Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Khamis, November 27, 2025

Asbab khidmat kepada ibu bapa - Dari kapal purba di Melaka membawa ke Merah Silu Live di Jenjarom

Salam.  Merujuk pada perjalanan yang diceritakan dalam artikel Asbab khidmat kepada ibu bapa - Dari majlis tentang Islamofobia ke Tuan Tulis ke Tok Gubah diikuti Asbab khidmat kepada ibu bapa - Lebih seminggu di Muar. Sukacita dimaklumkan ia baru sahaja selesai petang semalam, setelah 12 hari berada di luar kawasan. Sekarang biar disambung cerita berkenaan.



Selepas meninggalkan Muar petang Isnin 24 November 2025 masuk ke pusat bandar raya Melaka.



Tujuannya adalah untuk mencari tapak penggalian kapal purba yang telah membuat ramai di media sosial sangat teruja lebih sebulan kebelakangan. Adik saya yang duduk di Melaka menyarankan agar kami mencari dan menjejaki, ketika ditemui di rumah ibu bapa di Muar petang Ahad 23 November.



Dibantu maklum balas dari seorang rakan yang merupakan pegawai tinggi muzium Melaka kami dapat mencari lokasi tepat yang sekarang merupakan kawasan larangan sementara.






Cuma tidak kelihatan bangkai kapal yang disebut-sebut orang kerana kawasan ditakungi air.



Namun dapat ditemui, dilihat dan dipegang kepingan-kepingan papan lama yang apabila dihantar gambar kepada rakan disahkan adalah dari kapal. Oh. Ini sekadar posing 'hiasan', hehe... :]




Perjalanan diteruskan menghala ke utara menyusur jalan pantai.



Berhenti untuk mengisi perut di Pantai Puteri.






Melepak sampai malam.



Gambar ini pula diambil pagi Selasa 25 November, selepas bermalam di rumah pusaka keluarga isteri di Tanjung Sepat.



Jam 11 baru hendak keluar berjalan-jalan juga mengisi perut di pekan.
















Hampir jam 5.30 petang, setelah beberapa jam menyambung rehat di rumah baru betul-betul hendak meninggalkan kawasan.



Singgah dahulu ke kampung berjiran ke arah utara. Isteri yang ada membuat kerja-kerja mengurut diminta mengurut seorang saudara. Sambil menunggu menyambung bacaan Al-Quran bagi bulan Jamadil Akhir.  Ketika itu sudah selesai setengah Juz 5.



Perjalanan disambung hampir masuk Maghrib. Gambar ini diambil di pekan Banting di mana kami singgah makan malam. Kemudian menginap di rumah kakak isteri yang baru sebulan kemalangan motosikal besar bersama suami. Rumahnya di Jenjarom  sepatutnya adalah yang terakhir disinggahi dalam perjalanan kami dahulu pertengahan Oktober. Tetapi apabila sampai hampir ke Tanjung Sepat mendapat berita mereka kemalangan lalu dimasukkan ke hospital di Seremban. Rujuk cerita berkenaan dalam artikel 'Beraya' ke selatan penghujung 2025 diikuti Menyahut panggilan Tuanku Tambusai @ Sheikh Abdul Wahab di Seremban?.



Selepas berehat seketika dalam bilik tidur diadakan edisi ke-14 Merah Siru Live dari ruang tamu rumah. Kali ini diulas sedikit isi buku kedua saya "Berpetualang ke Aceh : Membela Syiar yang Asal" yang terbit Mei 2007. Untuk makluman ini adalah artikel ke-2,747 di CATATAN SI MERAH SILU.


Tiada ulasan: