Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Selasa, September 06, 2011

Dari hutan simpan ke menara

OK. Sebelum boleh bercerita apa-apa tentang hari raya biar dilepaskan sedikit cerita santai tentang aktiviti penghujung bulan Ramadhan...

Ini adalah gambar di stesyen keretapi Rawang 25 Ogos Khamis jam 1:10 pagi. Selepas bertemu seorang kenalan baru di bandar kami anak beranak duduk berehat di stesyen memerhatikan keretapi lalu.


Esoknya tengahari bersolat Jumaat di Masjid Kampung Baru, Kuala Lumpur.


Petang hampir jam 6 timbul rasa untuk melihat hutan simpan di Bukit Nanas (atau Nenas).



Ke kanan adalah jalan.


Ke kiri ada denai.


Kami memilih jalan. Rasyid pula berposing...


Naik...



Berhenti sebentar di sini.


Kemudian mengambil anak tangga ke atas.



Kelihatan pintu gerbang.


Rupa-rupanya ia membawa ke menara Bukit Nenas.


Kacau monyet sat.


Pas tu baru naik lagi.






















Tapi cukuplah sekadar berlegar-legar di pangkal menara. Nak naik atas kena bayar RM30. Mahal wooo. Dulu masa baru bukak ada le beberapa kali naik. Masa tu bayarannya cuma RM8 gitu.


Malamnya, malam Tujuh Likur kami ke Jalan Tuanku Abdul Rahman.


Kalau ikutkan tak mahu saya ke sini. Tapi tak pa le. Bukan selalu shopping untuk raya. Lagipun isteri teringin sangat nak melihat suasana di sini malam hampir raya.


Dari Chik Siti Wan Kembang ke Raja-raja Jembal ke dinasti Kelantan sekarang

Salasilah diraja Kelantan yang terpapar di Istana Batu, Kota Bahru, Kelantan. Lihat artikel Istana Batu (The Batu palace), Kota Bahru di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART).



Merujuk pada artikel Kata-kata aluan (dan harapan?) selepas minggu pertama raya yang dibuat di blogspot ini beberapa jam tadi. Langkah pun dibuka dengan mengatur masjid/surau/makam/lain-lain tempat mengikut negeri untuk blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART). Ketika itulah baru saya teringat ada satu lagi perkara mesti dibuat apabila siri berkaitan iaitu cerita-cerita tentang perjalanan Pantai Timur penghujung 2010-awal 2011 tamat. Iaitu menyediakan satu senarai dengan sedikit latar belakang raja-raja Kelantan yang makamnya telah saya lawati mengikut turutan zaman.

Alhamdulillah. Rasanya saya dapat melawati setiap makam berkaitan yang diketahui wujud di Kelantan. Kalau ada yang patut dilawati tetapi saya terlepas pandang sila tegur dan beritahu lokasinya ya. Adapun saya menurut sahaja senarai seperti yang terdapat pada buku "Panduan ke tempat-tempat bersejarah Kelantan" tulisan Abdul Halim Nasir terbitan Jabatan Muzium 1979.

Hmm. Rasanya saya harus menyelitkan sekali satu dua links berkaitan dari blogspot BERPETUALANG KE ACEH. Letak terus di perenggan ini ya... The place called Taman Serendah Sekebun Bunga dan The hill called Bukit Marak. Kerana kedua-kedua tempat dikatakan pernah diduduki raja perempuan terkenal Kelantan, Chik Siti Wan Kembang dan anak angkatnya Puteri Saadong. Sekarang buka gambar salasilah di atas dalam windows baru. Biar diberitahu secara umumnya pemerintahan Kelantan boleh dibahagi kepada 3 fasa... fasa awal yang mana pemerintah terakhirnya adalah Chik Siti, fasa pertengahan yang dimulakan oleh Raja Sakti, katanya anak angkat kepada Raja Bersiong Kedah tapi muncul di Kelantan diikuti fasa ketiga di mana Long Yunus yang berketurunan Raja Patani membina dinasti baru yang bertahan hingga sekarang.

Ah. Nak cerita macamana ya? Saya rasa elok juga diletakkan terus links berkaitan dari blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART) lalu ditambah sedikit penerangan. Penerangan lebih lanjut boleh diperolehi melalui artikel yang tersenarai...



1. Makam (Tomb of) Chik Siti Wan Kembang?. Saya tidak tahu di manakah makam-makam pemerintah Kelantan sebelum raja perempuan ini. Maka cukuplah baginda sebagai wakil bagi pemerintahan zamannya dan sebelum itu.


2. Makam (Tomb of) Nang Chayang. Ada pendapat mengatakan baginda adalah isteri kepada salah seorang Raja-raja Jembal. Tetapi pendapat lebih menarik adalah raja perempuan ini sebenarnya Ratu Kuning, raja perempuan ke empat dan terakhir kerajaan Patani lama. Rujuk sejarah Patani di mana kerajaan agung Melayu ini pernah diperintah empat orang ratu berturut. Mereka adalah Ratu Hijau diikuti adindanya Ratu Biru, adinda mereka Ratu Ungu dan seterusnya Ratu Kuning (anakanda Ratu Ungu dengan Sultan Abdul Ghafur Muhiuddin dari Pahang). Zaman pemerintahan ratu-ratu ini sering disebut sebagai zaman kegemilangan Patani di mana Kelantan turut berada di bahawa kuasa mereka bersama beberapa negeri Melayu seperti Terengganu dan Singgora dalam satu persekutuan yang dipanggil Patani Besar.


3. Makam Raja-raja Jembal (Tombs of the kings of Jembal). Mereka adalah raja-raja yang memerintah dari satu tempat bernama Jembal di Kelantan. Dinasti ini dimulakan oleh Raja Sakti, katanya anak angkat Raja Bersiong, Kedah yang asalnya diberi pemerintahan di Kelantan sebagai wakil Patani bergelar Datu Kelantan (sebab itu ada tempat bernama Pengkalan Datu). Namun baginda dapat membina kuasa yang cukup kuat untuk mengalahkan kerajaan pusat di Patani lalu mengambil alih pemerintahan.


4. Makam (Tomb of) Raja Loyor. Cerita menyebut apabila Raja Sakti memilih untuk bersemayam di Patani baginda meninggalkan seorang anak bernama Raja Loyor untuk memerintah Kelantan.


5. Makam (tomb of) Raja Abdullah, Kelantan... . Ini pula adalah seorang kerabat diraja Jembal. Baginda terkenal sebagai ayahanda kepada Puteri Saadong, satu lagi pemerintah perempuan Kelantan (pernah menjadi anak angkat kepada Chik Siti Wan Kembang).


6. Makam (Tomb of) Raja Udang?


7. Makam (Tomb of) Raja Ekor alias Raja Bahar?


8. Makam (Tomb of) Raja Hudang. Mereka yang bernombor 6, 7, 8 adalah kerabat Raja Jembal. Lihat salasilah untuk kedudukan.


9. Makam (Tomb of) Tok Ku Long Bahar? . Permulaan zaman peralihan ke dinasti seterusnya. Berasal dari Patani dan berkahwin dengan puteri Jembal lalu diberi pemerintahan Kelantan.


10. Makam (Tomb of) Long Sulaiman. Anak kepada Long Bahar dari isteri tua, diberi pemerintahan di Kota Kubang Labu sebagai persediaan mewarisi pemerintahan Kelantan.


11. Makam (Tomb of) Long Deraman. Seorang kerabat Patani yang menyingkirkan Long Sulaiman.


12. Makam (Tomb of) Long Ghaffar. Putera Raja Reman (di utara Perak) yang berperanan besar mengembalikan pemerintahan kepada waris yang berhak.


13. Makam (Tomb of) Long Yunus. Anakanda Long Sulaiman yang dapat menaiki takhta Kelantan dengan pertolongan Long Ghaffar lalu memulakan dinasti sekarang.


14. Makam Sultan-sultan Kelantan abad ke 19 (Tombs of Sultans of Kelantan in the 19th century)


15. Makam Sultan-sultan Kelantan abad ke 20 (Tombs of the Sultans of Kelantan in the 20th century)


16. Makam Tengku Putih, Raja Patani (Tomb of Tengku Putih, Raja of Patani


17. Makam Tengku Abdul Kadir, Raja Patani terakhir (Tomb of Tengku Abdul Kadir, last Raja of Patani)



Nombor 14 hingga 17 katanya adalah anak cucu Long Yunus belaka termasuk yang diberi pemerintahan ke atas Patani selepas Siam berkuasa ke atas kerajaan Melayu itu. Cukuplah. :]




Isnin, September 05, 2011

Kata-kata aluan (dan harapan?) selepas minggu pertama raya

Mandi tasik di Machap, Melaka petang Sabtu...




Got to get my thoughts in order following the right priority. Kalau tak larat nak baca semua ni maka teruslah ke perkara 4 untuk jemputan terbuka satu majlis...


OK. Assalamualaikum semua. Diharap anda telah menyambut minggu pertama hari raya Aidil Fitri atau bulan Syawal ini dengan riang gembira. Rasanya ramai juga yang bercuti panjang bermula Sabtu 10 hari lalu, hari ni Isnin baru naik kerja. Begitu juga halnya isteri saya (saya tak kira sebab kerja sendiri, bila-bila pun boleh cuti kecuali apabila timbul perkara yang memerlukan perhatian segara). Namun kami anak beranak cuma balik kampung isteri di Tanjung Sepat, Selangor selepas sahur pagi Isnin. Malam selepas raya pertama baru ke kampung saya di Muar. Petang Sabtu baru ini pula kami meninggalkan Muar sebelum bermalam di rumah satu keluarga, kiranya macam keluarga angkat di sekitar Rembau, Negeri Sembilan. Tengahari Ahad baru kami meneruskan perjalanan kembali ke rumah di Bandar Tasik Puteri, Rawang, Selangor.

Adapun selain untuk menyampaikan sedikit kata-kata aluan, artikel ini dibuat agar dapat mengatur beberapa perkara yang perlu diselesaikan dalam masa terdekat. Apabila banyak perkara perlu dibuat dalam masa terhad kadangkala fikiran boleh terasa berserabut sehingga satu benda pun tak terbuat. Tambahan lagi sejak petang semalam saya diserang penyakit cirit birit yang teruk membawa ke tengahari tadi. Walaupun sekarang sudah lega sedikit, seluruh badan dan urat masih terasa bisa-bisa. Dengan ini biar disenaraikan perkara yang perlu dibuat tanpa memikirkan aturan terlebih dahulu


1. Tentang buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah". Rasanya saya ada memberitahu di blogspot ini sedang membuat buku terbaru dengan tajuk itu. Setelah dirombak beberapa kali maka diputuskan buku dibuat dalam format buku mewah atau coffee-table book yang mahal. Setelah beberapa lama menyemak dan membetulkan apa yang silap, file pdf buku pun dihantar ke kilang percetakan pagi Khamis 18 Ogos dengan harapan buku sempat dicetak sebelum raya. Dapat beberapa naskah awal sebagai contoh pun jadilah untuk ditunjukkan kepada ahli keluarga.

Tak disangka file pdf itu bermasalah apabila perlu ditukar format agar selari dengan cara operasi mesin percetakan. Maklumlah inilah kali pertama saya cuba menerbitkan sendiri buku dengan banyak gambar berwarna. Proses membetulkan ini memakan masa hingga ke hari Rabu berikutnya. Dalam tempoh itu muncul tempahan percetakan lain yang menyebabkan buku saya harus ditolak ke tepi buat sementara.

Isnin tadi pegawai dan pekerja di kilang percetakan yang telah bercuti raya 10 hari kembali bekerja. Harapan saya mereka dapat menyediakan naskah contoh sebelum kami anak-beranak kembali lagi ke Muar Jumaat malam Sabtu. Maka itu ia adalah antara perkara yang harus dipantau dalam beberapa hari ini.


2. Tengah malam Ahad masuk ke Isnin sebelum kembali berhari raya di kampung saya telah membuat artikel Kompilasi "Menjejak kegemilangan lama Pantai Timur" untuk mengumpulkan 123 artikel baru yang telah dibuat di blogspot ini dan blogspot berbahasa Inggeris BERPETUALANG KE ACEH dalam tempoh lebih 4 bulan kebelakangan, satu siri yang digarap berdasarkan perjalanan 11 hari di Pantai Timur penghujung 2010 hingga awal 2011. Artikel kompilasi serupa turut dibuat di blogspot kedua itu. Satu artikel kompilasi lain menyenaraikan 70 buah masjid/surau, 31 buah makam/kumpulan makam dan 7 tempat lain pula dibuat di blogspot ketiga saya, blogspot dwi-bahasa SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART).

Sekarang saya perlu membuat kerja lanjutan daripada artikel-artikel terkumpul ini. Artikel-artikel yang menunjukkan beberapa buah sungai daripada beberapa sudut pandangan harus dipilih dan diatur di bawah tajuk "Kesukaan pada sungai" di blogspot ini (lihat bahagian bawah blogspot) dan "Fascination with rivers" di (lihat tengah sidebar). Untuk blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART) pula saya harus mengatur artikel tentang 70 buah masjid/surau, 31 buah makam/kumpulan makam dan 7 tempat lain mengikut turutan tertentu di bawah tajuk negeri masing-masing (lihat sidebar kanan bawah) dan ini sendiri boleh memakan masa. Setelah selesai ini baru saya boleh membuat artikel-artikel baru untuk ketiga-tiga blogspots.


3. Mereka yang rajin mengikuti penulisan saya dan sudah dapat mengenal sedikit sebanyak hati budi saya tentu faham saya menulis mengikut turutan tertentu sebagai satu bentuk luahan dalam menangani cabaran hidup. Walaupun tidak semua perkara yang berlaku saya luahkan banyak juga yang terlepas berdasarkan pengamatan sendiri bahawa seringkali sesuatu yang ditakdirkan akan berlaku seperti penemuan dan ilham baru cuma akan muncul setelah beberapa cerita dilepaskan/diluahkan mengikut tertib yang patut. Maka itu saya harus membuat sejumlah artikel dalam masa terdekat mengikut aturan ini...

a. Menyelesaikan bab tentang sungai dan aturan artikel mengikut negeri seperti tersebut pada perkara 2 di atas.

b. Satu artikel tentang berjalan-jalan di hutan simpan Bukit Nenas, Kuala Lumpur yang dilakukan 26 Ogos atau 26 Ramadhan.

c. Sedikit perkara/ persinggahan yang dibuat sebelum kembali ke kampung isteri untuk berhari raya membawa kepada hari raya pertama.

d. Tentang perkumpulan keluarga dan acara yang diadakan di rumah almarhum ibu kepada ibu di Muar yang sudah beberapa tahun tidak digunakan iaitu pada malam selepas hari raya kedua, pada hari kemerdakaan 31 Ogos.

e. Ini diikuti perjalanan yang dibuat siang hari raya ketiga ke kawasan Pantai Layang berdekatan Sungai Mati, Ledang (dulu dalam daerah Muar) lalu berpusing melihat Pulau Penarik, satu pulau besar yang terbentuk akibat peralihan aliran Sungai Muar, mungkin 100-200 tahun yang lampau.

f. Sedikit cerita tentang aktiviti hari ke 4 raya iaitu pada hari Jumaat.

g. Hari ke 5... pergi ke Tangkak untuk menaiki Gunung Ledang kemudian ke Asahan, Melaka untuk mengambil gambar gunung dari muka sana. Ini diikuti ziarah ke masjid lama Machap di mana terdapat makam seorang tokoh lama yang dipanggil Tok Machap. Mengikut ceritanya beliau adalah seorang anak Raja Bugis yang datang ke Melaka sebelum kejatuhan Kota Melaka ke tangan Portugis tahun 1511! Di sebelah masjidlah saya mandi tasik bersama anak...


4. Sambil harus menyelesaikan perkara-perkara di atas dalam masa terdekat, saya juga harus bersedia untuk satu acara di Muar hujung minggu ini iaitu pada hari Sabtu 10 September. Adapun saya telah diminta oleh mursyid sebuah rumah suluk agar dapat datang untuk majlis perkahwinan anaknya yang diadakan seiring dengan majlis khatam suluk, buka sekali meja untuk mempromosi buku dan apa-apa hasil kerja yang sesuai. Pada malamnya pula saya diminta menyampaikan ceramah di bawah tajuk "Mencari diri dan erti" iaitu tajuk kecil untuk buku pertama di bawah siri "Berpetualang ke Aceh". Difahamkan sekitar 300 murid tariqat akan hadir selain hadirin lain.

Dengan ini saya dengan sukacitanya ingin menyampaikan jemputan terbuka mursyid kepada semua yang mengenali saya juga para pembaca blogspot ini. Anda semua dijemput datang memeriahkan suasana. Biar dicopy jemputan yang diterima melalui sms... (rancangan untuk ceramah dan jemputan terbuka dibuat secara lisan).


Assalamuailakum. Majlis khatam suluk. Sambutan hari raya diserikan lagi dengan majlis perkahwinan anak perempuan kami Nor Hasimah bt Muhamad dengan Mohd Kamarul Affandi pada 10 hb Sep/ 12 hb Shawal mulai jam 12.00 pm - 12.00 am di BAITUL IBADAH NURUSSAADAH, Kg. Telok Kemang, Sg. Mati, Ledang, Johor. Sehubungan itu kami dengan berbesar hari mempersilakan Datok/Datin/Tuan/Puan bagi memeriahkan lagi dan diberkati, sampaikan terima kasih.


Untuk arah ke tempat lihat artikel Tempat suluk di Pantai Layang dan legasi Temenggung Muar yang dibuat 2 minggu lalu.


5. Hujung minggu berikutnya pula saya perlu berada di Segamat untuk perhimpunan besar satu keluarga bangsawan yang dijangka akan dihadiri sekitar 5,000 mereka yang berkaitan. Cuma saya diharap dapat membuka meja menjual/mempromosi buku sahaja, nasib baik tak kena bagi ceramah. Difahamkan antara tetamu terhormat adalah Tunku Besar Tampin. Keesokannya perlu bergegas kembali ke Kuala Lumpur untuk satu majlis perkahwinan.


6. Beberapa hari selepas itu isteri harus memainkan peranan dalam satu majlis makan malam produk kecantikan di samping pengasas produk. Saya pula diminta membuka satu meja mempromosi buku. Tak tahulah bagaimana nak promosi buku-buku saya yang serius bercerita tentang sejarah Melayu dan Islam di kalangan mereka-mereka yang terlibat dengan produk kecantikan. Tapi saya ikut sahaja dengan keyakinan bahawa ia juga tetap ada kena mengena dengan perjalanan dan perjuangan hidup saya sendiri.


7. Ah. Nyaris terlupa. Di sebalik perkara-perkara yang disebut di atas saya harus merangka kertas kerja untuk satu projek tertentu.


8. Saya juga harus menyiapkan 3 e-book baru. Entah boleh ke tidak siap sebelum tamat bulan September ini. Cukuplah meluahkan apa yang terbuku di fikiran...


Isnin, Ogos 29, 2011

Kompilasi "Menjejak kegemilangan lama Pantai Timur"

Alhamdulillah. Setelah memakan masa lebih 4 bulan siri "Menjejak kegemilangan lama Pantai Timur" berjaya diselesaikan awal pagi tadi. Apabila dicampur artikel sokongan di blogspot BERPETUALANG KE ACEH ternyata 123 artikel telah dibuat untuk menjayakan penceritaan siri ini. Ini belum dicampur 70 artikel baru tentang masjid/surau, 31 tentang makam dan 7 tempat-tempat lain yang dibuat di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART). Dipersilakan membaca dengan tertib apa yang disenaraikan. Oh, hampir terlupa pula. Diucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidil Fitri kepada semua... :]



1. Perjalanan 2,367 km dan 4,743 gambar

2. The road from Simpang Pulai to Cameron Highlands

3. The highland stop 17km from Kampung Raja

4. Passing through the tip of Cameron Highlands

5. Downhill Kelantan from Banjaran Titiwangsa

6. On to Gua Musang

7. Menjejak kegemilangan lama Pantai Timur : Laluan Cameron Highlands ke Gua Musang

8. A quick look at the town of Gua Musang

9. The caves of Gua Madu

10. The river Galas at Gua Madu

11. Menjejak kegemilangan lama Pantai Timur : Pusing-pusing di Gua Musang sebelum ke Dabong

12. A foggy morning at Jelawang, Dabong

13. Sungai (river of) Galas from the Jelawang to Dabong town bridge

14. The cave called Gua Ikan

15. The Jelawang waterfall at Gunung (mount) Stong from many angles

16. The waters at Lata Kertas

17. Bridge over Sungai Balah

18. Bridge over Sungai Pergau

19. A quick look at the small town of Jeli

20. Menjejak kegemilangan lama Pantai Timur : Pusing sekitar Dabong sebelum ke Jeli

21. Al-Rasyid's first visit to Masjid (Mosque of) Kampung Laut

22. Rushing through Kota Bahru

23. The Kelantan river near the royal jetty at Kota Bahru

24. Menjejak kegemilangan lama Pantai Timur : Berkejar ke Kota Bahru

25. Kelantan river at the Kampung Laut jetty

26. Al-Rasyid dan abang serta kakaknya pusing-pusing di sekitar delta Sungai Kelantan

27. Kelantan river from Kok Majid

28. Going around the Kelantan river delta

29. Tomb of Tok Selehor revisited

30. 'Facing' death at Tok Selehor's special meditation hole

31. Menjejak kegemilangan lama Pantai Timur : Makam Tok Janggut, Kampung Laut dan masuk lubang kubur di makam Tok Selehor

32. A quick look at the town of Tumpat

33. Tumpat train station in daylight

34. The waters near Tumpat

35. Enjoying the breeze at Pantai Sri Tujuh

36. Menjejak kegemilangan lama Pantai Timur : Sekitar Tumpat ke Pengkalan Kubor

37. Sungai (river of) Golok at Pengkalan Kubor

38. Sungai Golok at 'Point 2'

39. Sungai Golok at 'Point 3'

40. Sungai Golok at 'Point 4'

41. Sungai Golok at 'Point 5'

42. Menjejak kegemilangan lama Pantai Timur : Menyusuri Sungai Golok hingga ke Rantau Panjang

43. An early look at Rantau Panjang town centre

44. Sungai Golok at Rantau Panjang town centre

45. Views from the tower of Masjid Beijing

46. Walking in the southern Thailand town of Golok

47. Menjejak kegemilangan lama Pantai Timur : Sekitar Rantau Panjang, Masjid Beijing dan Golok di selatan Thailand

48. The shopping stop at Bukit Bunga

49. A quick look of Machang town in the rain

50. Menjejak kegemilangan lama Pantai Timur : Bukit Bunga dan Machang terus ke selatan...

51. Besut river near Jerteh

52. A quick look at the town of Jerteh

53. Ombak mengganas dan gua-gua tepi pantai di Bukit Keluang

54. The beach at Bukit Keluang

55. The caves of Bukit Keluang

56. Views from the top platform at Bukit Keluang

57. Menjejak kegemilangan lama Pantai Timur : Jerteh dan keindahan Bukit Keluang

58. Morning walk at Tok Bali river estuary

59. The kids' turn to enjoy the embankment at Tok Bali

60. A brief look at Pantai Irama

61. A look at Sungai Pengkalan Datu

62. Menjejak kegemilangan lama Pantai Timur : Laluan pantai Tok Bali ke Bachok dan terus... 

63. Tuan Guru Nik Aziz's humble house and Maahad Darul Anwar

64. Sungai Pengkalan Datu from Pulau Melaka

65. Sungai Pengkalan Datu about 2 km downriver from Pulau Melaka

66. Menjejak kegemilangan lama Pantai Timur : Menyusuri jejak Raja-raja Jembal dengan lebih teliti

67. Menjejak kegemilangan lama Pantai Timur : Malam di Saba dan Kubang Kerian

68. Tomb of Tok Kenali revisited

69. The place called Taman Serendah Sekebun Bunga

70. Revisiting the tomb of Kelantan's Raja Abdullah

71. The hill called Bukit Marak

72. Menjejak kegemilangan lama Pantai Timur : Dari Tanah Serendah Sekebun Bunga ke Bukit Marak

73. A quick look at the town of Pasir Mas

74. Pasir Mas train station

75. Masjid Brunei, Danau Tok Uban dan 1 Rejab

76. Masjid Brunei and Danau Tok Uban in the rain...

77. Menjejak kegemilangan lama Pantai Timur : Meredah hujan lebat dan banjir ke Masjid Brunei dan Danau Tok Uban

78. A quick look of the Kelantan river from the Kota Bahru bridge

79. A more relaxed look at Kota Bahru

80. Friday prayers at the Muhammadi mosque

81. Menjejak kegemilangan lama Pantai Timur : Antara Long Sulaiman dan Long Deraman

82. Menjejak kegemilangan lama Pantai Timur : Chik Siti Wan Kembang dan Tuan Tabal

83. Revisiting Kuala Besar

84. Menjejak kegemilangan lama Pantai Timur : Bermalam Tahun Baru di Kuala Besar

85. Waking up to the new year at the Pantai Che Latiff mosque

86. Semenanjung kuala Sungai Kelantan

87. The sand hill and peninsular at Kelantan river mouth

88. A bay of sorts

89. Kelantan river from the Kedai Buluh food court

90. The Batik cottage industry at village of Tok Panjang

91. Menjejak kegemilangan lama Pantai Timur : Tahun Baru di sekitar kuala Sungai Kelantan

92. Menjejak kegemilangan lama Pantai Timur : Legasi Long Yunus

93. Menjejak kegemilangan lama Pantai Timur : Dari Limbat ke Salor... sedikit tentang Long Ghaffar

94. A better look of the mosque of Tokku Paloh

95. A quick look at the city of Kuala Terengganu

96. The new mosque in Chendering, Kuala Terengganu

97. A look around the beach called Pantai Pandak

98. Menjejak kegemilangan lama Pantai Timur : Mencari tamadun awal Terengganu?

99. Terengganu river from Kampung Pulau Manis

100. Bringing the baby to the tomb of Tok Pulau Manis

101. Menjejak kegemilangan lama Pantai Timur : Jejak keluarga Tok Pulau Manis

102. The beach called Teluk Chempedak

103. The walkway to Teluk Tongkang

104. The black sand of Teluk Tongkang

105. A quick look at the town of Kuantan

106. Kuantan river from the town's riverside

107. Menjejak kegemilangan lama Pantai Timur : Santai di sekitar Kuantan

108. The views at Tanjung Lumpur

109. Pahang river at Kuala Pahang

110. Revisiting the royal mausoleum at Kampung Marhum

111. Menjejak kegemilangan lama Pantai Timur : Dari Tanjung Lumpur ke Kuala Pahang

112. Pahang river just outside Pekan

113. Pahang river from Tanjung Agas

114. Pekan at dusk

115. Rasyid's first visit to Makam Chondong

116. Menjejak kegemilangan lama Pantai Timur : Kesan-kesan sejarah di Pekan

117. Lake Chini from the resort

118. Lake Chini from Kampung Gumum

119. Pahang river somewhere near Kampung Pejing

120. Pahang river at Bera

121. Pahang river near the Temerloh bridge

122. A quaint look at Karak town

123. Menjejak kegemilangan lama Pantai Timur : Lagenda Tasik Chini



Ahad, Ogos 28, 2011

Menjejak kegemilangan lama Pantai Timur : Lagenda Tasik Chini

OK. Sekarang masuklah kita ke hari ke 11 perjalanan ke Pantai Timur yang dibuat lebih 7 bulan lalu... errr... sebenarnya dah dekat 8 bulan lepas daaa. Artikel ini mahu dibuat semalam, malam 7 likur tapi rasa tak larat sangat dah masa tu. Dapat dimulakan lewat malam ni pun alhamdulillah. Kalau tak, sampai raya le tak selesai lagi siri ni jawabnya. Maka bersambung cerita dari Menjejak kegemilangan lama Pantai Timur : Kesan-kesan sejarah di Pekan.


Selasa 4 Januari 2011, hari dimulakan dengan cuaca elok terang benderang.



Al-Rasyid membelek-belek Al-Quran di dalam masjid. Sebenarnya kami anak beranak bermalam di sebuah masjid rancangan Felda. Lihat artikel Masjid (Mosque of) Al-Khairiah, Felda Chini 2 di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART).



Pada penghujung artikel sebelumnya ada ditunjukkan papan tanda Tasik Chini. Jadi bagaimana pula kami boleh bermalam di Felda Chini?



Sebenarnya kami sudah mencuba mencari penginapan murah berdekatan tasik tetapi tidak terjumpa.



Oleh kerana kami sampai pun sudah lewat malam dan penat maka kami keluar balik lalu ke kawasan Felda mencari masjid.



Bila dah siang ni baru le senang melihat dan memastikan kedudukan tempat-tempat.



Sedikit latar belakang Tasik Chini.



Rasanya ramai sudah tahu bagaimana Tasik Chini sering dikaitkan dengan kewujudan naga juga kota lama yang katanya sudah tenggelam ke dasarnya.



Apakah rupa naga tersebut serupa seperti ditunjukkan dalam kotak kaca?



Kami memang tak tahu apa-apa. Untuk makluman inilah kali pernah kami anak beranak malah saya sendiri sampai ke Tasik Chini!



Apapun pemandangannya memang cantik. Lihat artikel Lake Chini from the resort di blogspot BERPETUALANG KE ACEH. Lihat juga klip-klip video di bawah...
























Puas bermain-main air kami pun keluar kembali ke jalan besar.



Namun sampai ke satu simpang terasa ingin masuk cuba mencari lagi penginapan murah yang ada diceritakan seorang warga tempatan malam semalam.



Difahamkan masuk ke dalam ni kawasan orang Asli. Nampaknya di bawah jagaan jabatan agama Islam...





Perjalanan membawa ke satu puncak bukit.



Boleh kelihatan tasik apabila diperhatikan lebih teliti.



Sesekali terserempak orang Asli seperti anak-anak ini.



Kemudian ternampak ini.



Ternyata memang ada penginapan murah di sebelah sini. Cuma kami sahaja tak pasti kerana perlu masuk jauh ke dalam... waktu malam pula susah hendak melihat dan mencari apalagi takut tersilap mengambil simpang.



Tak lama kemudian kelihatan tasik di hadapan.



Untuk pengetahuan inilah Kampung Gumum di mana terdapat bahagian Tasik Chini yang dipanggil Laut Gumum , tempat naga Seri Gumum.



Rasanya pemandangan di sini lebih cantik dari kawasan yang dilihat sebelum ini. Lihat artikel Lake Chini from Kampung Gumum juga klip video di bawah.














Kami juga melihat-lihat sekeliling. Rupa-rupanya ada lagi tempat penginapan murah.





Ia sebenarnya adalah di bawah pentadbiran sama penginapan murah yang dilihat lebih awal tadi. Kelihatan di sini seorang pemuda dari Itali yang baru sahaja hendak meninggalkan Tasik Chini.



Kembali ke jalan besar.



Masuk kiri menghala barat ke arah Kuala Chini.



Dahulu ia adalah jalan masuk utama ke Tasik Chini.






Tapi perlu naik sampan atau bot melalui sungai yang tak sebesar mana ni. Difahamkan sejak ada jalan raya masuk ke tasik jalan sungai sudah 'turun dari carta'.



Perjalanan ke barat diteruskan.



Difahamkan dahulu jalan ke barat dari Tasik Chini cuma sampai setakat jarak tertentu sahaja. Sekarang telah bersambung terus sehingga boleh lepas ke Temerloh, kalau tidak harus menghala kembali ke Pekan untuk menyeberang satu jambatan Sungai Pahang kemudian masuk jalan besar Kuala Lumpur-Kuantan.













Sesekali kelihatan Sungai Pahang.



Pada bahagian-bahagian tertentu sungai besar sangat dekat dengan jalan. Lihat artikel-artikel berikut...




Pahang river somewhere near Kampung Pejing

Pahang river at Bera

Pahang river near the Temerloh bridge



Oh. Sebelum sampai ke jambatan Temerloh ternampak masjid lama ini. Lihat Masjid lama (Old mosque) of Tanjung Kerayong Lebak, Temerloh.





Di sebelahnya kelihatan rumah dengan ukiran yang saya suka panggil lidah tergantung.


Rasanya inilah kali pertama saya melihatnya pada rumah di Pahang.


Ini pula adalah gambar Al-Rasyid melihat ke luar dari dalam masjid jamek Karak. Lihat artikel A quaint look at Karak town dan Masjid jamek (Main mosque of) Karak.


Kami sampai ke Kuala Lumpur sekita 8.30 malam... terus menuju ke rumah kami di Bandar Tasik Puteri lagi 40 km perjalanan. Dengan ini tamatlah siri "Menjejak kegemilangan lama Pantai Timur". Insyaallah esok atau lusa akan disajikan satu artikel kompilasi untuk rujukan musim raya. Sekian, wassalam! :]