Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Ahad, November 28, 2021

Kali ke-3 ke Beruas dalam tempoh 3 minggu - Apakah petandanya?

Salam hari Ahad malam Isnin 24 Rabiul Akhir 1443 Hijriah. Ada perkongsian yang agak penting daripada satu perjalanan kecil ke Perak semalam. Sila baca betul-betul dan hadamkan.



Pagi Sabtu 27 November 2021 sebelum jam 10. Saya meninggalkan rumah di Bandar Sungai Buaya bersama seorang kawan.



Kami mahu ke Lekir berdekatan Lumut, Perak. Sengaja diambil jalan melalui Bukit Tagar membawa ke Felda Soeharto menuju ke Sabak Bernam.




Sebelum sampai ke Sabak Bernam singgah di Pulau Gandasuli untuk menunjukkan kepada kawan keadaan tempat yang sebenarnya terletak di dalam negeri Perak tetapi kelihatan seperti berada di dalam negeri Selangor disebabkan suatu perubahan geografi. Rujuk cerita berkenaan daripada lawatan pertama saya setengah tahun lalu dalam artikel Iktikaf penghujung Ramadhan tahun 2021 - Sungai Bernam dan kisah Pulau Ganda Suli.




Seterusnya kami ke Lubuk Pusing untuk melihat kesan-kesan sejarah (atau mitos?) berkenaan. Oh. Kawan yang merupakan seorang wartawan permotoran sedang membawa kereta baru Volvo S60 untuk pandu uji sambil berjalan.
















Seterusnya kami ke pekan Sabak Bernam untuk melihat papan maklumat tentang sejarah setempat.








Sila lihat cerita berkenaan dalam artikel lama Mencari makam-makam lama malam-malam di Kampung Kota...




Kebetulan ketika itu sudah habis suatu majlis di tempat berkenaan. Kami pun diundang makan. Ketika gambar ini diambil sudah jam 12.50. Apa lagi. Jadilah seperti orang mengantuk disorongkan ayam, hehe. 

Selepas makan saya ditegur oleh seorang pemuda tempatan. Rupa-rupanya beliau cam saya sebagai Merah Silu melalui penulisan-penulisan di blogspot. Beliau pun berkongsi beberapa cerita sejarah mengenai Sabak Bernam. Dah nak bergerak baru tahu hamba Allah ini adalah penghulu setempat (jawatan tradisional tapi dalam perkhidmatan awam).




Perjalanan diteruskan ke arah Lumut...



Singgah di masjid lama di Batu 8, Lekir di mana kami mahu bertemu dengan seorang peminat sejarah tempatan dari Manjung.




Sebenarnya tujuan utama perjalanan adalah untuk mencari makam seorang tokoh yang dikenali sebagai Tok Gondah. Beliau dikatakan telah mengasaskan Lekir pada tahun 1798. Saya pergi atas permintaan kawan lama yang dikenali sejak zaman pengajian A Levels penghujung tahun 1980an kerana mahu menemani dan membukakan jalan. Beliau adalah keturunan Tok Gondah tetapi baru terpanggil untuk mengambil tahu sejarah ketika sudah berumur separuh abad.

Pada papan maklumat berkenaan ada tertulis bahawa batu asas masjid didirikan atas arahan Ahmad Syahruddin bin Mohammad Siddi bin Abdul Muiz bin Hitam binti Tok Gondah. Ini dipersetujui oleh penghulu mukim Lekir ketika itu, Mahmud Seri bin Qasim dan lain-lain penduduk lalu batu asas pun didirikan pada tanggal 31 Ogos 1957, hari kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu. Melihat nama  kawan pun menyebut Syahruddin itu adalah ayah kepada ibu beliau. Kawan pernah menetap di rumah datuknya selama beberapa tahun semasa zaman kanak-kanak. Namun pertolongan saya diperlukan untuk mencari makam kerana beliau sudah sangat lama meninggalkan kampung halaman. 

Dengan itu biar dikongsikan satu posting yang saya buat di Facebook 5 hari lalu bagi menolong kawan. Posting dibuat berserta satu gambar lama batu asas masjid yang lebih jelas dengan bahagian cerita berkenaan diletakkan garisan-garisan merah...




23 6Ntov0emubeo1r6 as4t re12:431a 
Shared with Public
Public
SIAPA TOK GONDAH?
Salam. Siapa tahu pasal Tok Gondah @ Ahmad bin Tok Laji yang dikatakan membuka penempatan di Lekir, Perak (berdekatan Lumut) pada tahun 1798 Masihi. Apakah anak kepada Tok Laji di Kesang, Muar atau bagaimana? Sila cerita...



Disebabkan posting berkenaan muncul penduduk tempatan dari Manjung menawarkan panduan. Rupa-rupanya beliau selalu mengikuti penulisan saya dan sudah memiliki beberapa buku...




Beliau membawa ke satu tanah perkuburan lama lalu bertemu waris Tok Gondah yang duduk di rumah berdekatan. Waris tersebut menunjukkan kedudukan tapak masjid pertama yang didirikan oleh Tok Gondah kemudian kedudukan makam. Lebih menarik lagi ditunjukkan sekali makam yang katanya adalah tempat sebenar Tok Sagor disemadikan. Lihat artikel-artikel berikut di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART) :-








Menurut beliau Tok Sagor dapat melarikan diri daripada buruan British sedangkan sejarah rasmi menyebut beliau mati dihukum gantung tahun 1877 akibat terlibat dalam pembunuhan Residen pertama British ke Perak iaitu J.W.W. Birch pada tahun 1875. Hal ini membuat saya teringat bahawa di Kuala Kangsar ada seorang kakak yang mengaku beliau dan adik beradiknya adalah cucu kepada Pandak Lam. Ini merujuk kepada Dato' Maharajalela yang dikatakan turut mati akibat sebab sama seperti Tok Sagor. Tetapi menurut akak tersebut beliau sebenarnya dapat melarikan diri lalu berkhidmat dengan Istana Perak atas nama lain sebelum meninggal dunia akibat sakit tua tahun 1950an. 




Jadi apakah benar Tok Sagor dan Dato' Maharajalela berjaya melepaskan diri daripada buruan British? Kalau begitu siapa atau jasad siapakah yang digantung sehingga mati tahun 1877 di sekitar Larut Matang? Saya pun teringat kisah pahlawan Melayu Pahang yang gigih menentang pendudukan British di sana tahun 1880an iaitu Mat Kilau. Beliau dikatakan mati tahun 1895 akibat luka teruk dalam satu serangan di Kelantan dan inilah dijaja British ke seantero dunia. Namun beliau muncul mengisytiharkan diri di tempat kelahirannya di Pulau Tawar, Pahang penghujung tahun 1969 dan ini disahkan oleh satu panel penyelidik kerajaan negeri. Setengah tahun kemudian baru meninggal dunia disebabkan sakit tua ketika berumur lebih 100 tahun.

Jadi siapakah yang didapati mati akibat luka teruk di Kelantan tahun 1895? Ada yang kata itu orang lain, ada yang kata memang betul beliau tetapi ditukar dengan batang pisang ketika dikebumikan lalu berjaya menyembunyikan diri memakai nama lain setelah merawat luka. Bagaimana pula tentang Tok Sagor dan Maharajalela? Saya pun teringat cerita tentang seorang pejuang Melayu bernama Sayid Mashahor yang pernah terlibat dalam perang saudara di Selangor 1867-1874 juga perang Perak-British 1875-1876. Dikatakan selepas orang Melayu kalah lalu para pembesar Perak pun berundur Sayid Mashahor telah menawarkan diri untuk menangkap mereka kepada British. Yang hebatnya (atau pelik) beliau dikatakan boleh masuk ke perahu Sultan lalu berjaya menangkap mereka. Para pembesar inilah yang dibawa ke Matang untuk dibicarakan British lalu dijatuhkan hukuman sampai mati tahun 1877.




Saya bingung membaca cerita ini. Bagaimana orang yang saya percaya adalah tidak lain, sama dengan Sharif Mashahor yang pernah menentang James Brooke di Sarawak tahun 1860 boleh berlaku khianat terhadap para pejuang Melayu Perak? Menitis air mata memikirkan keadaan seorang yang dikatakan berketurunan Nabi Muhammad SAW sanggup berbuat begitu lalu saya pun bermunajat kepada Allah SWT agar dilontarkan penerangan dalam hati. 

Jawaban yang diterima? Tidak. Beliau tidak khianat. Yang diserahkan kepada British itu cuma salinan atau clone para pembesar Melayu. Hal ini dibuat agar British tidak lagi mengejar mereka. Kalau tidak, selagi belum ditangkap selagi itu mereka harus lari dan lari. Selagi itu segala penempatan Melayu dalam laluan buruan dimusnahkan dengan kejam supaya tiada yang boleh berlindung atau menyembunyikan mereka. Orang ramai yang tidak berdosa pula menjadi mangsa, dipaksa memberikan maklumat sehingga tertangkap para pembesar...




Jadi bagaimana pula cara membuat salinan atau clone itu? Cara paling mudah adalah dengan menggunakan hantu raya. Rasanya ramai orang tahu hantu raya boleh mengambil rupa mana-mana manusia terutama tuan yang membela mereka. Tapi ada satu lagi cara yang lebih syariah-compliant atau menepati syariah. Cerita dan dalilnya  ada di dalam Al-Quran yang mana selepas para 'sahabat' Nabi Isa AS mengkhianati baginda untuk diserahkan kepada tentera Rum Allah SWT menjadikan seorang daripada mereka menyerupai Nabi Isa. Lalu orang itulah ditangkap dan dihukum salib sehingga mati lalu kemudian  dijadikan lambang agama Kristian. Ini kerana sampai sekarang penganut mempercayai itulah Nabi Isa. Walhal baginda telah diangkat Allah SWT ke langit.




Tak mustahil hal serupa terjadi pada sejumlah pejuang Melayu. Cuma bezanya mereka tidak diangkat ke langit tetapi menyembunyikan diri dan identiti di tempat lain. Selepas hampir hendak meninggalkan dunia baru mendedahkan diri sekurang-kurangnya kepada ahli keluarga terdekat. Itu yang menjadi cerita lisan tanpa rekod rasmi.




Seterusnya kenapa Tok Sagor memilih untuk ke Lekir? Saya rasa ada kemungkinan ini kerana  mengikut Tok Gondah lari ke tempat beliau. Menurut ceritnya Tok Gondah turut terlibat dalam pembunuhan Birch tahun 1875. Dan memang ada catatan rasmi menyebut ada orang bernama Che Kundah dalam pembunuhan tersebut.

Soalnya apakah Tok Gondah dan Che Kundah orang yang sama? Daripada segi nama tiada masalah. Seseorang itu boleh dipanggil Che oleh satu pihak tetapi Tok oleh orang yang lebih muda. Gondah dengan Kundah pula cuba perbezaan bacaan atau sebutan. Dalam tulisan Jawi, Kundah boleh dieja dengan huruf kaf wau dal ha. Boleh sahaja huruf kaf dilihat ada titik di atas lalu menjadi huruf nga yang ada persamaan bunyi dengan huruf Rumi G. Huruf wau pula boleh dibunyikan seperti O atau U. Malah dalam sistem huruf Jawi Arab yang ada cuma huruf berbunyi U, tidak ada O. Lalu perkataan yang disebut dengan bunyi O sering dieja dengan huruf wau dalam tulisan Jawi.

Bagaimana pula daripada segi umur? Berdasarkan kemungkinan bahawa ayahanda Tok Gondah yang disebut sebagai Tok Laji adalah sama dengan Tok Laji di Kesang (dikatakan pernah berperang bersama ayah saudara beliau Raja Haji Fi Sabilillah yang mangkat di Tanjung Ketapang, Melaka tahun 1784.  Lihat Balik Muar Raya Cina : Makam Tok Laji dan Makam Raja Melewar) boleh dianggarkan beliau berumur sekurang-kurangnya 18 tahun ketika membuka Lekir tahun 1798. Katakanlah Tok Gondah lahir tahun 1780. Maka ketika pembunuhan Birch berlaku beliau berumur 95 tahun. Bukan perkara mustahil.




Oh. Dari Lekir kami bergegas ke Beruas. Perkara ini tiada dalam rancangan. Entah kenapa kawan lama memberikan cadangan lalu saya pun bersetuju. Ini menjadikan kali ke-3 saya ke Beruas dalam tempoh 3 minggu. Kali pertama pada petang Jumaat 5 November, kali kedua pada petang Ahad 14 November. Lihat cerita-cerita berkenaan melalui artikel kompilasi Kembara kekerabatan Laksamana Perak dan Kedah.

Di salah satu makam yang dikatakan milik raja-raja Beruas di Kampung Kota berlaku sesuatu yang menimbulkan sedikit rasa seram. Tetapi apabila diteliti balik jadi sesuatu yang melucukan. Namun sengaja dipaparkan sisi 'seram' itu pagi tadi bagi melihat reaksi orang ramai melalui posting berikut di FB...





Ketika membuat screen catch ini jam 10.41 ia sudah dikongsikan oleh 118 pihak. Dalam satu salah satu perkongsian terdapat lebih 60 komen atau maklum balas. Macam-macam pendapat malah tuduhan telah dilemparkan. Sebetulnya ada diberikan penerangan ringkas dalam artikel  A curious happening in Beruas di blogspot BERPETUALANG KE ACEH jam 7.38 malam. Sekarang biar dipanjangkan penjelasan.

Adapun ketika mula-mula sampai memang kelihatan seperti ada kepala lembu telah diletakkan menghadap batu nesan. Memang kelihatan seperti telah berlaku suatu macam majlis pemujaan syaitan. Ketika itu lembu sedang memejamkan mata, cuma lidah tidak terjelir. Kelihatan sama keadaan seperti kepala lembu yang telah dipotong di pasar...

Bila sampai dekat baru ia membukakan mata. Itupun masih kelihatan seperti kepala tanpa badan, entah hidup kembali dirasuk syaitan ke hapa. Bila dilihat ke luar pagar baru nampak badan anak lembu. Kami pun berusaha untuk melepaskan kepala yang tersepit. Setelah beberapa minit baru berjaya.

Ketika hendak melepaskan lembu asyik melawan dengan menggeleng-gelengkan juga seperti cuba menggigit tangan saya. Apabila telah dilepaskan ia berlari ke pintu pagar luar tetapi ia sedang tertutup lalu lembu tidak dapat keluar. Kawan saya pun pergi untuk membuka pintu pagar. Terus ia merasa terancam lalu lari ke bahagian lain tanah perkuburan. Padahal kita hendak tolong melepaskan. Tapi tengok reaksi macam kita pula hendak menyerang.

Terasa hal ini seperti membayangkan hal bangsa sendiri yang mudah merasa terancam lalu bertindak lari atau melawan apabila hendak dikeluarkan daripada kebuntuan masalah keduniaan. Sekarang biar disebut pula tentang hal 3 kali pergi ke Beruas dalam tempoh 3 minggu itu. Apakah kaitan kesemuanya? Apakah petandanya?

Adapun perjalanan pertama berlaku atas asbab mahu menghadiri majlis suai kenal dan temu bual bagi gelaran Laksamana Raja Mahkota (Orang Besar 8 Perak) di Ipoh pagi Khamis 4 November. Persinggahan ke Beruas dibuat petang Jumaat dalam perjalanan kembali ke rumah di Bandar Sungai Buaya. Lihat artikel-artikel berikut :-




2. Laksamana pulang ke Perak? Temu bual yang dipermudahkan




Perjalanan kedua berlaku atas asbab mahu menghadiri dua majlis sambutan atau lebih tepat, majlis mengenang 200 tahun Perang Musuh Bisik berlaku (bermula 12 November 1821) di Kedah. Majlis pertama berlangsung Jumaat malam Sabtu 12 November di Alor Setar, majlis kedua pagi Sabtu 13 November di Kuala Kedah. Persinggahan ke Beruas pula berlaku petang Ahad 14 November. Lihat artikel-artikel berikut :-








Perjalanan ketiga berlaku semalam atas asbab mahu mencari makam Tok Gondah sambil membantu kawan lama menggali salasilahnya lebih jauh ke atas. Hal ini dinyatakan dalam satu posting di FB 4 hari lalu yang mana dinyatakan saya turut mendapat faedah.


BILA TOLONG ORANG INSYAALLAH ALLAH TOLONG KITA...
Salam. Adapun posting saya tentang Tok Gondah @ Ahmad bin Laji yang dikatakan membuka Lekir di Perak tahun 1798 itu adalah untuk menolong seorang kawan lama mengenali keturunannya. Namun di celah2 itu saya pula mendapat beberapa petunjuk. Rasanya bolehlah dikongsikan di sini...
1) Laksamana Wan Ismail (Kedah) ada bertemu dengan Laksamana Muhammad Amin (Perak) di Beruas tahun 1836. Ketika itu Sultan Ahmad Tajuddin Halim Syah II Kedah singgah untuk mengumpulkan orang bagi menyerang kedudukan Siam Sukhothai di Kedah. Lalu Raja Muda Perak (besar kemungkinan yang menjadi Sultan ke-22 Perak, Sultan Abdullah Muhammad Syah I pada tahun 1851) dikatakan datang dengan 40 perahu pahlawan untuk membantu.
2) Oleh itu Laksamana Muhammad Amin (yang belum bergelar Laksamana kerana naik pada tahun 1857) turut terlibat dalam Perang Musuh Bisik 1821-1842.
3) Besar kemungkinan anak Wan Ismail yang bernama Wan Mat Saman (menjadi Perdana Menteri Kedah 1870-1898) dilahirkan sebelum perang bermula. Mungkin tahun 1820 bukan tahun 1830 atau 1830an seperti sering disebut orang. Ini kerana beliau disebut lahir di Alur Janggus dekat Alor Setar sedangkan keadaan ini kelihatan mustahil berlaku semasa zaman pendudukan Siam di Kedah yang penuh dengan kekejaman.
4) Boleh dibayangkan Wan Mat Saman ada mengikut bapanya ke Beruas pada tahun 1836 lalu turut bertemu Muhammad Amin. Ketika itu beliau harus sudah berumur 16 tahun.
5) Hal ini boleh dipadankan dengan cerita belah keluarga saya bahawa beliau ada berkahwin dengan seorang wanita di Bidor, Perak. Lalu lahirlah Wan Long Sa'adiah yang kemudian menjadi isteri Laksamana Muhammad Amin.
6) Daripada perkahwinan ini terbitlah datuk kepada datuk saya Orang Kaya Mat Arshad yang harus berumur 16 tahun atau lebih ketika Perjanjian Pangkor berlaku tahun 1874.
7) Dikatakan selepas Laksamana Wan Ismail (Kedah) meninggal dunia tahun 1913 lalu dimakamkan di Kerian ada orang bernama Orang Mat Arshad turut hadir bertahlil. Ini sangat logik kerana beliau adalah cicit Wan Ismail (meninggal ketika berumur sekitar 120 tahun atau lebih). Ketika itu Mat Arshad harus berumur 55 tahun.



Begitulah aturan Allah SWT. Apabila suatu gerak jujur tanpa kepentingan diri dituruti tanpa banyak soal maka diberikan petunjuk-pentunjuk yang berguna kepada diri dan kajian sendiri. Disebabkan mahu mencari makam Tok Gondah ditunjukkan sekali makam yang dipercayai adalah tempat Tok Sagor sebenarnya bersemadi. Lalu dapat dilihat Tok Gondah yang merupakan moyang kawan lama harus saling mengenali dengan moyang saya Laksamana Muhammad Amin (kalau Tok Sagor itu memang saling mengenal). 

Kaitan dengan Beruas? Lihat perkara 1 di atas. Besar kemungkinan mereka semua ada  bersama dalam angkatan Raja Muda Perak yang datang ke Beruas untuk membantu Sultan Ahmad Tajuddin Kedah dan Laksamana Kedah iaitu Wan Ismail mengumpulkan pahlawan bagi berjuang membebaskan Kedah. Lalu mereka bersama terlibat dalam Perang Musuh Bisik terutama serangan tahun 1838 yang menyaksikan  tentera Siam Sukhothai dipaksa berundur jauh ke utara sehingga melepasi Singgora (sekarang Songkhla). Sekian artikel ke-2,023 di blogspot CATATAN SI MERAH SILU.



Tiada ulasan: