Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-






Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Monday, April 12, 2010

Ziarah Al-Rasyid ke makam-makam lama di Perak

Alhamdulillah, sukacita dimaklumkan. Pada hujung minggu baru ini saya dan isteri telah membawa anak kecil kami Muhammad Al-Aminul Rasyid yang pada hari Selasa esok akan cukup umur 6 bulan untuk menziarahi lebih 40 makam terpilih di serata negeri Perak. Antara yang dilawati ialah kesemua 29 makam Sultan-sultan Perak yang terdapat di sepanjang Sungai Perak, dari Kuala Kangsar 255 km ke utara Kuala Lumpur turun menyusur aliran sungai 140 km selatan hingga ke Teluk Intan. Namun perjalanan sebenar memakan jarak keseluruhan 600 km dari rumah kami di Bandar Tasik Puteri hingga kembali melalui Kuala Selangor lewat malam tadi. Ini kerana untuk ke makam-makam tertentu kami perlu berpatah-balik menyeberangi Sungai Perak melalui jambatan di Kampung Gajah untuk mendapatkan bot dari satu kampung yang terletak jauh terpencil di selatan Pasir Salak.

Sukacita juga dimaklumkan, dalam perjalanan inilah saya dapat menziarahi makam 5 orang Sultan yang tidak pernah diziarahi sebelum ini kerana kedudukan yang terpencil lagi susah untuk ditemui mahupun dicapai. Saya juga dapat menunaikan beberapa hajat tertunda, misalnya niat untuk menziarahi makam Sultan ke-4 Perak, Sultan Tajul Ariffin yang terletak di atas sebuah pulau di tengah Sungai Perak. Sembilan tahun lalu iaitu pada penghujung 2001 saya pernah bercadang ke sana tetapi tidap berjaya mendapatkan bot. Kali ini saya dapat membawa anak isteri sehingga ke tempat yang dianggap amat keras lagi keramat ini, begitu ditakuti penduduk tempatan...

Syukur kepada Allah, anak kecil kami Al-Rasyid dapat bertahan malah kami bertiga cuma bermalam di surau dan masjid sahaja. Cerita tentang perjalanan Insyaallah akan diluahkan di blogspot apabila sampai giliran. Maklumlah, cerita lawatan ke Aceh penghujung bulan Februari yang sedang dalam proses penceritaan pun belum selesai... sedangkan saya juga ada cerita lawatan ke Aceh penghujung Januari yang belum dimulakan, juga satu perjalanan ke selatan melihat stesyen-stesyen keretapi yang turut membawa ke banyak tempat menarik dari Rembau hingga ke Johor Bahru.

Sekarang biar saya berehat melepaskan penat-lelah. Pancit wooo.... terutama apabila perlu masuk ke kawasan-kawasan bersemak dengan perut kosong mencari makam di ceruk-ceruk yang tidak dapat dimasuki kenderaan kecuali motosikal ataupun bot, kemudian perlu pula berjalan kaki masuk parit keluar parit dan sebagainya sehingga kasut pun boleh putus, kaki pula berdarah-darah digigit pacat...

9 comments:

fiduz said...

Alhamdulillah ...semoga Allah permudahkan hajat dan urusan tuan sekeluarga dan dilindungi Allah dari perkara yg x diingini..x sabar menunggu tulisan tuan nanti..

nadz said...

Assallamualaikum En.Radzi,

Akak juga tak sabar nak baca catatan pengalaman menjejaki makam-makam itu . Anak kecil itu juga sekental babahnya..Alhamdulillah.

Radzi Sapiee said...

Terimakasih saudara Fidus... waalaikumussalam Kak Nadz. Insyaallah saya cuba percepatkan giliran penceritaan... :]

Anonymous said...

Tuan nampak macam sakit

Radzi Sapiee said...

Penat. Gambar tu diambil tengahari Ahad. Sabtu tu dah pegi 16 makam Sultan + 4-5 makam lain di pelbagai tempat, tido malam pun setakat kat masjid je, sebelum Subuh dah kena bangun. Malam sebelumnya, bila sampai ke Kuala Kangsar dari Rawang pun kami setakat tido kat surau...

Hari Sabtu tu pula dah keluar jalan-jalan pi Pasir Salak pulak. Lepas tu pegi makam 5 orang Sultan + 2 orang lain termasuk Megat Terawis. Gambar ni diambil di makam yang lepas tu le... kiranya makam Sultan yang ke 22 dilawati dalam misi kali ini. Masa tu kepala dok congak, ada 7 lagi makam Sultan perlu dilawati + 2-3 makam lain, 4 daripadanya terletak di tempat-tempat yang paling susah nak dicapai. Dan kami sebenarnya tak makam tengahari atau petang pun setakat minum air je... dah selesai semuanya lepas Maghrib baru dok makan...

Mansor Shah said...

Salam saudara Radzi. Jika saudara berkunjung ke Kuala Kangsar menziarahi makam Sulan Mansur Syah di Kota Lama Kanan, kita boleh bertemu. Tapi sayangnya jika pada hari bekerja saya tak dapat kecuali hari Ahad. Jika pada sebelah malam saya ada berjemaah di Masjid berkenaan yang amat berhampiran dengan rumah saya.

Jika saudara ke sana, boleh bertanyakan rumah Mansor Shah pada jemaah atau penduduk.

fiduz said...

as-salam tuan...kalau dah hampir ke tarikh untuk tuan ke beting beras basah,harap maklumkan pada saya..leh kita jumpa disana..insyaallah...ada citer gak ni...nanti saya email kat tuan..apa yg berlaku ketika saya disana baru2 ini..geram juga nak dukung si kecik tu..hehehe...

taufiek86 said...

kpd fiduz;
adakah ni berkenaan 3 org pakcik yg melawat beting beras basuh tempoh ari?

fiduz said...

3 org pakcik....ader aper info tuan?...email kat saya fiduz666@gmail.com...seronok gak nak tahu...tq