Dari Bukit Marak kami bergegas menghala ke barat untuk ke Pasir Mas.
Apabila menyeberangi jambatan terdekat yang terentang di atas Sungai Kelantan, boleh kelihatan sebahagian bandar Pasir Mas di kanan. Ketika ini hujan baru sahaja surut.
Warga tempatan dan mereka yang sudah biasa dengan kawasan ini mesti kenal bulatan selepas jambatan. Ke kiri atau arah jam 9 adalah untuk ke Tanah Merah, ke kanan atau arah jam 3 ke bandar Pasir Mas.
Pergi melihat-lihat sebentar kawasan bandar Pasir Mas yang merupakan kawasan berpenduduk kedua terbesar di Kelantan iaitu selepas bandaraya Kota Bahru. Lihat artikel A quick look at the town of Pasir Mas di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.
Saya juga mengambil kesempatan untuk merakamkan gambar di stesyen keretapi Pasir Mas. Ini kerana semasa proses membuat "Kereta api menuju destinasi" pertengahan 2010 saya sampai ke situ ketika gelap. Lihat Pasir Mas train station.
Kemudian saya melihat masjid bandar ini. Lihat artikel Masjid bandar (Town mosque of) Pasir Mas di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART).
Kemudian baru ke destinasi utama untuk petang itu.
Boleh agak tak apakah destinasi itu? Alaaa... dah ada pada tajuk artikel ni pun
Sebelum itu makan tengahari dahulu. Makan tengahari apa? Dah lepas 4 petang...
Perjalanan membawa kami ke 'jalan belakang' untuk ke Tanah Merah. 'Jalan hadapan' adalah yang ditunjuk tadi iaitu pada bulatan selepas jambatan menyeberangi Sungai Kelantan.
Hujan turun kembali menjadi lebat mencurah-curah.
Untuk sampai ke destinasi yang dimaksudkan kami mesti masuk ke satu jalan kecil pendalaman di Alor Pasir.

Kelihatan kawasan pendalaman banyak dilanda banjir.
Nasib baik jalan yang ada lebih tinggi dari persekitaran. Anak-anak kampung pula ada yang seronok ber'Sunway Lagoon'...
Jalan yang dilalui ada juga yang ditenggelami air. Nasib baik tak dalam.
Teringat perjalanan ke Pantai Timur awal 2009 di mana kami pernah cuba membawa anak-anak ke Masjid Brunei tetapi harus melupakan hasrat akibat banjir yang belum cukup surut walaupun sudah beberapa hari tak hujan. Lihat artikel lama Perjalanan ke Pantai Timur bersama isteri - akhirnya Danau Tok Uban, dari sudut lain dan bersama anak-anak sekali!.
Sebenarnya jalan yang kami ambil ini bukan jalan yang pernah digunakan dahulu untuk sampai. Beberapa kali saya tersilap jalan. Nasib baik jalan-jalan yang ada masih boleh digunakan untuk sampai ke Masjid Brunei. Cuma perlu bertanya simpang manakah perlu diambil.
Apabila melihat barisan pohon tertentu di belakang baru saya yakin kami sudah dekat dan boleh sampai.
Masuk ke kawasan madrasah ini baru boleh menarik nafas lega...
Kelihatanlah Masjid Brunei yang terletak di pinggiran Danau Tok Uban.
Letak sahaja kereta saya mendapati meter menunjukkan nombor 151. Ia bermaksud 151 km. Tetapi yang sebenarnya sejak meninggalkan rumah pagi Krismas kami sudah berjalan 1151 km kerana apabila masuk 1000 km meter jadi kosong balik.
Oh. Inilah kali pertama anak-anak dapat masuk ke Masjid Brunei. Seronok mereka bermain-main di dalam.
Saya pula seronok menikmati pemandangan. Lihat klip-klip video yang telah diletakkan pada artikel Masjid Brunei, Danau Tok Uban dan 1 Rejab 2 hari lepas.
Untuk gambar-gambar pula lihat artikel Masjid Brunei and Danau Tok Uban in the rain....
Kami meninggalkan Masjid Brunei dan Danau Tok Uban jam 7 petang.
Hampir ke jalan besar baru saya sedar. Jalan inilah yang sepatutnya digunakan untuk masuk menghala ke masjid.
Syukur Alhamdulillah, kami tetap sampai. Perjalanan diteruskan ke Tanah Merah.
Kalau ikut rancangan asal kami harus sampai ke sini sekitar jam 6 petang.
Kononnya berniat nak ambil gambar masjid jamek Tanah Merah waktu siang. Last-last terpaksa waktu malam. Lihat Masjid jamek (Main mosque) of Tanah Merah.
Apapun, ia muncul menjadi artikel ke 40 tentang masjid/surau untuk blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART) iaitu dari perjalanan ke Pantai Timur penghujung 2010. Untuk pengetahuan blogspot tersebut sudah memiliki 647 buah artikel.
Oh. Sekitar waktu itu saya ada mendapat panggilan dari Cikgu Najib. Nampaknya beliau sudah bersedia untuk membawa saya masuk ke Patani di selatan Thailand melihat masjid-masjid dan sekolah pondok yang ada. Rujuk balik artikel Menjejak kegemilangan lama Pantai Timur : Makam Tok Janggut, Kampung Laut dan masuk lubang kubur di makam Tok Selehor yang dibuat sebulan lalu di mana kami berjanji akan menyelesaikan urusan masing-masing terlebih dahulu dan berjumpa kembali selepas 3 hari. Tiga malam sudah berlalu sejak kami meninggalkan rumah Cikgu Najib pagi Isnin 27 Disember 2011 di mana malam pertama dihabiskan di Rantau Panjang, malam kedua di Pantai Tok Bali dan ketiga di Masjid Tok Kenali. Nampaknya sudah sampai masa untuk menyahut panggilan dari Patani...




































