan sesat berkefahaman Wahdatul Wujud Mulhidin. Mengikut sejarah Syeikh Nuruddin Al Raniri kemudiannya telah pulang semula ke kampung halamannya akibat malu kecundang dlm perdebatan membahaskan persoalan kefahaman Wahdatul Wujud dgn munculnya Saiful Rijal, seorang ‘hero’ pengikut berkefahaman Wahdatul Wujud Syeikh Hamzah Fansuri yg bijak menghujah mengeluarkan dalil2 yg kukuh dan mantap sehingga Syeikh Nuruddin kalah tidak dapat lagi menangkis hujah2 bernas beliau.

Faqir Hina Dina

Anonymous said...

Sebelum Ar Raniri meninggalkan Aceh dia mengatakan:"Sesungguhnya mereka semua sudah kafir,Zindiq dan aku berlepas tangan dengannya serta aku telah jamlankan amanah yg telah diberi"

Selepas dari itu Aceh punah ranah bukan di tangan Ar Raniri tetapi orang yang mengaku "hero dan hebat" itu.

Dengan mudahnya Belanda menguasai istana Aceh,berbanding semasa Ar Raniri masih ada.....ehemmm!!! macam ada org buka lubang jer?!!!

Anonymous said...

"Anonymous said...

Sebelum Ar Raniri meninggalkan Aceh dia mengatakan:"Sesungguhnya mereka semua sudah kafir,Zindiq dan aku berlepas tangan dengannya serta aku telah jamlankan amanah yg telah diberi"

Selepas dari itu Aceh punah ranah bukan di tangan Ar Raniri tetapi orang yang mengaku "hero dan hebat" itu.

Dengan mudahnya Belanda menguasai istana Aceh,berbanding semasa Ar Raniri masih ada.....ehemmm!!! macam ada org buka lubang jer?!!!"


Rahmat Allah Taala pada negara yg mana ulamak dan umarak bergandingan memimpin dgn iman dan takwa membawa seluruh rakyat jelata dgn tauhid yg kukuh, budi pekerti yg mulia dan syariat serta hukum hakam yg dipatuhi. Apabila fitnah berlaku oleh kesalahan ulamak dan pembunuhan org2 yg tak bersalah dijlnkan maka bala yg menurun. Kekuatan umat Islam pada tauhid yg mantap. Bila org2 yg dijln yg haq dibunuh akibat fitnah maka tiada lagi kekuatan umat Islam dlm menentang para penjajah kafir harbi yg menunggu masa merentap dan menjamah negara2 Islam satu persatu. Tidakkah kita mengkaji dan mengambil iktibar sejarah yg dulu2 dan buka mata luas2 di masa sekarang??? Sejarah terus menerus berulang2 spt roda. Renung2kan...

Fakir Mangkuk Hampeh!!! said...

Benar tu mari kita kupas lagi,tapi relek bila hujjah kebenaran di buka ye!!! hahaha...jangan lompat katak!!!.....Iskandar Muda perintah Aceh sampai tahun 1636,Melaka jatuh ke portugis 1511,Pada tahun 1629 Iskandar Muda meminpin tentera Aceh menyerang Portugis di Melaka.Kalah terlak pasal 2 org panglima Wahdatul Wujud berbalah tentang siasat makrifat perang siapa yang paling hebat,Gaduh2 terus kalah perang.Aceh merosot dari pertumbuhan ekonomi gara2 kalah perang, wang negara habis di ekplotasi hanya semata2 biaya kos perang yang salah perancangan.

Iskandar Muda sendiri yang membuka port perdagangan untuk Belanda berniaga di Aceh,4 tahun tanpa biaya apa2 lepas tu bawa pula Belanda berlabur dalam industri Timah di Perak.Pada tahun 1636 Iskandar Thani dilantik sebagai sultan menggantikan yang mangkat.Jadi kena faham betul2 siapa dan dalam tangan siapa sebenarnya Aceh start merosot.Bila Aceh di serahkan pada Iskandar Thani dah dalam keadaan goyah,bayangkan kalau serahkan pada raja Muda yg masih hingusan lagi, korokkkk!!! tindakan penyerahan pada menantunya jauh lebih baiakkk...

Sebenarnya ada dua org Nuruddin di Aeh yang pertama berasal; dari Mekah dan yang kedua dari Gujerat.Sebelum Nuruddin Ar Raniri sampai di Aceh ramai lagi pendahulunya yang bermukim dan telah berdakwah disana.termasuk Syekh Mohammad al Jailani iaitu bapa saudara Nuruddin ,sekitar 50 tahun selepas itu baru Nuruddin tiba buat kali kedua ke Aceh.Bermakna dia bukan ulama pungutan dan tempelan tetapi adalah ulama warisan.

Awalnya aliran mistik menguasai Aceh sehinggakan aliran syariat tenggelam dan kabur-kabur gitu-gitu aje.Konon wujudiah ahli sufi, tetapi pakaian khas Mufti Aceh masa tu sangat hebat macam Tok Pujangga bukan seorang hamba fakir yang zuhud,khannaah,redha,fakirallah...berjubah labuh dengan biram rerambu berumbai 3 lapis,berserban dengan ikatan arbi dgn ramalnya yang di buat dari kain sal yang sangat2 tipis sangat putih berkapas.Bayangkan lah seorang Sufi macam tuuu...puhhh!!!

Fatwa bunuh itu bukan Ar Raniri buat seorang tetapi 40 orang ulama besar menyertai hujjah2 hal wujudiah itu.Hasilnya seperti kalian huraikan kat atas tu ada mulhid dan ada muwahid.Rupanya dalam diam kolompok wujudiah yang di suruh bertobat itu telah terdapat kolompok yang bersedia dari awal lagi untuk menjatuhkan Sultan.Sultan mengetahuinya bila berlaku serang hendap yang terancang tetapi bejaya di patahkan.Jadi hujjah yang mengatakan hukuman bunuh semata-mata kerana ajaran sesat adalah kurang tepat.Terjadi kerana dua sebab:
1.Komplot rahsia yang ingin membunuh dan memberotak keatas Sultan Iskandar Thani.
2.Kerana WUJUDIAH MULHID yang telah di fatwakan sesat tetapi tak mahu bertobat.

Si Sifool rijjal yang kencing tak lawas tu, 3 kali berdebat baru menang, nampak sangat matlamat egois,bawa dendam gurunya,belum bebas nafsu...apa Sifool rijjal kata "Manusia adalah Allah dan Allah adalah manusia,inilah iqtiqad ahli Mekah dan Madinah"......apa kata Ar Raniri sebelum pulang ke India:"Mereka itu telah kufur zindiq dan kembali pada iqtiqad asal mereka".......Syekh Rauf Sengkek pada asalnya sangat teruja dan geram sekali dengan telatah Nuruddin di Aceh.Dia mengajukan permasalahan Nuruddin pada gurunya di Mesir lalu balasan naskah gurunya menyebutkan:"Betapa besar menyampaikan sesuatu ajaran rahsia kepada orang awam yang tidak mampu memahaminya"...Mulanya Rauf sengkek sangat anti habissss pada Nuruddin, mujur dia rasional dan memahami persoalan itu.Tu yang dia cuba seimbangkan antara hakikat dan syariat mujur menjadi dan aku pun bolih lah terima fatwa dia tentang orang tersyuhud tentang perihal Zat tu....kalau tak mau aku komdemmm habis-habisan.


sambung...

Fakir Mangkuk Hampeh!!! said...

Al Fansuri,Sumatrani,Naquid Al Attas,Rauf Sengkek,Rijjal dan lain2 tak belajar di India.Nuruddin sangat faham konsep Manusia Dewa atau Orang berupa Tuhan.Dia memiliki pengalaman yang sangat luas semasa di India.Konsep wujudiah mulhid di Aceh sama seperti Din Illahi yang menggabunfgkan agama Hindu dan Islam ...manusia sebagai dewa-dewi menjadi anutan yang sangat sakral maut di sana....hidup mati wajib dianut....Dalam karangan Nuruddin banyak menyentuh tentang kesamaan Tuhan dalam Diri agama hindu yang seiras dengan anutan Aceh ketika itu...... hingga dia membuat contoh bolih beristinja dengan kertas kitab-kitab hindu.Tapi orang Aceh buta kayu.Kalau tak kerana pendedahan Nuruddin sampai hari ini orang Aceh tak sedar akan kewudan Wujudiah Mulhid dan Muwahid,Wahdatul syuhud dan wahdatul Wujud.Apa kata Al Fanshuri tok guru tua Aceh:"Alam adalah Qadim seqadim Zat tuhan sendiri"....haaaa...bukan Nuruddin aje yang kata sesat malah Al Ghazali sendiri mengkafirkan filusuf yg sebegitu.Takkan tak de beza antara phanteisme dgn monothiesme.

Yang pasti Al Fansuri,Sumatrani,Naquid Al Attas,Rauf Sengkek,Rijjal,Wan Saghir bukan expertise dalam menderas Zat Allah.Mereka tak faham apa yang Nuruddin cuba hurai dan sanggahkan.Berfikir tentang iqtiqad alam adalah Qadim adalah hujjah kanak-kanak MAKNAWIYAH.Persis Iblis yang menyanggah perintah Allah SWT bila di suruh sujud atas kepenciptaan Adam AS.Kata Iblis:"Aku akan sesatkan seluruh anak2 Adam"...balas Allah SWT:"Kamu bolih sesatkan orang yang beriqtiqad macam kamu saja kecuali para Mukhlisin".....

Di situ jelas terdapat satu medan dan ruang lingkup yang tidak di fahami olih Iblis.Ibliss terhijjab dan jadi sombong atas perolihannya dari alam tinggi.Samalah seperti yang diatas tadi orang menjadi puashati dengan apa yang di perolihi.

Sekurang-kurangnya Zat terjuzuk kepada 3, mungkin banyak lagi ..... wallahualam.
1.Kunhu Zat -teras pada zat yg menciptakan
2.Hakikat Zat -pembayang maknawiyah pada zat.
3.Zat yang berdiri pada Zaratul Wujud.

Tidak seperti kefahaman Fanshuri hanya satu zat yang yang bersandar pada zaratul wujud.Akhirnya salik sukar untuk membezakan mana zat,mana sifat,asma dan affal Allah itu sendiri.Semuanya akan nampak dan di salahfahami seperti serupa saja...Tu yang tersasar sampai semuanya Qadim pula.Disangka sama wujud antara hakikat yang wujud.Takkan tahi pun di sangka Allah....kakahkahkah!!! 'Syuhudil wahdah fil wahdah" hanya betul pada dia tapi tersalah pada syuhudul orang lain.

Yang mahir tentang kunhu zat hanya Rasullullah SAW,Nabi Ibrahim As dan mungkin Imam Mahdi....Imam Mahdi mewarisinya dari Rasullullah SAW sendiri Sabda Baginda:"Imam Mahdi/Qaim itu adalah 'anakku"...Tanda kasih Baginda pada umatnya dipohon pada Allah agar di utus Al Mahdi pada umat ini.Nabi Isa tidak melewati kunhu zat itu kerana Dia tidak memiliki kesedaran yang sampai sama tahap kesedaran kerohanian Nabi Mohammad SAW.Ketika Isa di seksa dan terpasung Dia menjerit "eli-eli lama sabatani!!!"Lalu Allah SWT mengangkatnya melepasi langit dunia.Begitu juga Musa AS dia gagal memahami kerja-kerja Qidhir membunuh kanak2,melubang perahu,dan lain...ketika Allah bertajjali di puncak Tursina dia tersungkur sujud.Pun begitu Qidhir juga tidak mampu menguasai ilmu kunhu Zat....dia sekadar guru rohani pada Musa sahaja,ketika mendekati Imam Mahdi dia di hambat dan di cerca seperti Ibliss....hehehe!!!

sambung...

Fakir Mangkuk Hampeh!!! said...

Begitulah orang yang memiliki Hakikat-hakikat pada Zat berbanding dengan orang yang faham satu juzuk pecahan zat saja.Dalam hal ini Syekh Ibnu Arabi menerangkan:"Allah SWT tidak akan menampakkan dirinya pada seseorang dalam satu gambaran dengan dua kali kesaksian dan tidak satu gambaran bagi dua orang."dengan kata lain Zat Allah tidak mungkin tampak, ini pula Qadim pada alam.

Jadi dalam kes Nuruddin ada permasalahan lain turut terlibat,terdapat permasalahan politik bukan agama semata-mata.Sedari awal Iskandar Thani telah menghidu rancangan jahat untuk membunuhnya.Dia tersedar ada sesuatu yang tidak kena dengan pemahaman orang-orang yang menentangnya itu dalam hidup beragama berfahaman wujudiah.Dia menyuruh Nuruddin mengkaji, menyimak dan menulis banyak kitab-kitab untuk menyelesaikan permasalahan ummah ketika itu.Kalau kita tentulah kena cari orang yang diluar didikkan dari Aceh.Kalau ambil org dalam Aceh juga maka keputusannya tetap akan bayess kan..???Golongan sesat di suruh bertaubat tetapi segolongan yang tidak mesra untuk mengangkat MENANTU menjadi Sultan mengambil kesempatan pula, termasuk anak kecil kepada Iskandar Muda.Rupanya orang serambi mekah Aceh ini serupa dengan orang serambi Mekah Kelantan juga, tak mudah nak terima orang luar...gedebe!!!

Maka tak timbul langsung hukum secara pukul rata keatas golongan wujudiah mulhid dengan muwahid.Kalau golongan Muwahid menentang Sultan, tetap kena hukum juga, Nuruddin sendiri menuliskan dengan keadaan yang mengerikan algojo Sultan menyeksa,membunuh para penentang itu dengan brutal sekali.....hahaha!!!

Wallahulam sekadar kupasan dari ana.Fakir Mangkuk,
Assalamualaikum.

KRITIK CIPUTTT AJE!! said...

Wahh!!! best kupasan korang...aku nak gatal2 tangan menyampuk ciput aje ye!!!

Apa yang aku perhatikan terdapat pertembungan dua guru dalam pantheime itu sendiri.Medannya bumi Aceh.Sepatutnya perlaksanaanya harus kemads dan cekap tetapi melibatkan orang p[olitik dan orang awam.Sanggahan berbalas sanggahan dalam teologi itu harus sebagai seorang Sarjana tetapi perlaksanaannya harus betul dan munasabah.

Kalau di perhatikan methodologi pelbagai genre tarikat turut terkait juga.Ar Raniri nampak berteloransi dalam kepelbagaian tarikat malah turut menerima tarikat-tarikat yang lain.Tetapi cuba perhatikan aliran yang tak sebulu dengan Ar Raniri susah nak menerima dan teloransi.

Jangan kata tarikat tak menyumbang pengaruh dalam kes Aceh,zaman dulu berebut anak murid sesama bangsal tarikat itu biasa aje,,malah klaim kata guru aku lebih tinggi makamnya dari guru si anu-si anu lagi biasa.Itu survival diorang, kalau takde rekrut anak murid maka matilah kumpulan itu...promosi ortodok tu bebbb!!!

Kalau ada fahaman Wujudiyah yang Mulhid kan susah nak kenakan hukuman Murtad,bila di hukum kata dah bebas syariat kononnya....Bila Sultan dah di lantik maka wajib taat perintah kalau lawan kan dah langgar hukum negara tu.Macamana negara nak stabil kalau begitu.

Seterusnya setiap kumpulan ada undang2 sendiri pun jadi penghalang untuk tertegaknya hukum tertinggi islam,contohnya adanya hukum sivil maka hukum jenayah syariah,hudud kan susah nak di jalankan....u see!!!...

Seterusnya kemampuan guru sendiri,minum pun masih meleleh-leleh nak bagi minum orang lain,istinjak tak bersih lagi nak sucikan orang lain pula.Bagaimana mencuci najis yang ghaibiyah aaa..?!!!

Kalau Guru di Aceh selesaikan dengan pembuktian kan selesai kes.Tak de berbalah-balah.Orang tua-tua kata belajarlah sehingga kamu tak bolih berkata-kata lagi.Kalau dah buktikan kan dah senyap...kureenggg sikit bisingnya....cam lah malam yg lepas tu....hemmm..!!!

SelamatTTTT!!!

Anonymous said...

Fakir Mangkuk Hampeh,

Ketika Isa di seksa dan terpasung Dia menjerit "eli-eli lama sabatani!!!"

Isa di pasung ke? Bukan ke Yahuza yg disangkan Isa tu yg dipasung.

Perkara lain, nampaknya komen saudara ada benarnya.

Anonymous said...

Mana saudara tahu yang tu Yahuza bukannya Isa....takan yahuza pula yg jerit "eli2 lama sabatani"...a.k.a..."tuhan2 jangan tinggalkan aku...!"

Yahuza pembelot lagi kufur ...ada kenal tuhan ke!? atau takkan dia katakan begitu atas ketuhanan Isa pula?... cer fahami DI ANGKAT TU bagaimana sesungguhnya.

Sekadar bertanya.

Anonymous said...

Satu rencana utk dikongsi dan difikir2kan bersama
~ Dipetik drp Majalah Dewan Budaya Mac 2005 ~

Antara Nuruddin al-Raniri dengan Hamzah al-Fansuri
Oleh: Abu Dardar Al-Beseri

Pertentangan ilmu bukan sahaja berlaku di Aceh yg menyebabkan kitab2 karangan Syeikh Hamzah al-Fansuri dan Syeikh Shamsuddin al-Samatrani dibakar di depan Masjid Baitul al-Rahman, tetapi juga berlaku di Makatul Mukaramah. Kitab2 karangan Syeikh Sulaiman al-Zuhdi yang mengajar tarekat al-Naksabandiah di Jabal Abu Qubis Makkah telah dibakar semasa Syeikh Ahmad Khatib Minangkabau menjadi imam dan mengajar di Masjidil Haram. Syeikh Ahmad Khatib merupakan salah seorang penentang yang berjaya mempengaruhi pemerintah Makkah pada masa itu. Kata Syeikh Ahmad Khatib sendiri mengenai mala petaka tersebut, “ Maka mereka (mufti Makkah) membatalkan perkataan Syeikh Sulaiman Zuhdi. Raja Makkah dan pashyanya, Usman Pashya, menyuruh membakar sekalian karangan Syeikh Sulaiman dan memenjarakannya, Sekalian itu pada masa saya (Yuaani Syeikh Ahmad Khatib Minangkabau menjadi imam, khatib dan guru besar di Masjidil Haram Makkah).” (Fatwa tentang Tarekat Naqsabandiah oleh Syeikh Ahmad Khatib, Firma Islamiah Medan 1965, hlm. 26).

Berbalik kpd pertarungan ilmu antara Syeikh Nuruddin al-Raniri dgn Syeikh Hamzah al-Fansuri terutama mengenai kefahaman Martabat Tujuh dalam buku Jauharul Ulum Fi Kasful Maklum karangan Syeikh Hamzah, kedua2 syeikh ini sebenarnya sama2 mengetahui hakikat ilmu yg diperdebatkan. Mungkin, jikalau bayang2 tidak kabur, mereka boleh mencari titik pertemuannya jika terdapat keikhlasan. Malangnya, semasa perdebatan ini berlaku Syeikh Hamzah al-Fansuri dan kontemporarinya Syeikh Shamsuddin al-Sumatrani sudah tiada di bumi Aceh kerana kedua2 mereka telah meninggal dunia. Walau bagaimanapun, jika diteliti kembali dgn cermat antara dua kitab yg tersebut dan juga beberapa kitab karangan mereka – bolehlah dibayangkan keseiringan ilmu yg sebenarnya tidak jauh bezanya antara mereka.

Walaupun dlm Jauhar-ul-Ulum, Nuruddin ada menyebut kitab Hamzah Fansuri yg bernama Zaina-tul-Muwahideen yg dikatakan sesat itu telah disalin semula oleh Nuruddin secara tidak menyeluruh dgn membuat sebagai petikan, “Wujud Allah itu wujud sekalian Alam dan wujud sekalian itu wujud Allah.” Kemudian Nuruddin memberi komen, “Maha Suci hak Taala lagi maha tinggi drp kata kedua zindik itu.” (yakni Hamzah dan Shamsuddin). Selanjutnya kata Nuruddin, spt kehairanan, “Betapa diingkarinya dan disalahinya drp ayat al-Quran dan hadis dan kata ahli Allah menterjihkan wujud Allah dan wujud makhluk? (Maksud pertanyaan ini ditujukan kpd Hamzah dan Shamsuddin, atau kpd kitab mereka berdua). Penulis berasa optimis. Nuruddin spt sengaja tidak menyalin keseluruhan yg dimaksudkan oleh Hamzah dlm Zaina-tul-al-Muwahideen. Hamzah pula sebelum menyebut yg ditonjolkan oleh nuruddin, beliau menyebut dlm Zaina-tul-Muwahideen: “Adapun ahli hakikat dua bahagi. Beranak beristeri. Berumah bertanam tanaman. Tiada hatinya kpd isteri dan rumah dan tanamannya. Apabila tiada hatinya lekat kpd sekalian itu, tiada hijab padanya. Sungguhpun beranak beristeri berumah bertanaman, jikalau anak isteri itu mati, tiada ia duka. Jikalau kerajaan Sulaiman atau kerajaan Iskandar dianugerahkan dia, tiada suka. Kerana hina dan mulia sama pandangan. Kaya dan miskin sama padanya. Sakit dan nyaman sama padanya. Tiada ia melihat dirinya melainkan Allah jua. Kerana kpd ahli hakikat wujud sekalian alam, wujud Allah pada penglihatannya. Juga apabila sekaliannya wujud Allah, nescaya sekaliannya drp Allah Taala.”

bersambung...

Anonymous said...

Sambungan...

Utk lebih memahami yg dimaksudkannnya, disalinkan sebuah riwayat drp Nabi Yahya bin Zakaria a.s., “Bahawa ia melalui dgn seorang perempuan (yakni di sisi seorang perempuan), maka ia menolakkannya. Kemudian ia pun jatuh ke atas mukanya. Maka ditanya kpdnya kenapa engkau berbuat begini? Maka katanya: tiada aku menyangkanya, melainkan ia adalah suatu dinding. Yakni apabila lidah tidak berhenti menyebut zikrullah dan mengekalkan ingatan hati kpd Allah sahaja, maka matanya tiada lagi nampak perempuan itu perempuan, tetapi ia nampak perempuan itu dinding dan bukannya perempuan. Oleh itu, ia menolaknya dinding itu.” (Petikan drp risalah tulisan tangan bertajuk Kitab Pembinaan Iktikad ahli Sunnah (Bab al- Murakabah) oleh Ustaz Hj. Mohamad Ismail Bin Salleh). Sehubungan itu, dlm kitabnya, Jawahirul Ulum Fi Kasful al-Maklum, Nuruddin membuat petikan drp kitab Lawayah oleh Syeikh Nuruddin Abdul Rahman Jami, iaitu katanya, “Wujud hak Taala ialah hakikat segala asia, maka ia pada hal had dzatnya asa sekali2. Tiada berbilang2. Tetapi pada iktibar segala tajlinnya dan ta’ayinnya jua berbilang2 martabatnya. Yakni tajjaliat dan ta’ayinat jua yg berbilang2.”

Manakala dlm kitab Syaribul Asyikin Hamzah al-Fansuri yg dimukhtasarkan, iaitu sebuah risalah atau kitab yg jarang2 ditemui, yg hanya setebal lebih kurang 27 muka surat sahaja – antara lain Hamzah menyebut, “... barang siapa memagar diri dgn pagar syariat tiada dapat diharu syaitan. Ada pun barang siapa menyakal syariat kecil atau mencela dia kafir na’azubillahi minha. Kerana syariat tiada bercerai dgn tarekat. Tarekat tiada bercerai dgn hakikat. Hakikat tiada bercerai dgn makrifat.”

Pada lembaran 12 dlm Mukhtasar Sharibul Asyikin disebut oleh Hamzah dgn persoalan, “Jika Dzat Allah kpd sekalian lengkap, kpd najis dapatkah dikata lengkap?” Hamzah menjawap, “Spt panas, lengkap kpd sekalian alam, kpd najis pun lengkap! Kpd busuk pun lengkap. Kpd baik pun lengkap. Kpd jahat pun lengkap. Kpd Kaabah pun lengkap. Kpd sekalian pun sama. Kpd najis tiada ia najis. Kpd busuk tiada ia busuk. Kpd baik tiada ia baik. Kpd jahat tiada ia jahat. Kpd Kaabah tiada ia beroleh kebajikan. Drp rumah berhala tiada ia beroleh kejahatan. Yg demikian lagi demikian istimewa. Suci drp segala suci. Di mana ia akan najis dan busuk?”

Ungkapan kata2 yg diutarakan oleh Hamzah ini ialah tentang sifat ilmu yg ada di sisi Allah s.w.t., yakni tentang hakikat maklum Allah s.w.t. di atas segala sesuatu yg wujud bahkan yg adam (belum lagi wujud, tetapi akan wujud atau tidak akan wujud).

Apakah kitab Hujjatul Sidek yg dikarang oleh Nuruddin lagi menghentam Hamzah dpt mengurangkan momentumnya atau sekurang2nya tidak menimbulkan hujah drp petikan yg dipotong2 dlm teks sebenar Hamzah, spt yg tertera dlm Hujjatul Sidek, “... barang siapa hendak mentakwilkan Allah itu alam dan alam itu Allah, dan lagi katanya ... insan itulah Allah, maka sanya ialah mendustakan hak Taala.”

Nuruddin juga dlm Hujjatul Sidek menyebut hadis Rasulullah, dgn maksud: tiada mengenal Allah melainkan Allah dan tiada menyebut Allah melainkan Allah dan tiada melihat Allah melainkan Allah.

Sehubungan ini, Hamzah dlm lambaran 14 drp Syaribul Asyikin yg dimukhtasarkan iaitu, “... tiada aku lihat sesuatu melainkan kulihat Allah di dlmnya ... barang siapa memandang kpd sesuatu, maka tiada ia melihat Allah di dlmnya, maka iaitu sia2.”

Hamzah menambah lagi dgn memetik hadis Rasulullah s.a.w., dgn maksud, “Kulihat tuhanku dgn mata rahmat tuhanku.” Atau katanya, “Kulihat tuhanku dgn tuhanku.” Sebenarnya kedua2 hadis ini, sangat masyhur di kalangan ahli tasawuf. Bahkan juga apakah tidak ada hadis Rasulullah s.a.w. yg disebut oleh Nuruddin dan Hamzah ini beriringan pada maksudnya antara satu sama lain? ###

adusss!!! said...

Nak kongsi sikit:

Dulu aku pun pernah kata alam ni walaupun najis adalah nampak seperti sepencipta seragam serupa sebaya,aku katakan cam tu depan guru aku.

Esok paginya dia bawa tahi di lumur habis kemuka dan badan aku.Kemudian dia tanya :"Sekarang apa kau rasa??"

kalau korang nak tahu apa rasanya, cer kau lumur badan kau dengan najis orang ....haaaa...nanti baru tau...

Anonymous said...

Hallo adusss!! Ko bangang ke apa? Ko paham ke hakikat tu? Kalau dah lumur najis memang sah ler bau najis!! Dlm artikel tu takde pun kata alam ni najis. Nampaknya guru ko tu yg najis sebab suruh lumur badan dgn najis. Nampak sangat ko semacam belajar ajaran sesat. Aku rasa guru ko tu kencing pun tak basuh, apalagi nak mandi hadas besar. Baik tinggal aje guru sesat ko. Ni mesti kes guru berak berdiri, murid2 pulak berak berlari!!! Aduhai hancus.... hehe..

Anonymous said...

Mana kau tau dia jerit2 eli sabatani, ko ade kat situ?

Mesti org yg buat cerita ni geng2 zionis, saja nak buat org2 islam keliru.

Isa tak pernah di pasung. Dia di angkat ke langit. Kalau ko cakap isa dipasung, jadi secara tak langsung ko membenarkan fahaman kristian. Pada Islam, Isa di angkat ke langit, kalau dah dipasung, dah mati ler, cam org lain. Itu sebab dia datang bunuh Dajal nanti.

Anonymous said...

Yang dimaksudkan najis tu, bukan ler najis sprt yg dilumur tu, perkara yg tidak elok atau membawa kemudaratan dikira najis juga.

Bermaksud disebalik musibah yg diterima, semua itu adalah hidayah dari Allah utk memberi pengajaran kepada kau atas kesalahan yg telah kau lakukan.

Perkataan "najis" itu adalah metafora atau perlambangan. Dengan kata yg senang, jika musibah berlaku umpama kesakitan, kemudaratan dan berbagai2 kesusahan, ingatlah Allah. Semua itu dengan izin Allah.

Kau susah, kau ingat Allah, kau senang kau ingat Allah. Kau tak kisah kau jadi kaya atau miskin, kalau kau kaya, kau camtu juga perangai kau, kau kaya kau pun sama juga perangai kau bilamana kau miskin. Kaya dan miskin tidak merubah pendirian dan keimanan kau pada Allah.

Maklum bila kaya, lupa diri, hidung tinggi cakap besar, walaupun tak suka jadi kaya, tapi pergi penthouse pun nak bagi tau kat org, ada sedara kaya pun kena cerita, tapi kau kata kau tak kisah miskin.

Kaya atau miskin tidak membutakan mata, kau takde heran nak cerita, kau kesusahan kau, apa yg kau buat, bangga diri, kau kaya pun kau tak heran dengan dekorasi yg umphh mana2 rumah atau hotel. Itu semua tidak membuat kau alpa, Hati kau tak merasa apa dengan segala kehebatan2 dunia, Kau hidup serba sederhana, kau miskin tapi sebenarnya kau kaya, kaya dari segi dalaman, kau kaya pun tak nampak cam org kaya lupa diri. Inila org yg ingat ALLAH.

Anonymous said...

Ish ish ishh sebab nabi isa tak dipasung ler, ada pendapat mengatakan isa diangkat ke langit, kira masih hidup dan akhir zaman nanti akan turun ke dunia dan membunuh Dajjal.

Anonymous said...

Kitab "Hujjah As Sidiq li daf az zindiq" tu adalah kitab sanggahan pada fahaman ittihad mulhidiyah.Ada lebih 5-7 kitab sanggahan Raniri buat,bukan satu dua ketul jer.Naquid Al Attas cuma ambil dari dua kitab aje.Kata Raniri kitab itu di tulis atas permintaan sahabatnya.Dalam rupa bentuk perbandingan ,bukan menghujjah Wahdatul Wujood saja ianya termasuk juga Muta'assabin,Ma'anidin,Mulhid,Muwahid malah dia mampu mengkategorikan 73 puak yg berpecah dalam Islam sendiri.



Tak salah kalau katakan Raniri adalah Ulama pertama yang mempertegas ketentuan sikap dalam memilih dan membezakan antara yang Haq dan Batil dalam beraqidah di alam nusantara pada waktu itu.



Tentulah dalam hujjah sanggahan perbandingan dan fakta dari hujjah lawan perlu di ambil kira dan di nilai dengan wadah ilmu.Jadi tak heran lah ada seayat dua yang setara dengan hujjah lawan.Tuduhan jahat yang mengatakan Raniri menciplak dan mengubah suai tulisan Hamzah Fansuri tidak begitu kukuh kerana di akhir tulisannya dalam Kitab Hujjah as Sidiq jelas Raniri menyebutkan perbezaan antara Wujudiah Mulhid dan Wujudiyah Muwahid.



Katanya:"Kelompok Wujudiyah MUWAHID mengatakan Al Haq dengan alam adalah sewujud bersatu dalam indentiti, malah mereka mengatakan Al Haq dan Alam berbeza pun tidak ,bersatu pun tidak.Bersatu dan berbeza menampakkan 2 wujud padahal alam adalah milik Al Haq juga."



Kalau apa yg kita perhati ,jelas fahaman begini adalah dari aliran Aqidah Sunni.Pernah dengar tak ,"Dekat tak bersentuh,jauh tak berjarak".Cuba fahami pula Makna Hakikat dua lautan yang tak bercampur dan ada dinding halus yg memisahkan.



"""Ia biarkan air dua laut (yang masin dan yang tawar) mengalir, sedang keduanya pula bertemu;Di antara keduanya ada penyekat yang memisahkannya, masing-masing tidak melampaui sempadannya;""" surah Ar Rahman:19-20



Tafsirkan kalau lautan HAKIKAT sebegitu rupa....




Tak pernah pula aku dengar Fanshuri mengubah apa -apa ilmu yang membentuk perbezaan antara Wujudiyah Mulhid dan Muwahid......Ada Ke!!????

Dari kitab Fanshuri Al Muntahi,Syarabul Assyikin,Asrarul Ariffin memang dikaji Raniri dan ada yg di kutip secara langsung dalam beberapa kitabnya guna untuk bahan hujjah sanggahan, bukan hanya dalam tulisan malah dalam majlis debat dan forumnya secara live.Bagaimana nak menyanggah hujjah lawan kalau nak petik hujjah orang yg berbeza dengan kita pun tak bolih!!!



Menuduh Raniri menciplak kerja Fanshuri adalah karut semata-mata.Baru baca satu bukunya dah nak kata begitu sedangkan ada 30 biji lebih tulisan yg meggambarkan kealimannya.Tuduhan begitu hanya bersikap terburu-buru nafsu,sampai ada yang melebelkannya sebagai pelopor "Smear Campaign Aceh".Tak pula dia melihat bagaimana Fanshuri menciplak hujjah Ibnu Arrabi bulat2.Contohnya tamsilan "Biji sebiji menjadi pohon.....". Hinggakan anak muridnya kekonfiusan beriqtiqad kata mereka:"Iktiqad kami bahawa Allah itu diri kami dan wujud kami dan kami diriNya dan wujudNya,dan Alam ini Allah dan Allah ini Alam"....



Hal begini di sanggah Ar Raniri dengan dallil yg cemerlang sekali.........Korang cari lah sendiri jangan nak bersuap jer...hahahah!!!

conti...

Anonymous said...

conti....

Sekarang cuba fikirkan,hint dan clue teras pemikiran Fanshuri yang di sanggah Ar Raniri:

1.Intiqal-Wujud Allah berpindah pada insan.

2.Ittihad- Dua Wujud jadi satu

3.Hullul- Wujud Allah masuk ke dalam makhluk.

4.Ittisal- Wujud Allah berhubung demngan makhluk.



Semua keempat diatas datang dari Fanshuri, jangan tak caya pula,atau menuduh aku buat-buat cerita..Kemudian ada kes lain....1.Fanshuri katakan nyawa manusia itu bukan Khaliq dan bukan mahkluk....( apa ni,!!!?? kejap kata itu kejap kata lain pulak...)...2.Fanshuri katakan Al Quran itu makhluk....(macamana pula bila kata alam tu Tuhan, lepas tu kata al Quran mahkluk pula!!!)....3.Fanshuri kata Nyawa manusia akan menyatu dengan Tuhan-kuntu kanzan makkfiyyun-...( Hahaha,...malas nak komen dah...)



Aku komen spontan dan ringkas aje sebab tak cukup masa...yang jelas dua-dua adalah dari aliran falsafat Ibnu Ar Rabbi.Tak heran pemikiran hampir sama saja,tapi jangan lupa lautan itu ada batas yg memisahkan.Halus sangat-sangat halus, kekadang ramai orang tergelincir.Tu yang kekadang ada yg sekejap pro Fanshuri anti Raniri dan kemudian bersikap sebaliknya pula.



Salam....

Anonymous said...

Qoute***(Pada lembaran 12 dlm Mukhtasar Sharibul Asyikin disebut oleh Hamzah dgn persoalan, “Jika Dzat Allah kpd sekalian lengkap, kpd najis dapatkah dikata lengkap?” Hamzah menjawap, “Spt panas, lengkap kpd sekalian alam, kpd najis pun lengkap! Kpd busuk pun lengkap. Kpd baik pun lengkap. Kpd jahat pun lengkap. Kpd Kaabah pun lengkap. Kpd sekalian pun sama. Kpd najis tiada ia najis. Kpd busuk tiada ia busuk.)))

......................................................

Aku amat-amat pasti yang dimaksudkan tu najis..Taik kau....bukannya najis pada makna hakikat.Ia makna zahiri.Kalau si aduss tu bangang aku si ano yang jawab tu lagi bangngap.Dah taik lumur kat badan busuk lah jadinya.Dia lagi sesat namanya,tok guru dia kecing berjoget dia pulak kencing berdangdut....hahahah.



Guru si adusss buat lumur supaya wujud ilmu RASA pada anak muridnya bukannya nak buat kotor bernajis semata.Orang rabun kodok jer tak leh baca dgn terang,,sangat jelas Fansuri kata najis, dia ni nampak kek coklat pulak dah...kekejkej!!!

Anonymous said...

Bila Isa tertangkap dia di pasung bukan di salib tau....Salib dengan Pasung lain bro...SALIB siap pancang paku kat tangan dan kaki tu yahudi kafir yg promosi,pasung sekadar ikat belenggu di tangan, tu memang ada ceritanya.Kau cari lah sendiri.....

Kemudian baru Isa di GHAIBIYAH kan....bagaimana caranya tu,kau pergilah tanya dia.. yang pergi tanya pusat pertanyaan komputer sape suruh!!!!!!!

wahhhhawaaahhhh!!!

Anonymous said...

Najis terbahagi kepada 3 jenis-

1. Muqallazah
2. Muqaffafah
3. Mutawassitah

Adapun najis manusia termasuk dalam najis yg berat. Perlu dicuci dan hilang baunya, jika ingin mengambil wuduk.


Jadi amatlah menghairankan apabila ada mengatakan najis tu tidak najis lagi. Bagaimana nak mengatakan najis manusia tu tak berbau langsung. Dah namanya najis tetaplah najis pada zahir dan hakikatnya. Tetap berbau dan busuk hingga ke akhir zaman.

Kalau tidak takkan didatangkan peraturan2 sah sembahyang utk suci dari najis yg membatalkan atau tidak sahkan sembahyang.

Bagaimana kah seseorang itu beriman dengan Allah jika badannya berbau busuk dan penuh najis, dan jika diambil dari kata2 najis itu tidak berbau, maknanya walaupun berbau tapi sipolan yg tinggai martabatnya dalam menghayati wahdatul ujud tu tak tercium bau?

Allah itu suka kepada kecantikan dan perkara2 yg bersih. Manakala najis itu adalah mainan syaitan dan jin yg suka manusia terpalit dengan segala najis yg ada di dunia. Ambil ini sajalah utk fahamkan perihal najis itu.

Tak mungkin najis tak berbau pada seseorang walau setinggi mana martabatnya sekalipun, sebab yg tinggi martabat yg kita bincangkan ini adalah manusia biasa seperti saya dan anda semua.

Jadi berhati2lah dalam perbincangan, jangan kerana terlalu ingin dekat kepada ALLAH, kita semua membawa pendekatan yg salah. Mungkin kerana terlalu mengejar tinggi darjat dan sebagainya, dengan secara tak disangkan2 dan diduga, perkara ini telah dicemarkan oleh bisikan dan godaan syaitan. Maklum syaitan tak suka kita semua mendekati Allah, dan hasilnya terjadi kelompok yg begitu berkobar2 membicarakan hal Allah, sampai duduk letak nya, hingga terlupa perkara yg Allah suka dan tidak suka. Ini boleh menjauhkan diri kita semua dengan Allah.

Jika dalam ruang lingkup perihal manusia, kita boleh bayangkan begini. Bagaimana jika manusia itu mengkagumi seseorang, tetapi lebih berminat dengan dimana tempat tinggalnya, bergaduh2 berkenaan rumah, ada yg kata rumah banglo, ada yg kata rumah macam istana, ada yg kata macam rumah biasa saja. Berbagai2 pendapat. Tapi jumpanya pun belum lagi, kenal pun tidak. Baru nak cuba2 kenal.

Akhirnya tak jugak dapat kenal.

Inikan pulak Allah, tuhan yg menjadikan kita, kenapalah kita sibuk2 nak tahu dimana tinggalnya, ujudnya dimana, tunggulah akhirat nanti, kalau beriman dapatlah jumpa.


Ini sampaikan cerita tahi manusia pun nak digaduhkan. Kalau dah tak berbau tu, namanya dah hilang ler deria bau. Kalau lah dah hilang semua deria rasa dan bau sampai tak merasa apa, itu maknanya dah tak lama lagi nak masuk ke alam barzah.

Fakir Mangkuk Hampeh!!! said...

Salam ziarah...ana masuk sekejap je ni.
Caittt!!! jangan gaduh-gaduh...


Dari komen kat atas tu betullah tu ada beza pasung dengan salib berdasarkan komen ana sebelum ni...

Bila Isa tertangkap dia di pasung bukan di salib ....SALIB siap pancang paku kat tangan dan kaki dan dilekat ke kayu palang.Sesudah Isa tertangkap dan terbelenggu baru dia bermohon kepada Allah untuk pelepasannya. Disitu ada sebab musabab untuk dapat perlepasan...kemudian baru dia di serupakan dengan orang lain.

Orang yg di serupakan itu baru di salib(bolih jadi Yahuza)...,bukannya Isa.Takkan Isa tetiba di angkat ke langit tanpa ada sebab musabab yg munasabah....ternyata dia terkepung,tertangkap dan di pasung.(ikat tangan/kaki)...bermohon pada Tuhan, kemudian baru di angkat ke langit.

Ana ambil fakta tu dari bibble,cerita ni banyak versi dalam berbagai jenis bibble.Mungkin ada yg kata bibble tu palsu....silalah tunjukkan mana yang ori nya,!!!! tak de kan....jadi kita katakan bibble tu tetap dari Injil cuma di tafsirkan berbagai,disalah tafsir dan di tokok tambah ...itu saje...

Wallahualam...

Anonymous said...

Masyaalah, quran ada, masih juga mau percaya bible. Dengan adanya Quran, semua kitab2 sebelumnya termansuh. Ini satu yg kita perlu faham.

Mengikut kepercayaan Islam, semasa org2 musyrik sedang mencari2 Isa, seseorang telah dirupakan oleh Allah seperti Isa, maka org itulah yg telah dipasung langsung di salib. Dikeranakan Allah itu Maha Berkuasa, segala yg berlaku walaupun nampak mustahil, semua itu adalah kehendak Allah jua, Bila Allah kata jadi, maka jadilah ia.

Kalau kita mahu belajar Islam, belajar lah Islam dan sudut pandangan Islam, bukan sana sini cedok, sana sikit, sini sikit, jadilah caca marba.

Sudah dikatakan bahawa org2 kafir itu amat memusuhi Islam dan dari segi sejarah Injil telah dilencungkan dan ditulis semula mengikut telunjuk Kaiser2 dizaman itu yg inginkan kekuasaan.

Kalau belajar lebih sedikit, kita boleh tahu, melalui penerangan2 ustaz dan alim ulamak mengenai apa pendapat dan kepercayaan islam mengenai hal Isa.

Saya kurang arif nak memberi surah2tapi berdasarkan pengajian islam saya inilah yg diberitahu oleh guru2 saya yg terdahulu. Walau dimana sahaja pergi, cerita inilah juga yg diceritakan. Cuma sejak politik global semakin bercelaru, sejak ekonomi global semakin meruntun, sejak gempa bumi merata2 di dunia, sejak tsunami dan tanah runtuh serta bankir, banyak pula lah cerita2 yg agak tidak sinonim dengan Islam yg saya tahu selama ini. Ini terjadi kerana org2 Islam, khasnya di Malaysia dan umumnya di dunia telah tidak memuliakan agama dalam kehidupan. Ugama juga dipolitikkan, Sejarah juga dipolitikkan. Dalam suasana tidak mempercayai kafir dan tahu betapa bencinya kafir pada islam, ada sesetengah islam yg masih ikut telunjuk kafir kerana kekurangan diri, Islam menjadi lemah kerana kelemahan2 diri dalam manusia islam itu sendiri yg tidak menghayati islam yg sebenar.

Sembahyang mula dilengah2kan sedangkan sembahyang itu adalah tiang agama. Bacaan Quran amat kurang dalam diri setiap insan. Mungkin ada yg tidak tahu membaca quran, malah mengadoptasi bible dan kitab2 lain sebagai fakta2 sokongan mengenai apa yg ada didalam islam, sedangkan quran tidak perlu sebarang sokongan dari kitab2 lain untuk membenarkan apa yg ada didalam isi kandungnya.

Bertaubatlah sebelum pintu langit tertutup. Begitu banyak bukti yg nyata di sekeliling, tidak kah kamu gentar dengan apa yg bakal berlaku kepada kamu nanti. Bukankah bukti2 ini membuatkan kamu berfikir.

Tapi nahh, tidak, ada juga yg mendabik dada minta ditunjukkan bible yg palsu, walaupun penerangan telah diberikan. Tunggulah kamu jawapan nya dari Allah.

Anonymous said...

Dalam kes Nuruddin di Aceh,takkan lengkap kalau hanya melihat faktor sejarah semata-mata.kena lihat juga hujjah dan isi pendekatan dalam aliran pemikiran mereka2 itu secara jelas dan adil....Terburu-buru dalam senarai tuduhan dibawah:-
1.Menuduh dia sebagai ejen portugis.
2.Menuduh sebagai posman membawa hikayat Melayu ciptaan Portugis..
3.Menuduh sebagai penghancur Aceh dari dalam.
4.Pembodek Sultan.
5.Gila kuasa berusaha utk menjawat jawatan Mufti.
6.Menentukan hala tuju pemerintahan dalam "Plot Banana Republic"
7.Meterialistik,ada agenda tersembunyi,bawa dendam....
8.
9.........dan banyak lagi tuduhan ....adalah sesuatu yang melulu dan hanya atas dasar alter egois tersendiri yang melampau....tanpa bukti sohih sekadar beranggapan,kebarangkalian,imaginasi abstrak....apakah itu adil.Sahidan beri puji-pujian pada Sultan pun sanggup di momokkan.

Bila ada katalis tuduhan sebegitu wujud fenomena pembunuhan karektor berprofail tinggi yang sangat sadis.Orangnya dah tak de tapi hujjah penghujam terus di laksanakan.Itu dah kira over killing pulak tu.

Bagaimana kalau anda pula yg memegang kuasa pulak esok!??? Memiliki kekayaan melempah ruah...!!!perempuan berkeliling....ada kuasa bolih buat apa saja....orang yg mencari peluang siap cium tangan/menyembah berlutut...urut2 badan....tak gegar ker kepala lutut tu nanti!!!????

Bila ada pengkomen berhujjah balas pada tulisan yang telah di Novelkan ternyata terlalu banyak kelemahan dalam mengumpul fakta yang fiktif serta dari satu sudut penganalisaan yang jitu.contohnya dari atjeh gayo,fakir,ano dan lain diatas nampak jujur dan ikhlas mengomen walaupun kekadang di"jurus" dengan hujjah balas serupa tahi-tahi alam maya siber...

Memang betul Sarjana awal telah mengulas ontologi,kosmologi,manusiawi,keagamaan dan lain-lain lagi tetapi Sarjana mendatang akan terus membawa anasir-anasir baru dalam kebudayaan ilmu dan pemikiran mistik dalam aliran yang sama.

sambung

Anonymous said...

Tak lengkap kalau ilmu hanya di matikan di Aceh tetapi tidak di biakkan pada alam semesta yang meluas ini.Ambil contoh Syekh Abd Rauf yang mendatang selepas Fanshuri dan Raniri,ternyata dia lebih rasional dalam mnengolah ilmu2 yang terkumpul dari Sarjana zaman yg lebih awal darinya....mudah pula org nak terima dan menerimanya.



Kita kena faham zaman Fanshuri situasi,keadaan,sosio budaya,politik,percambahan ilmu sangat2 berbeza dengan zaman di mana Raniri berhidup.....malah sampai kehidupan hari ini pun ada beza ketara..Di situ perlu satu gen baru yang dapat menganalisa impak pada kesesuaian peralihan zaman.Kritik besar pada pendahulu ternyata nama mereka lebih terserlah dan terus di julang....di Aceh ada Institut Agama Ar Raniri,Maktab Fanshuri dan lain-lain...pertembungan itu biasa dalam pertemuan jurus jurai pemikiran dan intelek orang hidup berilmu....matanglah...!!!

Jadi janganlah mematikan seluruh karektor dengan "dose over killing" yang langsung tak dapat di kesan sumbangannya.Bagaimana anak cucu kalian di hari muka membunuh pula karektor kalian hari ini???....



Janganlah culasss...

o... said...

alaaaa....kau sembang aje bolih lah kaduk oiii..
Dalam pemikiran di arus peralihan ilmuan setiap idea ada impak yag sangat dashyat.Cuba kau perhatikan natijah dari fahaman menggabungkan pantheisme monotiesme...Bukan Fanshuri,Sumatrani saja malah Ronggoworsito,Al Banjari,Al Fatani,Al Minangkabaui,Soernarto dan ramai lagi pelopornya sampai hari ini, ada badi tertular dan menular...

Natijah tu yang paling penting kita perhatikan;

1.Dari mana datangnya fahaman semua agama itu sama sahaja? pluralisme,hidoiesme,fasis...bla bla....

2.Nama Tohan jadi mainan dan jadi rebutan pula di kamar-kamar Mahkamah.

3.Manusia hidup bebas sebebas-bebasnya..."aku punya life aku punya sukalah ...lu peduli hapa..!!!"

4.Hukum hakam Tohan tak dapat di jalankan dah semuanya mengakui diri tu Tohan pulak dah...terasa dah bebas lepas huklom pula...

5.Daulah Islam tak dapat di tegakkan kerana menolak sistem naungan Tohan dalam Islam,dah kan semua perasan diri tu Tohan.

6.Hubungan kekeluargaan jadi rapuh,emak dan anak,ayah dan anak sama jer tarafnya...begitu juga dalam hararki masyarakat dan kepimpinan.

7.Ramai Firaun moden akan terus bermunculan...

Hari ini dah nampak kesannya kan??? Peluang beginilah yg membolihkan NWO,Dunia Tanpa Sempadan,Perdagangan Bebas dan berbagai idea raksasa lagi bermunculan semuanya atas dasar dan bermula dari kesilapan pokok itu tadi....itulah pentingnya org macam Raniri itu hadir...ada pro dan kontra..

Kalau tidak kalu...Maka yang akan untung banyak ialah mata dalam tiga segi kat atas tajuk ni.Itulah natijah dari Wahdatul Wujood yang dipromosi dan di banggakan itu.

cisss!!! akhirnya bila Dojjal keluar mengaku sebagai Tohan ramailah pengikut dan pengekornya.Bukan kah dia datang dari fahaman Wujudiah yg sama????

Anonymous said...

Menggunakan surah Al Quran sebagai bahan menghenyak orang yang tak disukai itu, bagaimana pula? Menghukum ikut tafsir sendiri aje....... ayat At taubah 107-108 di gunakan untuk melebel org lain sebagai pengkhianat....membina masjid para munafikkkk!!! bina masjid dijurang dan lain-lain....

Bagaimana ayat At Taubah 109-110??? Bukankah jelas disitu ada imbal balas dalam surat Al Quran itu...

Bagaimana pula ayat At Taubah 17-19!!!???......Hakikat membina Masjid ialah membangunkan Rumah Allah dalam diri tu dulu.Takkan tak pernah dengar Kalbu Mukmin itu sebagai "singgahsana Allah SWT",disitulah tempat org beriqtiqaf dan sentiasa menSUCIkan diri......Kalau masjid kalbu tak terbina,maka samalah ia akan di sediakan untuk ditempati olih syaitan dan Iblis..

Anonymous said...

Qoute"""Masyaalah, quran ada, masih juga mau percaya bible. Dengan adanya Quran, semua kitab2 sebelumnya termansuh. Ini satu yg kita perlu faham."""

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Jadi ko menolak lah Rukun Iman yang Enam???

Percaya pada kitab-kitab!!!!

Maksud fakir mangkuk kata jangan di tolak semua...ternyata ko ni dah tolak semuanya...cer baca betul-betul...

Nampaknya ko yg kena bertobat ni...jangan pandai suruh org jer...ajak sekali Tok Guru ko tu ye!!!

Anonymous said...

Bukan saja henyak, penggal kepala pun boleh untuk menegakkan agama islam dari dikotori oleh anasir2 subversif. Ini dapat dilihat dilakukan oleh panglima2 islam terdahulu sprt salahuddin al-ayubi yg digeruni oleh org2 kafir.

Anonymous said...

Kitab2 itu adalah kitab2 yg diturunkan allah kepada nabi2 terdahulu, sprt zabur taurat dan injil.

Malangnya, ketiga2 itu telah diselewengkan dan yg masih utuh dan terpelihara sesuai dengan janji allah (sila cari dalam quran) hanyalah Al-Quran.

Zabur taurat dan injil telah diselewengkan oleh kristian dan yahudi, jika tidak diselewengkan, tentulah mereka mengaku akan hadirnya nabi muhammad. sedangkan mereka tidak mengaku. Bahagian ini telah dilupuskan. Jika bahagian ini dilupuskan, apakah ada yg masih percaya bahagian2 lain tidak ubah2.

Kalau kitab2 tersebut ada menyatakan nabi muhammad, takla jews dan kristian begitu benci pada islam, tidaklah ada persengketaan spert hari ini. Tak giti chekkk....?

Anonymous said...

Hmm kalau zabur dan injil dan taurat mengaku nabi muhammad, dah tentu, mereka beramai2 mengikuti agama islam. Tapi sebabkan degil dan dicampur dengan rasa ego dan takbur kepada allah terlebih2 lagi yahudi, dan cerita mengenai kesombongan mereka kpd allah ada diceritakan dalam Quran, (Dalam zabur taurat dan injil takda cerita semua ini) tentulah bermakna quran itu lebih jitu dan tepat penceritaan nya, pendek kata latest update lah dan sesuai utk semua zaman hinggalah membawa ke akhir zaman nanti.

Kalau nak pakai hat lama yg tak habis update, ikut suka lah, bermakna korang nya fakta tak lengkap, pulak tu ada bahagian dan dinyahkan dari bab2 tertentu.

Nak buat camna, kalau masih berjalan ke belakang, umpama nak tulis buku pun pakai daun2 dan batu2 kan? Susah senang tanggung sendiri lahhh...

Ini pun mau berjawab-jawab? Terima sajalerhhhhh nanti..

Anonymous said...

Hish, fakir mangkuk memang mangkuk terlebeyy sudahhh

Anonymous said...

Dari bergaduh pasal taik, sekarang sudah jadi perkara besar..semua gara2 taik yg dilumurkan yg dikatakan tidak berbau..dan lazat!

Anonymous said...

Dah baca komen sdr2, saya nak komen pula yg berdasarkan berbagai sumber termasuk drp hasil pengajian drp org2 tertentu.

Takrifan Wahdatul Wujud adalah bermakna keesaan wujud yg memberi maksud satu wujud. Segala yg lain iaitu sekalian makhluk atau alam ini semuanya merupakan pancaran atau tajalli drp wujud Allah. Wujud Allah adalah wujud hakiki atau yg sebenar. Fahaman Wahdatul Wujud adalah drp hasil syuhud yg diterjemahkan dgn kata2 serta ilmu. Olahan drp fahaman ini jadilah spt konsep Martabat tujuh, Insan Kamil dll. Org sebut ini tasauf falsafah tetapi falsafah yg didapati oleh para2 sufi besar yg mempelopori fahaman ini adalah hasil drp syuhud mereka bukan drp hasil cipta akal2 yg tak pernah mengalami proses syuhud. Wahdatul Wujud dapat difahami dgn akal dgn syarat dipelajari dgn guru mursyid dan terlebih baik drp mursyid yg kamil yg sempurna makrifatnya. Kalau tak kefahaman jadi bercampur2 cacamerba. Macamana nak memahami sesuatu yg tinggi? Ia kena dgn proses pembelajaran yg semestinya drp sumber dan susur galur yg benar.

Bagi org yg dididik dgn jln rohani bersanadkan secara yg sah drp Rasulullah saw, wahdatul wujud mesti seiring dibawa dgn amal kerohanian. Wahdatul Wujud bukan bererti menafikan Isnainiyatul Wujud (dua wujud). Mana boleh menafikan wujud makhluk yg Allah cipta yg menjadi Afaal Allah. Wahdatul wujud yg hak hanya memulangkan amanah Allah atau menafikan hak makhluk, hanya Allah sahajalah yg hak empunya sekalian alam sptmana yg difahami dlm pemahaman tauhidul afaal, asma’, sifat dan zat. Pada syariat sememangnya ada dua wujud iaitu wujud Allah dan wujud makhluk. Pada hakikat hanya ada satu wujud yg esa iaitu wujud Allah. Para ahli rohani sentiasa memandang dgn pandangan yg mengesakan Allah. Perkataan esa pun kena fahami betul2 maksudnya. Sebab tu perlunya berguru.

Selepas Ar Raniri diganti oleh Abdul Rauf Singkel faham wahdatul wujud timbul semula dan Abdul Rauf telah mencari titik penyelesaian kedua2 faham ini. Beliau tak pun menyesatkan sewenang2nya takut2 samada seseorang itu benar2 tauhidnya maka hukum sesat itu balik semula kpd yg menuduh. Kalau sekiranya sesat maka beliau akui mesti mengatakannya sesat. Tentangan beliau kpd fahaman Wahdatul Wujud ada dlm kitab Bayan Tajalli memfokuskan kpd Wahdatul Wujud yg sesat.

Bersambung..

Anonymous said...

Sambungan..

Fakir Mangkuk Hampeh!!! said...,
“Kalau tak kerana pendedahan Nuruddin sampai hari ini orang Aceh tak sedar akan kewudan Wujudiah Mulhid dan Muwahid,Wahdatul syuhud dan wahdatul Wujud.Apa kata Al Fanshuri tok guru tua Aceh:"Alam adalah Qadim seqadim Zat tuhan sendiri"....haaaa...bukan Nuruddin aje yang kata sesat malah Al Ghazali sendiri mengkafirkan filusuf yg sebegitu.Takkan tak de beza antara phanteisme dgn monothiesme.”

Kalau benar itu perkataan drp Hamzah Fansuri (kamu tak quote sumbernya!), kenalah menakwil secara benar sebab kata2 itu adalah drp syuhudnya. Maksud Qadim sahaja terbahagi kpd 4 bhg:
1) Qadim Zati - tiada permulaan zat Allah
2) Qadim Sifati - tiada permulaan sifat Allah
3) Qadim Idhafi – terdahulu sesuatu atas sesuatu spt terdahulu bapa atas nisbah kpd anak
4) Qadim Zamani – lalu masa atas sesuatu sekurang2nya setahun

No. 1) dan 2) hanya kpd Allah sahaja bukan makhluk. Jadi maksud Hamzah pada ayat tersebut itu menunjukkan Alam adalah Qadim yg bukan drp no. 1) dan 2). Ayat yg beliau sebut “seqadim zat Tuhan sediri” hanya nak mengisbatkan kpd Allah Taala sahaja yg sebenar2nya yg qadim hakiki. Mana2 ayat atau perkataan drp sufi2 besar yg mengandungi perkataan2 yg memberi maksud sesuatu yg syirik itu perlu ditakwilkan dgn baik. Jgn pula disalahkan syuhud dan syatahat (latah) mereka. Jauhkan drp buruk sangka dgn ikut sedap hati kita menakwilkan ucapan2 dan perkataan2 mereka dgn ‘direct meaning’. Kerana itu perlu berguru dgn guru yg mursyid.

Fakir Mangkuk Hampeh!!! said...,
”Sekurang-kurangnya Zat terjuzuk kepada 3, mungkin banyak lagi ..... wallahualam.
1.Kunhu Zat -teras pada zat yg menciptakan
2.Hakikat Zat -pembayang maknawiyah pada zat.
3.Zat yang berdiri pada Zaratul Wujud.

Tidak seperti kefahaman Fanshuri hanya satu zat yang yang bersandar pada zaratul wujud.Akhirnya salik sukar untuk membezakan mana zat,mana sifat,asma dan affal Allah itu sendiri.Semuanya akan nampak dan di salahfahami seperti serupa saja...Tu yang tersasar sampai semuanya Qadim pula.Disangka sama wujud antara hakikat yang wujud.Takkan tahi pun di sangka Allah....kakahkahkah!!! 'Syuhudil wahdah fil wahdah" hanya betul pada dia tapi tersalah pada syuhudul orang lain.

Yang mahir tentang kunhu zat hanya Rasullullah SAW,Nabi Ibrahim As dan mungkin Imam Mahdi....Imam Mahdi mewarisinya dari Rasullullah SAW sendiri Sabda Baginda:"Imam Mahdi/Qaim itu adalah 'anakku"...Tanda kasih Baginda pada umatnya dipohon pada Allah agar di utus Al Mahdi pada umat ini.Nabi Isa tidak melewati kunhu zat itu kerana Dia tidak memiliki kesedaran yang sampai sama tahap kesedaran kerohanian Nabi Mohammad SAW.Ketika Isa di seksa dan terpasung Dia menjerit "eli-eli lama sabatani!!!"Lalu Allah SWT mengangkatnya melepasi langit dunia.Begitu juga Musa AS dia gagal memahami kerja-kerja Qidhir membunuh kanak2,melubang perahu,dan lain...ketika Allah bertajjali di puncak Tursina dia tersungkur sujud.Pun begitu Qidhir juga tidak mampu menguasai ilmu kunhu Zat....dia sekadar guru rohani pada Musa sahaja,ketika mendekati Imam Mahdi dia di hambat dan di cerca seperti Ibliss....hehehe!!!”

Kunhu zat ni mana2 makhluk pun tak boleh kenal. Dlm syuhud yg tertinggi sekali pun iaitu Syuhud az Zatiyyah / Fana Zat / Fana ul Fana pun bukannya kenal Zat Allah. Cuma keadaan ‘memperkenalkan’ diriNya bukan sebenar2 kenal Kunhu Zat. Zat Wajibal Wujud yg Maha Ghaib itu tidak dapat dicapai oleh mana2 makhluk. Dalil surah As Syura Ayat 11, “Allah itu tidak serupa bagiNya dgn segala sesuatu.” Tiada alat pada makhluk nak kenal Kunhu Zat Allah.

Bersambung..

Anonymous said...

Sambungan..


Anonymous said...
“Qoute***(Pada lembaran 12 dlm Mukhtasar Sharibul Asyikin disebut oleh Hamzah dgn persoalan, “Jika Dzat Allah kpd sekalian lengkap, kpd najis dapatkah dikata lengkap?” Hamzah menjawap, “Spt panas, lengkap kpd sekalian alam, kpd najis pun lengkap! Kpd busuk pun lengkap. Kpd baik pun lengkap. Kpd jahat pun lengkap. Kpd Kaabah pun lengkap. Kpd sekalian pun sama. Kpd najis tiada ia najis. Kpd busuk tiada ia busuk.)))
......................................................
Aku amat-amat pasti yang dimaksudkan tu najis..Taik kau....bukannya najis pada makna hakikat.Ia makna zahiri.”

Aku amat bersetuju bahawa memang dimaksudkan najis secara zahirnya bukan kiasan hakikat. Tetapi kamu tak quote kata2 Al Fansuri dgn habis. Sepatutnya sambung lagi ayat, “Kpd baik tiada ia baik. Kpd jahat tiada ia jahat. Kpd Kaabah tiada ia beroleh kebajikan. Drp rumah berhala tiada ia beroleh kejahatan. Yg demikian lagi demikian istimewa. Suci drp segala suci. Di mana ia akan najis dan busuk?”

Apa yg Fansuri kata2 tu tak salah pun drp pengajian tauhid. Sbg contoh kalau aku baling batu kena kepala kamu, tentu kamu rasa sakit. Persoalannya Zat Allah kena ke tak kena?? Ini yg kena paham tauhid betul2. SEMUA yg dikatakan makhluk atau alam yg berada di 7 petala langit dan bumi tak kira yg hidup atau tak hidup ni semuanya berada dlm dimensi ruang, jarak, masa, gerak dan diam. Dimensi ruangnya berlapis2 samada kita nampak atau tak. Rasa atau tak. Perasaan sakit, gembira, sedih dll pun adalah makhluk. Najis dan bau busuk pun makhluk sebab dijadikan bersifat baharu. Semua afaalNya. Mana sama yg dicipta dgn Pencipta.

Secara simpulannya mana2 yg dijadikan semuanya makhluk yg dijadikan dgn KUDRAT dan IRADAT iaitu drp sifat Allah. Sifat Allah bukan Zat Allah tapi tak lain drpNya. Sifat tak bercerai dgn Zat. Atau nak kupas lebih detail – Afaal tak bercerai dgn Asma’. Asma’ tak bercerai dgn Sifat. Sifat tak bercerai dgn Zat. Setiap satu tu tak bercerai dan tak bercampur.

Perkataan ‘lengkap’ yg diutarakan Fansuri, “Jika Dzat Allah kpd sekalian lengkap, kpd najis dapatkah dikata lengkap?”
Itu bermaksud menyeluruh, meliputi dsbnya itulah sama maksud dgn tak bercerai tak bercampur tu dlm sekalian sesuatu itu. Bahkan kpd najis dan busuk sekalipun meliputi. Jadi Zat Allah adalah suci drp sekalian suci tak bercampur tapi tak bercerai drp sekalian sifat dan afaalNya. Benarlah kata2 Fansuri tersebut bagi org2 yg memahami.

Ini sama dgn quote kamu berkenaan kata2 Ar Raniri: "Kelompok Wujudiyah MUWAHID mengatakan Al Haq dengan alam adalah sewujud bersatu dalam indentiti, malah mereka mengatakan Al Haq dan Alam berbeza pun tidak ,bersatu pun tidak.Bersatu dan berbeza menampakkan 2 wujud padahal alam adalah milik Al Haq juga."

Bersambung..

Anonymous said...

Sambungan..

Anonymous said..., “Semua keempat diatas datang dari Fanshuri, jangan tak caya pula,atau menuduh aku buat-buat cerita..Kemudian ada kes lain....1.Fanshuri katakan nyawa manusia itu bukan Khaliq dan bukan mahkluk....( apa ni,!!!?? kejap kata itu kejap kata lain pulak...)...2.Fanshuri katakan Al Quran itu makhluk....(macamana pula bila kata alam tu Tuhan, lepas tu kata al Quran mahkluk pula!!!)....3.Fanshuri kata Nyawa manusia akan menyatu dengan Tuhan-kuntu kanzan makkfiyyun-...( Hahaha,...malas nak komen dah...)”

Kita kena paham adakalanya org yg tgh mengalami rasa tenggelam di dlm zauq kerohaniannya boleh tulis macam2 masa berkarya. Sebab tu tak boleh ambil ‘direct meaning’. Nanti jatuh sesat kufur. Ibnu Arabi pun sama. Al Hallaj pun sama. Pernah dengar kata2 mereka spt, “Tiada yg wujud melainkan Allah”,“ Tiada di dlm jubahku kecuali Allah”, “Ana Al Haqq” dll. Semua kata2 ini berlaku dlm syuhud atau syatahat(latah) mereka dan bukan saja2 nak kata. Ayat2 mereka ini semuanya berbentuk kufur secara zahirnya bagi kita org2 yg waras. Selalu sgt kata2 mereka difitnah bagi org2 yg tertentu sebab memahami drp segi zahirnya sahaja. Ayat2 atau perkataan mereka kena dgn keadaan baik sangka kita takwil dgn takwilan yg tak menyalahi syariat berdasarkan syuhud mereka. Kalau org yg mengatakan, “Alam ni Allah, Allah ni alam” dia kena hurai camna prosesnya. Direct meaning memang sesat tapi kalau dihurai proses dgn isbat yg betul maka tak jadi sesat bagi yg faham ilmu. Tapi lebih jgn berkata begini nanti jatuh fitnah.

Jgn takwilkan ayat2 yg disebutkan oleh tokoh2 diatas dgn dgn cara yg sesat spt mana golongan2 mulhid yg ambil direct meaning lepas tu guna dan tak pernah pun rasa syuhud macam mereka. Sebab tu ada ulamak mengharamkan membaca kitab2 mereka kecuali kita sudah ada asas yg kukuh dlm memahami persoalan tauhid dan merasai perjalanan rohani. Ada sesetengah org pula tak pernah menerima talkin zikir drp sanad yg sah dan tak pernah merasai zauqi dlm kerohanian yg mana mempunyai tingkatan2 maqamnya, lagilah suka jatuh fitnah sebab hanya guna akal yg tak semampu mana dlm memahami persoalan2 kerohanian yg tinggi sptmana yg diperbincangkan ini. Yg belajar bertahun2 pun belum tentu faham. Yg bertitle ustaz dan ahli agama dgn Phd pun belum tentu dapat paham dgn sebenar2nya. Banyak lagi yg nak aku taip sini tapi dah tak larat. Sedikit sebanyak persoalan di sini terjawap dlm site yg aku terjumpa ni:

http://groups.yahoo.com/group/mencintai-islam/message/8736
http://mukhlis101.multiply.com/journal/item/185
http://mukhlis101.multiply.com/journal/item/189

Aku serahkan kpd Allah moga2 kita diberi taufik dan hidayah drpNya dan dgn limpah kurnianNya kita diberi pemahaman sekadar mana yg Dia kehendaki. Aku akhiri perbincangan ini dgn satu kesimpulan - Tersalah memahami iqtikad wahdatul wujud yg hak maka akan jatuh jadi kafir zindiq sebab menyamakan makhluk dgn zat Allah swt. Tersalah memahami isnainiyatul wujud (dua wujud) sampai tiada memahami iqtikad tauhid keesaan Allah yg benar pada esa zat, sifat, asma’ dan afaalNya maka akan jadi fasik dan munafik. Dua2 syirik. Sebab itu duduklah diantara tersebut iqtikad para mukmin yg haq yg bertakwa lagi ikhlas. Salam semua...

@@@

Anonymous said...

""" (Dalam zabur taurat dan injil takda cerita semua ini) tentulah bermakna quran itu lebih jitu dan tepat penceritaan nya, pendek kata latest update lah dan sesuai utk semua zaman hinggalah membawa ke akhir zaman nanti.

Kalau nak pakai hat lama yg tak habis update, ikut suka lah, bermakna korang nya fakta tak lengkap, pulak tu ada bahagian dan dinyahkan dari bab2 tertentu."""
............................

Jelas sekali kau menolak lah Rukun Iman yang Enam???

Percaya pada kitab-kitab adalah termasuk dalam batas-batas iman dan kufur!!!! kalau rukun iman kau dah tolak lagi nak penggal kepala org....Kepala kau yang kena penggal dulu......Jelas sekali perkataan kau hanya menerima Al Quran dan menolak hujjah adanya kitab suci yg lain....

macam cerita Isa berkata :Eli-eli lama sabatani....apa buktinya perkataan itu tak tersenarai dalam injil yang asli??? perkataan itu tersebut dalam banyak versi injil/bibble sekarang....dan bolihkah kau buktikan tak sedikit pun dalam bibble berbagai versi itu sudah tiada lagi fakta2 yg kekal tersenarai dari injil yg asal??? cuba kau baca cerita Ibrahim,Musa, Yusuf masih ada lagi dalam bibble yg kau tolak tu....

diulanggg!!!!. Maksud fakir mangkuk kata jangan di tolak semua...ternyata kau ni dah tolak semuanya...cer baca betul-betul...meh sini aku penggal kepala kau dulu!!!!

tunggulah balasan kau pulak di microwavekan dalam nurrraka!!!!

U/P:Kalau korang nak tau aku baru perasan kat sini ada orang tak tau :Percaya pada kitab-kitab adalah salah satu dari rukun iman yang enam ....wahhh !! bahaya tuuu....mazhab apa dia pakai tu...!!

Kawan Ikhwan... said...

Relek lah Brooo semua ...apa penggal memenggal kepala pula ni...

Mari kita utus kan silaturahimm...berbeza pendapat tu biasalah tu...

OK fren...tarik balik lah hukuman tak valid tu...PEACE...tak baik bunuh berbunuh tanpa sesuatu yg jelas.

Kerani Fakir Mangkuk!!! said...

Alhamdulillah Fakir kita sibuk sikit, dia minta aku wakilkan dia untuk taip tek komen dan ulasan-ulasannya...sila lah ::ehemmm...

Ano Tak de nama tulis"...(Jadi maksud Hamzah pada ayat tersebut itu menunjukkan Alam adalah Qadim yg bukan drp no. 1) dan 2). Ayat yg beliau sebut “seqadim zat Tuhan sediri” hanya nak mengisbatkan kpd Allah Taala sahaja yg sebenar2nya yg qadim hakiki. Mana2 ayat atau perkataan drp sufi2 besar yg mengandungi perkataan2 yg memberi maksud sesuatu yg syirik itu perlu ditakwilkan dgn baik. Jgn pula disalahkan syuhud dan syatahat (latah) mereka. Jauhkan drp buruk sangka dgn ikut sedap hati kita menakwilkan ucapan2 dan perkataan2 mereka dgn ‘direct meaning’. Kerana itu perlu berguru dgn guru yg mursyid.)...

>>>>>>>>>>>> biyar betol kau ni...tak kan Qadim Zati sama dengan Qadim Sifati serta sama dengan Qadim Idhafi .... cuba kau fikir betul-betul.?? cuba tengok balik kata Fakir Mangkuk kita tu..."Apa kata Al Fanshuri tok guru tua Aceh:"Alam adalah Qadim seqadim Zat tuhan sendiri".Kau baca betul-betul jangan nak kona sana kona sini.Itulah sebab nya hujjah Fanshuri di sanggah habis-habisan mana mungkin Qadim bolih sebentuk serupa sesama sedangkan "ada garis halus yang sangat seni memisahkan".Ayat tu memag benar dari Fanshuri kalau tak buat apa org nak susah-susah nak sanggah dan nisbahkan pada dia pula.Kau cari ajelah berlambak dalam tek sanggahan Nuruddin dan ulama selepas ia.Abd Rauf pun ada jugak mengatakan tak setujunya dgn pandangan begini.....nanti aku lanjutkan skit lagi...

Cuba aku tanya kau pula"Kalau qadim Idhafi sama seqadim Zat maka roh idhafi tu Kunhu Zat lah ye!???.... (sapa bolih temberang roh idhafi tu semua org ada....)

Kerani Fakir Mangkuk!!! said...

Ano Tak de nama tulis"...( Kunhu zat ni mana2 makhluk pun tak boleh kenal. Dlm syuhud yg tertinggi sekali pun iaitu Syuhud az Zatiyyah / Fana Zat / Fana ul Fana pun bukannya kenal Zat Allah. Cuma keadaan ‘memperkenalkan’ diriNya bukan sebenar2 kenal Kunhu Zat. Zat Wajibal Wujud yg Maha Ghaib itu tidak dapat dicapai oleh mana2 makhluk. Dalil surah As Syura Ayat 11, “Allah itu tidak serupa bagiNya dgn segala sesuatu.” Tiada alat pada makhluk nak kenal Kunhu Zat Allah).

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>Kau ni tahu ke tak apa makna Kunhu Zat ni???Kalau tak tahu jangan nak ulas....buat study dulu lah baru jadi kaki protes...

...................................

Ano Tak de nama tulis"...(Apa yg Fansuri kata2 tu tak salah pun drp pengajian tauhid. Sbg contoh kalau aku baling batu kena kepala kamu, tentu kamu rasa sakit. Persoalannya Zat Allah kena ke tak kena??)

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>Apa punya tamsilan yang kau buat ni!!! aku tak berapa nak faham....pendapat begini seperti kau mengatakan tangan ano adalah ano sendiri.Itu bukanlah jelas dalam membahas tentang kemutlakan Tuhan."Wahdah al wujud fi al kull " tidak bolih membuatnya bolih memposisi Tuhan dalam masing-masing dan setiap segala sesuatu.

Kerani Fakir Mangkuk!!! said...

Ano Tak de nama tulis"...(Secara simpulannya mana2 yg dijadikan semuanya makhluk yg dijadikan dgn KUDRAT dan IRADAT iaitu drp sifat Allah. Sifat Allah bukan Zat Allah tapi tak lain drpNya. Sifat tak bercerai dgn Zat. Atau nak kupas lebih detail – Afaal tak bercerai dgn Asma’. Asma’ tak bercerai dgn Sifat. Sifat tak bercerai dgn Zat. Setiap satu tu tak bercerai dan tak bercampur.)

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>> Tu lah pendapat macam pegangan kau ni habis disanggah.Sifat tak bercerai dengan Zat tapi cuma berpisah sahaja.Bukankah itu lebih tepat.???...Kalau sifat tak bercerai dgn Zat jadi peganggan kau, nanti Dajjal datang elok lah kau duduk satu team dgn dia ye!!!

Kata Ar Raniri: "Kelompok Wujudiyah MUWAHID mengatakan Al Haq dengan alam adalah sewujud bersatu dalam indentiti, malah mereka mengatakan Al Haq dan Alam berbeza pun tidak ,bersatu pun tidak.Bersatu dan berbeza menampakkan 2 wujud padahal alam adalah milik Al Haq juga." ....bukankah di situ jelas Allah meliputi segala sesuatu sama dalam Surah An Nisa:126
"Dan bagi Allah jualah segala yang ada di langit dan yang ada di bumi; dan Allah sentiasa Meliputi (pengetahuanNya dan kekuasaanNya) akan tiap-tiap sesuatu."

sambung nanti kat bawah

...................................


Ano Tak de nama tulis"...(Perkataan ‘lengkap’ yg diutarakan Fansuri, “Jika Dzat Allah kpd sekalian lengkap, kpd najis dapatkah dikata lengkap?”Itu bermaksud menyeluruh, meliputi dsbnya itulah sama maksud dgn tak bercerai tak bercampur tu dlm sekalian sesuatu itu. Bahkan kpd najis dan busuk sekalipun meliputi. Jadi Zat Allah adalah suci drp sekalian suci tak bercampur tapi tak bercerai drp sekalian sifat dan afaalNya. Benarlah kata2 Fansuri tersebut bagi org2 yg memahami. )

>>>>>>>>>>>>>>>>> hehehe!!! eeeeee....aku fikir seribu kali sebelum membenarkan pendapat Fanshuri ni...pasal aku hari-hari pergi toilet ,aku sangat2 kenal Barang Buangan tu...tu lah jangan tinggalkan "Sifat tak bercerai dengan Zat tapi cuma berpisah sahaja".Kalau tak takkan dapat bezakan mana satu haq pada Zat dan mana satu haq pada Sifat....penemuan ilmuan sekarang ni mengatakan sebutir zarah pun tak mungkin wujud dalam alam maya ini.Cuba kau bayangkan Tahi itu terdiri dari ikatan jutaan zarah-zarah, rupa-rupanya zarah itu langsung tak wujud....hahaaaa....cuba kau jelaskan fenomena ini!!!??? aku nak dengar....

Kerani Fakir Mangkuk!!! said...

Ano Tak de nama tulis"...(Kita kena paham adakalanya org yg tgh mengalami rasa tenggelam di dlm zauq kerohaniannya boleh tulis macam2 masa berkarya. Sebab tu tak boleh ambil ‘direct meaning’. Nanti jatuh sesat kufur. Ibnu Arabi pun sama. Al Hallaj pun sama. Pernah dengar kata2 mereka spt, “Tiada yg wujud melainkan Allah”,“ Tiada di dlm jubahku kecuali Allah”, “Ana Al Haqq” dll. Semua kata2 ini berlaku dlm syuhud atau syatahat(latah) mereka dan bukan saja2 nak kata. Ayat2 mereka ini semuanya berbentuk kufur secara zahirnya bagi kita org2 yg waras. Selalu sgt kata2 mereka difitnah bagi org2 yg tertentu sebab memahami drp segi zahirnya sahaja.)

>>>>>>>>>>>>>>>>> Aku setuju pengalaman sebegitu.Tapi berapa lama kau nak Zauq tu...tak kan 24 jam atau seumur hidup???.tak de kan....kau pun kena normal balik hidup seperti org biasa,kena kerja,cari rezeki,makan,minum berbini dan lain2....mustahil masa makan,berdangdut dengan bini tu pun masih syathiyyat di lidah....berlaku "maglub al hal dan marfu al qalam"...... bukankah membenarkan itu akan memberikan saham besar pada para kafir untuk meluluskan iqtiqad kekafiran mereka...

Kerani Fakir Mangkuk!!! said...

Okeylah hujjah yang lain tu bolih lah tahan...tapi aku bagi 30 persen jer....sebab bab Kunhu Zat tu tak lulus.Kat situ jer kurang-kurang 40 persen markah ...and then sifat dan zat tak bercerai cuma berpisah saja kurang-kurang 20 persen... 10 persen lagi tu tentang persembahan banyak cilokkkk hujjah aku jer....kalau cam tu baik sokong jer aku 100 persen.Hujjah sikit puya panjang tang point elllit tu ciput jer...baik aku suruh kerani aku jer yg buat komen...heheheh!!!

Eheheh...kau jangan kata Kunhu Zat tu tak de sape yang bolih capai dan mahir tentangnya.Sekurang-kurangnya Nabi SAW sampai ke tahap begitu.Cer baca surah Al Maidah :15 ( Sesungguhnya telah datang kepada kamu cahaya kebenaran (Nabi Muhammad) dari Allah, dan sebuah Kitab (Al-Quran) yang jelas nyata keterangannya.)

dan surah Yunus :108 (Katakanlah (wahai Muhammad): “Wahai sekalian manusia! Telah datang kepada kamu kebenaran dari Tuhan kamu.

Kalau tak de siapa yang sampai tahap begitu,maka tak wusul dan sempurnalah Tauhiduz Zat kita.Kunhu Zat adalah penamat Dalam ilmu Tauhid Amali.Orang biasa tak leh terus melewatinya tetapi bolih melalui warisan Nabi kita.Cuma sesampai melalui tauhid zat sebagai bayangan Kunhu Zat itu.Kunhu Zat itu ialah Hati Haq Allah Taala.Kalau tak de siapa pun tahu maka tak sempurnalah ciptaan mahkluk sebagai kehendak Allah untuk mengenaliNya.Bukankah alam ini di ciptakan agar DIA dapat di kenali.Kau ni mesti terpengaruh dengan kitab kuninnnn tua al banjari,al fatani dan lain-lain tu kan?Tu sebab nya susah nak terima apa org lain kata.Bila baca Yassin tiap kali kena tahu Yassin tu hati al quran,cuba pula bandingkan kat mana hakikat al quran itu dimana pula hati pada hakikatnya....

Kalau bertekad kata tak sape yg tahu bermakna orang yang kata alam itu Qadim seQadim ZatNya,manusia tu Allah dan sebaliknya...kiranya tu sesatlah,tipulah...maka semua hujjah kau sebelum ni terbatal dan dustbin kan ajer lah....Tapi kalau tahap pemikiran dah tahap cenggitu .so apa bolih aku buat....

Bila ada yang kata mahkluk tak bolih sampai walau guna apa alat pun memang betullah jadinya,cuba bebaskan diri dari "kemahklukkan" dan jangan gunakan daya nalar yang zahir....haaa macamana..?? Kunhu Zat tak bolih di capai olih akal dan pancaindera apatah lagi dengan peralatan materi kalau buat cenggitu tentulah mustahil kan???

Hujjah Qadim pada alam maya itu karut semata-mata...jangan kawan dengan org cam tu...sedangkan alam ini hakikatnya nak di buktikan kewujudannya pun susah.Apatah lagi nak di katakan Qadim pula...Hari ini ilmu moden sudah menjelaskan bahawa materi terdiri dari ikatan zarah2 halus dan sangat sukar untuk untuk di buktikan hakikat wujudnya.Apatah lagi nak sokong fahaman keQadiman dari Wahdatul Wujood totok...Cubalah buktikan hakikat wujudnya sebutir zarah sahaja??...apatah lagi nak membuktikan ianya qadim kan!!!???

Kerani Fakir Mangkuk!!! said...

Sesiapa yang kata Allah bersama mahkluknya dengan sifat sahaja ( tidak bercerai) maka perkataannya itu bolih menanggalkan sifat daripada zat ,itu tentulah mustahil dan berfahaman ortodok kitab kuninnn...tetapi bila mengatakan Allah itu berserta mahkluknya kembali kepada sifatNya tanpa zatNya...maka itulah lebih mendekat pada haq dengan bahasa yang amat sempurna sekali.Kerana sifat tidak akan bercerai dengan zat tetapi cuma berpisah sahaja.

Untuk lebih jelas lagi Ibnu Arabi pun mengakui Tuhan ada 2 sifat iaitu tanzih dan tasybih ...bagaimana pula ada yang kata mahkluk itu Qadim tak tentu arah...Sebab itu ahli haq mengatakan :"Semua wujud majazi hanyasanya ia hapus dan lenyap apabila ia di sertakan dengan wujud Allah."Pandangan alam ini adalah bayangan dan waham (mumkin ul wujud) jauh lebih tepat berbandingan yang tadi hatta bila fana dan kasyaf sekalipun yang akan wujud tunggal hanya Allah, tiada wujud lagi selainnNya.Itulah Laisyaikamislihi Syaiun...

Kata Fanshuri :"Tetapi Kunhi ZatNya tiada siapa sampai di sana jangankan org awam,wali,nabi dan malaikat muqarabin pun tiada datang ke sana."...Habisss tu,bagaimana pula dia bolih kata qadim seqadim zatNya???...Hati Allah Taala pun dia tak tercapai ...lepas tu Al Quran tu dikatanya sebagai mahkluk pulak dah....bila dan bagaimana pula dua mukasyafah tah!!!??? hehehe!!!

Tu sebab ada yang kata iqtiqad begitu belum sampai tahap "keDewasaan maknawiyah" baru tahap "Baby Maknawiyah" saje...

Surah Al Qasas : 88 ---"Tiap sesuatu pasti binasa kecuali Zat Allah"

Mukasyafah Ariff billah yang ori menyentuh hingga kepada Kun Hu Zat itu...setidak-tidaknya hanya beberapa saat dan detik.Kerana itu golongan Wujudiah Muwahid : kolompok yg mengatakan harus hapus diri ,hilang dan lenyap kewujudan manusiawi atau keakuan bila di hadapkan pada penyaksian wujud mutlak yang hakiki,sehingga tinggal wujud tunggal/al-haqq itu sahaja.Dari surah Al Qasas itu jelas menceritakan maksudnya.

Sementara Wujudiah Mulhid: kolompok yg menyamakan Allah dgn mahkluk samada sifatnya,affalnya serta zat...golongan ini menyamakan "diri sendiri" macam tuhan,Allah adalah alam dan alam adalah Allah.

Ibnu Arabi sendiri membantah golongan Mulhid ini...kau carilah sendiri apa katanya...jangan malas,asyk nak bersuap jer....hahaha!!!

Sekalipun ketika fana'filalah dan baqa'billah tidak sekali wujud Allah tu terzahir sebagai wujud mahkluk.Tahukah anda sebutir zarah bergetar hingga 10 X -43 persaat.Kalau terus bergetar pada momentum kelajuan tinggi ia akan lenyap hilang dengan sendirinya.Bagaimana pula sebutir zarah kecil yang mengikat tubuh besar materi bertahan pada Hakikat Zat Allah itu fikirkanlah...

"Dia yang kini Dialah yang sama dari sediakala"

salam pencerahan dari B/P: Kerani Fakir Mangkuk.Salah dan silap pada Allah aku berserah...hehehe!!

Kawan Ihkwan.. said...

Wahhhh!!! wauu!!!

Fakir Mangkuk cuma antar kerani dia jer bagi jawabbb...tercabar betul nafsu aku...Thank Kerani...kirim salam dengan Fakir Mangkuk yerr!!!hahaha!!

Kerani Fakir Mangkuk!!! said...

Sama-sama...nanti aku sampaikan salam kau tu...!!!heheeh!

syahir said...

salam mak ai....

berapa panjang punya syarah darrr.

saya simpulkan ringkasannya "syariat tanpa hakikat hampeh, hakikat tanpa syariat jahanammmm"

ok tak ketua lanun sekalian? mana darr kapal selam den xsampai2 lg nehh.

Anonymous said...

pang6 takda misai naik kapal selam

Anonymous said...

Syarah pepanjang sebab pandai, ko apa tau? arapkan sokong, sokong bawa rebah