Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-






Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Thursday, March 29, 2018

Jejak Wasilah Patani - Mukadimah hujan lebat ke Ipoh

Subhanallah saya baru sahaja mendapat kunjungan daripada seorang kawan lama yang sudah bertahun tidak ditemui. Menariknya beliau yang merupakan seorang ahli kerabat diraja Patani daripada sebelah ibu dan kerabat diraja Perak daripada sebelah bapa baru sahaja kembali daripada satu urusan besar di Patani. Apakah urusan itu tidak perlulah diceritakan. Cukup ditambah saya adalah orang pertama mendapat berita tentang urusan tersebut sekembalinya beliau daripada Patani.

Kawan lama yang juga ada hubungan persaudaraan dengan saya ini juga datang untuk mengambil 10 set buku berkembar "Nabi Adam dan Orang Melayu 60,000 Tahun Lalu" dengan "Benua Tua Melayu : Sumber Peradaban Dunia". Semua buku tersebut saya tandatangani dengan tarikh hari ini 29/3/18 (29 Mac 2018) tertera. Saya pun memberitahu ini adalah tepat setahun setelah acara HIKMAH kali terakhir diadakan iaitu acara ke-20, di Aceh. Kemudian baru tersedar acara ke-20 itu sebenarnya diadakan pada 19 Mac. Lihat artikel Acara kedua puluh HIKMAH di Rumah Cut Nyak Dhien, Aceh 19 Mac 2017 di blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH)

Yang berlangsung pada 29 Mac itu sebenarnya acara ke-10 yang turut diadakan di Aceh tetapi 4 tahun dahulu. Lihat Acara kesepuluh HIKMAH di Muzium Aceh, Banda Aceh, Aceh 29 Mac 2014.. Apa pun, apa yang berlaku hari ini menyebabkan ia terasa amat sesuai untuk memulakan satu siri baru penceritaan iaitu tentang perjalanan saya dan keluarga ke Patani baru-baru ini. Tentang perjalanan yang berlaku 19-25 Mac ini ada disebut sedikit dalam artikel Ulasan ringkas buku berkembar Nabi Adam dan Orang Melayu serta Benua Tua Melayu dalam akhbar dan perkongsian pembaca awal... 2 hari lalu, Sekarang biar dimulakan cerita.


Perjalanan dilakukan mengambil kesempatan atas cuti sekolah selama 9 hari bermula hari Sabtu 17 Mac. Tetapi isteri cuma mengambil cuti bekerja bermula hari Selasa. Kembali dari tempat kerja petang Isnin 19 Mac barangan keperluan pun dimuatkan ke dalam kereta. Jam 5 petang kami pun bersedia untuk memulakan perjalanan walaupun dalam keadaan hujan sedang lebat mencurah-curah.


Kali ini kami mahu menginap beberapa hari di Patani. Ini kerana perjalanan terdahulu masuk negara Thailand (Patani terletak di bahagian selatannya) yang juga dibuat dengan memandu kereta sendiri berlaku secara tergesa-gesa kerana banyak tempat mahu dilawati. Rujuk artikel Jejak Langkasuka-Siam Lama-Srivijaya - The Compilation terutama Jejak Langkasuka-Siam Lama-Srivijaya - Panggilan tersirat kerajaan Reman-Patani. Seperti biasa saya membawa tanjak kesayangan Mahkota Alam yang selalu dibawa mengembara ke mana-mana. Dua persalinan busana tradisional Melayu turut dibawa, sepasang untuk dipakai pada satu acara keMelayuan yang dijadualkan berlangsung di Patani 24-25 Mac, Sabtu- Ahad.


Perjalanan kali ini turut dibuat untuk mencapai satu maksud kebatinan dalam menyusur salasilah keluarga. Saya sudah lama mendapat alamat dan rasa bahawa seorang moyang sebelah bapa pernah berhijrah dari Aceh ke Patani awal abad ke-18. Anak daripada moyang tersebut kemudian berhijrah dari Patani ke Perak. Cuma saya tiada bukti dalam bentuk rekod manuskrip mahupun salasilah rasmi. Keyakinan yang sudah bertahun dipegang erat dalam hati walau tanpa bukti itu disokong oleh seorang kenalan melalui jalan ghaib kira-kira sebulan lalu. Beliau malah menambah moyang tersebut masuk ke dalam istana Patani atas nama lain yang tidak menggambarkan langsung hubungan asalnya dengan kerajaan Aceh.


Hal ini yang membuat saya manu menamakan siri artikel baru ini sebagai "Jejak Wasilah Patani". Sambil kami berjalan petang Isnin itu ada masanya hujan menjadi renyai kemudian berhenti. Ada masa pula ia jadi lebat selebatnya kembali.








Apa pun perjalanan harus diteruskan. Keluar sebentar dari Lebuh Raya PLUS untuk ke Tanjung Malim.


Singgah ke Sarang Art Hub untuk menyerahkan satu set buku Nabi Adam dan Benua Tua Melayu kepada pengarah filem terkenal Mamat Khalid. Beliau sudah lama menempah, cuma tiada kesempatan untuk mengambilnya sendiri. Ingat sekejap aje singgah. Tengok-tengok jadi panjang juga bercerita membincangkan konsep masa boleh menjadi panjang dan pendek seperti disebut dalam buku.


Jam 6/15 petang baru bergerak meninggalkan Tanjung Malim.


Kalau ikut rancangan selepas itu saya mahu menziarahi kawasan pemakaman keluarga di Batak Rabit, Teluk Intan, Perak.


Tapi bila dilihat balik masa, laluan perjalanan dan sebagainya kami memutuskan untuk terus bergerak ke destinasi utama hari itu iaitu Ipoh.


Persinggahan ke Ipoh itulah menjadi asbab perjalanan ke Patani mahu dimulakan pada hari itu iaitu pada petang Isnin 19 Mac 2018. Ini kerana ada satu acara mahu dihadiri isteri di sana. 


Ah.. Baru tersedar. Perjalanan ini dimulakan tepat setahun selepas acara terakhir HIKMAH diadakan,, Rujuk kembali artikel .Acara kedua puluh HIKMAH di Rumah Cut Nyak Dhien, Aceh 19 Mac 2017. Menariknya tarikh 19 Mac 2018 itu juga jatuh pada 1 Rejab 1439 Hijriah.. Kami sampai ke pinggir bandar raya Ipoh hampir jam 8 malam. 


Sampai ke lokasi acara pula lebih 10 minit kemudian.


Ia adalah acara re-union bekas pelajar satu batch dengan isteri saya semasa belajar di SEMESTI (Sekolah Menengah Sains Teluk Intan) 1988-1992.







Ini gambar kumpulan mereka yang menghadiri re-union tersebut. Ini termasuk beberapa orang cikgu (duduk di hadapan) dan ahli keluarga bekas pelajar Oleh kerana saya memakai busana tradisional Melayu penuh berkeris, bersampin, bertanjak saya diminta berdiri di tengah. Saya diberitahu bahawa saya dan istero tidak pernah lagi tertinggal majlis reunion mereka, Batch 5 SEMESTI yang setakat ini sudah diadakan 4 atau 5 kali.


Alhamdulillah 5 set buku dibeli oleh kawan-kawan lama isteri saya. Dapatlah membantu belanja perjalananan. Hampir tengah malam baru saya dan keluarga meninggalkan Ipoh untuk meneruskan perjalanan. Sampai ke destinasi seterusnya iaitu tempat berehat ke bandar raya Alor Setar hampir jam 3 pagi. Dari situ kami akan mencuba satu laluan masuk ke Thailand yang belum pernah kami lalui. Jalan yang akan diambil menuju ke sempadan juga akan membawa kami hampir ke rumah seorang yang terkenal sebagai wali hidup di Kedah. Siang nanti akan kami ziarah sebelum masuk ke Thailand...


No comments: