Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-






Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Thursday, July 02, 2009

Pameran manuskrip lama Aceh di Perpustakaan Negara...

Satu selingan tetapi masih tentang Aceh...



Siang tadi saya telah pergi ke Perpustakaan Negara di Jalan Tun Razak.... perpustakaan negara Malaysia ya, bukan negara Indonesia mahupun Nanggroe (yang juga bermakna negara) Aceh. Lalu tergerak untuk pergi ke bahagian manuskrip lama di Aras 1 (First floor le) gitu...


Seperti biasa sentiasa ada pameran kecil berjalan di bahagian manuskrip itu...


Cuma tidak disangka, pameran kali ini adalah tentang Aceh, memaparkan manuskrip dan sedikit barangan lama dari sana. Walaupun pada maklumat yang tertera ini saya dapati ada kesilapan fakta... satu adalah apabila ia mengatakan kerajaan Pasai dan Perlak muncul sekitar abad ke 17 dan 18 gitu, kedua apabila memaparkan masjid yang dikatakan Masjid Baiturrahman sedangkan saya pasti bukan.

Saya pasti tentang dua-dua perkara ini kerana saya tahu kerajaan Perlak telah diasaskan sejak sekitar tahun 800 Masihi dengan kesultanan Perlak (sebelum itu tidak dikira kesultanan kerana rajanya dikatakan belum memeluk Islam) bermula tahun 840 Masihi. Kerajaan Pasai pula bermula seiring dengan kerajaan Samudera iaitu pertengahan abad ke 13 Masihi, hampir 300 tahun lebih awal dari kemunculan rasmi kesultanan Aceh yang diasaskan Sultan Mughayat Shah iaitu sekitar tahun 1511 gitu.

Tentang gambar masjid pula saya memang pasti ia bukan Masjid Baiturrahman atau lebih tepat, Masjid Raya Baiturrahman kerana bentuknya lain dan saya sudah sampai ke sana lalu mendapati beberapa barisan bangunan di tepiannya tidaklah roboh terus seperti dalam gambar atas, cuma rosak teruk akibat Tsunami yang melanda 26 Disember 2004. Sebaliknya masjid yang terpapar dalam gambar atas amat mirip dengan Masjid Rahmatullah di satu kawasan bernama Lampuuk, dekat sebuah pantai yang sangat cantik menghadap Lautan Hindi, sekitar 15km gitu dari Banda Aceh. Dan tadi saya sudah membandingkan gambar yang saya ada (nanti akan dipaparkan di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART) Insyaallah).

Apapun pameran ini sendiri sangat menarik. Sebab itu saya terasa mahu berkongsi gambar-gambarnya di sini seraya mengajak para pembaca untuk turut ke sana nanti. Untuk pengetahuan pameran yang bermula bulan Mei ini akan berjalan sehingga akhir bulan Julai. Ia dibuka Selasa hingga Jumaat 10 pagi hingga 4.45 petang.


Sementara itu biar dipaparkan sedikit gambar walaupun ada yang kurang terang ya. Pelik juga kenapa manuskrip dari kerajaan Pontianak ini turut ada...


Yang pasti lain-lain manuskrip dan barangan memang dari Aceh termasuk kitab karangan seorang Sayyid ini...


Yang ini tidak disebut nama pengarangnya... tapi intipatinya sangat menarik, tentang zat Allah dan segala sifat-sifat Nya!


Kitab oleh Haji Abdul Mu'ti...


Haaaa... Sheikh Abdul Rauf Fansuri!


Sebuah kitab fiqah...


Yang ini dan seterusnya baca sendiri daa...















Yang ini pula kira gambar tambahan untuk menyedapkan lagi cerita. Entah ada kaitan ataupun tidak, anda disilakan memberikan pendapat yang jujur, bukan pendapat saja cari salah orang yek. Saya tergerak untuk menyertakan gambar yang turut diambil siang tadi ini kerana thumb-nailnya turut terpampang bersama gambar-gambar pameran di Perpustakaan Negara. Sebenarnya gambar ini diambil sebagai peringatan untuk diri sendiri juga sebagai bukti kerana tadi saya bercadang mahu mengikat batu-batu itu sementara membetulkan saiz cincin yang sedia ada untuk jari saya. Gambar ini boleh dijadikan rujukan kalau barang-barang ini perlu ditinggalkan kepada tukang cincin le...

Selama ini saya kurang berminat pada batu dan cincin tetapi oleh kerana barang-barang ini diberi oleh orang-orang tertentu tanpa dipinta, pada peringkat perjalanan hidup saya kini lebih stabil, saya menganggap ia sebagai membawa makna tertentu untuk fasa kehidupan yang seterusnya. Dari kiri... batu kuning untuk isteri dan batu putih untuk saya adalah hadiah dari seorang ulamak yang mengetuai sebuah dayah (panggilan untuk pesantren di Aceh). Paling kanan pula adalah sebentuk batu akik biasa tetapi ia dihadiahkan oleh seorang tua putih tegap yang tidak pernah saya temui sebelum ini, pada hari Jumaat malam Sabtu lepas di makam Sheikh Shamsuddin Pasai yang terletak di tengah bandaraya Melaka.

Untuk pengetahuan, sejak tahun 2005 gitu saya telah pergi ke sana rasanya masuk 10 kali tak kira waktu tetapi baru kali ini berjumpa dengannya. Katanya dia biasa tidur di kawasan kepala makam lalu menunjukkan jaketnya yang ada ditinggalkan di situ. Saya pula tergerak untuk memberitahunya yang saya dan isteri baru kembali dari Aceh dan kami sempat pergi ke makam Sheikh Abdul Rauf Fansuri @ Syiah Kuala yang pernah berguru dengan Sheikh Shamsuddin. Lalu dia terus memberikan sebentuk cincin itu, cincin yang katanya walaupun cuma memakai batu akik biasa pernah ditinggalkan di dalam timbunan batu pada bahagian nesan kepala makam selama 2 tahun!

Orang itu kemudian menunjukkan sekeping artikel tulisan Alhmarhum Ustaz Wan Saghir yang terpampang pada pintu makam. Katanya kalau nak tengok rupa Sheikh Shamsuddin lihat pada gambar yang tertera pada artikel itu. Memang artikel itu bercerita tentang Sheikh Shamsuddin. Tetapi gambar lukisan yang terpampang di situ menyebut ia adalah rupa Sheikh Hamzah Fansuri, guru kepada Sheikh Shamsuddin! Lihat gambar yang terdapat pada artikel lama saya bertajuk Perjalanan berliku untuk kembali berhari raya: Bermalam di Masjid Naning pula, sebelah makam Dol Said! Bezanya orang yang saya temui ini tidak berserban mahupun bersongkok. Dia sekadar memakai t-shirt putih seperti t-shirt pagoda gitu dengan seluar biasa, mungkin seluar jeans. Sekian... :]

No comments: