tag:blogger.com,1999:blog-37524755.post1926204286849684304..comments2024-03-21T21:13:25.939+08:00Comments on CATATAN SI MERAH SILU: Ke belah ulu Selangor menurut rasaRadzi Sapieehttp://www.blogger.com/profile/07561947015813731596noreply@blogger.comBlogger5125tag:blogger.com,1999:blog-37524755.post-78390114464508226802015-07-16T20:59:07.468+08:002015-07-16T20:59:07.468+08:00Wassalam. Sama2...Wassalam. Sama2...Radzi Sapieehttps://www.blogger.com/profile/07561947015813731596noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-37524755.post-16780610450387663282015-07-15T09:31:59.755+08:002015-07-15T09:31:59.755+08:00Assalamualaikum...semasa sengaja mencari dalam int...Assalamualaikum...semasa sengaja mencari dalam internet nama kampung saya dibesarkan dari awalnya hingga sekarang, membawa saya kepada blog tuan. Sangat sangat menarik.

Untuk makluman tuan, saya anak kelahiran Tanjung Malim (lahir di Hospital daerah Tg Malim) manakala kampung Serigala itulah kg halaman saya, SK sg Selisek tempat mendapat pendidikan awal sebelum ke SAM Sg Selisek yang terletak bersebelahan dengan Masjid Lama (di Kg Masjid, dibina pada tahun 1939)...dan yang sentiasa bernostalgia dengan saya iaitu sungai bernam, tempat mencari rezeki bapa dan saya selama lebih 30 tahun dahulu hingga kini.

Terima kasih atas nukilan tuan, mencetus naluri saya untuk mencoret sesuatu dalam bentuk blog di suatu masa yang akan datang. Inshaa Allah. Salam ramadhan dan Idulfitriyeop24https://www.blogger.com/profile/15893037213933281566noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-37524755.post-36847791990588944762010-07-15T20:50:14.277+08:002010-07-15T20:50:14.277+08:00Alhamdulillah...begitulah adanya. Saya kira Allah ...Alhamdulillah...begitulah adanya. Saya kira Allah telah memudahkan laluan dalam pencarian asal usul diri. Dan dengan izinNya juga, saya hadir di makam Tuanku Hashim Bangta Muda April lalu. Sebak sehingga berderaian air mata di sisi makam almarhum sambil spontan mulut menyebut, "Sekian lama mencari, akhirnya di sini cucunda temui..."Harleny Abd Arifhttp://www.jejakmihrabmimbar.wordpress.comnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-37524755.post-74247693251852166212010-07-15T19:18:58.603+08:002010-07-15T19:18:58.603+08:00Wassalam. Jadi saya andaikan saudari sudah dapat k...Wassalam. Jadi saya andaikan saudari sudah dapat konfirmasi ya bahawa Haji Mustafa bin Raja Kemala bersambung dengan Tuanku Hashim Banta membawa kepada kerabat diraja Aceh dari Dinasti Bugis. Betul tak? :]Radzi Sapieehttps://www.blogger.com/profile/07561947015813731596noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-37524755.post-44783477468011420452010-07-15T16:26:56.275+08:002010-07-15T16:26:56.275+08:00Salaam...
Secara kebetulan, apabila bertandang ke...Salaam...

Secara kebetulan, apabila bertandang ke 2 laman blog saudara iaitu artmelayu.blogspot.com dan merahsilu.blogspot.com pada hari ini hadir ilham dan mood unt meninggalkan buah pena. Di artmelayu.blogspot.com tajuknya yang tertera sahaja sudah membuatkan saya berminat untuk berkongsi info lantaran sedang membuat pencarian secara 'sendiri-sendiri.' Di merahsilu.blogspot.com ini pula lebih menarik lagi kerana terlihat foto yang memaparkan papan tanda tertera "Haji Mustafa Raja Kamala."

Suatu masa dahulu (sebelum tahun 2001), saya tidak pernah tahu bahawa nama yang tertera pada 7 buah papan tanda jalan di sekitar Tanjung Malim ini adalah moyang kepada datuk saya (kalau mengikut turutan salasilah: saya > ibu > datuk > moyang (perempuan) > bapa moyang > Hj. Mustafa Raja Kamala). Jadi jika dalam susurgalur jurai keturunan, saya adalah salah seorang daripada warisnya yang ke-6

Haji Mustafa ini dikatakan berasal dari Kota Raja di Rao, Sumatera Barat (berdasarkan catatan yang tertera dlm salasilah). Unt mensahihkan, pd 2004 saya telah menjejak waris almarhum di Kota Raja yang berjiran dengan Bonjol (sempat juga saya menjejak waris Imam Bonjol). Dengan izin Allah maka bertemulah saya dengan waris Haji Mustafa yang rata-rata masih memakai gelar Raja Kamala di hujung nama di sana. Namun, saya punya andaian bahawa Haji Mustafa ini asal usulnya daripada Acheh sebenarnya. Buktinya saya perolehi dalam pencarian menjejak masjid tua di Acheh dlm tempoh 1 tahun 6 bulan ini. Rupanya, pilihan batasan kajian berdasarkan istikharah punya hikmah untuk membuka kunci tentang darah keturunan keluarga (rasanya tak perlulah saya panjangkan ceritanya...nanti meleret2 pula).

Saya yakin sesiapa sahaja yang menjejak darah keturunan keluarga pasti akan bersemangat bila membuka kisah keturunan. Namun, tidak dinafikan adakalanya kita akan berhadapan dengan persepsi negatif yg kononnya kita "taksub" malah soalan yang lebih pedih adalah, "Apa yang ingin awak tuntut setelah berjaya bongkar asal usul diri?" Bukankah itu satu tamparan bagi kita yang menelusuri waris teratas dengan keringat dan air mata. Hanya yang mencari akan lebih mengerti berbanding mereka yang melemparkan persepsi membuta tuli.

Berbalik kepada Haji Mustafa... makamnya terletak di kawasan Tanah Perkuburan Chabang kira2 1km sebelum melalui jambatan Sg. Bernam (sempadan Perak dan Selangor). Alat peninggalan seperti cap kempa, tombak, keris pertabalan, pedang masih disimpan oleh salah seorang waris kami. Beberapa bilah keris yang pernah saya lihat dan rakam fotonya adalah keris nogososro dengan bentuk kepala naga yg mana di dalam mulutnya mengulum sebiji batu permata (warna merah kalau x silap). Namun dlm byk2 khazanah lama peninggalannya, saya tertarik dengan keris yang berlubang di tengahnya (x silap 'sengkelat' namanya)...

Rata-rata daripada waris almarhum Haji Mustafa ini bermastautin di sekitar Tanjung Malim, Sungkai, Bidor, Ipoh sehinggalah ke Kuala Kangsar juga di sekitar selangor (negeri lain pun ada juga tetapi kebanyakannya di lokasi yg disebutkan). Malah waris almarhum turut berada di Acheh, Medan, Sumatera Barat sehingga ke Bali (berdasarkan jejak pertemuan sejak 2001 sehingga sekarang).

p/s: Kisah peribadi Hj Mustafa dan sekalian warisnya adalah topik pembicaraan dalam penulisan ilmiah (tesis) MA saya =)Harleny Abd Arifhttp://www.jejakmihrabmimbar.wordpress.comnoreply@blogger.com