Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Isnin, Disember 11, 2006

Makna dua buah mimpi yang berkaitan

Ini adalah sedutan daripada Jilid 2 buku "Berpetualang ke Aceh.". Jika Jilid 1 dipanggil "Berpetualang ke Aceh: Mencari Diri dan Erti", buku 2 pula akan diberi tajuk "Berpetualang ke Aceh: Membela Syiar yang Asal".
Buku 2 masih lagi dalam proses editing dan lay-out. Jika tidak ada aral melintang, insyaallah ia akan menemui pembaca dalam tempoh 2-3 bulan. Bacalah sedutan yang menyentuh tentang sebuah mimpi misteri, daripada mukasurat 154 hingga 157. Iqra'


Masuk tengah malam, Rasyid sekadar berehat di teratak Lelek. Orang tua itu berpesan lebih elok jangan keluar lagi... Takut dipukul orang kerana dia orang asing, tidak dikenali ramai. Rondaan pihak keselamatan serta sukarelawan kampung bermula lewat malam. Takut ada yang menyangka anak Malaysia itu orang GAM... Kerana ahli gerakan pemisah Aceh pernah datang untuk mendapatkan sokongan penduduk Pulau Kampai.
Sebelum tidur, Lelek ada mengajak pemuda itu bermalam beberapa hari lagi di rumahnya. Dia agak senang dengan kehadiran sang kembara sudi menumpang di teratak buruknya... Rumah orang miskin, katanya. Lagipun orang tua ini selalu keseorangan kerana anak-anaknya sudah berkeluarga dan duduk jauh di tempat lain. Satu-satunya anak yang masih menetap bujang pula jarang kembali ke rumah kerana bekerja sebagai kakitangan bot yang perlu berulang-alik daripada Pengkalan Susu ke Pulau Kampai, selalu pulang lewat atau langsung tidak pulang. Rasyid menjawab dia cuma akan berada di Pulau Kampai satu malam sahaja kerana perlu bergerak ke Medan untuk cuba mendapatkan kebenaran masuk ke Aceh. Tidak sangka pula dia akan berubah fikiran kelak...

——————————

Esok selepas solat Subuh dan sedikit wirid di masjid, pemuda ini tergerak untuk berjalan seorang diri menghampiri makam purba. Dari situ, dia terlihat pemandangan laut yang amat indah, berlatar-belakangkan langit yang masih merah menunggu matahari terbit... Sangat indah! Apabila sinar matahari mula memancar membelah awan, kelihatan pula cahayanya terpecah merata arah seolah memercik dilantun riak air laut... Jadilah ia berjuta bintik emas berkilauan berjoget riang dalam pesta kemilau yang amat mempesonakan, dihiasi pula kelibat para nelayan yang mula keluar ke laut meluncur lembut dengan perahu masing-masing mencari rezek... Jadilah bayang-bayang hitam bergerak tenang di sebalik permainan alam.
Pemandangan yang amat mengasyikkan ini menyebabkan Rasyid terus berjalan ke laut, sampai ke sebuah tebing tinggi dengan sebatang pohon yang agak rendang, menjulur keluar daripada tepi tebing, condong ke laut.
"Eh... Macam pernah nampak ini," hatinya berbisik. Pohon condong di tebing tinggi pantai, menjulur ke laut menggamit kenangan. Seperti ada makna di sebalik ini... Ah... Rasyid deja vu lagi...
Tiba-tiba pemuda ini teringat dua mimpi penuh makna dan saling berkaitan. Dalam salah sebuah mimpi ini, kalau tidak salah ingatan berlaku semasa dia masih belajar di England, ketika berumur sekitar 23 tahun, Rasyid mendapati dirinya berada di sebuah teluk yang airnya sangat dalam dan amat jernih. Dari tebing teluk itu menjulur keluar sebuah pohon condong yang rendang, sama rupanya seperti pohon tepi pantai di Pulau Kampai yang dilihat kini. Bezanya, di dalam mimpi, pohon itu lebih besar dan bahagian bawahnya iaitu pangkal dan akar terbenam ke dalam air. Apapun, dia dapat melihat, jika tebing tinggi di pulau ini dinaiki air sampai ke gigi, keadaannya mungkin saling tidak tumpah seperti di dalam mimpi.
Dalam mimpi itu juga, Rasyid sempat berenang di sekeliling pangkal pohon itu dengan amat riang sekali. Airnya terasa lain dari yang lain, tidak seperti mana-mana air yang pernah ditemui di dunia nyata... Ringan, tidak basah... Sangat jernih dan ada semacam kelembutan melebihi sutera yang membolehkannya bernafas di dalam. Paling dia tidak dapat lupakan, tempat itu berserta pohon dan teluknya terasa seperti rumah, seperti home sweet home yang dicari-carinya seumur hidup tetapi belum lagi terjumpa.
Beberapa tahun kemudian, barulah Rasyid mendapat sebuah lagi mimpi yang dapat memberikan rasa selesa yang amat menenangkan ini. Dalam mimpi itu pula, dia dan tiga orang saudara telah menaiki kereta mendaki sebuah bukit. Pemandangan di bawah kelihatan seperti Muar, bandar kelahirannya... Tetapi kenyataannya tidak pernah wujud bukit seperti itu malah apa-apa jenis bukit pun di sekitar bandar itu! Apabila sampai di atas pula, terjumpa sebuah papan tanda bertulis perkataan "Aji Yaki Dastagi", tidak tahulah apa maknanya… Pelik bukan?
Anak muda inipun melangkah keluar kereta, sampai ke suatu dataran lalu disambut dua barisan manusia, kiri dan kana yang kelihatan seperti orang-orang Asli. Muka mereka terlukis bintik-bintik hitam, mulut pula sentiasa bergerak seperti ikan di darat tercungap-cungap mencari nafas. Lebih pelik lagi, keluar lafaz yang bunyinya seperti "ketak, ketak, ketak..." daripada setiap mulut tetapi Rasyid merasakannya seperti zikir mengingati Allah lagi amat menenangkan! Latar-belakang bertukar apabila pemuda itu tiba-tiba mendapati dirinya berada di dalam sebuah bangunan berdekatan dengan rekabentuk seakan kuil lama tanpa berhala. Yang ada, cuma lampu minyak seperti lampu Aladdin tergantung di beberapa tempat serta sebuah kolam berbentuk empat segi dengan air yang amat jernih.
Selama dalam mimpi, pemuda itu dapat merasakan ketenangan jiwa yang amat sangat. Setelah beberapa ketika tibalah masa untuk beredar. Tahu-tahu sahaja, dia sudah berada di dalam sebuah lif menuruni bukit. Ait??? Tak logik bunyinya bukan tetapi itulah yang berlaku. Lif itu pula terbuka, tidak berdinding... Maka terhamparlah pemandangan seperti di bandar Muar dengan sebuah pelabuhan di kuala sungai penuh dengan yatch atau kapal layar, sedangkan pelabuhan sebegitu tidak wujud di bandar sana Atau mungkin ia akan wujud satu hari nanti? Di hujung kuala sungai yang luas itu pula Rasyid ternampak sebuah teluk kecil dengan pohon rendang... Sama seperti pernah dilihatnya dalam mimpi terdahulu, lebih kurang seperti apa yang terdapat di Pulau Kampai secara nyata. Lebih pelik lagi, hujung kawasan teluk ini bersambung sampai ke Sumatera!
Sebaik sahaja terjaga daripada mimpi, Rasyid terasa sebak yang amat sangat. Pemuda itu terus menangis teresak-esak... Sedih kerana rasa terputus hubungan dengan home sweet home yang dicari-cari seumur hidup. Ini berlaku ketika dia masih bekerja sebagai wartawan akhbar harian terkemuka berbahasa Inggeris di ibu kota, ketika tidur malam di atas pelantar di kawasan letak kereta pejabat di tingkat enam. Kebetulan, ketua pengawal keselamatan yang dikenalinya terjumpa Rasyid sedang menangis lalu bertanya apakah yang telah terjadi. Anak muda inipun menceritakan isi kandungan mimpi itu lalu bekas polis yang berasal dari Perak itu memberitahu, ada sesuatu yang istimewa tentang dirinya.
"Sebab itu kamu melalui perkara begini," katanya. "Banyakkanlah bersabar kerana akan ada bermacam lagi dugaan yang terpaksa kamu tempuhi. Bukan senang untuk kamu mendapatkan apa yang dicari."
Ketua pengawal keselamatan itu nampaknya faham apa yang dialami Rasyid. Mungkin kerana mereka selalu terserempak dan bertegur-sapa? Mungkin juga hamba Allah berumur hampir 60 tahun ini memiliki amalan kebatinan yang membolehkannya merasai sedikit apa yang dilaluinya. Lagipun dia tahu anak muda ini selalu tidur di kawasan terbuka tingkat enam pejabat. Itulah salah satu cara Rasyid melampiaskan naluri semulajadi yang sentiasa ingin berkelana. Ikatan pekerjaan melarangnya keluar mengembara sesuka hati, maka itu dia sengaja tidur di kawasan letak kereta pejabat, kadang-kadang bersepah di tempat lain seperti taman bunga di dalam sleeping bagnya, ada masa pula di rumah kawan-kawan sebagai satu cara untuk memuaskan naluri peliknya.
Hakikatnya, itu belum cukup untuk meredakan gelora jiwa. Naluri ingin berkelananya terlalu kuat sehingga sampai satu peringkat dia tidak mampu lagi menjalankan tugasan sebagai wartawan. Sampai masanya anak muda yang sangat mendambakan tempat yang betul-betul dapat memberikannya istirehat inipun diberhentikan kerja. Rasyid pun menggunakan "kebebasan" ini untuk mengembara ke mana sahaja dia suka selain mencari tempat yang dapat memberikan rasa home sweet home seperti dialaminya dalam mimpi... Dengan menunggang motosikal berkuasa tinggi kesayangannya seorang diri hampir seluruh semenanjung Malaysia.
Dalam keadaan inilah pemuda itu berkelana sekeliling Muar sehingga ke Pulau Besar di Melaka mencari tempat simbolik seperti di dalam mimpi, tempat yang boleh "menyambungkan" daerah kelahirannya itu dengan Sumatera di seberang Selat Melaka. Apabila tidak dapat menemukan jawaban yang memuaskan di sana, dia berkelana pula ke pekan Lumut, Perak yang rupanya hampir seperti bandar Muar dengan kuala Sungai Dinding yang luas di sisi, terdapat pula pelabuhan kecil kapal layar juga sebuah bukit setinggi 1,000 kaki, Bukit Engku Busu di sekitar pekan.
Rasyid pernah menceritakan mimpi itu kepada seorang Sheikh Tariqat Naqshabandiah untuk mendapatkan petunjuk di manakah tempat yang tersurat atau tersirat boleh ditemui. Beliau setakat memberitahu mimpi itu elok dan ada kaitan dengan Jabal Qaf, sebuah tempat di luar wujud alam nyata yang diduduki para wali serta orang-orang ghaib yang telah mencapai taraf kerohanian yang tinggi. Katanya, teluk tempat pemuda itu mandi pula adalah sebuah tempat "peranginan" di sana
Rasyid juga menceritakan mimpi itu kepada seorang rakan yang mengikuti Tariqat Qadiriyah. Pada mulanya peguam muda ini tidak tahu bagaimana harus menafsirkannya tetapi beberapa hari kemudian, dia sibuk mencari Rasyid untuk memberitahu yang dia baru sahaja mendapat tahu daripada orang-orang tertentu bahawa mimpi itu ada kena mengena dengan Sultanul Auliya, raja segala wali iaitu Sheikh Abdul Qadir Al-Jilani. Menurutnya lagi, perkataan "Aji Yaki Dastagi" yang tertera pada papan tanda yang dilihat dalam mimpi itu adalah nama Zawiyah, tempat bersuluk baginda yang asal di Baghdad, dalam bahasa Parsi lama.
"He’s calling you man, he’s calling you!". Katanya mimpi itu adalah jemputan peribadi daripada Sultanul Auliya kepada Rasyid supaya datang kepadanya. Ah! Apa ini? Bingung pemuda itu mendengar penerangan ini...

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

hmmm....macam cerita aku dgn Sunan Murya.

Badrul :)