Walaupun saya sudah banyak kali bertandang ke sana termasuk datang pagi buta jam 2-3 pagi begitu lalu berehat melelapkan mata, hakikatnya saya belum pernah betul-betul bermalam di sana. Kali ini baru saya tidur (atau terjaga...) hingga Subuh. Malah saya selepas Subuh kemudian berbual lama dengan Pak Imam di sini hingga jam 8 pagi, saya menyambung tidur hingga jam 11 pagi! Dan lagi, inilah kali pertama saya berbuka puasa di masjid ini!
Sebenarnya banyak lagi yang berlaku di masjid yang dikatakan ada karamah ini tetapi biarkanlah... Saya sudah penat menulis... Saya memulakan sessi menulis sebelum jam 5.30 petang tadi dan kini jam 11.30 malam saya baru sampai ke ayat ini, belum pun habis cerita! Dan lagi tadi saya cuma berbuka puasa satu tin air Cincau, sampai kini belum mengisi perut dengan apa-apa makanan atau minuman lain semata-mata untuk melepaskan gerak penceritaan kali ini.
Oh... Sila lihat juga artikel Melaka old city centre at night and the nostalgia around it... di blogspot BERPETUALANG KE ACEH ... Sedikit pandangan dan nostalgia pusat bandaraya Melaka di waktu malam...
Puas berehat di Masjid Kampung Hulu, sampailah masa untuk betul-betul melangkah kembali ke Muar. Apapun, alang-alang sudah berada di Melaka, rasa perlu juga untuk singgah ke Masjid Peringgit, masjid tertua di Melaka. Itu yang baru dijadikan posting Masjid (mosque of) Peringgit, Melaka di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART) tadi...
Masjid Peringgit terletak berhadapan Hospital Melaka, berhampiran juga dengan Masjid Negeri Melaka. Tetapi saya tidak singgah di masjid negeri, setakat ambil gambar dari luar jadilah...
Saya mahu terus ke Duyung, melawat perigi Hang Tuah...
Kemudian singgah di Masjid Kampung Duyung...
Selesai semua itu, baru saya masuk jalan lama ke Muar. Di Telok Mas, saya singgah di masjid ini, di tepinya terdapat Jalan Raja Haji sempena pahlawan Bugis terkenal yang gagah berani abad ke 18 Masihi itu.
Kenapa saya singgah di sini? Untuk pengetahuan, di sekitar kawasan inilah Raja Haji gugur ketika cuba memerdekakan Kota Melaka daripada tangan penjajah Belanda 1784...
Beberapa makam lama di tepian jalan berhadapan masjid, dihadapan sekolah ini menjadi bukti betapa orang-orang Melayu pernah syahid menentang penjajah di sini.
Seterusnya saya singgah di Masjid Umbai, juga dikenali sebagai Masjid Baginda Ali. Nak tahu apa ceritanya, buatlah search di blogspots saya...
Dengan itu, bolehlah saya menutup "perjalanan berliku untuk kembali berhari raya" ini di Masjid Muar... Saya sampai di Muar sekitar jam 3 petang...
Di satu sudut masjid, saya memasukkan segala gambar yang diambil sepanjang perjalanan ini, hampir 120 buah semuanya ke dalam komputer agar dapat dialih masuk ke thumb-drive sebagai persediaan untuk sesi bercerita hari ini... Agar saya tidak rasa terkilan atau terbawa-bawa ingatan, agar saya dapat menyambut Hari Raya Aidilfitri esok dengan lebih tenang. Hasilnya, jadilah sejumlah 4 postings ataupun artikel di blogspot BERPETUALANG KE ACEH , 7 di SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART) dan 5 (termasuk cerita penutup ini) di sini! 16 kesemuanya wooo... Dari jam 5 sampai jam 12 tengah malam dah ni!
Maka satu perkara terakhir mahu diluahkan... Sebenarnya 2-3 bulan lalu saya tidak menyangka pun akan kembali ke Muar untuk Hari Raya. Malah saya asalnya bercadang untuk menyambutnya di mana-mana seorang diri kerana rasa terkilan dengan apa yang berlaku dengan bapa saya hujung hingga awal tahun lalu! Lalu sejak itu saya tidak pernah kembali ke Muar dan tidak pernah bersua dengan ibu bapa, sampailah dalam 3 bulan lepas ketika ibu bapa saya bertandang ke Kuala Lumpur dan saya berjumpa dengan mereka.
Dalam tempoh itu hingga kini, pernah sekali sahaja saya kembali ke Muar iaitu untuk awal bulan Ramadhan. Alhamdulillah hubungan dengan keluarga saya semakin baik, terimakasih kerana kehadiran Nur kedua yang banyak menolong menenangkan saya setahun dua kebelakangan dalam mengharungi pahit manis kehidupan setelah lama hidup seperti orang terbuang... Malah Nur kedua berperanan secara hadapan merapatkan kembali hubungan saya dengan orang tua!
Dengan kata-kata ini, selesailah sesi penceritaan yang sudah masuk tengah malam ini. Untuk pengetahuan, saya menulis semua ini dari sebuah Cyber-Cafe di bandar Muar... Belum pun balik rumah. Dah sampai masa untuk saya balik ke rumah seperti orang lain... Selamat malam dan yang lebih penting, selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir batin untuk semua! Wassalam... :]
10 ulasan:
as'kum MS...,
selamat hari raya dan maaf zahir batin.
Nampaknya, ekonomi US semakin jahanam.....saya percaya kejatuhan ekonomi US dan kejatuhan harga minyak dunia serta kejatuhan matawang US adalah sesuatu yang telah dirancangkan dengan amat teliti dan bukan suatu kebetulan.
Yang memberikan nilai kepada US dollar ialah minyak, jadi bila harga minyak turun dan US dollar dilambakkan di pasaran melebihi permintaan....situasi tidak menyakinkan ini akan mendorong negara-2 lain yang menyimpan dollar dalam jumlah yang besar spt. China dan Jepun untuk melepaskan rezab mereka dalam bentuk US dollar......
Jika ini terjadi, amaran yang pernah diutarakan oleh Joel Krutzman dalam buku beliau.."The Death of Money" akan menjadi kenyataan. Walahualambissawab.
Selamat Hari Raya, maaf zahir dan batin, semoga terus diberikakn kekuatan dalam perjuangan
Tempat tinggal saya sekarang adalah di Alai, Melaka, 1.5KM dari Masjid Teluk Mas dan jalan Raja Haji yg ada dlm gambar saudara. Sebagai tambahan kepada sedikit penceritaan saudara, kira-kira 1km sebelum sampai ke jalan itu (jika mengambil jalan dari melaka ke Muar) terdapat sebatang anak sungai yg mengalir terus ke laut, bernama sungai punggor. Sungai itulah dulu menjadi pengkalan tentera Raja Haji semasa menyerang Melaka. Sungai bersejarah itu menyaksikan pertempuran yg hebat antara tentera Raja Haji dengan tentera Portugis yg datang mengepung dari arah laut, sedangkan tentera Raja Haji hanya mampu bertahan dari sungai yg sempit itu sahaja, hasilnya, ramailah tentera Raja Haji yg gugur Syahid... Kesan-kesan peninggalan peperangan itu masih boleh dilihat dan dijumpai di muara sungai punggor, muara sungai duyong dan persisir Kampung Portugis berdekatan kawasan itu.
Sedikit pembetulan kepada maklumat dia atas
"..Sungai bersejarah itu menyaksikan pertempuran yg hebat antara tentera Raja Haji dengan tentera 'Belanda' yg datang mengepung dari arah laut..."
Wassalam semua...
Tentang kejatuhan ekonomi US tu kita tengok le nanti... Kematian nilai duit bukan satu omongan kosong... Ia pernah terjadi dalam negara kita sendiri dengan duit pisang Jepun yang tak da nilai. Jadi bayangkan le kalau peringkat dunia duit US jadi cam tu... Harap-harap jangan le sampai berjangkit kat tempat kita.
Satu natijah besar jika US mengalami masalah ekonomi yang tenat adalah tekanan untuk berperang. Telah beberapa kali berlaku dalam sejarah US, apabila ada masalah dalaman, tumpuan masyarakat di alih ke luar dengan menyerang sesuatu negara 'musuh' atas alasan ada pengganas atau apa-apa le alasan ikut sedap mereka. Kerana peperangan boleh menolong 'menaikkan' ekonomi melalui belanjawan senjata secara besar-besaran yang 'dihalalkan' serta penaklukan sumber-sumber semulajadi dari luar, juga 'hak' untuk merampas 'harta tawanan' dari negara yang diserang. Faham-faham aje le... Hehe!
Bab Sungai Punggor tu, di situ juga pernah berlaku angkatan Aceh zaman Sultan Iskandar Muda dihancurkan armada sokongan Portugis dari Goa yang dibantu angkatan Melayu Pahang, kalau tak salah ingatan juga Johor dan Pattani. Padahal angkatan Aceh sudah berjaya menawan seluruh Melaka kecuali Bukit St. Paul dan mengepungnya selama 2 tahun! Kalau ikutkan, Portugis dan patut kalah kalau tidak kerana kesilapan taktik Aceh membawa seluruh angkatan laut ke kuala Sungai Punggor, satu kesilapan taktik yang mengandungi unsur-unsur pembelotan daripada dalam (sebenarnya kerana ada 'nasihat' daripada pihak Belanda yang mengaku bersahabat dengan Aceh).
Sejarah nampaknya berulang-kali dengan kekalahan Raja Haji di sekitar kawasan yang sama. Lalu cerita yang melibatkan Sungai Punggor ini juga mengandungi makna tersirat menunjukkan kaitan nasab Raja-raja Bugis dengan Raja-raja Aceh! :]
Menarik, terbaca comment tuan diatas, teringat pulak kepada dakwaan satu pihak yg berkata, Sultan Iskandar Muda sebelum menjadi raja di Acheh, pernah menjadi Raja atau Narai di Ayuthyya, sebelum itu, baginda tinggal di Melaka memakai gelaran Hang Tuah dan nama sebenar baginda adalah Tun Saaban...
Jauhnya menyimpang dakwaan itu, tapi xkisahlah. Betul atau salah dakwaan itu tidak penting... tapi persoalannya, kalaulah betul agaknya Hang Tuah itu akhirnya menjadi Sultan Iskandar Muda Acheh, berapa la agaknya umur nya masa tu... Masih menunggu2 jawaban berkenaan dari yg berkenaan...
Sekian :]
Dakwaan itu tidak menyimpang, cuma salah tafsir kerana ada percampuran kaedah sumber ilmu. Melalui pengamatan saya, pihak yang membuat dakwaan itu ada mendapat maklumat daripada sumber ghaib... Soalnya dari pihak ghaib yang mana, golongan wali atau kelompok-kelompok jin yang juga seringkali ada kepentingan lalu suka menafsirkan sejarah menurut acuan dan kepentingan sendiri lalu disampaikan maklumat itu pada manusia yang menyangkakan maklumat itu sudah seratus-peratus sahih malah dianggap sebagai wasiat mutlak semata-mata kerana ia didatangkan dari alam ghaib.
Huraian tentang perkara ini memerlukan ilmu yang mendalam jadi tak dapat dihuraikan di sini, begitu juga tentang dakwaan Sultan Iskandar Muda dan Hang Tuah (juga Tun Saban adalah orang yang sama)...
Ada yang memang sama... Misalnya zaman Hang Tuah sekitar 1450an (pemerintahan Sultan Mansur Shah Melaka) dengan Tun Saban yang hidup sekitar 1530an di hulu Perak tidaklah begitu jauh dan tidak mustahil pun kerana sebenarnya amat biasa jika orang Melayu zaman itu hidup lebih 120 tahun. Tapi masuk zaman Sultan Iskandar Muda tahun 1620an dah terlalu jauh.
Apa yang berlaku adalah individu sama 'menyatakan diri' dalam lebih daripada satu tubuh dan lebih daripada satu zaman. Ibarat seseorang itu memakai 3-4 watak dalam satu permainan. Ibarat wali Allah seperti Tok Kenali hadir dalam 3 majlis berjauhan tempat serentak... Malah sebenarnya beliau boleh hadir di Kelantan sambil muncul di Mekah 500 tahun lalu ibarat cerita Back to the Future... Cukuplah disebut itu kerana pemahaman ilmu sebegini bukan setakat boleh dicakap-cakap. Tetapi ada pula pihak mengambil kesempatan atas kewujudan ilmu sebegini untuk mengatur sejarah versi mereka... Sampai Jordan pun dikatakan perkataan Siam, Iskandar Zulkarnain nak dikatakan orang Siam, aduh!!!
Cukuplah kalau disanggah segala dakwaan 'hak mutlak' mereka dengan ini... Dalam ilmu nasab untuk akhir zaman, tiada nasab lebih utama untuk memimpin manusia daripada darah keturunan Nabi Muhammad SAW yang dapat menyambung zuriat melalu cucu-cucu baginda Saidina Hassan dan Saidina Hussein.
Saya tahu pihak yang suka membuat dakwa-dakwi ini mengaku keturunan mereka sebagai Khalifah di bumi Timur memakai nama Sharif... Tetapi dalam ilmu nasab, yang layak memakai nama Sharif (juga Sayid) cuma keturunan Nabi ini... Dan kesinambungan kelayakan memakai gelaran adalah dari pihak lelaki... Seorang Sharifah (perempuan yang anak kepada seorang Sharif atau Sayid) apabila mengahwini lelaki bukan Sayid maka gugurlah hak anak cucunya memakai nama Sayid dan Sharif.
Pihak ini mendakwa berketurunan Merong Mahawangsa sedangkan Merong Mahawangsa kononnya cucu Raja Cina. Beliau kononnya mengahwini Sharifah Mariam al-Jefri... Sedangkan zaman yang mereka maksudkan sekitar 800 Masihi itu belum pun muncul nama keluarga al-Jefri (sekali lagi, kena kaji ilmu nasab asal-usul pecahan keturunan Nabi, bukan main boh aje buat dakwa-dakwi).
Kalau betulpun isterinya Sharifah, anak cucunya dah tak boleh pakai gelaran Sharif. Kat situ saja dah habis, nak mengaku pulak waris mutlak yang memegang kepimpinan Nusantara sedangkan banyak lagi darah keturunan Nabi yang lebih pekat dan afdal. Pooraah!!!
Huh!
Great answer...
Saya menghormati semua orang terutama sekali yg berilmu, kerana maqamnya haruslah tinggi sedikit dari golongan orang2 yg biasa ni... Walaupun golongan 'berkenaan' berilmu tinggi sekalipun, saya percaya (dan tuan juga barangkali) bahwa bukanlah sesuatu yang mudah untuk membicarakan berkenaan soal ilmu berkenaan secara terbuka dan suka-suka... Inikan pulak diletakkan dalam laman blog sebuah empayar...
Lainlah kalau mereka berbicara dalam lingkungan ahli2 Tareqat, Hakikat dan ahli ma'rifat..
Seminggu dua ni, rasa lega sedikit hati ni apabila mereka tidak lagi mengaitkan Sejarah mereka denmgan salasilah keturunan 'Raja Daerah' Perak... malah gelaran Po Chan Koya Long Sultan Mudzafar Shah III Perak telah digantikan dengan Po Chan Koya Long Sultan Mudzafar Shah III Kedah... Harapnya kuranglah sedikit kekeliruan org ramai yg membaca blog berkenaan...
Sekian....
Berkenaan kisah perkaitan Hang Tuah dan Tun Saban, teringat pulak pada sembang2 org tua2 dikampung saya di Grik, yg mengatakan memang ada kisah Hang Tuah pernah sampai ke Ulu Perak, ditambah pulak dengan catatan dalam Hikayat Sejarah Melayu karangan W.G. Shellabear (yg peliknya org2 tua tu semuanya buta huruf.. maklumlah, org Ulu...).
Di tambah pulak dengan kisah Mahaguru Gayong, Datuk Meor Abdul Rahman yg Allahyarham berguru dengan Hang Tuah dalam mimpi di hutan belantara berdekatan sempadan Kedah, Perak dan Siam. Dan pulak bila kita baca sejarah bahawa Tun Saban memang berasal dari Melaka, sebab itulah beliau mendapat gerak menjemput waris sultan Melaka dari Kampar untuk beraja di Perak. Banyak lagi kisah orang tua2 dari Kg Changkat Chermin, Kg Belum (sebelum jadi empangan Temenggor), Kg Padang Tamat, Air Kala, Ulu Kendrong (dan beberapa lg yg xdpt nak di listkan disini)yg membawa cerita lisan turun temurun tentang Kisah Hang Tuah memelihara Buaya Putih di Sungai Perak, serta kisah Hang Tuah membuka perkampungan di Hutan Belum...
Tapi saya hanya dapat meneka dan memikir dalam lingkukngan akal fikiran yg sempit ini sahaja. Dan kisah2 org tua2 itu mungkin hanyalah sekadar penyedap rasa....
Mungkin Saudara MS dpt cuba merungkai kisah ini dimasa depan jika berpeluang atau sekiranya mendapat 'gerak'...
Hehe... Betullah tu. Tun Saban tu sebenarnya Tun Sa'aban yang memegang banyak rahsia besar kewalian, memang betul le dia tu juga Hang Tuah, hehe! Tetapi nak faham rahsia sebenar Hang Tuah, kena tahu bahawa Hang Tuah itu sendiri adalah nama satu tubuh badan bagi satu ruh tinggi yang memiliki begitu banyak pecahan. Antara 'nama-nama' Hang Tuah ialah Maulana Malik Ibrahim, Sultan Makhdum Ibrahim Johan Berdaulat, Keramat Kuala Bidor dan Malim Dewa, nama-nama apabila memainkan pelbagai watak dalam zaman berlainan.
Sekian... Sebab itu cukup benar kata-katanya, tiada Melayu hilang di dunia. Kena faham dahulu Melayu itu apa dan siapa sebenarnya yang mengutarakan kata-kata ini... :]
Subhanallah...
Benarlah seperti apa yg disabda oleh Rasulullah SAW...
"Tiada ada seorang hambapun melainkan Qalbunya mestilah mempunyai dua mata."
Catat Ulasan