Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...
Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.
Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...
Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).
Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-
Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.
Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...
Ahad, Disember 21, 2025
Asbab Perjanjian Pangkor - Membuka langkah di Simposium Seni Pangkor
Salam petang terakhir Jamadil Akhir. Sebelum masuk bulan Rejab Maghrib ini biar dikongsikan cerita hari ke-3 perjalanan baru Perak.
Pada penghujung artikel Asbab Perjanjian Pangkor - Masuk pulau setelah lebih 10 tahun yang ditulis lalu dipersembahkan petang semalam ada disebut bahawa kami suami isteri masuk ke Pulau Pangkor disebabkan satu acara. Sedangkan penyertaan kami adalah disebabkan oleh Perjanjian Pangkor.
Sekarang biar dinyatakan acara adalah Simposium Seni Pangkor. Ia bermula pagi Selasa 16 Disember 2025 dan berlangsung sehingga tengah hari Khamis 18 Disember.
Secara rata ia disertai oleh insan dalam bidang seni. Namun cuba menjalinkan unsur-unsur sains dan teknologi bagi mendapatkan pengisian dan hala tuju dalam menjayakan satu festival pulau yang dicadangkan mahu mengambil kesempatan atas Tahun Melawat Malaysia 2026.
Encik Haned bin Masjak mewakili pihak penganjur memberikan kata-kata aluan. Menurut beliau inilah pertama kali acara sebegitu rupa (satu majlis ilmu bersifat akademik) diadakan di Pangkor. Penganjur utama adalah PERCIKAN, Persatuan Citra Rupa Malaysia.
Ini diikuti ucaptama oleh Profesor Gs. (pakar geospatial) Dr Mohd Johari Mohd Yusof, dekan Fakulti Rekabentuk dan Senibina UPM (Universiti Putra Malaysia) yang bertajuk “Seni dalam Sains Geospatial: Antara Data dan Estetika”.
Selepas berkongsi sejarah bagaimana bidang geospatial boleh wujud (asalnya daripada bidang pemetaan muka bumi di Barat tetapi berkembang dalam memanfaatkan teknologi satelit dan sebagainya) dinyatakan bagaimana elemen-elemen seni boleh memantapkan lagi hasil pemetaan supaya mudah difahami dan dimanfaatkan bukan ahli. Seterusnya bagaimana boleh digunakan untuk memajukan Pangkor. Maju di sini bukan membina bangunan tinggi dan sebagainya tetapi membangun tanpa merosakkan persekitaraan. Malah yang dimahukan adalah melestarikan lagi sumber alami termasuk kehijauan hutan dan isi laut.
Selepas itu sampai giliran saya untuk berkongsi ilmu dengan membawa tajuk “Perjanjian Pangkor Setelah 151 Tahun: Satu Penilaian Semula”.
Biar sinopsis isu yang sebenarnya ditulis Januari lalu memberikan gambaran isi.
----------
Ada yang melihat Sultan Abdullah dan para pembesar yang menandatangani/menurunkan cap mohor ke atas Perjanjian Pangkor 20 Januari 1874 sebagai kurang bijak. Ini kerana banyak terma perjanjian sebenarnya merugikan agama, bangsa dan tanah air. Kenapa sanggup menandatangani? Kelihatan seperti kerana gopoh mahu mendapatkan pengiktirafan Inggeris terhadap keabsahan Sultan demi kepentingan peribadi.
Yang sebenarnya terdapat dua versi perjanjian ditandatangani. Satu dalam bahasa Inggeris, satu dalam bahasa Melayu bertulisan Jawi. Yang biasa diwar-warkan adalah terma-terma daripada versi bahasa Inggeris yang dibuat terjemahan ke dalam bahasa Melayu. Itu yang dijadikan rujukan sejak sekian lama.
Sedangkan yang difahami, dipersetujui lalu diturunkan tandatangan/cap mohor adalah versi bahasa Melayu dalam tulisan Jawi. Ada banyak perbezaan daripada segi penggunaan kata-kata. Sejumlah sebenarnya membawa maksud yang sangat berlainan berbanding versi bahasa Inggeris.
Ringkasnya, jika dalam versi Inggeris Sultan mesti meminta nasihat Residen lalu melaksanakannnya versi Melayu cuma menyarankan, tidak mewajibkan. Ada beberapa hal lagi yang sebenarnya difahami begitu begini oleh orang Melayu tetapi lain oleh Inggeris. Lalu orang Melayu dilihat tidak mematuhi perjanjian sehingga membawa kepada konflik demi konflik yang akhirnya menyebabkan Perak jatuh ke tangan Inggeris. Walaupun daripada segi dokumen dan surat menyurat Perak cuma ‘dilindungi’ mereka.
Membentang seterusnya adalah encik. Mohd Shuhaidi Bin Mat Isa, Penolong Pengarah Unit Rancangan Pemajuan, Jabatan Perancangan Bandar & Desa Perak (PLAN Malaysia Perak).
Beliau membawa tajuk “Peranan dan Fungsi PLAN Malaysia Perak dalam Penyediaan Rancangan Kawasan Khas (RKK) Pulau Pangkor” lalu berkongsikan sedikit rancangan akan datang termasuk pembangunan Pangkor sehingga tahun 2030.
Rehat makan tengah hari.
Sesi kedua dibuka oleh Cik Chia Lim, seorang pereka senibina dari Platz Studio.
Bercakap dalam bahasa Inggeris beliau membawa tajuk “Waves of Craft & Culture: Activating Pangkor Through Architecture, Heritage & Food”
Ini diikuti pembentangan oleh Encik Nasir Baharuddin. Atur cara yang diterima menyatakan beliau sebagai seorang artis juga kurator. Namun kelihatan beliau orang lama yang sangat dihormati peserta, terutama mereka yang pernah mengambil jurusan seni di UiTM (Universiti Teknologi MARA) cawangan Perak. Dahulu di Manjung, sekarang di Bandar Seri Iskandar.
Beliau membawa tajuk “Simulasi AI Dalam Menjadikan Pangkor Destinasi Baru Melalui Seni dan Sains”. Seperti ramai tahu, AI merujuk pada Artificial Intelligence atau "Kecerdasan Buatan" berasaskan teknologi komputer yang disokong rangkaian Internet.
Akhir sekali hari itu adalah pembentangan oleh Encik Anas Bin Malik, pengarah Unit Pelancongan Pulau Bebas Cukai (UPBC) di MPM (Majlis Perbandaran Manjung - Pulau Pangkor, Lumut dan persekitaran termasuk dalam kawasan tadbirnya).
Beliau sepatutnya membentang pada penghujung sesi 1. Tetapi sampai lewat atas sebab tertentu. Tajuk yang dibawa adalah “Tugas dan Peranan yang dimainkan Unit Pelancongan Pulau Bebas Cukai (UPBC) dalam Mempromosikan Pulau Pangkor”
Selepas kudapan dan minum petang berkumpul untuk mengikuti lawatan lapangan ke beberapa tempat di sekitar pulau.
Gambar dan sedikit cerita telah diletakkan di blogspotBERPETUALANG KE ACEH. Lihat artikel-artikel berikut :-
Sungguh, saya hampir putus asas untuk melihat apa yang ingin diketengahkan dapat sampai kepada khalayak yang sewajarnya. Terima kasih kepada sahabat saya saudara Zahamri Nizar kerana mencadangkan saya untuk membentang kepada kurator simposium, saudara Faizal Sidik 7 minggu lalu. Dapatlah menyatakan perkara lalu membuka langkah yang cukup bermakna. Ini kerana berlaku di persekitaran yang boleh dikatakan paling afdhal sebagai pembuka. Di Pulau Pangkor yang mana perjanjian mendapat nama kerana berlaku di perairan pulau lebih 151 tahun lalu.
Undangan daripada penganjur memberikan semangat dan kekuatan baru untuk berusaha membentangkannya di ISTAC. Ini mula disuarakan kepada Profesor Dato'. Dr. Ahmad Murad Merican yang menerajui Centre for Malay-Islamic Civilisation (Pusat Ketamadunan Melayu-Islam di bawah ISTAC), selepas mengikuti syarahan beliau pada satu tarikh yang sangat istimewa. Lihat Asbab khidmat kepada ibu bapa - Menyambut hari lahir ke-55 dengan 2 majlis ilmu di ISTAC. Berbekalkan sokongan Murad saya kemudian berjaya mendapatkan persetujuan daripada Rektor UIAM (Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, badan utama yang menaungi ISTAC), Profesor Emeritus Datuk Dr Osman Bakar bagi melaksanakan majlis pada tarikh yang dipilih.
Dengan itu sukacita dimaklumkan, ia akan dilakukan pada petang esok Isnin 22 Disember 2025. Menurut kalendar rasmi JAKIM (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia) sudah masuk tarikh 1 Rejab, satu tarikh yang sangat cantik lagi penuh keberkatan. Kali ini boleh pergi lebih mendalam kerana ada lebih banyak masa diperuntukkan berbanding di Pangkor. Semoga dapat mencapai matlamat membuka mata semua membawa kepada tindakan susulan sewajarnya. Jumpa kita di sana. :]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan